Pages

Pages

10.31.2020

Kemeriahan Waterfront Lumut Perak

Kalau datang ke Lumut macam kewajiban plak singgah sini untuk bahagian anak-anak main kat playground. Kalau tak memang tak lepas perasaan dan emosi anak-anak yang fitrahnya memang bermain. Selain tempat membeli belah makanan laut kering kat area jeti Lumut tu, kat waterfront Lumut pun boleh tahan meriahnya pada waktu petang. Biasa orang-orang Lumut suka bawa anak-anak datang main dan lepak santai bersama keluarga kat kawasan ni. Angin laut sepoi-sepoi sambil makan lokching, uii mana tak bestnya. Chill gitu di hujung minggu.

Kat waterfront Lumut ni kawasan rekreasinya sangat luas start dari kawasan jeti hinggalah ke hujung kawasan Teluk tempat rekreasinya. Lumut Waterfront yang cukup sesuai untuk dijadikan lokasi berjalan-jalan bersama keluarga sambil menikmati pemandangan air laut. Kat sini meriah sangat dengan orang yang berniaga gerai-gerai makanan petang, bolehlah sambil makan, sambil layan anak-anak main, tak pun kita sendiri boleh enjoy naik skuter elektrik. Iyye, kat sini bukan takat budak-budak je datang bersantai yang dewasa pun sama naik habiskan waktu petang bergembira naik skuter elektrik, kayuh basikal dan macam-macam lagilah. Lagipun sewa skuter dan basikal kat sini sangat berpatutan dan banyak pilihan untuk anak-anak juga untuk yang dewasa. Dah puas main skuter, basikal, boleh layan main playground kat sini yang agak besar dan bermacam saiz dan bentuk. Memang puashati kot kalau datang Waterfront Lumut ni, kalau yang datang bercuti tu, bolehlah masukkan tempat ni dalam initiery.


Dating dengan suami dengan anak berderet cemnilah, enjoy!

Biasa petang tu baru nak start meriah, memang sampai ke malam lagilah meriah. Ala-ala dataran Putrajaya kekdahnya, orang datang kerumun even pada waktu malam untuk bersantai-santai bersama keluarga di hujung minggu. Kalau nak datang makan malam kat kawasan ni pun kedai makan pun ada tapi tak semeriah jalan ke Teluk Batiklah. Nak makan masakan yang pelbagai dan sedap kena keluar dari Waterfront Lumut tu sikit, baru jumpa banyak kedai termasuk masakan siam. So kalau tanya ada apa kat Waterfront Lumut? Inilah dia dataran rekreasi keluarga, berbaloi juga untuk disinggahi kalau dah alang-alang sampai Lumut tu, hehe. Dalam pukul 5 petang dan keatas tempat parking memang akan penuh dan sesak, kalau hari biasa tu mungkin taklah, yang biasa meriahnya hujung minggulah.


10.29.2020

Makan Steamboat di Rumah Lebih Selesa dan Puas Hati

Kalau bab makan steamboat ni memang minat kami laki bini. Sejak bujang sampai kahwin ada masa tekak terasa nak makan steamboat kami layan. Masa anak baru satu sempatlah sekali layan steamboat kat kedai, masuk anak dua dan berderet-deret sampai sekarang memang mimpi sajalah nak makan steamboat kat luar, boleh sangat tapi err takpelah, memang kami buat kat rumah sajalah. Kami sendiri tak selesa dan orang lain pun mungkin tak selesa tengok karenah anak-anak yang aktif ni. Jadinya nak makan bertenang-tenang, puas hati memang aktiviti steamboat atau grill ni kami buat kat rumah ni. Masa kat Banting dulu rumah ada ruangan belakang, so ada masa nak buat grill ke apa, guna ruang belakang untuk aktiviti bakar-bakar, kalau tak memang angkat periuk nasi buat steamboat kat ruang tamu. So bila pindah kami gunakan ruang makan dapur sajalah untuk bersteamboat pun seronok juga. 

So far kami suka dan selesa macam tu, tak payah fikir dah part anak-anak membuas, sebab kat rumah suka hati dioranglah nak buat apa, nak mewarna sambil tunggu makanan masak, nak main dulu ke, fleksibel dan kami laki bini pun boleh berborak santai-santai sambil makan. So anda yang anda kekangan atas pelbagai sebab tapi nak makan steamboat sebab best nampak orang makan steamboat ni, buatlah kat rumah, if nak ajak kawan-kawan, atau family lain pun seronok. Orang kata takde suasanalah macam tu, makan steamboat ni kan syok makan ramai-ramai, tu yang makin best makan kalau tempat yang ramai tu, yang tu maybe depends masing-masinglah kan? 


Bila dah jadi parents ni kami laki bini banyak belajar 'ilmu tassi(sebut dengan nada sabdu)" bak kata ayah, atau ilmu common sense, ilmu andaian. Dah ada anak-anak kecil ramai ni kita sendiri kena andaikan jika pergi sesuatu tempat atau mana-mana tempat, jangkaan perlakuan anak kita macam mana, yelah kita pasti tahu peel anak sendiri macam mana kan, so if apa-apa yang buat anak mula buat perangai, kita boleh ke hadap, macam mana nak kawal, andaikan tempat orang ramai, apa reaksi dan pandangan orang, adakah orang akan rasa terganggu dengan perlakuan anak kita dan macam-macamlah, so ilmu-ilmu sebegini pentinglah untuk parents. Yelah karang anak-anak buat pasal bising, huru hara situ sini, kita makpak buat bodoh as if nothing happen, sadis jugak ye macam ni. So ilmu tas'si ni bukan part yang tu banyak lagi bab-bab lain seperti kita sebagai anak, andaikan kita berada di tempat mak ayah kita, tengok anak-anak berjalan rata riti melancong, pergi situ sini makan sedap-sedap, pasti ada keinginan untuk turut serta. So kalau nak steamboat kat kedai rasa tak berbaloi pula sebab kos per kepala makan steamboat ni RM25 keatas biasanya, kalau bawa laki bini ok lagi, kalau anak-anak berderet macam kami ni, uii tak padan dengan yang dimakan, kalau orang belanja, okay sangatlah, kalau sendiri belanja, wakaka faham-fahamlah. Yang duit kepok-kepok takde masalah, yang macam kami ni kena kreatif banyak, yang penting happy, kan? 

Pernah terbaca kat mana lupa someone yang suka tanya soalan kat maknya yang sudah tua bagaimana perasaan kalau mak ayah anak yang pergi dulu, atau mak ayah yang pergi dulu, mana yang lagi sedih? Maknya jawab anak yang pergi dululah sebab matlamat ibu bapa adalah anak-anaknya, kalau anak yang pergi dulu, hilanglah salah satu matlamat terbesarnya. Lagi satu soalan, apa perasaan kalau anak-anak balik berkumpul bersama? Tak ingat dah siapa yang share, berbaloi ikut artikel yang di tulis, sebab buat kita berfikir dan buat yang terbaik sebagai anak dan juga sebagai mak ayah. Sungguh hidup atas dunia ni terpikul segala amanah atas kita, dalam pada melaksanakan amanah dan tanggugjawab pasti ada kurang dan lebih. Ilmu tas'si ni memang wajib semua tahu dan amal, even dalam rumah tangga sekalipun. Contoh lah macam bila dah kahwin, si isteri atau suami berkeras setiap kali raya wajib balik ke rumah keluarganya dulu, ada tau isu sebab ego, tak nak mengalah, then berpuluh tahun buat, sampai anak besar, anak perati apa yang kita buat, anak dapat pasangan, pasangan anak pula perangai sebiji macam kita dulu, apa perasaan kita bila anak buat macam tu, anak tak dapat balik sebab dah janji dengan pasangan? Kadang kita tak nampak dan rasa impaknya, tapi akan sedar bila diri sendiri pula lalui apa yang kita buat. Sebab tu apa yang kita buat sekarang jika melibatkan ramai orang terutama sekali ahli keluarga, fikir panjang dan banyak sabar. Orang tua kita pun tak selamanya ada, dan kita pun tak selamanya panjang umur. Nak tak nak sabar tu macam dah acara wajib dalam kehidupan, tak gitu. 


Emm tadi tajuknya steamboat, asal masuk part lain sudah, hahaha. So korang kalau nak bersteamboat atau buat Bbq kat rumah memang ngam sangatlah, tambah lagi kalau balik kampung,duduk berkumpul ramai-ramai dengan adik beradik, mak ayah, wajiblah buat aktiviti ni. Kos pun takdelah banyak sangat kalau buat kat rumah, lebih murah dan jimat, sos pun boleh buat sendiri ala-ala Johnny's tu. Mak ayah pasti suka tengok persepakatan anak-anak bila berkumpul. 

