Kalau anda perasan dalam setiap komen dan IG, Twitter atau hot post orang membawang, atau isu apa pun, ada terselit komen ni, adakah anda sudah berselawat hari ni? Jom kita berselawat sambil bait-bait selawat tertera di komen. Nampak kelakar dan a bit annoying tapi Ika salute buat orang yang gigih di setiap komen dia copy paste benda ni. Bagi Ika ini adalah orang yang mencari peluang untuk mendapat saham pahala berantai selagi mana post tu wujud, dikala orang lain mencaci maki, mengata, memfitnah di komen tersebut dia dalam tak sedar berbuat dakwah.
Nampak takde apa, tapi komen sebegini mampu menjentik hati manusia yang beringat-ingat dari melakukan perkara mazmumah. Walaupun baca saja-saja komen tu, tak pasal-pasal hati berselawat on the spot. Simple kan cara dakwah sebegitu, saham pun dapat sama. Kadang kita tak perlu harsh pun dakwah dan educate orang, kalau anda suka cara yang kasar, tak sopan, untuk educated orang silakan follow, tapi jangan sama kan diri dengan orang lain yang mungkin tak suka cara sebegitu. Kedegilan orang bukan tiket untuk kita menghambur orang sesuka hati atas tiket "demi". Apapun hidup ni kan pilihan, jika kita tak suka orang memilih dan mengatur hidup kita bagaimana dan macam mana, begitulah juga orang lain. So jangan sesekali samakan orang dengan kita atau sebaliknya.
Begitulah juga bab dakwah ni, apapun Sempena Hari Maulidur Rasul marilah kita sama-sama berselawat kerana di akhirat kelak syafaat Nabi Muhammad s.a.w yang kita perlukan. Jangan hari ini kita memperlekehkan, meninggalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan tanpa malu segan kita meminta pertolongan Baginda nanti. Seiringlah perbuatan dan amalan kita moga mendapat ganjaran disana nanti, jangan tunggu hari istimewa sebegini baru kita berselawat, selawat lah setiap hari, setiap masa yang kita ingat kerana Nabi Muhammad s.a.w mencintai umatnya yang berselawat kepadanya.
Sekarang ni kalau tengok sekeliling dengan mata hati kita memang dah tak buat sunnah Nabi dah, malah di promosi setiap hari dah kat TV sedar tak sedar je. Apapun moga Allah ampuni kita yang tak mampu berbuat apa sepatutnya. Sedih memang sedih tapi kena move on sajalah buat apa yang kita mampu buat, kita tak mampu ubah orang tak mengapa, yang lagi penting kita mampu ubah diri kita sendiri. Ika dah saksikan, rasa kan sendiri khasiat selawat ni, selawat pun ada banyak jenis, selawat tafrijiah, selawat syifa, selawat fatih dan banyak lagi. Salah satu yang banyak Ika amalkan selawat Syifa.
Masa Harraz lahir tak cukup bulan, everyday pergi buat skin to skin routine, Ika selawat Syifa masa tu. Takde kata-kata terbaik hanya mampu selawat je masa tengok keadaan anak. Dengan selawat tu jugalah satu perasaan dan yakin akan kesembuhan anak dan miracle happen. Selawat Syifa bukan saja untuk kesembuhan, apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH SWT.
Antara kelebihan selawat Syifa selain untuk penyembuhan penyakit, ianya juga bagus untuk minda anak-anak, bagus untuk amalan zikir harian. Selawat lah dengan ikhlas, insyaallah pasti dapat manfaatnya. Amin. Tambah lagi keadaan yang menekan kita semua hari ini, dengan aktiviti ekonomi terbatas, ramainya yang hilang kerja, secara tak langsung impaknya ke atas emosi dan jiwa sangatlah hebat, makanan orang-orang yang beriman di akhir zaman adalah zikir dan selawat untuk kekuatan jiwa dan emosi.