Pages

Pages

12.19.2012

Orang Tua Pok Eak

Walaupun Pok eak bukanlah sesiapa, kalau ikut hubungan kekeluargaan pun jauh sangat, tapi keluarga kami tempat arwah menumpang kasih dan perhatian. Dia tiada sesiapa, hidup keseorangan.Terkejut juga dengan pemergiannya secara tiba-tiba namun alhamdulillah Allah mudahkan segalanya. Tubuh tuanya yang terbongkok-bongkok, tiada siapa sangka kadang-kadang dia berjalan kaki  berkilometer jauh disebabkan pemandu bas yang kurang adab tidak mahu berhenti dan sengaja mungkin. Hanya berjalan kaki untuk mencari sesuap makanan untuk diisi. Kedai kopi lorong rumah memang menjadi tempat wajib makannya, tanpa bayaran!Murah rezeki Pok eak, ada je orang yang bersedekah. kadang-kadang 3 bungkus atau 4 bungkus nasi dimakannya. Jika nasib tak baik, nasi dah habis..persinggahan wajib selepas makan tentulah rumah kami plak. Sambil menyapu laman rumah terdengar suara jeritan Pok eak marah-marah, membebel sorang-sorang, itu rutinnya...adalah tu orang yang buat dia marah. Habis menyapu, pintu rumah sentiasa menjemputnya masuk, segelas air teh dan dua keping roti buat pembasuh tekak. Kalau belum sempat menjamah nasi, dibagitahu nasi kat kedai kopi dah habis, tak makan nasi lagi. Bukan susah melayan orang tua Pok eak, letak sebukit nasi dan dua biji telur mata, itu dah cukup baginya untuk bekalan perut seharian sebelum jumpa makanan keesokan paginya pulak. Pok eak tak minum air sirap, katanya darah, tak makan mee goreng katanya cacing, tak makan ayam tak dimasak hingga garing katanya mentah. Tapi buah pisang adalah kesukaan Pok eak. Walaupun akalnya kurang tapi ingatannya kuat, takde penyakit. 
pic:satu-satunya gambar kenangan dengan arwah..
Tiap-tiap bulan ayah tolong bawa Pok eak ke MAIK untuk ambil duit zakat, kalau ayah tak sempat kitaorang anak-anak yang tolong bawakkan jika kebetulan ada bercuti dirumah..Peristiwa lalu yang menyebabkan Pok eak kesejukan masih terkesan dihati..huhu, sedih betul menyusahkan orang tua Pok eak. Setiap kali nak raya, ayah belikan satu kemeja lengan pendek, sepasang selipar dan kain pelikat. kalau Pok eak tak berkenan dengan selipar pilihan ayah, maka selipar ayah kat tangga rumah jadi mangsa, Pok eak tukar...hehe, dan peringatan wajib sehari sebelum raya "Pok eak!esok raya, nanti pakai baju baru" kalau tak, kemeja hapak, terkoyak dan lusuh jugak jadi pilihannya. ermm, sekarang semuanya tinggal kenangan, tiada lagi suara bebelan marah-marah Pok eak, tiada lagi pintu rumah digoncang-goncang menggila jika lambat buka pintu..dan tiada lagi orang tua Pok eak yang teramat kasihan bila berjalan-jalan ditepi jalan raya dibawah panas terik mahupun hujan. Tiada lagi kerisauan keluarga siapa akan menemani Pok eak disaat-saat terakhirnya. Terima kasih Allah hadirkan Pok eak dalam keluarga kami untuk memberi secebis kasih. Sesungguhnya disana tempat yang paling bahagia buat Pok eak, semoga arwah tergolong dalam hamba-hamba yang beriman.Al-fatihah.

12.13.2012

Stroller Sweet Cherry Buggy

Bila dah berkeluarga ne, keperluan pun dah lain, kehendak pun dah berubah. Space really important walaupun dulu  fikir semuanya takde masalah..ruang kecil?terhad?ala, main sebat je lah..tak jadi masalah. But we don't know how important until one day kita nak travel balik kampung atau pusing-pusing satu malaysia the space really a big problem bila melibatkan kenderaan untuk ke mana-mana. Tambah pulak dah bertambah ahli keluarga ne. So nak membeli something yang really big pun dah pikir banyak kali, muat ke tak sumbat dalam bonet kereta, makan ruang ke tak?rugi space ke?Bertambah-tambah payah bila nak travel jauh, barang nak bawak pun dah bertambah, yang anak lagi, yang mak bapaknya lagi, tak campur lagi bila dah balik kampung, nak mengangkut segala barang mak nenek dari kampung pulak kan..So mission mencari kenderaan baru semestinya harus diteliti dari segi kemampuan membayar i mean really affordable, flexible yang boleh menjimatkan ruang bonet kereta yang dah sedia sempit..gaya pun penting jugak, tapi kalau beli kenderaan yang bergaya je, tapi makan ruang memang sia-sialah kan..hehe-_-'
Kenderaan yang dimaksudkan bukanlah untuk orang dewasa, untuk budak comel tu, pasalnya dah tak larat nak mengusung bodynya yang padat...first round okei lagi, tapi kalau dah shopping mall bertingkat-tingkat mahu pengsan bawak anakanda Harraz yang mula membulat dengan jayanya..Harraz pergi testing dulu yang mana sesuai...memang rambang mata tambah plak sekarang YES!!ohh my, sabar jelah rasa nak borong satu rak baju jugak  untuk Harraz geram je tengok..tapi nafsu tetap nafsu, nasib boleh kawal..heheh=p. Kesimpulannya pilihan tertakluk seperti yang dibebelkan, 3 wheeler memang cantik bergaya, tapi sayang, kalau sampai buat barang lain tak muat nak letak dalam bonet disebabkan dia, just kick out from the list, nak yang berzapp zapp, tak mampu and never to have it macam tak berbaloi pulak habiskan banyak duit sedangkan boleh save untuk banyak perkara lain..kihkih^_^. So next month mission merembat kenderaan untuk anakanda, pilihan masih takde pasalnya dah pening banyak sangat yang cantik dan affordable..owh, my son!

12.07.2012

Perubahan Isteri & Ibu

Tak sangka plak petang-petang hari ada masa untuk menaip, biasa budak comel tu sentiasa sibuk memerlukan kasih sayang, sangat manja...emm, betul ke budak prem ne manja ye?ke sebab dimanjakan? apapun dia tengah tidur, maka boleh lah mamanya menaip sikit berkongsi rasa...kihkih.. Memiliki anak sesungguhnya suatu anugerah yang tak ternilai, seronok, bahagia, semua ada..especially bila masa mengandung lagi dilayan bagai permaisuri gituuu..BUT don't expect situasi yang sama bila dah ada anak, kita plak yang kena melayan baby macam raja..rite?stress pun ye jugak bila anak meragam..so as a new mama i found my new rhythm and adapt with so many new things!..please state your mind after birth, all of sudden you have the role of mother, home situation pun dah berubah, the baby claims its own place in the couple's intimacy and in the family..hebatkan seorang bayi? comel-comel macam tu dah pandai nak tunjuk lagak suruh bagi perhatian kat dia je..but the baby still baby, he doesn't know nothing!!just feeding, sleep with the cutest face and poo-poo with funny style...
pic:favor of bedstyle
when my son come home, memang a big shock for my physical and emotions, walaupun dah state my mind bila dah ada baby ne kita tak cukup tidur, makan tak tentu masa dan bermacam-macam lagi.. of course the body has the right to be tired. Sometimes timbul perasaan give-up and frust sebab terasa macam gagal berperanan sebagai mama for my son...tapi baby masa first to second month memanglah, banyak meragam, some babies make no difference between day and night, so berjagalah jawabnya, like me,hehe untunglah kalau siapa yang ada baby yang tak pandai meragam...apapun itu semua secara tak langsung mendidik kesabaran kita kan?..Alhamdulillah, now Ahmad Harraz has his own bedtime and allow me and hubby to rest well sleep longer..Pheewww!!!Thank you Allah give me a chance to be a mama..how great the feeling, walaupun penat, letih, stress dan berbagai masalah mendatang, merenung wajah suci Ahmad Harraz hilang semua gelisah..semoga ku lebih dekat pada-Mu dengan kurniaan-Mu ini & semakin matang dalam melayari kehidupan...alhamdulillah=)) insyaallah..amin

12.04.2012

Perihal Annivesary & Ikan Dory

Tup tap tup tap masa berjalan berjalan pantas..dah setahun berumahtangga, sungguh pantas, laju dan cepat masa berlalu sampaikan tak sedar dah berada disituasi sekarang, i mean tengah taip entry ne lah...hehe..dan sudah hampir 4 bulan lebih umur anakanda, dah nak masuk 5 bulan plak, pastu 6 bulan, 7 bulan, 8 bulan dan blablabla...okei merepek!actually disebabkan ber'anak' kecil ne, masa untuk ber'master chef' kat dapur pun dah limited...memandangkan Anniversary bukannya setiap hari maka berkira-kira untuk masak special for both of us untuk celebrate...biasalah hari istimewa kalau boleh nak yang air tangan sendiri buat, barulah betul-betul special..rite?hehe..so misi membeli bukan mainlah, tapi misi menyiapkan menu special hanya tinggal imaginasi sahaja...sudahnya ikan dory bergrill hanya menjadi tatapan di laman sesawang..celebrate makan yong tau fu aje ceritanya & paling tak tahan kek angry bird yang dibeli suami menjadi persoalan..kenapa angry bird???apapun celebrate first time ne ditemani budak comel..alolo..bahagia sungguh rasanya..okei, daa, yang tu aje nak cerita. Seandainya mama tahu Harraz nak keluar awal, tentulah kita dah celebrate annivesary kat china dah sekarang kan budak comel? takdela membazir tiket melancong..huhu, sayangnya mama kena mood verangan je sekarang...maybe next time ada rezeki kita celebrate lagi meriah..Istanbul aku datang..chewahh!berangan ko...kahkah=p....
pic: muka monyok tak dapat ikut umi sekali...hehe