Selain dapat tukar suasana kat rumah, pastinya aktiviti sebegini dapat menghiburkan hati orang tua melihat anak-anaknya dapat berkumpul bersama. Percayalah masa ni mood orang tua berubah lebih positif, gembira, selera makan bertambah dan lebih banyak bercakap. Korang kalau jumpa orang tua yang suka bercakap tentang anak-anak janganlah mudah bersyak wasangka, negatif, "aa, nak tunjuk lah tu mana anak-anaknya yang paling power, hebat", percaya lah mereka takde benda lain untuk dikongsi melainkan berkongsi tentang anak-anak mereka sebab nak besarkan manusia dan jadikan anak 'manusiawi' bukan perkara mudah, anggap sajalah perkongsian mereka sebagai kata-kata semangat untuk kita yang bakal melalui proses yang sama seperti mereka. Raikan apa yang mereka kongsi. Sungguh orang tua akan bercakap benda yang sama 6491649kali bila bercakap, so do we too. Tengoklah kita masa kecil-kecil dulu beratus kali tanya benda yang sama, sabar je mak ayah layan dan jawab, samalah juga bila tiba waktu tua, ibu bapa pula bercerita perkara yang sama, apa nak susah, tadah saja telinga, dalam ceritanya pasti ada pelajaran, pengajaran dan iktibar untuk kita juga. Hargai lah masa yang ada dengan ibu bapa kita. Balik sekali sekala, berkumpul sekali sekala dengan keluarga jadikan satu acara berbeku dan steamboat. Lain macam auranya, selamat mencuba. 





10.27.2020

Berkelah di Pantai Teluk Batik, Lumut

Seriously ni aktiviti kesukaan kami, Ika pun seronok rasa tenang, damai bunyi ombak dan bau laut masin. Kind of earth therapy gitu, yelah kita pun asal dari tanah, nak sihat memang kena connect dengan alam. Ada terbaca salah satu buku kegemaran, antara orang yang paling sihat atas muka bumi adalah para petani? Wonder why? Sebab merekalah yang banyak sentuh germ, terdedah dengan banyak jenis bakteria, virus dan manusia yang banyak bergerak ikut fitrah badan dicipta. Manusia ni ibarat sebuah mesin yang kena bergerak, kalau tak bergerak lama-lama makan diri, tengoklah orang sakit terlantar lumpuh kalau tak bergerak lama jadi macam mana kat belakang badannya. Manusia kena bergerak, masa kita tidur pun badan kita bergerak, so nak kurus pun lagilah berganda kena bergerak, eh kesitu pulak kita ye. So nak ceritanya bab berkelah, berkhemah tak try lagi dengan anak-anak, soon kita cuba insyaallah, asyik bawak dan rasa yang senang saja kan? Kena cuba juga yang susah dan menyusahkan. Bab berkelah ni, kalau tak membekal memang tak sah. Nak berkelah tak perlu kaya raya, ada duit minyak nak bergerak ke tempat nak dituju insyaallah sampai. Makanan lebih afdal bawa yang dari rumah, jimat pun ye. 


Teringat dulu masa duduk Banting kami kerap berkelah dekat Paya Wetland tu, sambil anak main basikal, makan-makan pun jadilah, kosnya minyak dan masa sahaja. Sekarang kos untuk beriadah pun boleh tahan mahal, dulu-dulu mak ayah siap bawa kami masuk hutan kes nak cari batang pokok liar untuk buat pokok hiasan, yang kena drill buat lubang then cucuk-cucuk bunga atau daun, jadilah pokok hiasan yang boleh tahan mahal harganya masa tu, yang part pokok tu ingat, yang part masuk hutan pun Ika ingat, seronok sangat. Kadang mak ayah bawa pergi pantai atau jeram, makan-makan berkelah ramai-ramai. Bila dah jadi mama ayah ni baru faham, once bila dah ada anak-anak, anak-anaklah matlamat terbesar ibu bapa. Ini jelah kenangan nak bagi kat anak-anak supaya dewasa nanti mereka pun ingat waktu-waktu terbaik mereka dengan kita, tak kira susah atau senang. 


Kali ni kami cuba juga pergi ke Teluk Batik, Lumut, even sebelum ni kami dah sampai untuk survey dan putus angin kes tengok terlalu padat, tapi kali ni kami cuba pergi tengok keadaan kotlah kan ada kelapangan kat kawasan pantai, lagipun bawa anak main pasir hari tu tak sempat habis haul dan depa pun tak sempat puas. Makanya misi kali ni kami bawa anak-anak nak main pasir je, dapat spend 3 4 jam depa mengadap pasir pun dah okay sangat. Alhamdulillah biasa tengok jalan penuh padat, bersusun orang. Kali ni jalan smooth je, pun rezeki juga perjalanan lancar. Kali ni takde drama singgah menyinggah kat mana-mana sebab semua dah kenyang makan roti canai pagi, Ika bawa bekal sambal cili dan nasi je. Selain ya bawa lauk mentah ikan dan ayam untuk di bakar kat tepi pantai. 


Sampai sana, ada kawasan yang agak lapang untuk kami lepak. Kalau nak datang kat Teluk Batik ni, sama ada bawa khemah, atau paling simple bawa tukar dan boleh sewa kerusi santai yang dah sedia ada kat tepi pantai tu, duduk je insyaallah sampailah orang yang ambil caj tu, tengok kita ambil atau guna berapa buah kerusi, satu kerusi RM3 kalau tak silap. Nak berteduh kat pokok yang lebih rendang dah penuh orangnya, semua pakat berkumpul situ, maka dapat berteduh kat bawah pokok kelapa pun jadilah. Alhamdulillah banyak pahala orang yang tanam pokok area sini ni. Tak dinafikan pemandangan pantai kat sini sangat cantik. Kalau nak naik banana bot atau bot pusing Pulau Marina pun boleh, tapi tak sure lah pula berapa cajnya. 

Kalau datang bawa body je semata-mata tanpa niat nak berkelah tapi terkelah juga kat Teluk Batik ni pun takde hal sebab kat sini banyak kedai - kedai makan tapi part baju tu terhad lah sikit pilihannya. Apapun berkelah di Teluk Batik kali ni memang puas hati sebab anak-anak dapat mandi air laut sekali even dah bagitahu main pasir je, kalau dah kaki dah basah main gigi air tu, rendam jelah kasi basah satu badan, baru betul mandinya. Tengok orang lain betapa strugglenya cari duit untuk menampung kehidupan zaman ni, tambah lagi dengan isu covid ni, memang buat kami insaf, bersyukur dan banyak berfikir. Till then, next time Ika sambung karang lagi cerita. 


10.25.2020

Makan Western Suasana Kampung di Along Burger Leleh Bidor Perak

Kadang betullah yang nak makan kat kedai tu bukan kes makanan, ada yang pergi makan sebab suasananya, ambil feel orang kata, betul tak? So kali ni kami pun cubalah explore Bidor, yelah dah datang tu kan, kena ambil peluang explore apa yang ada, Bidor ni famous dengan Petai, rasanyalah sebab Petai in everywhere. Kalau nak dibandingkan Tapah, Bidor ni hanyalah pekan kecil, ala-ala Pekan orang Pencen pun ada, sebab orang sini relax je, tak sibuk. Tahu pasal Along Burger Leleh ni kes viral kat page Rizal Hakim kalau tak silap, so kami apa lagi, pantang juga ye bab viral ni, tapi pilih-pilih jugaklah kalau yang viral pun, kadang tak seindah yang di viral, kikiki.


Along Burger Leleh ni dalam Kampung Koh letaknya, kalau dari tol Bidor tu jumpa simpang tiga ambil ke kiri, lepas tu straight je, sampai jumpa pustaka kampung Poh, then masuk lagi ke dalam, memang confuse jap, betul ka ada kedai dalam hutan, pokok tebal ni, tapi kat situ memang kampung orang, jangan risau, insyaallah Google dan waze jumpa lah gerai comelnya. Bagus jugak konsep kedai depan rumah ni, jimat dah satu hal, yang penting suasana kampung ni, menggamit memori kat kampung sambil makan. Kami sampai dah petang dah masa tu, dah lah tengah buat detox cukup tujuh hari, terus cheat day, hapelahh, cabaran orang nak turun kan berat ni bukan kaleng-kaleng, inner motivation kena kuat, tambah pula kalau diuji dengan makanan sedap, hancur. So kalau orang share keberjayaan dapat turunkan berat tu, raikan sebab bukan benda mudah nak buat.


