Kat Perak ni penternakan apa yang takde? Semua ada kat sini terutamanya ba Alif ba ya, kihkih. So kali ni dah sampai Lumut Perak dan Pantai Remis kami ambil jalan balik ke Tapah ikut jalan Trong. Kat Perak ni kalau sesat jalan jangan risau, insyaallah akan jumpa kat mana-mana simpang jalan yang lurus yang kita cari sebab jalan kat sini berhubung kemana-mana perak tengah, hilir dan Hulu. Masa memula sampai Perak kami laki bini konon nak jalan-jalan kenal jalan kat Perak lah, dari Tanjung Tualang sampai ke tempat lain, tapi bila lama-lama dah faham jalan kat Perak ni macam mana, quite fun juga sebab tak risau if salah jalan pun lama-lama akan sampai juga ke tempat yang dituju.
Suatu hari tu lepas mandi pantai, beli ikan-ikan segar kat Pantai Remis suami decide nak guna jalan lain untuk balik. Scary jugak sebab masuk hutan kelapa sawit tapi tak sangka ada Leisure Farm yang agak menarik kat sini iaitu Ladang Itik yang agak besar. Dah lalu tu kami depan Farm ni, kami terlepas dan patah balik sebab nampak macam menarik even tak ramai sangat orang. Rugi tak singgah tengok apa ada kat sini kan, nak datang sesaja bukan kamilah melainkan dah niat. Masuk ke tempat parking kami cari tandas dulu, tempat wajib anak cari kalau kereta berhenti.
Masuk kat tempat tu kami ke kaunter tanya berapa kos Tiket masuk sini. Anak-anak dah teruja bukan main tengok patung-patung itik beratuk, bot itik gergasi kat dalam kolam. Kat sini memang bangunan utama ada shopping centre yang berasaskan itik, ada. Bayaran masuk untuk dewasa yang berusia 65 tahun ke bawah berharga RM8 dan warga emas 65 tahun ke atas ialah RM6. Manakala kanak-kanak berusia 4-12 tahun RM4. Trong Leisure Farm & Resort terletak di Trong, berhampiran dengan pekan Changkat Jering, Taiping, Perak. Sementara menunggu traktor yang akan membawa kami ke ladang itik, layan anak-anak main sekitar dulu. Memang kena naik traktor nak ke ladang itik ni sebab kawasannya sangat luas. Dari satu ladang ke satu ladang yang lain. Kat sini ada beberapa bahagian ladang, untuk anak itik yang baru lahir, untuk itik spesis yang berlainan. Kalau tengok itik kat sini agak mengkagumkan sebab terlampau banyak itiknya dan kawasannya sangat bersih, kemas dan teratur.
Kalau baca kisah bagaimana terbinanya ladang itik ni sangat membuka minda sebab pemiliknya betul-betul mengoptimakan sumber yang ada iaitu dengan menggunakan lombong-lombong tinggal sebagai tempat penternakan skala besar, yelah Perak ni kan terkenal dengan bijih timah dan lombongnya yang agak banyak sekitar Perak. So ownernya dari bela itik skala kecil terus berkembang dengan penjualan daging, telur, dan menjadikan ladang itik ni menjadi Pusat rekreasi dan agro pelancongan dengan membina resort. Bijakkan? Beli Tiket masuk, nak bagi makan kat itik kena beli makanan itik, then makanan tu bagi kat itik kat situ juga, the cycle tak lain tak bukan memang semua masuk dan untung kesitu juga, itik pun untung juga dapat pelawat macam kami, hehe.
Trong Leisure Farm & Resort merupakan Pusat Rekriasi di Ladang Itik yang pertama di Malaysia. Trong Leisure Farm & Resort diwujudkan pada Januari 2011. Kawasan ini asalnya hanya daripada ladang itik biasa dan berjaya diubahsuai untuk menjadi lebih menarik. Trong Leisure Farm & Resort mempunyai permandangan tasik yang cantik, tempat riadah yang membolehkan semua orang menikmati kegembiraan dan mempelajari tentang perladangan itik.Trong Leisure Farm & Resort mempunyai ladang itik berukuran 70 ekar untuk dilawati dan mempunyai lebih kurang 60,000 ekor itik di ladangnya. Spesis itik di sini dikenali sebagai ‘Itik Pekin’. Selain daripada melawat ladang itik untuk merasa lebih dekat dengan itik dan memberi itik makan ; kami juga menyediakan pelbagai hiburan seperti penginapan di Trong Lakeside Leisure Resort; Trong Lakeside Seafood Restaurant menyediakan hidangan itik yang istimewa dan pelbagai jenis hidangan makanan laut; aktiviti air yang menyeronokkan di tasik yang sesuai untuk di lakukan seisi keluarga; kolam ikan yang tersedia untuk semua pengunjung termasuk kanak-kanak untuk merasai pengalaman memancing; waktu riadah petang, berjalan sekeliling Trong Leisure Farm untuk merasa ketenangan. Selain itu,Trong mempunyai ladang buah-buahan tropika Malaysia untuk dilawati oleh pengunjung dan berpeluang untuk merasa buah-buah juga. Ladang buah yang dimaksudkan adalah kebun buah-buahan tropika Trong dan pokok buah makisa.
Rasa berbaloi singgah ladang itik ni sebab anak-anak pun dapat Pelajaran kat sini, dapat bagi makan kat itik, tengok bagaimana itik diternak, dan bagaimana fasa itik lalui sebelum jadi daging. Kebanyakan hasil kat sini diimport keluar negara. Tempat makan kat sini don't worry ada tempat makan untuk orang Melayu Islam, dan ownernya Melayu dah asing siap-siap. Kalau was-was tak payah makan, sebab kebanyakan pengunjung sini Chinese, depa kan suka daging itik, hihi. Kalau nak lebih dari tu, bolehlah bermalam kat sini. Kalau kami memang prefer pantailah, lebih seronok. So lawatan kami ke ladang itik Trong sangat puas hati sebab anak-anak pun seronok dapat buat aktiviti sampai meminta nak bela anak itik, kes comel sangat. Nak kelainan dalam bercuti, boleh singgah sini. Ika memang suka tempat-tempat macam ni, terutamanya macam mangrove ke apa, rasa dekat sangat dengan alam.
Trong Leisure Farm & Resort
PT293, Jalan Kuala Trong, 34800 Terong, Negeri Perak