Walaupun bukanlah kedekut nak keluarkan duit untuk beli baju
Tips pertama - Checklist. Memang penting checklist ne, sebab nak guide kita beli apa yang perlu apa yang tidak. Buat research dulu..ceehh, ambil dan rujuk sebanyak mana checklist yang ada (google), combine dan pilih apa yang sebetul-betul perlu je barang-barang baby yang nak dimasukkan dalam checklist. Kurangkan atau tambahkan kuantiti bagi selected item contohnya wet wipes, disposable coth diapers, disposable nappy liner dan lain-lain barangan yang dikira boleh ditopup bila perlu. Tak perlu nak borong sekaligus takut nanti berlaku pembaziran. Lastly, jangan lupa bawak checklist bila nak shopping atau beranikan diri terjah bahagian baby tanpa checklist, pengsan nanti geram terlampau nengoknya ..hehe orait!next..
Tips Kedua- Bajet. Ohh, yang neh memang terlampau penting, kalau setakat checklist dah lengkap, elok, cantik, tapi takde bajet...memang pergi senyum-senyum jelah kat shopping kompleks tu..hihi=p. Kalau nak cakap bab bajet ne mungkin boleh di detail sikit, maybe next entri, tapi bajet depends masing-masinglah..Ada yang tak kisah berapa bajet untuk bakal anak tambah lagi yang sulung dan ada yang
Tips Ketiga- Tempat shopping. Sama pentingnya dengan tips diatas, tempat shopping nak diterjah, kalau nak jimat dan senang sebab dekat atau cawangan kedai yang banyak pergi jelah Jusco, Manjaku Baby dan tempat shopping lain yang memudahkan korang. Jusco dan Manjaku baby memang tempat best nak shopping barang baby secara pukal sebabnya murah sikit berbanding tempat lain seperti butik-butik barang baby.
Tips Ke-empat- Masa Shopping. Yang neh, kena bijaklah pilih masa, kalau yang berduit lebih, tak kisah bila-bila je boleh pergi shopping. So, memandangkan ne tips jimat, maka masa yang paling sesuai tentulah masa SALE! diulangi SALE! shopping masa SALE! Walaupun ada sesetengah yang mengaut keuntungan ketika SALE! kita sebagai pengguna pun kena pandai memilih supaya tidak tertipu jugak masa SALE! Atau cuba sebanyak mungkin mencari maklumat tentang clearance sale/warehouse sale yang bakal berlangsung. Sedikit sebanyak dah boleh jimat kat situ.
Tips kelima (terakhir)- Branding Product. Ne salah satu jugak termasuk dalam tips nak berjimat. Cari brand barang-barang baby dalam kategory sederhana seperti Fiffy, Tolljoy kalau nak dibandingkan dengan brand anakku, pureen, disney dan sebagainya. Memang berbeza sikitlah dari segi harga dan kualiti. Tapi jika kena pada waktunya, yang branding pun boleh jadi murah dan yang penting jangan cari sehelai-sehelai terutamanya baju baby, cari yang jenis sepasang macam tu. Boleh jimat. Barang-barang lain, cuba cari offer twin packs dan sebagainya.
Done!...hepi ending, selamat bershopping sakan dan control nafsu membeli barang-barang baby yang teramat-amat comel..wee^_^