Sampai je kat sana, benda pertama anak-anak cari adalah tandas, sabar jelah. So ada tandasnya, don't worry, walaupun kampung style tandas ada, tempat parking ada, dan tempat duduk dalam kedai selesa dan kemas. Menu agak banyak juga termasuk yang dalam talam, rugi pula tak order yang ramen masa tu. Sebab al-maklum nama lagi cheat day, kau dah rambang mata tengok makanan macam ni, ya Rabb, kuatnya nafsu makan ni, wakaka.

So order yang sedang-sedang buat kenyang ambil yang talam satu set dan burger untuk anakanda, tu pun jenuh nak perabis, burger punya tebal, anak tak habiskan makanya mama ayahnya yang menghabiskan sisa, mana lemak tak menari, kalau part habiskan makanan ni memang tak lain tak bukan kita lah. Nak kat sedap, okay lah bagi rate 4/5 dengan suasana ala-ala kampung, gerai ni buka sebelah petang hingga malam, so bolehlah masuk dalam acara makan petang membawa ke dinner. Kenyang.

Kredit gambar: Yetza

Alamat: Along Burger Leleh
Kampung Koh Bidor
GPS:4.0770442, 101.3468348

10.23.2020

Avant Chocolate Cameron Highlands, All in One

Viral tempat ni sebab coklatnyakah atau tempatnya yang menarik? Pendapat Ika Avant Chocolate ni wajib masuk dalam list kalau visit Cameron Highland jika tak nak pergi banyak-banyak tempat sebab kat sini dah banyak tarikan all in one, sayur-sayuran dan buah-buahan, nak petik strawberry atau salad, mini farm lavender, tempat anak beriadah, nak makan atau minum santai, semua ada kat sini. Landskap kat sini pun sangat menarik dan facilities lengkap, tandasnya bersih dan selesa.

Kalau yang nak turun Cameron Highlands melalui Simpang Pulai bolehlah singgah sini atau pun singgah masa naik, puas hati kot singgah sini. Memandangkan ini laluan balik dan pergi bila balik kampung atau Perak, antara port yang selalu singgah jugalah samada rest atau singgah tandas, even takde mood bercuti bagai, bolehlah sebagai port cuci mata kami anak beranak segar kan mood, kihkih. Beruntung jugaklah ye, sebab ni antara salah satu laluan kami. Jadi rugilah tak ambil peluang singgah tambah pula tengah anak-anak membesar ni, masa ni lah nak ajak anak-anak tukar suasana.



Teringat masa naik Cameron Highlands lepas PKP hari tu, bukan takat yang sihat nak keluar ambil angin, yang bertongkat, berwheelchair sama naik ambil peluang ambil angin luar, pijak tanah, ambil udara segar, sebab apa? Sebab those thing make we alive. Orang yang sakit, kurang upaya untuk bergerak berusaha untuk menikmati keindahan alam, kita yang sihat ni tak buat macam tu, bila lagi nak buat? Takkan tunggu jadi macam yang kita lihat tu, baru kita berfikir-fikir kenapalah kita baru sibuk-sibuk nak menikmati semua tu masa dah takde nikmat sihat? So buatlah 5 perkara sebelum 5 perkara, bukan saja-saja wujud peringatan tu untuk kita manusia. Eh, eh melencong dah kemana. Kadang tak perlu tempat jauh, tempat berbayar, yang free pun banyak, tinggal kitalah memilih untuk menikmati atau tidak. 


Kat Avant Chocolate ni apa yang ada? Kat sini ada Greenview Garden dan Avant Chocolate dimana Green View Garden ni ada lavender mini Garden, mini lake dan paddle boat untuk anak-anak naik, mini farm yang ada arnab comel comel, dan juga pejalan kaki yang penuh dengan lock love ala-ala Penang, Korea tu. Kat sini nak kata luas pun tidak, sedang sedang je kawasannya tapi semua yang ada kat sini menarik. Mula-mula masuk kat tempat ni pun mata dah dijamu dengan pelbagai aiskrim yang menarik dan sedap juga kedai yang penuh dengan produk chocolates dari pelbagai perasa. Tu pun kalau nak makanlah, tapi sekala sekala bolehlah, harganya boleh tahan mahal seketul wehh. Kami takat bayar masuk tandas pun ok dah, yang lain jamu mata free, wakaka. Insyaallah kat sini semua makanan minuman halal ye. 


Alamat: 11, Taman Matahari Cerah, Kampung Raja,
39010, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Kode GPS: 4.579943, 101.379882
Website: www.avantchocolate.com
Email: avantchocolate@gmail.com
No Tel: +6 05 – 4981 982

10.21.2020

Craving Makan Pedas: Resepi Taepokki Mudah & Sedap

Korang pernah tak mengidam nak makan pedas tiba-tiba, Ika perasan kalau Ika ni if lama puasa, atau 'jaga makan', adalah satu-satu masa tu datang selera nak makan pedas. Pedas tu bukan pedas biasa-biasa, tapi pedas meletup, kaw-kaw pedasnya, lepas dapat makan tu terus behave tak makan dah pedas for another long time pula. Entah sindrom apa, tapi masa craving macam ni, Ika suka layan makan taepokki atau beras pedas versi korean ni, depa layan masa winter biasanya, tapi ku kalau dah nak makan tu lantaklah musim apa pun, asal tekak terlayan baru puas hati. So kali ni Ika nak share cara simple buat taepokki ni, ala-ala buat meggi ramen yang pedas tu. Tapi yang ni kita buat guna beras pulut. Dulu masa memula buat beras pedas ni Ika guna tepung beras tau, lepas tu rebus punya rebus tak jadi, then cuba mix plak dengan tepung beras dengan tepung beras pulut, tetap tak sedap dan keras kat dalam so another trying guna tepung beras pulut sahaja then menjadi, tak sangka resepi tu jadi viral dulu kat Facebook, hehe. Puas hati sebab semua orang dapat merasa makan taepokki yang best, sekarang ni dah banyak orang jual yang segera, kalau nak cepat beli jelah yang instant, pun sedap juga. 

Resepi kimchi budu je tak sempat share kat Facebook. Nantilah ada masa Ika share kat entri, lagipun stok kimchi dari setahun lepas dah nak licin dah, biasa Ika buat memang dua bekas besar punya, hasil dari seketul kobis yang besar tu, memang banyak macamkan nak makan by group, nanti nak buat Ika share step by step kimchi budu ni, antara percubaan Ika yang ke beberapa kali buat, sebab version original kimchi korean tu tak masuk dengan tekak Ika, so adjust sampailah dapat resepi yang sangat sedap bagi Ika sebab boleh ratah macam tu macam orang korea makan tu, kalau yang version original diorang even gaul dengan mee jjangmyeon pun jadi tak sedap, so bila dah buat versi sendiri memang lakulah masuk tekak, kadang tak tahu nak makan apa, kimchi budu lah jadi penyelamat, hahaha kalau dah tekak kelantan, budu berpisah tiada. 

Kimchi ni kat rumah ni Ika je layan, suami sekali sekala je makan tu pun kalau Ika buat taepokki, makanlah, kalau tak Ika jelah yang layan makan. Susah jadi mak-mak kpop ni, wakaka. Sekarang dah banyak beralih ke Chinese drama plak, terjebak dengan masakan Chinese. Ada satu resepi yang sedap juga, jadi kesukaan anak-anak sebab yang ni rasanya lebih versatile anak-anak suami boleh makan sebab based noodle. Yang tu pun insyaallah Ika share nanti. Nak share resepi ni memang kena ada mood jugak, haihhlah perangai pun. Menu dikala hujan paling win ditekak Ika selain megi, inilah dia. Tteokbokki, daebokki atau spicy rice cake, entahlah yang mana satu. Asal puas hati tekakku telan menda alah ni.Orang Korea memang sukalah menu ni tambah dikala sejuk kan. Iols biasalah korean celup, kaki drama, cukuplah tahap ni menu nak telan, wakaka. Ramai peminat benda alah ni kan, Ika tak pernah sekali pun makan yang kat kedai so tak tahu exactly the taste tapi yang Ika buat ni alhamdullillah memang masuk dengan tekak nan melayu ori ni walau minat cerita Korea. So hari ni nak share menu mudah ni, uols boleh buat kat rumah ekk.