11.22.2012

Sama Tapi Tak Serupa

Semacam tak percaya, masih terasa kehangatan majlis nikah kahwin sendiri hujung november tahun lalu. Kini hampir setahun berlalu, sudah bergelar mama dan ayah buat Ahmad Harraz. Terasa semacam mimpi, terima kasih ya Allah atas anugerah yang tidak ternilai, akan kami didik dan jaga amanah yang Engkau berikan sebaik mungkin menjadi hamba-Mu yang taat dan soleh.. cepatnye masa berlalu, tak sangka kini dah bertiga..rasanya baru sekejap berdua-duaan, tak sempat nak berhoneymoon sepuas hati..berbabymoon la nampak gaya pasne..hehe. 2 hari lagi genap 4 bulan umur Ahmad Harraz dan hujung bulan ne genap setahun   usia rumahtangga kami..Betapa syukurnya ya Allah, walaupun terasa terlalu cepat Ahmad Harraz hadir dalam kehidupan kami, sesungguhnya bayi comel itu jugalah pengubat lara dan penghibur hati keluarga..Alhamdulillah.Masih terkenang-kenang peristiwa di wad Ahmad Harraz menjadi penghuni selama 47hari setiap kali menatap Ahmad Harraz. Masih terlalu rindu dengannya walaupun kini Ahmad Harraz sentiasa disisi..boleh tak camtu?i mean it!oo...hanya diri sendiri yang faham perasaannya..hehe. 
pic: Ahmad Harraz last day in ward, weight 1.95kg and now it turn to 4.5kg..alhamdulillah

Peristiwa sedih di wad timur belakang semasa rooming in bersama Ahmad Harraz masih segar diingatan. Semoga menjadi iktibar buat diri. Insyaallah, ada masa i'll share it..daa^_^, time to rest. 

11.19.2012

Quick Update

Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas dan menikmati kehidupan sementara ne..since been so long not update, terasa kekok plak nak mengadap blog sendiri..hehe, it's ok, yang penting tuan blog tetap manis berseri di samping keluarga kecil dia..hehe=p. Apepun baru sempat menjenguk laman sesawang, bila ada anak ne untuk 'me time' pun takde masa...Hari ni genap 3 hari baru balik ke rumah sendiri setelah berpantang(wahh, lama kau berpantang!pantangla sangat kan..haha) hampir 4 bulan, kurusnye tidakla, tapi yang penting berat badan kembali lebih dari normal akibat terlelu penat menjaga budak comel sorang tu..Perkembangan anakanda terlalu pantas, semacam tak percaya bila budak comel sebesar dua tapak tangan dulu kini dah terlebih muatan diriba sendiri..Alhamdulillah!alhamdulillah!alhamdulillah. Sesungguhnya kuasa Allah sangat menakjubkan...sekejap je dah nak masuk 4 bulan Ahmad Harraz^_^..
maybe next time boleh mengarang, agaknya..walaupun anak tidur, seakan tak puas menatap kurniaan Allah ni..47 hari yang tidak dapat ditebus balik sepanjang anakanda berada dihospital, menjadi kenangan pahit dan manis. Semoga Ahmad Harraz diberi kesihatan yang baik dan yang penting, masa untuk memberi kasih sayang buat anakanda kesayangan..hihi, till then..next entry in process..

8.15.2012

Risiko Jika Mengandung Lagi

Memandangkan Ahmad Harraz dilahirkan tak cukup bulan (7bulan-premature) doktor ada bagitahu yang risiko yang berkemungkinan berlaku untuk next pregnancy. Chances untuk lahirkan anak pre-mature meningkat dari 20%-40%..T_T, namun hanya 15% je berlaku camtu..tapi still kena berjaga-jaga, i hope and pray cukuplah kali ni jeT_T. Berdoa untuk next pregnancy akan normal and beautiful like other mommies. Bila baca info pasal pre-mature born ne mungkin akan berulang, betul-betul buat diri takut nak mengandung lagi...huhu. Rasa fobia dan trauma kena operate dan perut ditoreh-toreh belum hilang dan mungkin amik masa yang lama untuk dilupai..namun rasa serik nak mengandung tu takdelah..hihi, cuma takut aje-_-". If ditakdirkan mengandung lagi dalam masa terdekat walaupun doktor dah bagi peringatan supaya jarakkan kehamilan, siapa kita nak menolak kurniaan Allah. Sekurang-kurangnya Allah bagi peluang untuk merasai keindahan waktu kehamilan. Lagipun rasa excited nak bagi cucu ramai-ramai kat mak ayah^_^.Tersenyum bila teringat kata-kata suami tika ditemaninya di wad HKL"kesian awak, tahun depan sorang lagi"..-_-", adeii..kata-kata pun doa jugak kan..if that happen, redha jelah sanggup jugak nak bergadai nyawa bagi zuriat untuk suami. haha...Ahmad Harraz tak sampai sebulan lagi mama dan ayahnya dah pikir pasal nak bagi adik plak kat dia..*_*. Tak sempat menyempat..bahaha=p




Love&Faith,
Greenapel

Titisan Emas Buat Anakanda

Setelah mendapat kata-kata positif dari Dr. yang merawat anakanda Ahmad Harraz, semangat untuk memberi breast-milk buat anakanda berkobar-kobar. Hari kedua di wad kebetulan ada bidan kampung yang menjaga anaknya yang bersalin, so my MIL mintak tolong dia mengurut untuk meransang penghasilan susu, tambah plak anak sulung,my breast-milk mungkin sedikit sukar dikeluarkan. Alhamdulillah, memang rezeki Ahmad Harraz, kolostrum mula keluar walaupun hanya 2, 3 titik selepas diurut-urut..i'm just positif for that time, tak nak stress sangat..panduan dari Pa&Ma keluaran Ogos 2012 banyak membantu, 3 kali khatam baca tika di HKL untuk betul-betul hadam dalam kepala...hihi, so i'm just calm walaupun kolostrum terhasil sikit,but i'm sure it's enough for my little prince sepadan dengan size perutnya pada hari pertama yang sebesar manik. Hari ketiga, cuba mengepam, walaupun hasilnya hanya sedikit, i'm just teruskan effort mengepam selang dua jam sekali, dan alhamdulillah hasilnya memuaskan hati sehinggalah tika post(autopost) ne dibuat (hari ke-14 Ahmad Harraz di NICU) titisan emas buat anakanda sangat menyenangkan hati. Alhamdulillah ya Allah murahkan rezeki anakanda Ahmad Harraz^_^. Sampaikan nurse di wad NICU tegur kenapa susu Harraz banyak sangat sampaikan tak muat bekas orang lain dalam deep freezer...huhu, susu sikit kena bebel, banyak pun kena tegur pula-_-"..huhu, tak faham, apapun tak kisahlah as long as my son get benefit from the most precious milk from his mama yang sememangnya tak ada jual kat kedai. Walaupun sehingga kini Ahmad Harraz still menyusu melalui tiub, keep pray that my little son will direct breastfeeding as soon as possible like other babies. Tak sabar*_* melihat kecomelan ank tika menyusu. Aktiviti Kanggaroo care skin to skin between me Ahmad Harraz sangat2 membantu penghasilan susu^_^. Terima kasih sayang Harraz, this activity make me so close to you, i miss u every time expressing milk for you..grow up healthy sayang, mama tak sabar nak bawa awak balik rumah..hihi.. 

8.14.2012

Pre-Mature Born, Bagaimana Hadapinya?

