Pages

Pages

8.06.2012

Peristiwa & Pengalaman Kelahiran Anakanda Pramatang#III

Dos kedua ubat matangkan paru-paru dicucuk pada hari pertama di HKL(Allah, sakit yang amat masa kena cucuk tu, masa dos pertama kat Hospital Putrajaya tak pulak rasa sakit sangat, panic maybe time tu, tak sempat fikir pasal sakit dah huhu)..Hari-hari berlalu di wad HKL dengan suram, walaupun suram alhamdulillah Allah tak tarik selera makan, lagipun mind dah set my baby need more nutritions like booster, so makan memang sentiasa habis ditambah pulak makanan tambahan yang dibawa suami..kalau dibandingkan dengan rakan-rakan seperjuangan dengan bermacam jenis komplikasi yang pelik-pelik untuk didengar sehinggakan ada tak berselera langsung nak makan, syukur my case tak macam tu, huhu...Sesukar dugaan kita, sukar lagi dugaan orang lain, just thiking positive dalam tempoh kurungan-_-". Tak nak baby pun risau..segala vitamin ambil double, minum minyak kelapa dara sebanyak mungkin, telan minyak ikan sekerap mungkin...i do everything to make sure my baby healthy dalam tempoh terdekat sebelum dilahirkan in anytime je, cuma tak tahu bila. Setiap kali terjaga dari tidur surah yasin dan doa yasin jadi peneman. Allah!terasa sukar dan sulitnya hati dan perasaan ketika itu. Sebak setiap kali doa yassin di baca. Ditambah pula pada hari ketiga my parents datang mengejut selepas tahu keadaan diri memandangkan tak boleh ada waiting person, tu yang lagi terasa sedih bila duduk sensorang gitu. Kesian my parents tak habis lagi letih pergi balik dari johor dan melaka dengan urusan kakak sulung yang baru kehilangan anak diduga pula dengan keadaan macam tu oleh anak kedua. Sesungguhnya dugaan Allah pastinya berhikmahT_T. Insyaallah. So, hari ke-4 terus my parents balik selepas lega melihat my condition sangat okei, selera makan  okei, hilang segala kegundahan hati selagi tak tengok wajah anak. Hari ke-5 berada di wad, suami decide nak transfer dari HKL ke HUSM kelantan disebabkan memikirkan banyak faktor, tambah pula tiada ahli keluaraga terdekat if anything happen, suami payah nak cuti, so merayu jugaklah dekat pakar mintak transfer even dibebel-bebel..Hari ke-6 tu baru dapat refer letter dan pelepasan untuk transfer, itupun atas risiko sendiri balik Kelantan. Urusan selesai hampir lewat petang 23hb tu, terus kami bertolak balik dari KL ke kelantan. Hanya bertawakal kepada Allah supaya perjalanan balik kami dipermudahkan dan my baby ok & tidak berlaku sebarang komplikasi sepanjang 8jam perjalanan tu..amin
-_-.



Love&Faith
Greenapel