Bahan untuk rice cake:
Setengah Pack Tepung pulut
Air
Sedikit garam
Bahan untuk Sos:
3 sudu besar minyak masak
2/ 4 ulas bawang putih
2 sudu besar Cili kisar atau serbuk cili (Pedas ikut selera)
1 senduk serbuk cili (kalau takde boleh ganti cili padi)
3 sudu sos tomato
Satu sudu besar cuka(optional)
Sedikit Gula/nissey
Sedikit serbuk ikan bilis atau pati ayam
Setengah cawan air masak
Sedikit sos bijan dalam 1 sudu besar
Sedikit daun bawang
Bahan seafood (fishcake, crab stick atau bahan-bahan steamboat, ikut selera tekak masing-masing ye)
Kimchi jika ada
Telur ayam rebus jika nak.
Senang je nak buatnya, yang tak pandai masak pun confirm boleh pun. Refer gambar cara buat ok.




10.19.2020

Neal's Yard Remedies Ok ke?

Ika banyak juga cari review tentang Neal's Yard Remedies ni, ok ke tidak? Sebab tak ramai yang share tentang produk ni in details, so disebabkan tak ramai yang share, Ika cubalah sendirilah Neal's Yard Remedies, cuba organik essential oil, deodorant dan juga lotion. Haiih, seriously Ika lama dah tak reward diri dengan benda-benda macam ni, sebab kadang terlupa kes dah lama tinggal aktiviti sapu-sapu lotion, mengadap rupa sendiri kat cermin, sungguh dah lama Ika tinggal. Zaman universiti je semua tu, sebab mood high energy in everything termasuk bab penampilan diri. That's not good sebenarnya, sebab dalam kita appreciate dan buat terbaik untuk anak-anak dan keluarga, orang yang paling kita lupa nak cara adalah diri sendiri. Kita sibuk nak senyum kat orang, tapi kat diri sendiri pernah hadiah kan senyuman tak? Kita sibuk nak maafkan orang lain, diri sendiri pernah kita maafkan tak bila dah salahkan diri. Prof Muhaya antara orang yang tinggi Nilai diri pernah kongsi, jika kita nak sayang orang lain even suami atau anak-anak, kita kena sayang diri sendiri dulu. Nampak macam simple tapi ramai dari kita tak pernah buat, rasa tak perlu dan sebagainya. Kadang in denial tak perlukan semua tu still bahagia. Yes memang bahagia ni tak perlukan orang pun, kita memilih bahagia dengan cara kita. Tapi kalau bahagia yang akhirnya melukakan diri kita dalam diam, atas sebab 'takpe', 'takpe', lama-lama makan diri juga. Eh, eh termelalutlah pula. So bahagiakanlah diri sendiri mengikut cara tersendiri, ada yang suka treat diri dengan kopi best, atau dessert best, berendam dalam air suam atau tub, panggil tukang urut untuk urut badan, whatever lah doing for your selfcare. Insyaallah you will see the difference when you treat yourself different, gittew. 



So essential oil ni tengah trending, actually not trending tapi macam dah satu keperluan dah, tapi sangat-sangatlah bagus essential oil ni sebab in natural remedies part yang bantu upgrade kesihatan diri mental dan emosi, so i guess neal's Yard Remedies products penjagaan diri berasaskan essential ni semestinya juga bagus. Tapi tak tahulah sebab tak cuba sendiri kan? Untuk pertama kalinya Ika kenal essential oil adalah dari Neal's Yard Remedies ni. Baunya sangat menyegarkan minda, suami pun dari pakai Rexona bertahun-tahun lamanya dari buang sampai lani, hingga buat whole detox Ika dah tak bagi suami pakai Rexona dah, tukar deodorant yang lebih alami berasaskan essential oil. Alhamdulillah since pakai tu, kulit dah tak gatal macam sebelum ni. 

Next in cart, kihkih

Essential oil yang paling Ika suka guna dari Neal's Yard Remedies ni adalah Palmarosa, vetiver dan apa nama dah, yang tu first time order then jatuh cinta repeat order yang lain plak sebab bau dan kesannya sangat best, harum, dalam masa yang sama seisi rumah menikmati bau dan manfaatnya, biasa Ika mix dengan copaiba dan orange Doterra. Kadang alone je this aroma, dan kesannya sangatlah bagus. Selain tu antara the best thing lotion Neal's Yard Remedies ni memang Ika suka dengan bau Geranium dan Orange. Essential oils ni banyak sangat manfaatnya, so selain untuk meningkatkan tahap kesihatan emosi dan mental, tak dinafikan dalam bab kecantikan dan kesihatan tubuh badan juga ada peranannya. Tengokkan artis je ramai pakai, mesti anda ingat harga orang kayangan kan? Tidak rupanya, semua harga product Neal's Yard Remedies ni average dan sangat affordable, organik pula tu. 

So kesimpulan dari penggunaan body care dari Neal's Yard Remedies ni Ika recommended untuk mommies sebab dalam berbaloi, sebotol lotion tu tahan lama sangat kot, lebih dari 3-6 bulan, puas hati pakai. Next time Ika nak cuba yang bau seaweed pula, best tengok yang manjakan diri kat Neal's Yard Remedies kat Bangsar tu, wish one day dapat manjakan diri kat sana jugak dengan terapi essential oil kat tubuh badan dan muka, insyaallah amin. Next time Ika share satu lagi another brand essential oil yang most favourite Ika guna. So kesimpulannya, ok ke tak Neal's Yard Remedies produk ni? OK sangat dan recommended,  aroma tak kuat dan menusuk hidung dan yang pasti lebih semulajadi. 



10.17.2020

EFM Greenland Ipoh Mini Garden Resort

Manusia ni memang, masa ada kat depan-depan mata, dekat dengan diri bukan nak menghargai, cari juga yang jauhnya. Bila dah berjauhan dari yang duduk dekat dulu, mengenang-ngenang teringat itu ini. Ini kes tak menghargai apa yang ada di sekeliling lah, nampak yang jauh juga yang indah, lebih best dan sebagainya. Tak kata orang lain ni, ni kata kat diri sendiri, masa borak dengan suami sempat kami throwback balik masa duduk Banting dulu, hampir 8 tahun suami duduk sana tak banyak sangat tahu tentang Banting, padahal duduk kat Banting tu kira best sangat sebab semua tempat kira dekatlah kalau takat nak tukar angin kekdahnya jika boring di hujung minggu, tapi punya sanggup pergi sejauh-jauh tempat, yelah alang-alang dah nak keluar dari rumah kan? . Tapi tu dululah, sekarang kami hargai je apa yang terdekat kami ni. Kami syukur sangat Allah tempatkan kami kat sini, rasa tak puas lagi pusing-pusing Perak ni, sebab terlalu banyak tempat-tempat best menarik dan sangat berbaloi. Patutlah kalau tiba waktu cuti ke, cuti bersambung berbondong-bondong orang datang sini, so kalau kami yang dah duduk kat sini tak hargai apa yang ada di sekeliling, bukankah itu satu kerugian yang besar?hehe. 
So tempat kali ni kami terjah, memang tak diketahui kewujudannya, tahu pun kes last minit dah cari tempat tidur masa bawa mak ayah berjalan-jalan tak tahu nak tidur kat mana, ingat nak bawa tidur kat area Sahom Valley je tapi tahu tahulah kat situ memang pantang waktu cuti penuh, tak pelik lah sebab kat situ area sangat cantik, worth to stay untuk menikmati kehijauan alam dikelilingi bukit dan gunung yang indah. So dari Tanjung Tualang ke Sahom Valley kami ke Ipoh. Dah Alang-alang ke Ipoh rogerlah saudara mara area sekitar yang ada, berjalan-jalan sambil ziarah-menziarahi bertanya khabar dan kenal-kenal rumah, sebab tak pernah pergi, kihkih. 





Memandangkan dah basah berendam kaki kat jeram Sahom tu, naik kereta terus je direct ke Ipoh. Suami bagitahu Resort tu tepi gunung. Macam mana rupa lah resort tepi gunung, harap-harap oklah dan yang penting ada kolam mandi, tu yang pakat excited semua kes nak menyambung berendam dalam kolam. Masa sampai tu dah pelik dah sebab kena masuk dalam taman perumahan, so tak boleh imagine macam mana rupa resort lah dalam area taman perumahan ni, wakaka, yelah takut out of expectations. Sampai sana tengok takde kereta banyak pun, adalah tiga buah kereta termasuk kami, suami turun ambil kunci bilik dan cari tempat parking. 



Bila turun masuk check bilik dan sekeliling agak berpuashatilah dengan resort ni, sebab nak kata tak menarik pun tak sebab macam duduk kat dalam sebuah taman pokok-pokok. Penuh sekeliling resort Resort dengan pokok hijau dan betul-betul berada tepi Gunung Rapat Ipoh. Anak-anak dah basah, diorang pun dah ronda tengok satu resort, pergi check kolam kat mana, teruslah bising ajak nak mandi. Memandangkan dah lewat petang pun, maka layan depa mandi kolam habiskan waktu petang. 