Me and husband memang tak menjangkakan Ahmad Harraz akan lahir seawal di usia 30 minggu2 hari, memandangkan doktor pun dah bagitahu yang i'm risk to give early birth, hati yakin mengatakan anak dikandung sempat mencapai umur 32minggu sebelum dilahirkan, so sempat lah prepared for fizikal n mental tika hadapi saat tu...namun siapa kita nak tentukan semua tu?jangkaan meleset, tu yang buat kami suami isteri really in big shock,ingatkan balik kelantan nak sambung duduk kat wad HUSM sekali kena beranak terus...huhu-_-". Congrates for others parents like us, dah bergelar ibu bapa walaupun baby tak cukup bulan don't be so worry, teknologi terkini sememangnya banyak membantu pre-mature baby like Harraz and your child grow up nicely. Walaupun awalnya terkejut dengan keadaan bilik neonatalogi/ NICU yang menakutkan dengan tabung yang banyak mengandungi anak-anak kecil dan immature senasib Harraz, tambah pula keadaan anak dihiasi wayar-wayar yang berselirat, just be confidence the doctor and staff nurse do their best effort to give our child special care to support their development. Just believe u're not alone, having a pre-mature baby can be traumatic, tapi alhamdulillah staff nurse dan doktor sangat memahami tekanan yang dihadapi..and they are there to help you as well as your baby like us^_^. Buku 40minggu kehamilan..err macam tulah lebih kurang tajuknya dari karangkraf banyak juga membantu tambah maklumat tika diwad HKL..Menghadapi kelahiran pra-matang sedikit sebanyak mencabar kesabaran diri dari segi tenaga dan masa, namun jika positif setiap masa, insyallah, Allah mudahkan setiap urusan..sentiasa berdoa dan dapatkan sokongan sepenuhnya dari ahli keluarga terutamanya suami dalam tempoh anak di NICU..this is really important to get support from everyone yang mana ianya sangat-sangat membantu diri dalam menghadapi situasi ni disamping semangat untuk pulih dari sakit beranak tu tinggi, hehe..Mungkin untuk bertenang dalam tempoh singkat amik masa, macam diri ne jugak, seminggu dop ulang alik buat kanggaro care untuk Harraz perasaan sebak dan menitis air mata ketika bercakap dengan anak tak boleh ditahan-tahan..masuk minggu ke-2 emosi dan perasaan dah stabil..insyaallah, jangan bimbang Allah kurniakan kekuatan buat kita yang bergelar ibu, yang penting jangan lupa pada-Nya..Lailahaillallah^_^




Love&Faith,
Greenapel

8.13.2012

Pre-Mature Born, Penyebab dan Tanda Kelahirannya

Going home after giving birth betul-betul melegakan. Being a parents of pre-mature baby which the baby admitted to a neonatal unit/NICU is a frightening experience. This situation is not expected or prepared for. Feel helpless when seeing my son for the first time in neonatal unit/NICU with surrounded like that with unfamiliar equipment to my son get the very best careT_T. For the moment i'm not sure how to cope the situation, early delivery come as a huge shock for me and husband. Terlalu banyak persoalan di fikiran, kenapa boleh berlaku kelahiran pra-matang. After get the best rest, i do some effort to know the reason spontaneous pre-term birth happen, find the info as much as i can do ..as i expect, it's true...one of the common reason infection in uterus and vagina can lead to pre-term birth which the bacteria contains in urine. Yes seminggu sebelum leaking, i've publish about the infection yang dialami, tak sangka itu salah satu petandanya-_-'. Ditambah pula dalam Pa&Ma keluaran Jun 2012 mengingatkan Braxton Hicks yang kerap berlaku sebelum umur kandungan mencapai 37minggu salah satu petunjuk akan kelahiran pra-matang. Exactly the info reminds me, dan ceritakan sedikit sebanyak kat husband so i've tell the doctors about mine soft contractions, then the answer "it's common"..begitu jugak bila tanya nurse KD dan KK, almost jawapannya sama, ia adalah perkara biasa. walaupun mendapat jawapan sebegitu, hati tetap juga risau..dan sememangnya risau itu bertempat..yup, my pregnancy not like others. Others reasons, my womb maybe weak, i'm not sure, i hope not...but i've soft bleeding at 16week pregnancy in three days, huhu, tambah pula salah satu hobi mop lantai rumah tak ditinggalkan, twice in a weeks tu memang ada aktiviti tu sebab tak nak ajar badan malas sangat, tak sangka aktiviti fizikal sebegitu membebankan ibu mengandung-_-"..dan yang paling besar tandanya air ketuban dah turun awal-awal sebelum sempat 37minggu which contribute to a pre-mature baby..others, pre-eclampsia and multiple birth can make pre-mature born happen. 




Love&Faith,
Greenapel

8.12.2012

Peristiwa & Pengalaman Kelahiran Anakanda Pramatang#X(Episod Akhir)

Siap ada episod akhir lah pulak my experience neh,kahkah..ada yang menyampah karang, okei yang tu tak tahu,thanks for keep reading hihi=p... Apapun pengalaman manis sepanjang mengandung Ahmad Harraz tetap terpahat dimemori. Pengalaman yang pahit saat bersalin, sekurang-kurangnya mematangkan diri dalam mengharungi kehidupan dan memberi semangat baru untuk bergelar sebagai seorang ibu. Sesungguhnya melalui pengalaman bersalin mengingatkan jasa dan pengorbanan mak yang melahirkan kita..Sekarang Allah bagi peluang cycle that feeling to remind us betapa besarnya pengorbanan seorang ibu dan mengingatkan kita supaya sentiasa menghargai kasih sayang yang mak ayah kita berikan sepanjang hidup ini. Alhamdulillah atas dugaan-Mu Ya Allah, ku bersyukur sekurang-kurangnya ku punya nikmat mempunyai suami dan keluarga untuk bergantung, dan berpeluang memiliki cahayamata yang tidak ternilai harganya jika dibandingkan dengan saudara seagamaku yang lagi besar musibahnya.... Terus teringat akan kejadian di hospital batu pahat, dibilik mandi jenazah tika menunggu arwah Siti Fatimah (my nephew) dikafankan, seorang isteri yang masih berinai penuh dijari (newly bride) berumur 23 tahun menangis pilu akibat kehilangan suami yang kemalangan sebelum sempat melangkah ke rumah baru mereka yang disiapkan arwah suami..Allahurabbi, mengalir airmata tumpang simpati diatas ketentuan Allah terhadapnya, diusia muda sudah bergelar baluT_T. Sukar dan sulit ujian-Mu mendekatkan diriku pada-Mu Allah, ya Allah..setelah sekian lama terlalai,  dibulan mulia ne Allah menunjukkan kasih sayang kepada hamba-Nya untuk menguji sejauh mana tahap keimanan & secara tak langsung mendidik diri supaya tak mudah berputus asa dalam kehidupan ibarat bahtera yang belayar dilautan penuh onak duri. Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hamba-Nya. Allah tahu diri kuat dalam menghadapi ujian-Nya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Allahuakbar..Ujian Allah untuk post-moterm diri dikala ramadhan sangat menginsafkan, “Terima kasih Allah kerana sesungguhnya Engkau masih sayang lagi kepadaku. Semoga dengan ujian ini Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu.” amin^_^..Syukran ya Allah. So mommies to be, be strong..to be a mother is not easy. Thank you bonda and ma, if not because both of you i won't be what i'm today. Both of you truly inspired me to be the person today and mama that i'm now. Being a mama make me appreciate both of you more and more..love u both so much..hug^_^




Love&Faith,
Greenapel

Peristiwa & Pengalaman Kelahiran Anakanda Pramatang#IX

Empat hari berada di wad betul-betul tidak menyeronokkan ditambah dengan sakit dan ketiadaan anak disisi. Hari terakhir di wad sempat menjenguk anakanda Ahmad Harraz dan berpeluang bersentuhan kulit ke kulit dengannya..indahnya rasa ya Allah^_^. Syukur. Sebelum tu, doktor yang merawat Ahmad Harraz panggil nak jumpa, explain his condition, dan menerangkan sedikit sebanyak perawatan yang dilakukan dan yang paling penting my effort to express breast-milk to support my son grow nicely. Insyaallah, i will do the best for you dear, to see you grow up normally like other babies..amin. Kata-kata semangat dari doktor juga  banyak membantu diri untuk lebih positif. Memandangkan pre-mature baby needs special care, ditambah pula dengan kos perawatannya tinggi, dari segi masa, tenaga dan wang, the doctor tell me to not so distress..Just be positive in all way, insyaallah my baby will give a great respons as long as my effort to do kanggaroo care and give him the most precious breast-milk, my baby will be grow up healthy. insyaallah^_^.  Sebelum melangkah pulang, sedih hati mendengar tangisan anak setelah diletak balik dalam tabung, uhuhu..tak boleh nak pujuk anak, akhirnya diri sendiri yang menangisT_T..seksa betul, tapi Allah Maha Mengetahui, segala aturannya sempurna..mungkin dalam tempoh Ahmad Harraz di NICU Allah nak mama Ahmad Harraz sembuh sepenuhnya sebelum rutin harian berubah sepenuhnya. Memberi peluang tenaga dijana semula untuk menjaga Harraz dengan lebih teliti, dan yang paling penting i've many times to adapt new routine for Ahmad Harraz when he going home soon.^_^ insyaallah.




