Ika banyak juga cari review tentang Neal's Yard Remedies ni, ok ke tidak? Sebab tak ramai yang share tentang produk ni in details, so disebabkan tak ramai yang share, Ika cubalah sendirilah Neal's Yard Remedies, cuba organik essential oil, deodorant dan juga lotion. Haiih, seriously Ika lama dah tak reward diri dengan benda-benda macam ni, sebab kadang terlupa kes dah lama tinggal aktiviti sapu-sapu lotion, mengadap rupa sendiri kat cermin, sungguh dah lama Ika tinggal. Zaman universiti je semua tu, sebab mood high energy in everything termasuk bab penampilan diri. That's not good sebenarnya, sebab dalam kita appreciate dan buat terbaik untuk anak-anak dan keluarga, orang yang paling kita lupa nak cara adalah diri sendiri. Kita sibuk nak senyum kat orang, tapi kat diri sendiri pernah hadiah kan senyuman tak? Kita sibuk nak maafkan orang lain, diri sendiri pernah kita maafkan tak bila dah salahkan diri. Prof Muhaya antara orang yang tinggi Nilai diri pernah kongsi, jika kita nak sayang orang lain even suami atau anak-anak, kita kena sayang diri sendiri dulu. Nampak macam simple tapi ramai dari kita tak pernah buat, rasa tak perlu dan sebagainya. Kadang in denial tak perlukan semua tu still bahagia. Yes memang bahagia ni tak perlukan orang pun, kita memilih bahagia dengan cara kita. Tapi kalau bahagia yang akhirnya melukakan diri kita dalam diam, atas sebab 'takpe', 'takpe', lama-lama makan diri juga. Eh, eh termelalutlah pula. So bahagiakanlah diri sendiri mengikut cara tersendiri, ada yang suka treat diri dengan kopi best, atau dessert best, berendam dalam air suam atau tub, panggil tukang urut untuk urut badan, whatever lah doing for your selfcare. Insyaallah you will see the difference when you treat yourself different, gittew.
So essential oil ni tengah trending, actually not trending tapi macam dah satu keperluan dah, tapi sangat-sangatlah bagus essential oil ni sebab in natural remedies part yang bantu upgrade kesihatan diri mental dan emosi, so i guess neal's Yard Remedies products penjagaan diri berasaskan essential ni semestinya juga bagus. Tapi tak tahulah sebab tak cuba sendiri kan? Untuk pertama kalinya Ika kenal essential oil adalah dari Neal's Yard Remedies ni. Baunya sangat menyegarkan minda, suami pun dari pakai Rexona bertahun-tahun lamanya dari buang sampai lani, hingga buat whole detox Ika dah tak bagi suami pakai Rexona dah, tukar deodorant yang lebih alami berasaskan essential oil. Alhamdulillah since pakai tu, kulit dah tak gatal macam sebelum ni.
Essential oil yang paling Ika suka guna dari Neal's Yard Remedies ni adalah Palmarosa, vetiver dan apa nama dah, yang tu first time order then jatuh cinta repeat order yang lain plak sebab bau dan kesannya sangat best, harum, dalam masa yang sama seisi rumah menikmati bau dan manfaatnya, biasa Ika mix dengan copaiba dan orange Doterra. Kadang alone je this aroma, dan kesannya sangatlah bagus. Selain tu antara the best thing lotion Neal's Yard Remedies ni memang Ika suka dengan bau Geranium dan Orange. Essential oils ni banyak sangat manfaatnya, so selain untuk meningkatkan tahap kesihatan emosi dan mental, tak dinafikan dalam bab kecantikan dan kesihatan tubuh badan juga ada peranannya. Tengokkan artis je ramai pakai, mesti anda ingat harga orang kayangan kan? Tidak rupanya, semua harga product Neal's Yard Remedies ni average dan sangat affordable, organik pula tu.
So kesimpulan dari penggunaan body care dari Neal's Yard Remedies ni Ika recommended untuk mommies sebab dalam berbaloi, sebotol lotion tu tahan lama sangat kot, lebih dari 3-6 bulan, puas hati pakai. Next time Ika nak cuba yang bau seaweed pula, best tengok yang manjakan diri kat Neal's Yard Remedies kat Bangsar tu, wish one day dapat manjakan diri kat sana jugak dengan terapi essential oil kat tubuh badan dan muka, insyaallah amin. Next time Ika share satu lagi another brand essential oil yang most favourite Ika guna. So kesimpulannya, ok ke tak Neal's Yard Remedies produk ni? OK sangat dan recommended, aroma tak kuat dan menusuk hidung dan yang pasti lebih semulajadi.