Malam tu kami makan ringan-ringan je sambil suami ajak anak-anak buat aktiviti malam iaitu berbeku, sejenis pantang agaknya kalau kemana-mana memang ni jelah aktiviti ringkas sambil isi perut, kalau tak steamboat, aktiviti bakar-bakar, wakaka. Simple je, bawak kambing perap buat wrap untuk makan malamnya. Alhamdulillah kenyanglah sangat malam tu, sebab petangnya dah makan lewat, banyak pula tu. So siap je bakar-bakar, makan, lepas tu tidur. Manalah tak gemuknya oii, ku dah overweight ni, kes dok nanti-nanti, next-next sesi detox, lepas tu hmm sedar-sedar jarum penimbang dah naik. Begitulah hakikat orang perempuan, nak kurus tapi suka makan. Nak naiknya senang berat badan ni, nak turun tu, jenuhh. Tak insaf, esok paginya suami keluar cari breakfast kebetulan ada nasi air dingin direct dari kelantan, fuhh rezeki kami dapat makan nasi bungkus favourite ni. Siap makan, teruskan aktiviti mandi kolam anak-anak hingga waktu check-out. Lepas check-out, kami singgah kat rumah sepupu Ika belah ayah, makan lagi. Sambil berborak panjang pelbagai topik, isu dan cerita. Siap semua aktiviti, terus balik dan singgah ke rumah sepupu Ika belah mak pula, pun makan jua dihidang, apa lagi kita layan saja, alhamdulillah rezeki, hehehe. Alhamdulillah walaupun tengahari tu dah start hujan, Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga. Begitulah percutian ringkas kami sekeluarga. Worth spend dengan mak ayah, alhamdulillah 

10.15.2020

Tentang Ikhlas, Kunci Hidup Tenang

Teringat dulu-dulu kalau bagi hadiah ke, surat ke, hujungnya adalah di tulis 'yang ikhlas' atau 'tulis Ikhlas dari' lepas tu signature, konon habis ikhlas dah tu. Kita pun pernah dah terbiasa cakap, 'takpe, kita ikhlas bagi, kita ikhlas kongsi,ikhlas bagi pinjam, kita ikhlas bagitahu' nak menyatakan betapa ikhlasnya kita. Sebut tentang ikhlas ni teringat ustaz masa sekolah menengah dulu bagitahu, kita kalau kita ikhlas kita takkan bagitahu kita ikhlas, kenapa? Eh ye ke? Allah je tahu ikhlas ke tidak kita, ke macam mana? Sebab jadi tak ikhlas ke? Banyak soalan ustaz dapat balik, sebab word ikhlas tu semacam kebiasaan juga di sebut-sebut. Tu yang jadi macam tertampar sikit sebab rasa tiba-tiba yang di katakan ikhlas tu tak ikhlas sebenarnya, tapi Allah je tahu ikhlas manusia ni. Melaksanakan dan mengamalkan ikhlas tak semudah kita mengatakannya. 

Kebanyakan ayat-ayat orang yang hari ni, banyak berkongsi kisah suka duka kehidupan dulu, antara ayat yang paling popular "bila dia susah dulu aku pernah bantu dia sikit pun tak fikir apa, tapi bila aku memerlukan pertolongannya semasa susah langsung tidak diambil peduli, apatah lagi nak tolong!". Kecewakan rasanya? Marah, malah ada yang berdendam dengan kebaikan yang pernah dibuat untuk memudahkan, membantu orang lain. Sudahnya kita kecewa, malah menuduh orang yang kita bantu dulu tak tahu berterima kasih dan bersyukur kerana pernah di tolong oleh kita. Semakin di fikir, semakin kecewa, marah akan perlakuan mereka yang mudahnya melupakan kebaikan kita sewaktu mereka susah. Lama-kelamaan kehidupan jadi tak tenang, serabut, stress, kekecewaan yang berpanjangan. Begitulah kehidupan kita. Kalau kita bantu orang lain tapi dalam masa yang sama kita mengharap balasan yang sama suatu hari nanti, maka kebaikan yang kita lakukan akan memberi keburukan kepada kita, kehidupan kita takkan tenang dan bahagia kerana jika kita membuat kebaikan atas dasar untuk di balas hasilnya kecewa. Jika mahu bahagia tolong dan bantulah orang tanpa mengharap secebis balasan apapun, kerana berharap itu hanya untuk Allah yang Maha kuasa. Jadi jangan kotori perbuatan baik kita dengan harapan mereka harus membalas budi kita, jadilah manusia yang berjiwa besar dengan membantu orang tanpa mengharapkan balasan. Kerana prinsip ketenangan hidup adalah melupakan segala kebaikan yang pernah kita lakukan untuk membantu orang tapi ingatlah selalu jasa orang yang sudah membantu kita saat kita dalam kesusahan.

Mungkin apa yang kita beri merupakan harta kesayangan kita atau harta yang kita tidak perlukan lagi. Setelah memberi kita tidak terkenang-kenang dan berharap apa yang diberi itu di balas dengan imbalan yang sama atau lebih lagi. Disaat kita melupakan apa yang kita beri pada orang lain, disitulah ikhlas bermula. Bukan setakat ikhlas dalam memberi, ikhlas terima ujian dan musibah dan nikmat dan letakkan ikhlas pada tempatnya. Ikhlas bukan perjuangan yang mudah seperti mana kita sekarang yang berada di dunia, kehidupan ini ibarat tempat membina, menanam, berusaha dan berjuang supaya hasilnya dapat kita nikmati di akhirat nanti kerana dunia hanyalah persinggahan sementara.


Just sharing tentang ikhlas ni sebab tadi ada terlihat sebuah video yang bagus share tentang sedekah, zaman sekarang orang bagi sedekah secara terang-terang untuk inspirasi, alhamdulillah its good movement untuk kita melihat kebaikan yang dilakukan orang lain,supaya kita pun turut sama melakukan kebaikan, ikhlas ke tidak Allah jua yang tahu tapi apa yang mereka buat sudah pasti dapat pahala bersedekah, secara sembunyi atau terang-terangan dua-dua dapat pahala. Latihlah diri kita supaya lebih positif dan bersangka baik. Insyaallah yang datang juga pasti baik-baik. Apapun moga kita semua ikhlas dalam mendepani ujian dari Allah kerana ujian itu tanda sayang Allah kat hambaNYA. 

10.13.2020

Makan Sup Darat Sedap di Tapah

Seriously nak cari masakan siam yang betul-betul sedap memang payah kalau tak berkebetulan jumpa. Rata-rata yang share selepas PKP, kedai siam yang masakan sedap sedap sebelum ni, lepas PKP semua masakan kat kedai jadi tak berapa sedap, tak cukup umphh. Ni kes semua tukang masak siam still tak boleh masuk sempadan lagi, jadinya nak jumpa kedai masakan siam yang sedap original ni bukan mudah jugalah kalau takde Chef import dari Thailand ye, hehe.


Nak di jadikan cerita, adoii kalau boleh malas nak cerita bab makan sebab banyak terbabas teruk ni, berat pun bukan main mengah dah ni. Tapi alang-alang dah taip ni kita sharelah jugak ye, muahahha. Nak cari kedai makan masakan siam kat Perak ni agak susah, kalau ada pun sipi-sipi je rasa ada, tahu kewujudan kedai ni pun kes suami ajak cuba makan kat sana. So petang tu kami keluar makan kat Tapah, kami ni kalau bab makan kat kedai memang boleh dikira dengan jarilah, biasa tapau je. Lokasi kedai ni pun agak senang untuk dicari dari Tol Tapah dan jumpa simpang tiga ke Cameron dan Tapah tu, ambil jalan ke Cameron, tak sampai satu kilometer dah jumpa kedainya pun, tepi jalan je sebelah kanan. Kedai ni agak completelah sebab ada surau bagai, buka dari tengahari hingga malam. Terpampang besar signboard Sup Darat ni kat tepi jalan, memang senang nak jumpa. Banyak menu pilihan dan yang penting masakan siamnya absolutely sedap dan cukup rasa. Untuk semangkuk sup darat tu dalam RM10 dan ke bawah, boleh mix, daging saja, perut atau tulang, ikut mana kita punya selera, makan dengan nasi putih dan sambal belacan pun dah cukup umphh dah. Menu yang simple dan sangat sedap dah kat tekak kami ni. 
So korang kalau tanya, kat mana ekk kedai makan sedap kat Tapah?Sebelum ni Ika pun no idea kat manalah tempat makan sedap kat Tapah ni, sebab rasa memang takde so kali ni Ika recommended korang makan kat sini, berbaloilah makan kenyang dan sedap, waze saja kedai sup darat Tapah atau Restoren Eryna's Sup Darat mesti jumpa punya. 