Love&Faith,
Greenapel

8.11.2012

Cabaran Berpantang di Bulan Ramadhan & Musim Raya

Memang mencabar hawa nafsu perut betul berpantang dibulan puasa, nak nak pulak dekat raya ne-_-". Setiap kali makan dengan orang berbuka puasa ne, kita asyik berputih mata aje nengok lauk pauk yang sedap, kuih muih yang mengancam jiwa raga menahan diri, kempunan okei, tu tak raya lagi dengan pelbagai juadah dan suasana meriah makan-makan...simpati kat diri sendiri, huhu.. terkedip-kedip mata nengok orang ratah ayam percik, kita ratah ikan selayang bakar aje makan ngan nasi berlada hitamT_T. Nak buat camne, pasrah jelah..suami ngan Ahmad Harraz punya pasal, mama sanggup berpantang bagai nak rak, nak jadik bak anak dara balik (nak dara balik memang mustahil..kahkah=p) dengan menyusu anakanda intan payung terpaksalah jaga makan betul-betul-_-'. Karang geleber, buncit sana sini kang, tak selera suami, karang tak jaga makan minum kembung pulak anak tersayang. Memang mencabar betul! tambah pulak yang paling tak tahan sepanjang tempoh berpantang ne asyik terliur tengok teh o panas, adeii, tak kelass langsung punya selera, hidanglah apa-apa jek, boleh lagi menahan rasa..tengok orang minum  teh o, harus menelan air liur bertubi-tubi..serius!kempunan!-_-'. Mungkin ketagihan masa mengandung asyik minum greentea lipton yang menyebabkan keadaan sekarang tidak terkawal tahap kempunannya. Adeii. silap setting betul, next time kena plan betul-betul supaya tak berpantang di bulan penuh dugaan neh, sampai raya haji pun tak lepas lagi 100hari...grr..apapun ganjaran buat suami, tentulah kena teman bini berganti puasa 30hari..hehe..itulah padahnya..huhu (jangan tersenyum aje baca neh, deep meaning tu)...apapun 10 malam terakhir ne cubalah kita mengejar LailatulQadar, malam 23 dijangkanya turun mengikut kajian ulama2, malam nelah ..insyaallah=)). 





Love&Faith
Greenapel

Peristiwa & Pengalaman Kelahiran Anakanda Pramatang#VIII

Tersedar dari lena yang panjang membuat letih sakit bersalin dan segala perasaan yang membungkam hati hilang. Hanya kerinduan terbit di hati untuk menatap wajah anak sendiri membuak-buak. Dijaga dan dibelai sepenuh hati oleh bakal penghuni syurga sangat melegakan hati, terasa kasih sayang yang mendalam dan semangat kekuatan mencari tapak untuk sembuh sepenuhnya demi anak. Terima kasih bonda dan mak mertua yang dicintai yang bergilir bersengkang mata memenuhi keperluan diri dikala kesakitan masih berbaki..semoga ganjaran syurga balasan diakhirat kelak...amin. Suami memberi sokongan supaya diri kuat semangat melawan kesakitan, Ahmad Harraz yang dinamai oleh suami setia menunggu mamanya menjenguk. Alhamdulillah, hari kedua dah boleh bangun berjalan dibantu suami, dan tanpa berlengah suami bawa jumpa anak. Perasaan? yes, tentulah tak sabar dan teruja, masuk ke wad neonatalogi NICU sememangnya menggugah perasaan terlihatkan tabung-tabung yang membantu pembesaran anak-anak pre-mature. Allah, i know i'm not alone to having pre-mature baby..berjalan perlahan-lahan menahan sakit menuju ke tabung anak menimbulkan perasaan sayu dan sebak..sedihnya hati bila tidak berpeluang lagi untuk mencium dan memeluk anak seperti ibu-ibu lain. Lebih memilukan hati setiap kali merenung melihatkan ibu-ibu lain menyusukan anak di wad postnatal dan memujuk meredakan tangisan anak..Menatap anak sendiri dipenuhi wayar yang berselirat, mengundang air mata yang tidak diminta untuk mengalir laju. Terima kasih Ya Allah, kurniakanku anak yang sempurna sifat dan baik rupa...sesungguhnya ku bersyukur ada-Mu, dalam kepahitan ada kegembiraan yang Engkau titipkan buat hamba-Mu..Ahmad Harraz seem really active and strong, alhamdulillah..Hanya mampu berkata kepada suami "anak kita memang comelkan, banyak rupa awak ne" dalam getaran tangis..suami tersenyum mengangguk..Alhamdulillah^_^





Love&Faith,
Greenapel

8.10.2012

Peristiwa & Pengalaman Kelahiran Anakanda Pramatang#VII

Selesai Dr.Ridhuan jahit belahan, terdengar azan zohor..alhamdulillah semua selesai dengan selamat. Cuma yang paling tak tahan bila sejuk bilik dewan bedah buat diri terketar-ketar yang amat..lama jugak menunggu darah dilantai dimop, siap Dr. khairul sempat bergurau " you untung sebab Dr. Ridhuan yang bedah, jahitan dia kemas dan teliti, biasalah kerja orang Temerloh makan ikan patin ne lain dari yang lain" terus disambut senyuman dengan kata-kata tu, dan menyambung "Terima kasih, nanti saya blogkan tentang Dr. Ridhuan"...terus berderai ketawa di dewan bedah sambil Dr. Khairul menyambung ayat "oo, femeslah Dr.Ridhuan pasne!!"..what a pleasant group of doctor, dalam kesakitan dan kegundahan, hati dihiburkan kata-kata mereka..^_^..beberapa belas minit kemudian katil ditarik keluar selepas diri selesai dibersihkan, terketar-ketar menahan sejuk, lama jugak menunggu kat luar dewan bedah sebelum dimasukkan wad. Sambil menunggu, staff nurse kat situ masukkan tiub haba dalam selimut nak kurangkan sejuk sebab my body bergegar-gegar menahan sejuk yang amat. Dalam 2.30petang, barulah katil ditarik ke wad postnatal. Terus nurse suruh jangan bergerak dan tidur je, tapi nak tidur macam mana punyalah sejuk tak hilang lagi, nak lelap mata pun tak boleh..cuba mengagahkan diri panggil nurse cakap tak boleh tidur sebab sejuk sangat, bila diselimutkan dengan selimut tambahan baru okei sikit dan pesan kat nurse supaya inform my husband yang saya dah kat wad postnatal..lepas tu terus pandangan gelap. Sedar aje, suami dan ahli keluarga dah mengelilingi katil..huhu, punyalah tak sedar tidur..Laju memegang tangan suami sambil bertanya "anak kita macam mana?" sambil menahan tangis..terus suami cakap "awak jangan risau, awak rehat dulu ye..insyaallah anak kita selamat, kejap lagi saya pergi tengok anak kat NICU, nanti saya ambil gambar untuk awak tengok sekali"..hanya mampu mengangguk lemah, dan pandangan terus kelam(kesan ubat bius belum hilang)..





Love&Faith,
Greenapel

8.09.2012

Peristiwa & Pengalaman Kelahiran Anakanda Pramatang#VI

Tak semua pregnancy dilalui dengan keindahan dan kebahagiaan..so bersyukurlah mereka yang berpeluang merasai nikmat kehamilan dengan selamat hingga anak dilahirkan. Problem yang berlaku tika mengandung boleh menjadi sesuatu yang menakutkan, sukar dan pastinya menyedihkan hati bakal ibu just like meT_T. Siapapun tak mahu jadi mangsa yang harus lalui komplikasi hamil termasuk kelahiran pra-matang. Tapi sudah ketentuan Allah, ku redha dengan ujian-Mu ya Allah...ku-mohon kekuatan dari-Mu untuk hadapi semua neT_T. Sebelum masuk ke dewan bedah pada pukul 12lebih tengahari, nurse bagi air apa entah rasa cam air gas manis-manis, tapi lepas minum terus rasa khayal . Setelah ditolak masuk kedewan bedah, Dr.khairul kenalkan diri sebagai pakar bius, katanya "awak jangan takut, nanti tak rasa sakit pun masa awak kena bedah nanti"..disuruh duduk memegang bantal ke dagu, nak cucuk epidural kot separuh badan..3 kali cucuk kat tulang belakang terus rasa kebas dari pinggang ke bawah, sakit kena cucuk dengan jarum sebesar dan sepanjang tu, tak payah nak bagitahu sakitnya macam mana-_-" "awak bertenang okei, sekejap je ne..nanti lepas ne awak rasa macam kena toreh lepas tu rasa macam kena tarik-tarik sikit bila anak nak dikeluarkan"..ececeh, sedap jek ayat Dr.khairul, kita yang kat katil bedah ne dah tak tahu macam mana nak describe rasanya, Allah je tahu perasaan masa tu..Selepas tu Dr. Ridhuan plak kenalkan diri sebagai doktor bedah yang bertanggungjawab & tanpa melengahkan masa terus Bismillah, torehan pertama dilakukan, rasa kena toreh?memang tak best!!masih teringat-ingat ngilunya walaupun kebas tapi pasal dah dengar bunyi torehan, tersimpan plak dalam memori-_-"...Lepas tu, hanya melayan perasaan sendiri sambil mulut terkumat-kamit baca doa Nabi Yunus & doa mudahkan urusan..tak berani nak tengok lampu atas untuk tengok perut sendiri kena bedah..huhu, selang beberapa minit terdengar Dr.Zaiton (yang bantu Dr.Ridhuan) cakap "ee comelnya!!" diselangi tangisan anak, sekejap aje terus dia berlari bawa my baby keluar dari dewan bedah...Ya Allahuakbar, alhamdulillah menitis air mata syukur tika itu, rasa macam bermimpi..Walaupun tak berkesempatan melihat anak sendiri disebabkan anak terlalu kecil, tetap terasa lega mendengar tangisan anak..nurse berbisik, anak awak boy lahir pukul 12:47tengahari...hanya tersenyum lega mendengarnya...Alhamdulillah^_^



