Manusia ni memang, masa ada kat depan-depan mata, dekat dengan diri bukan nak menghargai, cari juga yang jauhnya. Bila dah berjauhan dari yang duduk dekat dulu, mengenang-ngenang teringat itu ini. Ini kes tak menghargai apa yang ada di sekeliling lah, nampak yang jauh juga yang indah, lebih best dan sebagainya. Tak kata orang lain ni, ni kata kat diri sendiri, masa borak dengan suami sempat kami throwback balik masa duduk Banting dulu, hampir 8 tahun suami duduk sana tak banyak sangat tahu tentang Banting, padahal duduk kat Banting tu kira best sangat sebab semua tempat kira dekatlah kalau takat nak tukar angin kekdahnya jika boring di hujung minggu, tapi punya sanggup pergi sejauh-jauh tempat, yelah alang-alang dah nak keluar dari rumah kan? . Tapi tu dululah, sekarang kami hargai je apa yang terdekat kami ni. Kami syukur sangat Allah tempatkan kami kat sini, rasa tak puas lagi pusing-pusing Perak ni, sebab terlalu banyak tempat-tempat best menarik dan sangat berbaloi. Patutlah kalau tiba waktu cuti ke, cuti bersambung berbondong-bondong orang datang sini, so kalau kami yang dah duduk kat sini tak hargai apa yang ada di sekeliling, bukankah itu satu kerugian yang besar?hehe.
So tempat kali ni kami terjah, memang tak diketahui kewujudannya, tahu pun kes last minit dah cari tempat tidur masa bawa mak ayah berjalan-jalan tak tahu nak tidur kat mana, ingat nak bawa tidur kat area Sahom Valley je tapi tahu tahulah kat situ memang pantang waktu cuti penuh, tak pelik lah sebab kat situ area sangat cantik, worth to stay untuk menikmati kehijauan alam dikelilingi bukit dan gunung yang indah. So dari Tanjung Tualang ke Sahom Valley kami ke Ipoh. Dah Alang-alang ke Ipoh rogerlah saudara mara area sekitar yang ada, berjalan-jalan sambil ziarah-menziarahi bertanya khabar dan kenal-kenal rumah, sebab tak pernah pergi, kihkih.
Baca juga>> Ada Apa di Tanjung Tualang?
Memandangkan dah basah berendam kaki kat jeram Sahom tu, naik kereta terus je direct ke Ipoh. Suami bagitahu Resort tu tepi gunung. Macam mana rupa lah resort tepi gunung, harap-harap oklah dan yang penting ada kolam mandi, tu yang pakat excited semua kes nak menyambung berendam dalam kolam. Masa sampai tu dah pelik dah sebab kena masuk dalam taman perumahan, so tak boleh imagine macam mana rupa resort lah dalam area taman perumahan ni, wakaka, yelah takut out of expectations. Sampai sana tengok takde kereta banyak pun, adalah tiga buah kereta termasuk kami, suami turun ambil kunci bilik dan cari tempat parking.
Baca ini juga >> Rendam Kaki di Jeram Sambil Makan Sedap
Bila turun masuk check bilik dan sekeliling agak berpuashatilah dengan resort ni, sebab nak kata tak menarik pun tak sebab macam duduk kat dalam sebuah taman pokok-pokok. Penuh sekeliling resort Resort dengan pokok hijau dan betul-betul berada tepi Gunung Rapat Ipoh. Anak-anak dah basah, diorang pun dah ronda tengok satu resort, pergi check kolam kat mana, teruslah bising ajak nak mandi. Memandangkan dah lewat petang pun, maka layan depa mandi kolam habiskan waktu petang.
Malam tu kami makan ringan-ringan je sambil suami ajak anak-anak buat aktiviti malam iaitu berbeku, sejenis pantang agaknya kalau kemana-mana memang ni jelah aktiviti ringkas sambil isi perut, kalau tak steamboat, aktiviti bakar-bakar, wakaka. Simple je, bawak kambing perap buat wrap untuk makan malamnya. Alhamdulillah kenyanglah sangat malam tu, sebab petangnya dah makan lewat, banyak pula tu. So siap je bakar-bakar, makan, lepas tu tidur. Manalah tak gemuknya oii, ku dah overweight ni, kes dok nanti-nanti, next-next sesi detox, lepas tu hmm sedar-sedar jarum penimbang dah naik. Begitulah hakikat orang perempuan, nak kurus tapi suka makan. Nak naiknya senang berat badan ni, nak turun tu, jenuhh. Tak insaf, esok paginya suami keluar cari breakfast kebetulan ada nasi air dingin direct dari kelantan, fuhh rezeki kami dapat makan nasi bungkus favourite ni. Siap makan, teruskan aktiviti mandi kolam anak-anak hingga waktu check-out. Lepas check-out, kami singgah kat rumah sepupu Ika belah ayah, makan lagi. Sambil berborak panjang pelbagai topik, isu dan cerita. Siap semua aktiviti, terus balik dan singgah ke rumah sepupu Ika belah mak pula, pun makan jua dihidang, apa lagi kita layan saja, alhamdulillah rezeki, hehehe. Alhamdulillah walaupun tengahari tu dah start hujan, Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga. Begitulah percutian ringkas kami sekeluarga. Worth spend dengan mak ayah, alhamdulillah