Pages

Pages

8.04.2012

Peristiwa & Pengalaman Kelahiran Anakanda Pramatang#II

Lepas doktor cakap kena tahan ke wad, terpaksa jugak menahan emosi dan perasaan sendiri..pasrah, naik ambulans ke HKL (sangat tak best okei naik ambulans)...Memandangkan my condition tak menunjukkan tanda-tanda nak bersalin, maka doktor nak pastikan my pregnancy can be pro-long to 32w to 36w before doctor decide untuk paksa bersalin tu yang kena dok kat wad untuk monitor(maybe anytime je tuan kat dalam rahim ne nak keluar)-_-". Dalam pukul 10.30malam sampai kat HKL terus daftar dan tunggu pakar check. Almost dalam pukul 1.00 pagi jugak menunggu nak confirmkan my pregnancy conditions, lepas aje pakar scan dia confirmkan memang my condition high risk pre-mature born, depends condition baby and ibu jugak, if baby tak kena jangkitan kuman (disebabkan air ketuban dah tinggal sikit high risk jugak nak kena jangkitan) dan ibu sihat dalam tempoh monitoring 4-5 hari maybe my pregnancy can be pro-long to 32w-34w or maybe 36w tapi chances untuk bersalin awal memang tinggi disebabkan i'm still leaking non-stop (even air ketuban keluar sikit-sikit) yang memungkinkan pelbagai risiko tambah plak my baby lungs tak matang lagi dan doktor meyakinkan diri bahawa my baby still can survive in my womb buat masa terdekat juga berharap ada peningkatan air ketuban. Maka malam tu ditinggalkan suami pandangan sayu dok sensorang kat wad ditemani orang lain yang senasib. Sedihnya perasaan, memandangkan tiada mak ayah, ma dan abah terasa sukarnya menahan emosi sendiri, risau dan bimbang bila terfikirkan anak dalam kandungan. Hanya mampu berdoa kepada Allah agar semuanya selamat dan berdoa supaya diberi ketenangan dalam menghadapi ujian Allah tika ini, positif memikirkan apa yang berlaku sebagai ganjaran Allah untuk mengkifarah dosa-dosa yang lalu, tanda kasih Allah pada hamba-Nya ..tidur dalam tangisanT_T..


             Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:



"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".




Love&Faith, 
Greenapel