Love&Faith,
Greenapel

8.08.2012

Peristiwa & Pengalaman Kelahiran Anakanda Pramatang#V

"Your baby heartbit really not reactive when i review your fetal heartbit test, your baby in high risk to get any complication disebabkan organ dalamannya masih belum matang"...Allahurabbi, hilang sekejap diri bila mendengar ayat Dr. Fauziah.."Ditambah pula dengan air ketuban yang hampir takde dan baby dah berak, tak tahu dari semalam atau lepas subuh, your baby dah hampir lemas, dan ditakuti dia mula bernafas dengan saki baki air ketuban yang sikit dan bercampur najis yang boleh menyebabkan berlaku risiko lain kepada your baby"..Hanya merenung kosong anak mata suami mencari saki baki kekuatan yang ada untuk terus mendengar ayat Dr. Fauziah...suami dengan suara bergetar, bertanya apa seterusnya step nak buat..terus Dr. Fauziah sambung "memandangkan this case refer from gynea HKL and she keep calling ask how your condition, your case is our priority, so we decide to ceazer your wife now, this is really emergency tak boleh beranak normal memandangkan itu akan mengambil masa yang lama, ditakuti your baby lemas, so sign here"..terus diunjukkan surat untuk izin ceazer,sekilas memandang suami dan mengangguk setuju, seakan tidak berfikir sekadar sesaat pun terus laju tangan menurunkan tandatangan akibat terlalu bimbangkan keadaan anak dalam kandungan..Sambil turun dari katil dan melangkah lemah dipimpin suami, nurse datang menyambut pimpinan bawak terus ke bilik Usains untuk siap sedia ke operation room sementara suami call my parents and FILs tentang my condition, tak sampai 10minit sudah siap dipembaringan katil untuk ke dewan bedah...Siap berbaring dikatil nurse tanya " mana suami, kena ambil baju dan jumpa awak sebelum masuk dewan bedah"...seminit dua muncul my husband datang menggenggam tangan erat sambil berkata  "tak apa, tak apa, you will be okei" sambil suami merenung anak mata sedalamnya memberi sokongan..terus teresak-esak melepaskan perasaan yang bercampur aduk sejak tadi...adeii, macam nak pergi mati pun ada jugaT_T.."doakan saya ye", itu aje ayat boleh cakap dalam esakan, cuba mengumpul kekuatan bagi menghadapi acara seterusnya sambil katil ditarik keluar dari bilik menuju ke dewan bedah....perlahan-lahan hilang kelibat suami dari pandangan dengan esakan yang masih berbaki..




Love&Faith
Greenapel

8.07.2012

Peristiwa & Pengalaman Kelahiran Anakanda Pramatang#IV

Pukul 5.30petang bertolak dari KL tambah tolak darab bahagi dengan jam teruk di KL, dekat pukul 1.30pagi jugak sampai rumah dikampung halaman, tambah pulak suami terlalu penat sebab rehat yang tidak cukup sepanjang tempoh 6 hari isteri berada diwad..T_T. Akibat terlalu risau sampai my family in law pun menunggu kepulangan kami dirumah besannya..Awal pagi esoknya after meals secukupnya kami dah get ready ke HUSM untuk register masuk wad tapi lain plak jadi jalan cerita bila saki baki air ketuban dah berubah ke hijau lumut selepas subuh. Bimbangnya hati sukar ditafsir...just pray everything will be ok, cuba bertenang sepanjang perjalanan ke HUSM. Sampai aje, terus registration person suruh ke labor room selepas ditunjukkan refer letter from my gynecology expert from HKL..tak ambil masa yang lama, my baby heart bit diambil, dan acara yang paling tidak menyeronokkan berlangsung lagi..diseluk kat bawah buat kali ketiga (adeii, part ne lah yang paling tak best dalam banyak-banyak pengalaman mengandung, habis hilang keseronokan perasaan ketika mengandung dan mengidam bila diseluk-seluk..wuhuuu-_-") ..So kena ingat okei mommies, mengandung memang sangat best, tapi nak bersalin...errr, masing-masing rasa sendirilah...wahaha, jahat betul ayat haku!!=p.Yang penting bertenang..ingat keypoint sini..BERTENANG, tarik nafas dalam-dalam hembus perlahan..insyaallah semua smooth..Lama jugaklah nak settle, selepas fetal heartbit, diseluk, buat ultrasound dan duduk menunggu sekejap sebelum dikejutkan dengan segerombolan nurse, pakar dan doktor..terus hilang sekejap dengupan jantung bila dikelilingi golongan berbaju putih dan purple tu..The gynea experts Dr. Fauziah memulakan ayat.."puan i need to tell you the truth about your baby condition" sambil seorang doktor mula cucuk masukkan jarum kat tangan, sakit!!huhu..sambungnya lagi "After review your fetal heartbit..." tak sempat Dr.Fauziah nak habiskan ayat, spontan memegang tangannya, terus bagitahu "Doktor, please panggil my husband, saya tak mampu nak dengar sorang-sorang tentang ne" dengan suara bergetar menahan perasaan yang bercampur aduk...terus nurse sebelah melangkah laju memanggil suami yang menunggu diluar labor room..Pucat muka suami bila tengok diri dikelilingi nurse dan doktor macam tu..."okei, kita cari tempat yang tenang sikit untuk saya bagitahu your baby condition", sambung Dr.Fauziah..terus menuju ke bilik ultrasound sambil berbaring dikatil menunggu bait-bait kata yang mungkin menghiris perasaanT_T..




Love&Faith,
Greenapel

8.06.2012

Peristiwa & Pengalaman Kelahiran Anakanda Pramatang#III

Dos kedua ubat matangkan paru-paru dicucuk pada hari pertama di HKL(Allah, sakit yang amat masa kena cucuk tu, masa dos pertama kat Hospital Putrajaya tak pulak rasa sakit sangat, panic maybe time tu, tak sempat fikir pasal sakit dah huhu)..Hari-hari berlalu di wad HKL dengan suram, walaupun suram alhamdulillah Allah tak tarik selera makan, lagipun mind dah set my baby need more nutritions like booster, so makan memang sentiasa habis ditambah pulak makanan tambahan yang dibawa suami..kalau dibandingkan dengan rakan-rakan seperjuangan dengan bermacam jenis komplikasi yang pelik-pelik untuk didengar sehinggakan ada tak berselera langsung nak makan, syukur my case tak macam tu, huhu...Sesukar dugaan kita, sukar lagi dugaan orang lain, just thiking positive dalam tempoh kurungan-_-". Tak nak baby pun risau..segala vitamin ambil double, minum minyak kelapa dara sebanyak mungkin, telan minyak ikan sekerap mungkin...i do everything to make sure my baby healthy dalam tempoh terdekat sebelum dilahirkan in anytime je, cuma tak tahu bila. Setiap kali terjaga dari tidur surah yasin dan doa yasin jadi peneman. Allah!terasa sukar dan sulitnya hati dan perasaan ketika itu. Sebak setiap kali doa yassin di baca. Ditambah pula pada hari ketiga my parents datang mengejut selepas tahu keadaan diri memandangkan tak boleh ada waiting person, tu yang lagi terasa sedih bila duduk sensorang gitu. Kesian my parents tak habis lagi letih pergi balik dari johor dan melaka dengan urusan kakak sulung yang baru kehilangan anak diduga pula dengan keadaan macam tu oleh anak kedua. Sesungguhnya dugaan Allah pastinya berhikmahT_T. Insyaallah. So, hari ke-4 terus my parents balik selepas lega melihat my condition sangat okei, selera makan  okei, hilang segala kegundahan hati selagi tak tengok wajah anak. Hari ke-5 berada di wad, suami decide nak transfer dari HKL ke HUSM kelantan disebabkan memikirkan banyak faktor, tambah pula tiada ahli keluaraga terdekat if anything happen, suami payah nak cuti, so merayu jugaklah dekat pakar mintak transfer even dibebel-bebel..Hari ke-6 tu baru dapat refer letter dan pelepasan untuk transfer, itupun atas risiko sendiri balik Kelantan. Urusan selesai hampir lewat petang 23hb tu, terus kami bertolak balik dari KL ke kelantan. Hanya bertawakal kepada Allah supaya perjalanan balik kami dipermudahkan dan my baby ok & tidak berlaku sebarang komplikasi sepanjang 8jam perjalanan tu..amin
-_-.



