Terbaca kisah cincin tunang kena jual dek bekas tunang. Apa boleh buat, ujian kadang tak terjangka. Allah datang kan orang yang salah buat kita pasti ada hikmah besar. Tambah lagi kalau dalam tempoh tunang. Ika dan suami bertunang lama kot, hampir setahun jugak bertunang. Dalam tempoh tu macam-macam jadi Allah nak duga dan hampir pulangkan balik cincin tunang, suruh tunang cari orang lain, hihi. Tapi nasib baik masa tu gaduh teruk pun tak sampaikan benda tu kat orang tua. Hampir tarikh kahwin makin rasa in doubt betul ke nak kahwin dengan tunang. Orang yang pernah alami je tahu. Kisah cinta Ika pun bukan mudah sangat, bukan susah sangat. Sebelum bertunang entah dah berapa kali hati di tikam-tikam sebab kena reject dengan orang yang berbeza, wakaka.
Ika ni daring sikit bab perasaan, kalau suka terus bagitahu kat orang tu yang kita suka. Bukan main tarik tali, bukan pendam, anak kedua kan, dia bold sikit,kahkah. Imagine kau luah perasaan kena reject, tapi alhamdulillah Allah bagi hati kental sikit bab cemni. Even rasa malu, kecewa kena reject Ika ambil masa sekejap dan move on hingga lah orang yang ke last reject Ika, Ika janji dengan diri tak nak dah fikir pasal bercinta, kalau ada orang nak lepas ni terus nak kahwin, tak nak bercinta lama, kahh confident je niat macam tu,macamkan ada orang nak. Tahu apa jadi selepas tempoh hibernating from love emotion? suami datang approach. Rasa macam pelik sebab sebelum ni semua orang Ika yang approach dulu, stail timba cari perigi kekdahnya Ika punya cara, tapi semua gagal. Tapi masa tu pujuk hati sendiri, ingat kata-kata arwah bestfriend, "Ika kalau nak cari suami cari orang yang lebih sayang kita, dari kita yang sayang orang, lepas tu jangan cari yang hensem sangat, sebab hensem tu tak boleh beli beras" tergelak kami masa tu. "asal tak boleh beli beras pula?", “yelah kalau setakat hensem tapi pemalas nak kerja, nak dapat beras macam mana, kalau takat, perhatian! Perhatian, aku hensem, tolong bagi beras! Memang mereputlah kau dapat laki macam tu", sambung gelak lagi kami, ahh lawak masa zaman sekolah. Sampai sekarang tersenyum ingat bicara arwah. Alfatihah buat Norhatini Mohd Noor.
Bila suami datang approach, memang Ika main tarik tali, jinak-jinak merpati bab kata ayah. Pesanan tu Ika ingat lepas habis convo, macam takde tanda ada pasangan, ayah pun macam ada instinct pasal anaknya. Ayah pesan kita orang perempuan tak boleh jual mahal sangat, kena jadi jinak-jinak merpati. Nak tengok kesungguhan orang nak kat kita macam mana. So bertitik tolak dari pesanan ayah, ku pertimbangkan balik huluran dari suami. Rasa macam tak sangka, dari senior masa sekolah je, kini kami serumah, sebilik dan sebantal. Masa bertunang bukan sorang dua je datang, sekampung suami datang kes nak tengok tunangan, keterujaan orang tua belah suami juga sebab dapat orang satu negeri. Sebelum ni ma abah dapat menantu jauh, sorang selatan sorang utara, so bila dapat yang satu negeri, satu kampung datang rai, kelakar juga bila di ingat.