10.11.2020

Pak Ya Chalet & Mini Camp Teluk Senangin

Kali pertama kami datang ke Teluk Senangin Perak masa kami duduk kat Banting lagi 2015 kalau tak silap, tak ingat dah kenapa yang sampai last-last sekali kat Teluk Senangin ni. Tapi masa sampai Teluk Senangin memang fall in love habis kat situ, kami berborak best kan kalau duduk Perak ni, banyak sangat tempat-tempat cantik dan best, kalaulah dapat betul duduk sini, memang port kita anak beranak ni, terus kami tergelak laki bini, alhamdulillah dalam borak-borak tu ibarat doa jugalah ye, Allah makbulkan apa yang kami borak laki bini. Betullah orang kata, kalau takde perkataan baik nak dituturkan, lebih baik baik diam, tiada ayat baik nak ditaip, kunci jari jemari, almaklum zaman di hujung jari, lidah dan jari sama naik memainkan peranan. Cakap baik-baik, dapatlah yang baik-baik, insyaallah.



Memang Teluk Senangin ni antara port favourite keluarga kami untuk makan angin, tukar udara, habiskan hujung minggu, terapi pasir untuk anak-anak. Ada version berkelah balik hari, ada version tidur semalaman kat sana untuk mengisi hujung minggu. The best part Teluk Senangin air pantainya tak kuat ombak, dan anak boleh mandi manda tanpa takut. Teringat pula kat Pantai Kemaman kami singgah memang takut, gerun tengok ombak laut China Selatan menggulung ganas. Anak-anak berlari nak ke gigi pantai pun kami dah sound takut gigi ombak tarik, uii, kecut perut tengok even diorang main pasir je. So kat Pantai Senangin ni even ada air pasang surut, anak still boleh main pantai sebab ombak tenang je.



Antara penginapan yang boleh di katakan selesa kat Teluk Senangin ni adalah Pak Ya Chalet, dan juga satu-satunya chalet tepi pantai yang ada kolam mandi, even kecil je tapi bolehlah buat lepas gian nak mandi air kolam gilir-gilir mandi air pantai. Ada satu tempat lagi yang ada kolam Yeop Bay Hotel dan Resort, tapi tak sure kat situ boleh mandi air pantai ke tak sebab berbatu. Tempat penginapan pun banyak pilihan bilik kat sini, yang untuk family besar dan kecil, atau untuk yang buang, yang paling Best tentulah yang mengadap pantai terus. Masa kami pergi tu dapatlah RM180/malam untuk menginap semalaman. Sampai kat sana petang tu terus cek-in. Masa ni memang tak plan pun nak tidur Kat Pak Ya Chalet, walk-in style, tengok kat mana ada bilik. So makan-makan untuk malam tu suami tapau je, sambil layan movie kat laptop. Pagi esoknya lepas breakfast anak-anak terus main air pantai dan pasir lepas tu mandi kolam. Puas hati jugaklah depa main air kali ni. 


Kalau nak menginap kat sini tak tahulah dapat ke tidak, atas rezekilah sebab selalu penuh bila hujung minggu. Sekarang dah banyak pilihan Chalet kat Teluk Senangin, cuma kalau nak menginap kat tepi pantai betul-betul hanya ada beberapa chalet pilihan, nanti next time Ika share another option yang selesa jika nak datang ke Teluk Senangin ni. Yelah nama lagi chalet tepi pantai, tak bolehlah nak expect macam hotel 5 bintang plak, pemandangan sekeliling tu dah lebih dari lima bintang pun, dapat dengar bunyi ombak, bau pasir dan laut, angin dan udara dari air masin pun cukup memberi kesan terapi diri yang mahal buat jiwa, pandang laut pun dapat pahala. So nikmat apa lagi nak didustakan.



10.09.2020

Masa dan Amalan

148 Hari Pergi Selamanya
Hari ni genap 148 hari arwah mak saudara bongsu belah ayah meninggalkan kami. Rasa masih tak percaya, sebab pemergian mak saudara Ika dalam tempoh PKP. Tak siapa yang dapat menziarah kecuali yang duduk berdekatan. Adik beradik ayah yang pergi hanya mampu melihat kuburan sahaja tanpa melihat jenazah buat kali terakhir, apapun kami sangat bersyukur dan gembira kerana arwah mak saudara betul-betul terpilih kerana pergi di hari yang baik dan mulia, pada hari pertama 10 malam terakhir Ramadhan, urusan pengebumian pun dipermudahkan Allah Taala. 2 tahun disahkan punya kanser limfoma dan mendapatkan rawatan kimoterapi sepenuhnya, disahkan kanser hilang selepas complete 6 cycle kimo dan kanser datang balik dengan penambahan 2 tumor berdekatan mata dan otak. It's so devastating to being her, tapi kami keep positive and give full moral support. Setiap derita dan kesakitan pasti Allah sedia kan ganjaran buat hambaNYA.


Apapun banyak pelajaran yang Ika dapat ambil dari kehidupan mak saudara Ika ni. Mok cikyah Ika ni suka sangat menjamu saudara mara, tak kira bila-bila, hujung minggu, tak hujung minggu, hari cuti umum lagilah. Suka masak dan jamu anak-anak saudara, ipar duai, adik beradik, yang Ika tahu rumah mak saudara Ika ni tak pernah putus dari kunjungan orang. Tak kira masa pulak tu pagi ke petang, malam, semua layan. Hebat tak? Kita ni kadang nak terima tetamu datang yang sekali sekala dah tarik muka kes malas nak merenyah. Mak saudara Ika ni bukan macam tu, manalah semua tak sayang. Jadi pemergian mok cikyah salah satu kehilangan besar buat kami. Ika masih ingat lagi masa nak mula belajar kat Uitm Shah Alam, mok cikyah lah yang banyak tolong dari hari register sampailah part hujung minggu kalau boring pergi melepak kat kedai stationary kat seksyen 7 tu. Port wajib lepas tu dapat belaja makan. 

Setiap kali Ika bersalin one of person yang wajib visit Ika mok cikyah lah, lepas tu datang bukan dengan tangan kosong, wajib besar-besar gedabak hadiah dibawanya untuk baby, hmmm(crying). Sesungguhnya Ika saksi mokcikyah seorang pemberi yang sangat-sangat pemurah hati. Antara adik-beradik ayah yang sangat tidak pernah berkira dengan sesiapa tak kira macam mana buruk orang, dia layan dan bagi je tanpa banyak soal. Antara hadiah istimewa Ika dapat dari Mok Cikyah adalah buku dan jam ni lepas dari Mokcikyah tahu dan disahkan punya kanser. "Ikah guna lah buku ni sebaik-baiknya, sedekah kat Mokcikyah juga sokmo-sokmo supaya cepat sembuh". Jam tangan ni pun Mokcikyah suruh pilih dan ambil satu buat kenangan, antara jam-jam favourite arwah. I will and always, insyaallah. 

Pandang dan buka buku ni memang berjurai air mata, terima kasih Mokcikyah, moga dengan segala apa yang Mokcikyah beri, lalui atas dunia ni, pastilah kegembiraan dan kebahagiaan dialam sana yang Allah janjikan Mokcikyah nikmati sekarang, sungguh PJJ sebegini menyesakkan dada untuk orang-orang tersayang yang di tinggalkan. 


Dua benda yang arwah mak saudara Ika hadiah kan ni buat diri terfikir panjang tentang masa dan amalan. Sungguh benda yang paling banyak manusia terpedaya adalah masa. Masa yang kita ada sekarang belum tentu ada esoknya, tiada siapa mampu jamin, tapi kita masih bersenang lrnang, leka, lalai dengan duniawi. Percaya atau tidak, kebanyakan dari kita sedang tidur, kematianlah yang banyak mengejutkan kita dari tidur, Allahu I'm really scare if one day datangnya kematian, amalan kita masih tiada apa-apa dan sedikit. Rasa belum buat itu ini, belum banyak mengaji Al-Quran, tak pernah bertahajud, asyik mengumpat, mengeji, mengejek, bersangka buruk, suka menilai orang, tak banyak lagi berbakti, tak bersedekah dan banyak amalan lain lagi tak sempat buat. Allahu, moga-moga kita Semua belum terlambat untuk merancang cara kematian kita. Bukan part nak hidup dalam rumah besar, kereta jenis itu ini, travel situ sini, makan itu ini je kena rancang, bab yang satu ni pun kena merancang. Orang yang paling baik adalah mengingati kematian tapi kalau tiada usaha kearah tu pun sia-sia juga. Buatlah apa yang kita mampu buat dari sekarang semudah melafazkan zikir. Hidup lawannya mati, tiada siapa dapat lari dari hakikat sebuah kehidupan. 