Love&Faith
Greenapel

8.04.2012

Peristiwa & Pengalaman Kelahiran Anakanda Pramatang#II

Lepas doktor cakap kena tahan ke wad, terpaksa jugak menahan emosi dan perasaan sendiri..pasrah, naik ambulans ke HKL (sangat tak best okei naik ambulans)...Memandangkan my condition tak menunjukkan tanda-tanda nak bersalin, maka doktor nak pastikan my pregnancy can be pro-long to 32w to 36w before doctor decide untuk paksa bersalin tu yang kena dok kat wad untuk monitor(maybe anytime je tuan kat dalam rahim ne nak keluar)-_-". Dalam pukul 10.30malam sampai kat HKL terus daftar dan tunggu pakar check. Almost dalam pukul 1.00 pagi jugak menunggu nak confirmkan my pregnancy conditions, lepas aje pakar scan dia confirmkan memang my condition high risk pre-mature born, depends condition baby and ibu jugak, if baby tak kena jangkitan kuman (disebabkan air ketuban dah tinggal sikit high risk jugak nak kena jangkitan) dan ibu sihat dalam tempoh monitoring 4-5 hari maybe my pregnancy can be pro-long to 32w-34w or maybe 36w tapi chances untuk bersalin awal memang tinggi disebabkan i'm still leaking non-stop (even air ketuban keluar sikit-sikit) yang memungkinkan pelbagai risiko tambah plak my baby lungs tak matang lagi dan doktor meyakinkan diri bahawa my baby still can survive in my womb buat masa terdekat juga berharap ada peningkatan air ketuban. Maka malam tu ditinggalkan suami pandangan sayu dok sensorang kat wad ditemani orang lain yang senasib. Sedihnya perasaan, memandangkan tiada mak ayah, ma dan abah terasa sukarnya menahan emosi sendiri, risau dan bimbang bila terfikirkan anak dalam kandungan. Hanya mampu berdoa kepada Allah agar semuanya selamat dan berdoa supaya diberi ketenangan dalam menghadapi ujian Allah tika ini, positif memikirkan apa yang berlaku sebagai ganjaran Allah untuk mengkifarah dosa-dosa yang lalu, tanda kasih Allah pada hamba-Nya ..tidur dalam tangisanT_T..


             Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:



"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".




Love&Faith, 
Greenapel

8.02.2012

Peristiwa & Pengalaman Kelahiran Anakanda Pramatang#I

Walaupun tiada langsung persediaan untuk bersalin awal, alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan kami semua..Sesungguhnya setiap hamba Allah ada dugaan masing-masing, kami suami isteri pula diduga dengan peristiwa tidak terjangka. Pada 17 julai baru-baru ne selepas selesai monthly check-up, masa untuk berehat dikatil memang dititik beratkan. Braxton Hicks yang kerap berlaku minggu-minggu sebelumnya  sudah memberikan petanda kelahiran pra-matang cuma mamanya aje yang tak ambil pusing pasal doktor kata itu adalah biasa-_-". Seperti biasa Braxton Hicks datang menyapa, hilang je ketidakselesaan, terus bangun dan dikejutkan dengan air jernih mengalir laju. Ya Allah, terus telefon bonda untuk menghilangkan panik, yes memang air ketuban yang turun pada pukul 4.30petang tu, terus pulak call KD bertanyakan situasi untuk ditangani macam mana. KD arahkan pergi ke hospital dalam tempoh 24jam, pastu last sekali baru call suami bagitahu situasi diri..hehe, terbalik pulak, patutnya call suami dulu bagitahu-_-". Terus suami tinggalkan meeting balik serta merta (kesian suami,huhu). Sementara menunggu suami balik google apa yang patut dibawa ke hospital (maklumlah kata takde persediaan apa-apa lagi, terus bluurr bila jadik situasi macam tu, huhu) & cari maklumat sikit-sikit pasal my situation. .petang tu terus kami ke Hospital Putrajaya dengan hati gundah gulana, masing-masing menguatkan semangat masing-masing untuk menerima apa-apa je yang berlaku kelak. Masuk labor room untuk check-up keadaan baby, selesai aje, doktor panggil suami masuk dan menerangkan bahawa air ketuban diri mengalami kebocoran, for that time air ketuban dah almost takde hanya 4 liter aje yang tinggal dari 11liter. Allahu rabbi, terkesima sekejap bila doktor cakap my condition in high risk to born pre-mature baby however baby heart bit normal, weight normal at 29w2d. Terus doktor inject satu dos ubat matangkan paru-paru (sakit amat okei). Disebabkan i'm still leaking, kena tahan di wad...namun nasib tak baik bila hospital putraya dah full wadnya, terus refer ke HKL bila doctor bagi pilihan either nak di hantar ke HKL@Kajang@Klang..will continue later(lenguh)^_^






Love&Faith,
Greenapel

8.01.2012

Syaaban & Ramadhan yang Teruji

Allahuakbar..alhamdulillah, dikala ujian Allah yang datang bertimpa menguji kesabaran keluarga kami, Allah berikan kekuatan untuk menghadapinya dengan tenang. Awal bulan julai, kami sekeluarga diuji dengan kehilangan cucu sulung keluarga yang mana anak kakak tersayang dijemput ilahi sebelum sempat dilahirkan. Malam nifsu 15 syaaban cucu sulung keluarga kami selamat dikebumikan di Jasin Melaka. Seminggu juga wajah suci Siti Fatimah terbayang-bayang dimata membuat tidur tak lena, pilu hati bakal ibu bila teringat bakal sepupu anak sudah tiada sambil mengosok-gosok perut memujuk anak mengatakan Siti Fatimah sudah berada disyurga abadi Allah. Tidak tersangka, dikala kesedihan masih berbaki, keluarga dikejutkan pula dengan panggilan telefon mengatakan air ketuban diri sendiri sudah mengalir keluar. Allahurabbi, ibu bapa mana yang tidak risau dan bimbang bila anak-anak diuji sedemikian, hanya mampu berdoa serta redha dengan apa yang sudah tertulis. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. Sesungguhnya Allah Maha penyayang, masih memberi peluang untuk mendengar tangisan anak.Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah Ya Allah..

Ya Allah, semoga Ahmad Harraz sentiasa berada didalam lindungan rahmat dan kasih sayang-Mu Ya Allah, Sihatkanlah Ahmad Harraz dengan kekuasaanMu Ya Allah, Hindarkan Ahmad Harraz dari sebarang penyakit, cergaskanlah tubuh badannya dan cerdaskan akal Ahmad Harraz. Lindungilah Ahmad Harraz dari sebarang gangguan syaitan, jin dan iblis ciptaan-Mu, berilah kekuatan semangat kepada Ahmad Harraz. Murahkanlah rezeki Ahmad Harraz untuk menyusu badan sepenuhnya seperti yang Engkau syariatkan. Ya Allah tetapkanlah iman Ahmad Harraz kepada-Mu Ya Allah. Jadikanlah Ahmad Harraz hamba yang sentiasa mematuhi perintah-Mu dan mengikut ajaran Rasul-Mu. Ya Allah hanya kepada-Mu kami memohon dan meminta,amin, amin amin Ya Rabbal alamin...




Love & Faith,
Greenapel

7.29.2012

Unexpected Born~New Little Khalifah

Week of pregnancy : 30 weeks 2 days (pre-mature)
Date of Born : 24/7/2012 at 12:47 afternoon (4 Ramadhan 1943H)
Gender : Baby Boy (Ahmad Harraz b. Mohd Azham)
Weight: 1 kg with 37cm height (incubator)
Current condition: he's doing really well, hope my little Harraz sentiasa dalam peliharaan Allah. Do the best dear, mama will give the best effort to supply breastmilk for you. Grow up & cepat tembam-tembam ye sayang mama. Anak mama kuat semangat. I know my little hero can do more than mama imagine. Mama & ayah love u so much and always pray for you dear. 

Post terakhir sebelum ramadhan sememangnya meninggalkan kenangan buat diri dan suami...tak sangka tragedi ikan selayang merupakan petanda awal akan kelahiran si kecil^_^. Memang terlalu awal..owwhh, tak best mengarang dikala sisa sakit masih berbaki akibat ceazer..next time maybe..However, Pray for my little Harraz to doing the best in everything...insyaallah^_^



Love & Faith,
Greenapel

7.17.2012

Tragedi Ikan Sardin/Selayang

Semalam, entah hape kena emosi sensitif sangat..sampai pagi ni masih berbaki mata bengkak akibat menangis tanpa motif yang nyata..kesian en.azham, layan kan aje emosi ibu mengandung yang entah apa-apa neT_T. Memang tragedi buat suami, harap dimaafkan ibu mengandung itu! Sebelum balik kerja en.azham dah tanya siap-siap nak beli lauk apa untuk dinner, memandangkan mood kekampungan datang menjengah, makanya siap-siap bagitahu beli ikan selayang je atau orang luar panggil ikan sardin nak rebus asam dan goreng bawang putih cicah sambal belacan (menu habis simple) . Biasa kalau kat kelantan, ikan selayang paling murah dalam sekilo boleh cecah RM4 ke RM5 je. Mak minah pun beli ikan ne buat ikan celup tepung makan dengan nasi kerabu hitam dan jamu si kucing je. 
pic: Inilah ikannya yg buat haku sedih bangat, malu kat suami..huu
So, semangat nak makan ikan selayang rebus goreng garing-garing bawang putih tu lain macam, awal-awal dah masuk dapur menumbuk sambal belacan sambil tunggu suami balik. Sudahnya bila suami balik "cuba tengok betul tak saya beli ikan tu"..aaiisehh, emosi dah gelabah ne nak tengok ikan, sekali..seperti yang dijangka suami silap beli ikan, bukan ikan selayang, tapi ikan kembong!!Terus nada dah berubah frust sangat bila suami cakap "sama je ikannya" (yang ne, diri sendiri pun tak faham kenapa jadi macam tu?!)dah cuba tahan dah perasaan, istighfar dalam hati..lastnya kalah jugak, menyiang ikan kembung sambil air mata meleleh-leleh, lama-lama makin menjadi-jadi plak bila ditahan-tahan tangisnya (adess, buruk pe'el betul) sampai teresak-esak sambil menyiang ikan..sekali en.azham yang tak tahu motif isteri yang sedih bagai menangis beria-ia bertanya "kenapa?sambil tunjuk muka gelabah"..sambil menjawab dengan jawapan nak boleh pelempang " awakla, salah beli ikan, sedih sangat ne, tak tahu kenapa"..terus muka en.azham macam cakap "aaiikk, silap beli ikan pun sampai boleh menangis macam tu sekali"..

