Pages

Pages

6.20.2025

Sesalan

Tengok post seseorang menangis beria kat kubur arwah isteri, ramai kecam brother tu. Entahlah, for me memang sedih sangat tengok orang menangis ditinggalkan orang tersayang tapi lagi sedih sebenarnya kalau ianya tangisan kesalan. Tambah sedih daku bila tengok someone post anaknya yang ketiga detect kena kanser, dah lama stay hospital untuk rawatan dan kimo, budak tu kecik lagi sebesar hana, kakak dan abangnya adalah dalam umur sembilan ke sepuluh tahun, adiknya balik mengejut selepas rawatan, abang dan kakaknya terkejut lantas memeluk kemas, lama, dan menangis sayu sedih, baca komen "mesti abang kakak sedih sangat sebab tak tahu adiknya akan balik ke tak selepas rawatan tu, kalau yang suka gaduh lagilah terasa". Aahh sudah, auto merembes air mata laju. Nak move on dari rasa sesal ni tak mudah, trust me. Kucakap sebab ku dah lalui.



Teringat arwah adik lelakiku, even dah 26 tahun berlalu rasa sesalan tu masih ku ingat tapi tak seteruk dulukala, sebab tu tengok video yang agak related memang ku merembes. Tiap kali singgah kuburnya dulu dalam 10 tahun ku tersedu nangis diam-diam kat belakang sekali in family group, lepastu tu dapat control diri hanya menitik air mata. Tapi itulah, dik benda dah berlalu tak boleh ulang, hanya sesalan dihati saja yang sudah berlalu pergi, moga berbahagia disana dik. Apa yang daku buat hingga sesal yang dalam, biarlah ku simpan kat hati saja ,Allah sajalah pengubat rasa sesal ni, tapi dengan arwah ku kuat bergaduh, ku kaki gaduh, ada time okay tu sekejap aje, walaupun sesama budak aje time tu, tapi boleh tahan cara gaduhnya. Beza umur jauh. Adikku memang sweet, tapi ku baran, degil, garang, kuat memberontak, rebel dan setara dengannya boleh tahan. Dan sesalan paling dalam bila kita dah tak boleh minta maaf, sebab tuan dah gone forever. 


Sebulan sebelum kejadian yang menampar daku seumur hidup, kalaulahku tahu its last time i see you, tentu ku peluk dan minta maaf atas kelakuanku  dengan ayat yang menyakitkan hati. Dah takdir Allah hari kejadian ku di asrama call lewat petang exactly kejadian hitam tu berlaku, i keep praying all the time nak sampai ke rumah tu ku masih dapat tengok dia okay, tak teruk tapi sebaliknya, hanya jasad terbaring kaku di bilik depan sekali, tertutup jasad dengan kain nipis, rumah yang penuh dengan orang kampung ku tak hirau dah, terus masuk ke bilik yang ditunjuk oleh sesiapa dah masa tu, rasa luruh, luluh, runtuh ditimpa sesuatu yang amat berat. Ku duduk tepi jasad adikku, perhati wajah adikku, lama ku tenung, comel adikkku, memang babyface even dah tujuh tahun pun, hitam manis, macam tengah tidur, bibir merah merekah tersenyum, kelopak matanya yang tebal dan beralis panjang menambah kemanisan. Pandangan ku teralih ke dahi, ada sedikit goresan memanjang luka , akhirnya keluar juga air mata yang tertahan, ku sentuh pipi adikku yang sejuk, mencari tangannya dan ku pegang, dik jangan tinggal aku, jeritan dalam hati bergema diseluruh pelusuk tubuhku sehingga tubuhku mula bergegar menahan tangisan yang sudah pecah. Ku teresak-esak ditepi jasad adik, ada yang datang memujukku, takpe, takpe adik dah pergi tempat paling baik, dah cium adik tu, nanti pagi esok nak simpan dah. Ku cium pipi, dahi adik, lamaaa, tak mahu lepaskan.


Macam percaya dengan tidak, love hate relationship ni teruk impak sesalnya. Ku tak tahu. Tambah bloodline sendiri, sesalan paling dalam tapi tak terluah. Masuk bilik sendiri dan dengar pula cerita adikku yang menjadi saksi mata kepala kejadian hitam tu, melihat adik lelakiku melayang tinggi dan kepala terhentak ditembok simen, trauma adik perempuanku lagi teruk. Percaya atau tidak, itulah malam kali terakhir kami bercakap tentang arwah, rindu, trauma, tapi sesalan yang ku simpan takde siapa tahu dari saat tu , yang terhambur malam tu kami simpan sendiri antara adik beradik selepas tu hanya melihat ayah setiap kali bercerita kepada sesiapa yang mahu dia ceritakan sambil air mata ayah berjurai cukuplah untuk kami menyimpan kesedihan hati. Takpe, your feel is valid ayah, grief as long as you need. Yang penting kami semua dah happy dah sekarang, ujian hidup begitulah, ada masa rindu, sebak jua, yelah rindu kat jasad yang dah takde.