Paksa diri untuk masuk syurga
Paksa diri untuk tutup aurat sempurna
Paksa diri untuk mengaji Al-quran setiap hari
Paksa diri untuk berzikir setiap hari
Paksa diri untuk bersedekah setiap hari
Paksa diri untuk berbuat baik dengan makhluk Allah 
Tiket syurga mahal
Buatlah kerana Lillahitaala



Self-reminder entry, just remind diri Ika sendiri yang kita ni banyak tertipu dengan masa, kita rasa kita banyak lagi masa, rupanya tidak. Masa yang kita ada hanyalah masa sekarang, yang dah lepas tak boleh ulang, yang mendatang belum tentu di lalui, rasa masih muda? rasa masih sihat? rasa masih banyak peluang? Fikir-fikirkan balik. So dah break habit negatif dan sia-sia? Belum terlambat untuk mula. 



10.07.2020

Rendam Kaki sambil makan di La Cottage Cafe Sahom Kampar

Menikmati makanan enak sambil kaki bermain air sungai antara pengalaman unik yang dapat anda rasai jika berkunjung La Cottage Cafe kat Sahom Kampar ni. Semacam satu trend, makan kat dalam sungai ni sebab dah makin bertambah restoren berkonsep alam sekitar dan semulajadi yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan alam dan dalam masa yang sama dapat mengisi perut yang kelaparan. Lagi best bila makanan yang dimasak sangat sedap dan kena dengan selera. Nak dijadikan cerita selepas bawa mak ayah jumpa kawan yang terpisah sejak 40 tahun di Kampung Gajah kami bergerak ke Ipoh. Tapi suami ada plan tak terjangka singgah makan kat La Cottage Cafe ni sebelum ke Ipoh. 

Alhamdulillah sepanjang mak ayah datang cuaca memang cerah dan baik je berbeza sangat sebab sebelumnya memang setiap hari akan hujan. Eh!macam tahu-tahu je kita nak bawa mak ayah jalan-jalan makan angin, almaklum lepas mak jatuh patah tangan, memang mak ayah tak keluar kemana-manalah, sambung pula dengan pkp, hampir setahun jugalah mak ayah duduk rumah tak kemana-mana. Memandangkan mak ayah niat datang Perak untuk berjalan-jalan makanya kita bawak lah kat tempat-tempat menarik. Tapi almaklum bukan mak ayah je nak keluar jenjalan lepas pkp, I though semua rakyat Malaysia yang kena kurung macam terlepas dari sangkar semua keluar jalan-jalan, mana taknya semua resort, penginapan, homestay, dan tempat bercuti penuh dengan orang ramai. Makanya bab main terjah jugaklah suami ni nak pergi La Cottage Cafe ni. 


Nak dijadikan cerita kami sampai sana dah pukul tiga petang dah, orang pun masih ramai lagi tapi tak penuh. Suami pergi tanya if boleh makan lagi tak kat situ sebab makanan kat situ kena tempah dulu. Alhamdulillah rezeki kami tukang masak tu cakap ada group motor dari Penang tak dapat datang akibat hujan lebat masa diorang ride so tak dapat datang sebab tersangkut kat Rnr. So petang tu adalah makanan untuk kami petang tu, consider makan tengaharilah tapi lewat, alhamdulillah rezeki asbab depa tak dapat datang, kami dapat makan kat situ hari tu. Sebelum ni dah ada niat nak pergi situ, tapi tengokkan menu tak berbaloi nak pergi sebab menunya perset dan sangat banyak buat kami tujuh beranak, yang makannya kami laki bini je, budak-budak ni memang makan takat mana je, makanya kami tak jadi pergi sana. Rasa tak berbaloi juga kalau order makan tak habis, bungkus buat balik rumah, once dah bungkus memang tak terusiklah jawabnya. 


Bila mak ayah datang ni haa kira peluang untuk kami lah merasa makan dalam air ni juga, tengok pun macam best, bila dah rasa sendiri memang best sangat pun. Anak-anak lagilah dapat main air jeram yang sejuk dan sangat jernih. Basah lencun semua main air, berendam kaki, tenang sangat bunyi deruan air jeram. Masa kami tunggu makan tu dah ramai yang beransur-ansur siap makan dan mandi. Kat sini meriah bila ramai-ramai makan, mandi. La Cottage ni ada juga chalet untuk penginapan, so yang nak menginap pun boleh kat sini, tempah siap-siap untuk makan sekali. Berbaloi kot set menu makan kat sini dengan harga serendah Rm150 dah dapat makan pelbagai menu dalam set tu. Macam yang kami ambil dan available masa tu set basic je, tu pun dapat kurang dari harga basic sebab ada satu menu tak cukup iaitu kerabu. Adalah dalam RM130 kena caj, nasi dan air boleh tambah pula tu for free. Kalau nak datang sini make sure datang dalam satu group 5-6 orang dewasa, berbaloilah nak makan, kalau berdua dengan anak-anak pun okay kot, tapi kena ulang makan, makan, mandi then makan balik second round, baru habis untuk elakkan pembaziran. Menu kat sini banyak set pilihan dari Rm150 hingga RM200++, nak yang ada menu udang galah ambil set yang 200++ tu, still berbaloi sangat sebab banyak sangat untuk setiap lauk tu. Dan yang pasti masakannya sangat sedap untuk setiap menu terutama gulai darat. 

Nak datang sini senang sangat dari simpang tiga ke Sahom valley dari Kampar atau Ipoh tu straight je ke dalam hingga jumpa flyover sebelum ke Sahom Valley, dari flyover tu dah nampak restoren ni dari atas. Ika nak terang bab peta ni memang fail, korang waze je insyaallah jumpa. Yang penting buat tempahan dulu seawal sehari sebelum pergi makan tu. Biasa yang menempah ni akan duduk kat meja makan agak lama, tambah jika ada aktiviti mandi-mana kat jeram, boleh jadi setengah hari pun ada kalau yang datang balik hari, sambil makan dan mandi kekdahnya. Kalau tak nak menunggu lama, buat tempahan okay. 

La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak 
Jalan menduk Sahom,kg sahom, Kampar, perak
No Telefon :013-4966014

10.05.2020

Google Adsense Lulus!

Seseksi seksi mana makhluk Allah, sebesar-sebesar dosa yang hambaNYA lakukan, jika kita mohon taubat dan petunjuk pasti Allah ampun kan dan tunjuk jalan. Teringat dulu ada artis yang sangat seksi komen netizen kalah syaitanniirrajim, judge, label macamkan buat kerja Allah, diorang yang jahil tu kadang bila Allah dah jentik hati, bagi hidayah, berubah lebih baik dari kita, malah lebih sempurna dari kita. Kita ni sesama manusia kadang orang dah berubah pun sanggup pergi korek, ulang cerita silam dan dosa silam orang lain. Ingat Allah tak tengok kita punya permulaan, kita punya pengakhiran tu penting, kalau orang dah berubah lepas tu kita sinis dan perli, 'alahh ku tahu macam mana dulu orangnya' sibuk dok kirai dosa orang, baik lah muhasabah diri sendiri. Tapi tulah nama lagi netizen, maknanya dialah yang paling baik, paling bagus, boleh nilai orang sesuka hati. Hati-hati lah walaupun takde siapa tahu yang menaip kat medan sosial tu, Allah tahu dan tak pernah tidur, dosa sesama manusia ni kalau tak minta ampun sesama manusia, Allah sajalah tahu apa natijahnya, tambah lagi kalau yang dah meninggal, once ada yang fitnah kata-kata buruk tiada lainlah yang membelanya kecuali Allah, takut tak? Kita kat dunia ada lagi peguambela apa semua, tapi orang mati, peguambelanya Allah, hati-hati takut gamam tak terkata bila dapat kifarah atas dunia lagi. Scary nowadays pengguna sosial yang tiada batasan akhlak, nak menegur ada cara yang berhikmah bukan main sedap komen. Fuuh, begitulah baik buruk sesuatu pasti datang berpakej, guna media sosial untuk kebaikan dan manfaat moga ada pahala yang tercatat begitulah sebaliknya. 

