Di awal fasa terakhir sememangnya terlalu banyak risiko buat ibu mengandung...maka penjagaan diri lebih teliti dan perasaan sentiasa berjaga-jaga memang amat perlu demi keselamatan ibu dan baby..Hampir seminggu jugak menahan sakit bawah perut akibat jangkitan kuman kencing kotor..nak tidur tak lena, habis gaya tidur pun tak jugak boleh tidur..sudahnya kerap juga bangun malam menahan sakit beralih posisi tidur..Tambah pulak masih teringat situasi kakak sendiri sakit beranak, adei terbayang-bayang tiap malam macam mana diri sendiri nanti..-.-'. Emosi terlebih! Sekarang ne, memang kerap jugak mengalami Braxtons Hicks, itu situasi biasa bagi mommies yang dah masuk trimester akhir..tak bahaya, cuma mengundang rasa ketakselesaan. Perut tetiba mengeras selang beberapa saat petanda kita sedang mengalami Braxton Hicks, dan yang penting takde rasa sakit. Sekiranya kerap dan mengambil masa yang lama nak hilang tambah sakit, yang tu kena refer doktorlah. Mende macam ne salah satu latihan otot-otot rahim untuk lebih bersedia tika proses bersalin nanti.
pic source: thepregnancycentral.com
Tips nak kurangkan ketakselesaan tika berlaku Braxton Hicks, cuba berbaring dengan tenang, tarik nafas dengan tenang. Sekiranya tak hilang jugak, cuba mengiring ke kiri dan berehat dengan lebih lama. Cuba minum air dan buang air dengan lebih kerap sebabnya pundi kencing penuh juga boleh mengundang Braxton Hicks. Jangkitan kuman pun harap-harap boleh hilang dalam tempoh ne, seksa rasa nak berjalan..bahaya kencing kotor jangan diambil ringan..huhu. Apapun, insyaallah doakan semuanya okei..
p/s: moody