Akhirnya, walaupun sedih-sedih, makan nasi tetap tambah jugak dinner semalam kahkah, walaupun ikan kembung tak berapa nak ummphh bila rebus dan goreng bawang putih tapi bila cicah dengan sambal belacan, sedap jugak jadinya. Adeeii, kalau mak baca ne, confirm tak tahu nak respons apa..hihi. Itulah tragedinya, apapun storyku ne memang tak masuk akal, jangan dibuat-buat ye adik-adik, kakak-kakak...tak elok, payah suami nak memahami nanti..kihkih=p






Love & Faith,
Greenapel

7.11.2012

Braxton Hicks & Jangkitan Kuman

Di awal fasa terakhir sememangnya terlalu banyak risiko buat ibu mengandung...maka penjagaan diri lebih teliti dan perasaan sentiasa berjaga-jaga memang amat perlu demi keselamatan ibu dan baby..Hampir seminggu jugak menahan sakit bawah perut akibat jangkitan kuman kencing kotor..nak tidur tak lena, habis gaya tidur pun tak jugak boleh tidur..sudahnya kerap juga bangun malam menahan sakit beralih posisi tidur..Tambah pulak masih teringat situasi kakak sendiri sakit beranak, adei terbayang-bayang tiap malam macam mana diri sendiri nanti..-.-'. Emosi terlebih! Sekarang ne, memang kerap jugak mengalami Braxtons Hicks, itu situasi biasa bagi mommies yang dah masuk trimester akhir..tak bahaya, cuma mengundang rasa ketakselesaan. Perut tetiba mengeras selang beberapa saat petanda kita sedang mengalami Braxton Hicks, dan yang penting takde rasa sakit. Sekiranya kerap dan mengambil masa yang lama nak hilang tambah sakit, yang tu kena refer doktorlah. Mende macam ne salah satu latihan otot-otot rahim untuk lebih bersedia tika proses bersalin nanti. 
Tips nak kurangkan ketakselesaan tika berlaku Braxton Hicks, cuba berbaring dengan tenang, tarik nafas dengan tenang. Sekiranya tak hilang jugak, cuba mengiring ke kiri dan berehat dengan lebih lama. Cuba minum air dan buang air dengan lebih kerap sebabnya pundi kencing penuh juga boleh mengundang Braxton Hicks.  Jangkitan kuman pun harap-harap boleh hilang dalam tempoh ne, seksa rasa nak berjalan..bahaya kencing kotor jangan diambil ringan..huhu. Apapun, insyaallah doakan semuanya okei..

p/s: moody

7.09.2012

Indahnya Hidup Dengan Dugaan#V

Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas menggunakan nikmat Allah. For my sister, be strong and redha dengan apa yang sudah ditakdirkan Allah..insyaallah, setiap ujian dari Allah ada hikmah yang tersembunyi. Perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita. Bercakap memang senang kan, tapi perasaan yang ditanggung hanya Allah yang tahu, semoga kuat dan tabah..amin. kami semua mendoakan yang terbaik buat kakak tersayang. Kalau ikutkan perasaan sendiri masih rasa sedih lagi, ibarat orang kata cubit peha kanan, paha kiri pun merasa. 


Rasulullah SAW menyifatkan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. “ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”(2:286)

p/s: ....

7.05.2012

Redha & Saham Akhirat

"Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berada dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

Note: Semoga diberi kekuatan dan kesabaran dengan ujian Allah yang tiada tandingan ganjaran dari-NYA (mood: sedih). 

7.02.2012

Prepare To Be a Babysitter of Two Heroes

Sempoi aje en.azham bagitahu, "awak, nanti minggu depan kena jaga anak buah saya 3 hari okei, diorang datang tidur sini, your SIL ada kursus"..PITAM sekejap*_* bila teringat kat dua hero tu!..okei, i love too..but, i've no experienced! kihkih..nak tak nak kena jaga jugak, kena belajarlah jugak jaga budak-budak ne, tu baru 3 hari, budak dalam perut ne bakal bergantung dengan malaikat yang diamanahkan Allah bergelar ibu..so just take it easy..ecehh, neh kes menyedapkan hati..Haku punya fikiran dah berbalam-balam neh dalam seminggu lepas, minggu ne siap berkali-kali tanya en.azham, confirm ke ne diorang datang tidur sini ni?kahkah..punya panik tak bertempat, siap hafal ayat penjinak budak lagi takut uncontrol nanti...huhu-_-". 
pic source: BestBabyPhotographers
Ni pun dalam proses mengemas bagai rumah & menyorokkan apa yang perlu, segala alatan yang berbahaya untuk kanak-kanak comel sekecil 10bulan dan 2 tahun itu..adeii, harap-harapnya semua okei..tak huru haralah kan...hehe, experienced jaga adik sendiri belas-belas tahun dulu dah lupa dah. Lagipun kalau tanya aku, suka budak tak? "honestly aku jawab tak!" tapi disebabkan kecomelan dan segala ke'cute'an perlakuan budak, so i guessed i loved them so much..walaupun kadang-kadang their action little bit annoying, dan mencabar kesabaran itu adalah proses kehidupan..well, sama macam kita dulu-dululah berapa banyak buat mak ayah kita annoying  nak hadap perangai anak-anak, so it's recycle..kita plak kena lalui mende tu..hehe, fair!

So akif and afiq, behave well.cik ika tak pandai nak jaga budak..ee, geram jek teringat two heroes tu..moga diberi kesabaran yang menggunung dalam melayan karenah babies comel...my lil'bun, u gonna get ur friend soon..just play safe in mama's womb for little month only, oowhh, dear it's end of second trimester, welcome final journey...chaiyook!Grow up well my son/daughter..hehe^_^

Note: waiting^_^

6.28.2012

Tips Jimat Beli & Perihal Mahalnya Barang Baby

First time experience membeli barang-barang baby memang buat diri blurr..walaupun mata rambang melihat segala kecomelan barangan baby, namun tak boleh mengatasi rasa tak tahu nak beli yang mana satu bila berhadapan dengan objek-objek comel tersebut..rasa nak sebat semua sekali angkut masuk bonet kereta..hihi=p. Kan best kalau dibolehkan buat macam tu>_<, rasa comel sangat!haha..okess, buang tabiat. So sepertinya kali pertama membeli barang-barang kecil cinonet, berupa kain yang semacam digunting bentuk seluar dan baju secara kecil-kecil dan cute, dan melihatkan harga yang terpampang di tag price, buat mata berpinau!!rasa nak ambil mikrofon, nak cakap kuat-kuat "asal baju kecik-kecik, harga mahal nak mam..kalah baju orang dewasa ni!!"..adeii (itu sekadar imaginasi!kalau boleh buat betul kan, ramai yang setuju dengan persoalan tu..muahaha). Kesimpulan tetapnya, barang-barang baby memang mahal-_-". 


Walaupun bukanlah kedekut nak keluarkan duit untuk beli baju anak-anak eh? ai mean baju anak, disebabkan teruja pegang baju baby semacam magnet, maka kena beli jugaklah, tak kanlah anak asyik nak berbogel aje (walaupun baby comel dalam keadaan macam tu..hihi) atau dibalut kain napkin semata kan-_-". Memandangkan bajet untuk anak sekadar yang ada cuma, (eh berbunga plak ayat, kahkah)..maka nak share sikit tips berjimat bila membeli barang-barang baby..supaya mommies to be tak membazir atau terlebih bajet atau mengada-mengada nak shopping lebih bila kita dah target mula shopping barang baby ne...muahaha (sejak bila plak haku pandai berjimat neh?!hmm, itulah penangan jadi isteri dan bakal mak, kena sayang duit suami, nanti kita jugak yang untung..hihi=p)...mm, termelencong pulak..meh sambung balik..


Tips pertama - Checklist. Memang penting checklist ne, sebab nak guide kita beli apa yang perlu apa yang tidak. Buat research dulu..ceehh, ambil dan rujuk sebanyak mana checklist yang ada (google), combine dan pilih apa yang sebetul-betul perlu je barang-barang baby yang nak dimasukkan dalam checklist.  Kurangkan atau tambahkan kuantiti bagi selected item contohnya wet wipes, disposable coth diapers, disposable nappy liner dan lain-lain barangan yang dikira boleh ditopup bila perlu. Tak perlu nak borong sekaligus takut nanti berlaku pembaziran. Lastly, jangan lupa bawak checklist bila nak shopping atau beranikan diri terjah bahagian baby tanpa checklist, pengsan nanti geram terlampau nengoknya  ..hehe orait!next..


Tips Kedua- Bajet. Ohh, yang neh memang terlampau penting, kalau setakat checklist dah lengkap, elok, cantik, tapi takde bajet...memang pergi senyum-senyum jelah kat shopping kompleks tu..hihi=p. Kalau nak cakap bab bajet ne mungkin boleh di detail sikit, maybe next entri, tapi bajet depends masing-masinglah..Ada yang tak kisah berapa bajet untuk bakal anak tambah lagi yang sulung dan ada yang berkira-kira beringat-ingat supaya tak melebihi perancangan dan perbelanjaan bulanan. 


