Walaupun Pok eak bukanlah sesiapa, kalau ikut hubungan kekeluargaan pun jauh sangat, tapi keluarga kami tempat arwah menumpang kasih dan perhatian. Dia tiada sesiapa, hidup keseorangan.Terkejut juga dengan pemergiannya secara tiba-tiba namun alhamdulillah Allah mudahkan segalanya. Tubuh tuanya yang terbongkok-bongkok, tiada siapa sangka kadang-kadang dia berjalan kaki berkilometer jauh disebabkan pemandu bas yang kurang adab tidak mahu berhenti dan sengaja mungkin. Hanya berjalan kaki untuk mencari sesuap makanan untuk diisi. Kedai kopi lorong rumah memang menjadi tempat wajib makannya, tanpa bayaran!Murah rezeki Pok eak, ada je orang yang bersedekah. kadang-kadang 3 bungkus atau 4 bungkus nasi dimakannya. Jika nasib tak baik, nasi dah habis..persinggahan wajib selepas makan tentulah rumah kami plak. Sambil menyapu laman rumah terdengar suara jeritan Pok eak marah-marah, membebel sorang-sorang, itu rutinnya...adalah tu orang yang buat dia marah. Habis menyapu, pintu rumah sentiasa menjemputnya masuk, segelas air teh dan dua keping roti buat pembasuh tekak. Kalau belum sempat menjamah nasi, dibagitahu nasi kat kedai kopi dah habis, tak makan nasi lagi. Bukan susah melayan orang tua Pok eak, letak sebukit nasi dan dua biji telur mata, itu dah cukup baginya untuk bekalan perut seharian sebelum jumpa makanan keesokan paginya pulak. Pok eak tak minum air sirap, katanya darah, tak makan mee goreng katanya cacing, tak makan ayam tak dimasak hingga garing katanya mentah. Tapi buah pisang adalah kesukaan Pok eak. Walaupun akalnya kurang tapi ingatannya kuat, takde penyakit.
pic:satu-satunya gambar kenangan dengan arwah..
Tiap-tiap bulan ayah tolong bawa Pok eak ke MAIK untuk ambil duit zakat, kalau ayah tak sempat kitaorang anak-anak yang tolong bawakkan jika kebetulan ada bercuti dirumah..Peristiwa lalu yang menyebabkan Pok eak kesejukan masih terkesan dihati..huhu, sedih betul menyusahkan orang tua Pok eak. Setiap kali nak raya, ayah belikan satu kemeja lengan pendek, sepasang selipar dan kain pelikat. kalau Pok eak tak berkenan dengan selipar pilihan ayah, maka selipar ayah kat tangga rumah jadi mangsa, Pok eak tukar...hehe, dan peringatan wajib sehari sebelum raya "Pok eak!esok raya, nanti pakai baju baru" kalau tak, kemeja hapak, terkoyak dan lusuh jugak jadi pilihannya. ermm, sekarang semuanya tinggal kenangan, tiada lagi suara bebelan marah-marah Pok eak, tiada lagi pintu rumah digoncang-goncang menggila jika lambat buka pintu..dan tiada lagi orang tua Pok eak yang teramat kasihan bila berjalan-jalan ditepi jalan raya dibawah panas terik mahupun hujan. Tiada lagi kerisauan keluarga siapa akan menemani Pok eak disaat-saat terakhirnya. Terima kasih Allah hadirkan Pok eak dalam keluarga kami untuk memberi secebis kasih. Sesungguhnya disana tempat yang paling bahagia buat Pok eak, semoga arwah tergolong dalam hamba-hamba yang beriman.Al-fatihah.