So nak cerita ya Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah syukur sangat Google adsense Ika dah lulus, dari tahun lepas apply, tahun ni baru dapat, dah banyak kali adjust sana sini, buat ikut tips blogger otai, macam-macamlah tapi bayang nak lulus pun tak nampak gaya. Ada yang senang je apply dua hari terus dapat, ada yang makan minggu bulan dan tahun. Rezeki masing-masingkan? Alhamdulillah niat Ika nak aktif balik blog Allah permudahkan. Yelah takkan nak menulis saja-saja, menulis biar dapat duit padu terkejut gitu. Bab menulis ni memang minat Ika, cuma kadang-kadang hilang fokus dan kekangan masa. Sekarang anak-anak dah mula sekolah, Haniy pun komitmen dan keperluan pun dah berubah, maka banyak masa terluang Ika gunakan untuk menulis dan update entry. Buat yang berkongsi tips dan segala cara dan langkah untuk lulus Google adsense ni Ika doakan korang diberi ganjaran oleh Allah berganda-ganda atas kemurahan hati berkongsi ilmu dan Pelajaran, kadang tak tunggu benda besar, hebat untuk di kongsi, benda simple dan tak nampak apa-apa pulangan menguntungkan sangat memberi impak kepada orang lain. So korang kalau ada idea, ilham, ilmu, sharelah jangan simpan sendiri mana tahu asbab perkongsian kita dapat membuka minda, dapat bantu orang lain memperbaiki diri. Niatlah yang baik-baik. 


Bila adsense dari Google ni dah lulus memang gembira dan bahagia sangatlah sebab kita buat apa yang kita suka kan, lagi plak dapat hasil dari minat kita sendiri mana tak bahagia oii. Moga apa yang tercatat ke medan ni dapat membawa kebaikan dan juga manfaat terbaik untuk orang lain. Apa yang tertulis kat dalam blog hanya perkongsian Ika dari pengalaman, kenangan, detik dan waktu di lalui sepanjang diberi nikmat dan ujian oleh Allah. Yang baik buat teladan yang tak elok buat sempadan. So jomlah kita menulis yang baik-baik dan yang memberi manfaat, syurga Allah itu mahal, amalan kita sendiri tak menjamin kita masuk syurga. So buatlah apa saja kebaikan tak kira sekecil debu, semudah-mudah mengalihkan batu kecil kat jalan supaya tak menyusahkan orang lain pun boleh jadi asbab kita masuk syurga, moga dengan rahmat Allah dapat mengumpulkan kita semua disyurgaNYA amin. 

10.03.2020

The Sheep Sanctuary Cameron Highlands

Kali pertama pergi kat sini, lagipun tempat biri-biri Cameron Highlands ni masih agak baru, asal part buat duit bergeliga je diorang ni kan? pastu kita lah yang menghabiskan duit pula, macam tulah cyclenya. Dah sampai Cameron Highland kalau tak menyinggah tempat-tempat menarik kat sana rugilah kan? Memandangkan dah 'tersebut' ladang biri-biri depan anak, makanya zikir itu berterusanlah selagi tak sampai sana. Nak taknak pergi jugalah, tengok kambing import tara mana. Lagipun kalau ke Cameron Highlands terlalu banyak tempat menarik yang korang nak singgah. Kali ni selain petik strawberry kita pergi tengok Shaun and the Sheep kata anak-anakku. 
Tiket masuk ke ladang biri-biri ni, untuk orang dewasa RM8/person dan kanak-kanak  RM5 dan makanan untuk bagi kat biri-biri adalah free. Nak datang ke sini make sure tak bawa orang tua yang wheelchair, if pakai tingkat boleh consider lagi sebab kawasan ni agak curam dan ladang tu ada kat bawah bukit, so kena turun naik tangga banyak, renyah sikitlah, tak campur bau tahi biri-biri lagi, wangi lain achemm, wakaka. Kat sini ada kedai makan juga tapi tak sure yang masaknya Muslim atau tidak, not recommendedlah. If yakin teruskan saja, kat luar dari ladang tu ada Restoren Ayahman ke apa dah lupa, so better choice makanlah kat situ. Ladang biri-biri ni takdelah besar sangat, tapi scenery tepi bukit biri-biri dok bersantai tu memang masuk sangat macam dah kat oversea giteww. 


Kalau anda tak tahu mana nak pergi kat Cameron Highlands ni, bolehlah masukkan dalam initiery. Tapi itulah datang Cameron Highlands memang takkan sempat cover pergi semua tempat even datang bermalam 3 Hari 2 malam pun. Setiap kali datang Cameron tu mesti dah ada target mana tempat nak pergi dan make sure ada tempat berbeza yang kita terjah barulah puas hati. Ada yang memang suka ulang pergi tempat sama je kalau dah macam Teh Boh Palas tu siapa tak jatuh cinta kan? Pergi berkali-kali pun tak puas tengok green scenery dari pokok teh, haihh samalah kita ekk wakaka. Ikutkan dah berbelas kali sampai Cameron tapi ada jugalah tempat yang kami tak pernah pergi lagi, sebab tak tahu.
Ceritanya kat ladang biri-biri, mak ayah gelak jelah, kambing biri-biri kat rumah kampung berlambak datang jugak sini, takpe yang ni version bulu karpet punya biri-biri. Anakku bukan mainlah bising nak datang sini, kes peminat Shaun the Sheep sekali biri-biri datang dekat semua bertempik takut, nak bagi makanan pun takut. Tapi sebagai mak-mak kena tunjuk lah berani dan tak geli, kasi makanan kat biri-biri tu takde hal sangat. Jangan cabar naik skybridge sudah, nak tercabut tulang lutut gayat nanti. Makin bertambah umur ni, makin bertambah gayat apehallah tak tahu. Nak turun tangga pergi jumpa biri-biri pun nasiblah tak curam sangat. Best juga bagi makan kat biri-biri jinak ni, bulu pun bukan main tebal ya Rabbi biri-biri ni. Gebu gebas pula bila pegang dan tekan-tekan kat bebulu tu, geram yang amat. Sekali semua makanan bebiri tu banyak dihabiskan oleh mamanya bagi kat bebiri, dah semua lari menyorok takut disondol biri-biri, sabar jelah. 

Habis bagi makanan, ambil gambar situ sini, kami decide gerak pergi ke Kampung Taman Sedia untuk petik strawberi dan makan sconelah kononnya. Siap keluar dari Ladang biri-biri sempatlah shopping sebarang dua kat Kea Farm dah alang-alang sampai tu, settle membeli terus kami ke Taman Sedia, tapi itulah sebab tak plan elok-elok kami sampai tu jem dan ramai orang kat sana, sepatutnya sampai tu terus singgah makan scone, tapi entah apa dalam fikiran pusing situ sini nampak semua tempat beratur dan ramai orang dari nak petik strawberi, kami beli je strawberi yang dah di petik, anak-anak dah letih jalan-jalan nampak taman permainan terus segar semua. Kasi can main dulu sehinggalah matahari dah terpacak atas kepala, terus kami decide makan kat kedai makan berhadapan Marina Chalet tu, makanan Jawa kekdahnya, punyalah terus lupa nak ke KHM makan scones sedap. Nampak gaya kena singgah lagi la ekk bawa mak ayah lagi. So begitulah ceritanya settle kat Taman Sedia tu kami terus turun ke Tapah je balik rumah sekali dengan mak ayah. Uii memang rasa tak puas jalan-jalan kat Cameron nih. Takpe next time kita repeat lagi, insyaallah ajak ma lah plak. And next-next ulang siar macam tulah ada jugak alasan nak jalan-jalan lagi kan, haha. 

Yang nak naik Cameron tu ada yang tanya berbaloi ke tidak nak pergi The Sheep Sanctuary tu? Ku cakap so-so aje, cuma kalau nak kelainan bolehlah singgah sini, jamah, sentuh, beli bebulus kasi makan kat biri-biri oversea ni, lain sikit dari biri-biri Malaysia ni sebab, emm anda pergilah sendiri merasai pengalaman, barulah merasa. Yelah taste kita kan berbeza ada orang tak suka pergi tempat macam tu, suka part taman-taman, pokok-pokok dan kehijauan dan sebaliknya. Nak kata best tu depend masing-masinglah. So far untuk Ika better spend untuk makan-makan, hmm itulah kalau daku bab makan berpisah tiada. Nak pergi The Sheep Sanctuary ni senang je, pergi ke Kea Farm Brincang saja, kat sini dari tempat parking Kea Farm tu boleh terus lintas jalan ke bangunan dan tempat asal Kea Farm dulu bertapak, nanti besar terpampang nampak signboardnya. Selamat berjalan makan angin uols.

The Sheep Sanctuary Brinchang
17 September 2020



ALAMAT: Kea farm, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
WAKTU OPERASI: Setiap Hari (9.30 Pagi - 5.30 Petang)
NO. TEL: 018-661 8488