Tips Ketiga- Tempat shopping. Sama pentingnya dengan tips diatas, tempat shopping nak diterjah, kalau nak jimat dan senang sebab dekat atau cawangan kedai yang banyak pergi jelah Jusco, Manjaku Baby dan tempat shopping lain yang memudahkan korang. Jusco dan Manjaku baby memang tempat best nak shopping barang baby secara pukal sebabnya murah sikit berbanding tempat lain seperti butik-butik barang baby. 


Tips Ke-empat- Masa Shopping. Yang neh, kena bijaklah pilih masa, kalau yang berduit lebih, tak kisah bila-bila je boleh pergi shopping. So, memandangkan ne tips jimat, maka masa yang paling sesuai tentulah masa SALE! diulangi SALE! shopping masa SALE! Walaupun ada sesetengah yang mengaut keuntungan ketika SALE! kita sebagai pengguna pun kena pandai memilih supaya tidak tertipu jugak masa SALE!  Atau cuba sebanyak mungkin mencari maklumat tentang clearance sale/warehouse sale yang bakal berlangsung. Sedikit sebanyak dah boleh jimat kat situ.


Tips kelima (terakhir)- Branding Product. Ne salah satu jugak termasuk dalam tips nak berjimat. Cari brand barang-barang baby dalam kategory sederhana seperti Fiffy, Tolljoy kalau nak dibandingkan dengan brand anakku, pureen, disney dan sebagainya. Memang berbeza sikitlah dari segi harga dan kualiti. Tapi jika kena pada waktunya, yang branding pun boleh jadi murah dan yang penting jangan cari sehelai-sehelai terutamanya baju baby, cari yang jenis sepasang macam tu. Boleh jimat. Barang-barang lain, cuba cari offer twin packs dan sebagainya. 

Done!...hepi ending, selamat bershopping sakan dan control nafsu membeli barang-barang baby yang teramat-amat comel..wee^_^

6.25.2012

Bila Sesuai Shopping Barang Baby

Topik masa sesuai beli barang baby hot jugak ye...for me, takde masalah bila-bila je boleh shopping barang baby asalkan poket berduit dan sememangnya u're mommy to be.. Kalau setakat tengah bercinta tapi takleh tahan tengok cute mute barang baby, terus dibelinya,nikah tak lagi..tu buang tabiat!hehe=p... tapi tak digalakkan terlalu teruja seawal kandungan dah mula shopping, bukan apa takut kita terlalu mengharap kita jugak yang kecewa nanti..actually orang tua kita sendiri pun mungkin ada yang berpesan bila dah masuk 7bulan baru boleh nak mencari barang-barang baby, sebabnya seperti diatas..Siapapun kalau anak sulung memang akan teruja kan? tak sabar-sabar...macam penulis jugak..hihi>_<
pic source: boston.cbslocal.com
Tapi belum start shopping secara bersungguh-sungguh, faktornya tak tahu jantina baby, still 50-50, so nak cari barang kena universal lah, dua-dua boleh pakai, karang shopping barang-barang pink cute mute tu kang, tak memasal baby boy kena pakai gaun..hehe, kes macam sepupu, dah dua doktor confirm baby perempuan, alih-alih keluarnya baby lelaki..terpaksa shopping baju lain.. faktor lain tentulah bab kewangan dan tenaga yang ada. Sekarang ne memang takleh jalan banyak sangat, takleh diri lama-lama sangat kalau tak kena solat duduk, pasal tapak kaki sakit yang teramat sangat sampai nak berjalan tak rasa kaki berpijak, mungkin terlampau overweight (ke haku je ada masalah macam tu?huhu-_-"). Nak tidur beralih arah pun sakit yang amat belakang pinggang..so bila sesuai shopping barang baby, depends masing-masing..ada yang dah plan beli sikit-sikit, sebab tak nak terasa duit mengalir..ada yang beli secara pukal terus, settle tak nak fikir-fikir dah..yang mana-mana tak kisah, as long as beringat semasa berbelanja orait?..ee, geram jek tengok barang-barang baby kan??^_^

6.22.2012

Indahnya Hidup Dengan Dugaan#IV

Kadang-kadang kita tak sangka realiti kita lalui lebih teruk dari lakonan drama tv kita tengok...Yup, selagi kita didunia ne, bermacam dugaan dan ujian yang Allah bagi untuk melihat kesabaran, ketabahan hambaNya dalam menghadapi dan menyelesaikan segala masalah..Segala yang kita buat tak semuanya menyenangkan hati orang, pandangan A kita okei, pandangan B kita tak okei, pandangan C kita KO..sejauh mana pandangan orang terhadap kita bukan persoalannya...tapi sejauh mana bersihnya hati kita untuk menilai seseorang..jika lihat dengan positif, maka positiflah dan sebaliknya.. Dalam dunia ne, bermacam ragam manusia, yang baik kita jadikan panduan...yang tak elok kita buat peringatan..Kita niat nak menolong, tapi dari asal nak menolong diambil kesempatan..sebab itu wujud pepatah buat baik berpada-pada..sebabnya kita tahu rambut sama hitam, tapi hati hanya tuhan yang tahu..betul tak? 

Kadang-kadang kenal pun tidak tapi dibenci-benci, ada juga yang terlalu kenal sampai luar dalam tapi di tikam belakang..sebab itu rahsia kita apa jua sulit atau tidak tidak perlu dikongsi..kadang-kadang penafsiran orang lain-lain, jika dikongsi dikata menunjuk-nunjuk..jika tidak dikongsi dikatanya konon nak berahsia..tapi itulah selagi kita bergelar manusia kita takkan berpuas hati, takkan bersenang hati, serba tak kena dipandangan..disebabkan mulut badan binasa..nak mengawal mulut dari berbicara perkara yang sia-sia bukan mudah..kita hamba yang lemah hanya mampu berusaha memperbaiki kekurangan diri..Indahnya hidup dengan dugaan kan? di dalamnya penuh hikmah, hikmah yang hanya kita tahu harganya..Sentiasalah berdoa agar Allah tidak memberati kita dengan ujian yang tidak mampu kita tanggunginya..cukuplah yang lite lite saja..Dalam kehidupan seharian kita, kita tak pasti ada manusia yang sentiasa menunggu saat kita jatuh tersungkur dan bertepuk tangan, ada juga yang sentiasa menunggu peluang untuk menjadi penghalang dalam kita mencapai keredhaan Allah..Ada yang sentiasa turut sama berdoa baik-baik buat kita tapi berapa kerat je kan? Sama sama kita cermin diri dan bermuhasabah^_^

p/s: sekadar peringatan diri


6.20.2012

Kenalpasti Jantina Anak

Seronok baca mommy to be yang berkongsi pengalaman nak tahu gender baby ne..Kalau ikutkan hati nak je pergi scan perut ne sekarang jugak, takpun kalau boleh guna scanner printer tu tiap-tiap hari nak scan tengok baby kat dalam buat apa...haha(merepek plak daku).. uhukuhuk-_-'. Sekarang memang tak banyak free even hujung minggu pun..hehe, entah apa dibuatnya tak tahu lah. Bila umur baby dah masuk 6 bulan ne memang ramailah yang bertanya gender baby dalam perut ne..uuhh, tak sabar betul nak pergi scan. Tapi nampak gayanya kalau tak scan pun takpe sebab macam dah tau yang dalam perut ne baby girl..hehe, instinct suami dengan diri sendiri masa awal-awal tahu positif mengandung kitaorang dah tercakap pasal baby gender..spontan je dua-dua cakap baby girl, dah siap-siap bahasakan nama dah dari awal..haha, excited tak?. Bila baca tips-tips nak tahu jantina dari  mommy to be pun kebanyakan tanda mengarah ke baby girl. Menguatkan lagi instinct ramai yang cakap baby girl bila tengok rupa perut ne. Orang-orang dulu cakap kalau pokok berbunga subur kat halaman rumah, tandanya anak perempuan..tak tahulah betul ke tak tapi yang perasannya pokok lada depan rumah memang tak henti-henti beri hasil, bunga pun asal layu je ada je yang baru mekar berbunga..
p/s: dua hari lepas petik..^_^
So, tak kisahlah yang mana-mana jantina baby, girl ke, boy ke asalkan sihat sempurna..alhamdulillah^_^. Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita, yang penting anugerah Allah kena jagalah sebaik mungkin. Moga anak mama terus membesar dengan sihat dan aktif. Satu je yang geram je sampai ketap-ketap gigi bila baby kat dalam perut ne malas nak gerak, asyik kena tepuk-tepuk dulu, goncang-goncang dulu..baru mengada nak bergerak, comel jek camtu kan...hehe. En.azham cakap tu maksudnya baby asyik tidur je, ikut pe'el mama dia..sentap betul!kahkah..kalau yang time aktif tu pe'el ikut abinya..apa-apa jelah-_-". Yang penting jangan ikut perangai mamanya yang tak comel sudah, ambil perangai yang comel-comel jek anak mama ye, hihi=p..

p/s: mm..bila nak shopping ne, takut kaki dah start bengkak makin malas nak berjalan