Pages

Pages

11.24.2020

HOGA Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak

Tempat ni sangat cantik dan indah sangat bagi Ika selain Cameron Highlands yang di penuhi dengan kehijauan pokok teh, kat sini bukit bukau di penuhi dengan kehijauan pokok Gaharu. Pokok Gaharu tu biasanya sinonim dengan air bauan atau pewangi. Perusahaan berasaskan pokok gaharu sememangnya mendatangkan pulangan lumayan, ditambah pula minyak yang dihasilkannya antara paling bernilai dengan setiap milimeter boleh mencecah ribuan ringgit. Dek keharuman minyak pokok gaharu ini, ramai pengusaha minyak wangi terkenal di dunia sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi bagi mendapatkan bahan mentah utama kepada produk keluaran mereka. Harga Kayu Gaharu paling cikai RM1000-RM25000 sekilo gram. So kalau datang sini kira macam tengok duit lah bertaburan di bukit bukau tu, dasar mata duit, gurau pun tak boleh ek, wakaka.


Bila datang sini memang pemandangan dari bangunan tinjau sangat mengkagumkan sebab cantik sangat dan rasa berada kat negara lain. Tiba di pintu gerbang HOGA ni pun dah lain macam sebab macam masuk ke negara China, sebab pintu Gerbang HOGA ni dibina berinspirasikan tembok besar China. Masuk je kat sini anda akan terpana dengan kecantikan dan kehijauan pokok Gaharu yang cantik tersusun disegenap tempat. HOGA antara tarikan Eco-pelancongan yang mula memdapat perhatian dari pengunjung serta tempat. Kat sini anda jangan risau part parking kereta sebab kawasan ya sangat luas. Menuju kat bangunan utama yang Bertempat ya Galeri dan Shopping centre hasil dari pokok Gaharu. Juga terdapat cafe dan tempat anda sekeluarga duduk bersantai menikmati Aiskrim berperisa Kayu Gaharu dan juga jangan lepaskan peluang untuk mencuba Teh Kayu Gaharu. Walaupun rasanya kelat dan pahit semacam, ianya sangat unik sebab di hujung rasa teh ia akan menjadi manis. Cubalah tak rugi pun.

Entah dah berapa kami datang ke sini lebih dari lima kali dah kot, disebabkan view kat sini. Sempat bawa mertua dan arwah abah datang sini, mak ayah belum sampai lagi, insyaallah next time kita bawa mak ayah plak datang sini. Bersyukur sangat mak ayah dulu sempatlah beberapa kali keluar negara melihat keindahan Ilahi di benua lain, disebabkan situasi sekarang memang takde peluang nak keluar dari negara even kaya sekalipun, alangkan tempat jauh, tempat yang dekat pun belum tentu dapat lepas keluar, semua tak dapat pergi mana-mana. Sungguhlah masa ni baru kita tahu nikmat bebas ke sana ke sini kan? Apapun kita doakan semoga Malaysia akan terbebas dari cengkaman virus ni. 

Dalam initiery wajib masukkan sekali tempat ni bila anda datang ke Perak. Teringat cerita lucu pak saudara Ika datang sini, punyalah teruja dan terpana tengok Cantiknya tempat ni, sampaikan masa parking kereta lupa nak off enjin. Syok diorang semua satu keluarga naik menara tinjau lama plak tu lepak situ, turun peluk pokok, sampai kat tempat last sekali baru teringat dan datang confuse enjin kereta tutup ke tidak? Lepas tu tak keruan dah, nak nikmati pemandangan kat Lover's Park dah takde hati, wakaka, memang gelak keluar air mata kalau ulang cerita ni sesama kami, nasib baik tak hilang keretanya, elok je kat tempat parkingnya, cuma enjin hidup lah, nak kata nasib baik tu selalu ada alhamdulillah. 

So apa menarik kat HOGA ni? Selain tempatnya lengkap dengan surau, cafe, galeri, shopping centre jangan lupa ambil peluang untuk beli produk makanan berasaskan Kayu Gaharu ni. Memandangkan sekarang PKPP masih berjalan, Ika tak sure perkhidmatan van yang bawa naik pengunjung ke menara tinjau dah beroperasi ke tidak? Paling latest Ika pergi masa lepas habis PKP dan PKPP, servis van masih belum beroperasi . Anda boleh membeli tiket HOGA ride pada harga RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun jika dah available nanti, tak tahulah kot nanti buka harga Tiket dah naik, hehe. So sekarang servis van tiada, kalau nak naik tengok view kena menapaklah guna kaki anda kat Viewing Stage, hehe. Tak larat panjat, boleh menapak ke pinggir bukit ke Hugging Park, dan juga ke Taman yang mempunyai tangga pelangi dan pokok unik yang besar berusia beratus tahun berpaut antara satu sama lain di Lover's Park. Kat sini juga ada Taman kecil dan kolam ikan, bolehlah buat aktiviti bagi ikan makan. Actually bersempena tahun 2020 ni memang banyak sangat pembaharuan dekat HOGA ni beza sangat dengan masa mula-mula kami datang sini. Pembaharuan yang sangat menarik dan mampu menarik lebih ramai pengunjung memandangkan masih belum ramai yang tahu akan kewujudan tempat ni. Kaki instagram pasti suka tempat sebegini, untuk natural lover tempat ini memang untuk anda. Tunggu part semua kurung ni berakhir yang entah bila agaknya, semua rindu kan kebebasan kan? So do we too.

Buka setiap hari dari pukul 9 Pagi-6 Petang kecuali hari Selasa.