17 belas tahun perkenalan bermula dengan pertemuan pertama kali selepas habis spm, suami ajak keluar, ingat lagi kami bertemu kat KFC dengan Ika berbaju kurung biru, nampak gentar dihati sebab katanya first time jumpa dan cakap dengan orang perempuan secara dekat, suami makan ayam pun tak habis, masa tu memang zero feeling jumpa atas dasar senior junior dan masa tu Ika pun tengah relationship dengan orang lain, jarak jauh. Dari pergi makan, teman cari seluar sukan katanya dah nak pergi belajar jauh pasni, tak ku tanya pula masa tu. 2003 pertemuan pertama merangkap pertemuan akhir kami jumpa. Bulan akhir tahun 2009 pertemuan kali kedua selepas beberapa percubaan suami cari melalui MySpace, lost contact lagi lepas tu then suami dapat contact dari email. 2008 suami start mesej tapi tak di layan sebab masa tu frust baru clash, dan masa tu juga tengah gila pangkat kat universiti, semua jawatan kelab, course kesnyaku tibai sibukkan diri kononnya, tak nak fikir benda lain. 2009 dapat sambung master dekat uitm, suami gigih call, mesej, sampai naik annoying tengok nombor.
Last-last tanya juga apa yang dia nak asyik call mesej. Dia cakap dia baru habis study dan baru dapat kerja, so what? Bagitahu aku dapat apa? Cengeng gila rupanya aku ni sejak dulu, wakaka. Suami cakap nak serius dengan Ika, then ku cakap kita kawan sudahlah karang bercinta, putus buat bazir masa dah satu hal. Terus suami cakap dia betul-betul serius. Masa tu mula gelabah sebab tone suara suami dah lain, "ok, bagi masa saya 3 hari fikir", punyalah drama. 3 hari fikir tak dapat jawapan, bila suami call Ika bagi cadangan, kita cuba dulu bercinta 3 bulan, kalau rasa tak okay, kita kawan macam biasa sajalah, suami setuju tapi dengan syarat dia nak datang jumpa keluarga dulu, amboii, amboii tak menahan. Aku tanya kenapa? Yelah dia pun nak kenalkan dirilah orang yang tengah kawan dengan anaknya. Alahaii, apa bendalah ni, aku okay kan saja,berani sangat nampak gaya nak jumpa iols punya mak ayah. Kita tengok nanti. Sekali hari yang dinanti, bukan bawa bodynya sendiri, dia bawa mak abah sekali datang, dah alang-alang datang dia kenalkan diri dengan mak ayah, ma abah pun dia kenalkan sekali. Amboii ni bukan kaleng-kaleng punya strategi ni laki aku pakai. So disebabkan this gentleman act, Ika mula buka hati untuk suami. That's how's our relationship start, pandai laki aku tackle hatiku yang dah mula pasang kunci. Lepas tu terus tunang for a while dan kahwin.
Nampak macam, wahh senangnya. Tapi scene sebelum bulan Majlis kahwin berlangsung ku cakap tak nak kahwin, tolong ambil balik cincin tunang. Cari orang lain yang dah kerja ke apa, someone better lah kononnya. Tersenyum ingat dugaan-dugaan yang datang tak kira waktu tunang, kahwin. Ingat lagi masa awal-awal kahwin takde duit nak balik kampung nak tengok mertua yang jatuh sakit masa tu, ada RM50 ringgit lepas buat bayar tol je, tapi alhamdulillah sampai juga ke kampungnya. Masa bercinta memang tak kenal lagi suami yang sebenar macam mana, tapi dah masuk alam perkahwinan lain pula gayanya. Alangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri, 5 tahun awal kahwin memang tempoh mengenai lagi sebenarnya. Nak sabar dalam perkahwinan ni memang banyak kena berkorban, yang paling penting kunci yang paling mahal dalam perkahwinan adalah komunikasi. Komunikasi fail, memang akan buat banyak masalah kecil dari besar sebab nak faham dan memahami semuanya terletak kat komunikasi. Apapun, banyak lagi dan panjang lagi perjalanan dalam rumahtangga ni, just hope hubungan ini Allah izinkan hingga ke syurga Allah kerana hati ni jua milik Allah. Moga cinta, kasih sayang, ihsan semakin utuh dengan izin Allah. Hari ni anniversary kami yang ke 9 perkahwinan dan 17 tahun perkenalan kami. May Allah bless us, amin. Syukur atas segala ujian dan nikmat serta rahmat sepanjang kami menikmati nafas ini. Alhamdulillah.