Walaupun tiada langsung persediaan untuk bersalin awal, alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan kami semua..Sesungguhnya setiap hamba Allah ada dugaan masing-masing, kami suami isteri pula diduga dengan peristiwa tidak terjangka. Pada 17 julai baru-baru ne selepas selesai monthly check-up, masa untuk berehat dikatil memang dititik beratkan. Braxton Hicks yang kerap berlaku minggu-minggu sebelumnya sudah memberikan petanda kelahiran pra-matang cuma mamanya aje yang tak ambil pusing pasal doktor kata itu adalah biasa-_-". Seperti biasa Braxton Hicks datang menyapa, hilang je ketidakselesaan, terus bangun dan dikejutkan dengan air jernih mengalir laju. Ya Allah, terus telefon bonda untuk menghilangkan panik, yes memang air ketuban yang turun pada pukul 4.30petang tu, terus pulak call KD bertanyakan situasi untuk ditangani macam mana. KD arahkan pergi ke hospital dalam tempoh 24jam, pastu last sekali baru call suami bagitahu situasi diri..hehe, terbalik pulak, patutnya call suami dulu bagitahu-_-". Terus suami tinggalkan meeting balik serta merta (kesian suami,huhu). Sementara menunggu suami balik google apa yang patut dibawa ke hospital (maklumlah kata takde persediaan apa-apa lagi, terus bluurr bila jadik situasi macam tu, huhu) & cari maklumat sikit-sikit pasal my situation. .petang tu terus kami ke Hospital Putrajaya dengan hati gundah gulana, masing-masing menguatkan semangat masing-masing untuk menerima apa-apa je yang berlaku kelak. Masuk labor room untuk check-up keadaan baby, selesai aje, doktor panggil suami masuk dan menerangkan bahawa air ketuban diri mengalami kebocoran, for that time air ketuban dah almost takde hanya 4 liter aje yang tinggal dari 11liter. Allahu rabbi, terkesima sekejap bila doktor cakap my condition in high risk to born pre-mature baby however baby heart bit normal, weight normal at 29w2d. Terus doktor inject satu dos ubat matangkan paru-paru (sakit amat okei). Disebabkan i'm still leaking, kena tahan di wad...namun nasib tak baik bila hospital putraya dah full wadnya, terus refer ke HKL bila doctor bagi pilihan either nak di hantar ke HKL@Kajang@Klang..will continue later(lenguh)^_^
Love&Faith,
Greenapel