Emak lagilah ku tak tahu apa rasanya, dikala kejadian masih memangku adik perempuan bongsu yang baru 18hari lahir, ku balik masuk tengok jasad arwah adik, lepas tu pergi ke ruang tengah tepi dapur, lihat mak termenung kosong, ku bangkit dari katil sebab tak boleh tidur pukul 3 pagi, keluar jenguk dan mengintai mak di tepi dinding, mak masih tak tidur, dalam posisi yang sama, termenung kosong sambil nenekku kat sebelah dok pegang baby. Ayah, ku tengok masih duduk tepi jasad adik sambil merenung satu-satunya arwah anak lelakinya sambil tangan mengusap kepala adikku tanpa henti seperti adikku masih bernyawa. Pandangan kosong, sungguh, ujian seorang ibu bapa hilang anak ni sangat berat. Ku masuk bilik balik dan terus air mata macam air hujan. Tak tahu bila terlelap, tapi sedar-sedar ayah suruh solat subuh, dan siap-siap, sebab kejap lagi dah nak pergi kubur bawa adikku. And the rest is history and memories. Memori yang .....................Macam tak percaya Allah buatkan kami jadi bestie selepas kehilangan satu-satunya adik lelaki .


Bila baca tentang pergaduhan adik beradik memang kita yang baik baik saja dengan adik beradik ni takkan faham, mereka yang lalui je tahu pedihnya bila orang sedarah sedaging yang jadi musuh, jadi orang yang terpaksa mengadap perangai tak semenggah masing-masing, betul ka kami ni semua serahim mak? Bergaduh macam hape, tapi percayalah itulah ujian. Dah tertulis kisah Nabi Yusuf dalam Al-Quran tentang adik beradiknya yang iri hati, penuh hasad  dengan Nabi Yusuf sehingga khianat dan melakukan kejahatan terhadap adik sendiri. Ku syukur sangat Allah bagi jalan pulang kat daku ketika kemuncak umur remaja, umur lima belas tahun ,masih muda, bertenaga, ku masih ingat ada satu petang angin sepoi-sepoi meniup mukaku dikoridor sekolah, semua dah balik ke dorm masing-masing selepas solat, daku je naik kekelas masa tu, sambil termenung kat koridor, ku renung masjid yang ku tinggalkan selepas solat asar tadi. Entah kenapa tiba-tiba terasa sedih, sebak, teringat dua minggu lepas balik rumah, peristiwa di mana ku mengadap muka mak dengan muka heartless, usai saja makku hempas ganggang telefon, ku masuk bilik hempas pintu sekuat hati, menunjukkan amarahku sama. Ku tak keluar bilik lama juga, hampir tiga jam, last-last dengar kakakku dengan nada kalut dan menjerit panggil namaku, ku keluar tengok mak baring kat kerusi sofa rotan, bawah sofa darah penuh pekat.


Ku terkejut, dada bedebar, terkaku, kakakku cakap paggil mok timoh cepattttt! Ku yang terkejut dengan tempikan kakak, terus berlari turun dan naik ke rumah nenek bagitahu mak keluar darah, nenek naik bersamaku, dan suruh cari kain batik,  ku ambil beberapa helai kain batik mak, nenek ku kesat darah yang penuh dilantai bawah kerusi, sambil suruh ku bawa kain batik penuh darah tu ke bilik air. Ku kutip semua kain batik tu dan berlari bilik air di dapur. Mak hanya diam je dan menyuruh kakakku call ayah| ayahku takde masa tu sebab KL berkursus|, berkali-kali call baru ayah angkat, nenekku bagitahu kena bawa mak ke hospital ni sebab darah tak berhenti keluar, janin dah keluar tapi tak sempurna saki baki mungkin tak keluar, tu yang darah tak berhenti. Mak pergi ke hospital macam tu je dengan mukayang sangat pucat, tanpa kata apa-apa selain pesan kakak sulungku, tolong jaga adik-adik. Ku takut, takut yang sangat jika mak tak balik lagi. Petang tu dikoridor aku nangis sensorang,mengingatkan keras hatiku yang sikit pun tak minta maaf atas apa yang ku dah buat. Boleh tahan ego, habis nangis ku langkah tanpa tujuan tahu-tahu sampai kat tempat wudhuk masjid. Ku perati dinding yang berlumut hijau, kesan hitam di batang paip dan lantai, cari penyapu dan berus bawah tangga masjid. Masa tu memang masjid kosong dah semua dah kat dorm masing-masing. 


Ku ikat dan simpulkan hujung tudung depan  dan mula memberus setiap sudut kolah dan tempat berwudhuk, siap kawasan basah ku menapak naik ke tempat solat, menyusun segala kitab Al-Quran dan buku zikir. Sekali tertengok ada satu Al-Quran terselit celah belakang rak, kemungkinan jatuh, tapi Al Quran tu jatuh dalam keadaan terbuka, dan tengok surah Yasin, termenung seketika dan ku ambil al-Quran dan duduk bersila dan memulakan bacaan, tumpah air mata sambil memerhatikan tafsirannya. i dont know, tapi selepas habis baca segala apa yang berat dalam hati, fikiran, gone!terasa ringan dan angin lembut bertiup menampar pipiku, pandang keluar, matahari dah nak terbenam, angin petang bertiup lembut, cantik sangat Subhanallah, itulah sunset terindah dalam hidupku, dengan rasa yang tak terungkap. Sekarang ku minta sangat Allah hadiahkan perasaan ketika itu, i`m missed that feeling, so deep feeling. 


Nikmat sekarang yang Allah hadiahkan moga Allah terus kurnia, peluang yang Allah yang titipkan, sentiasa jadikan ku hamba yang sentiasa bersyukur tak kira apa yang mendatang. Alhamdulillah ku sudah berdamai dengan apa yang Allah takdirkan. Sesalan itu benar-benar bermakna bila Allah pujuk hati yang berdarah. Thank you dik sesalan itu banyak mengajar kakakmu tentang indahnya kehidupan jika banyak bersyukur dan merendah hati. Masyaallah Tabarakallah, past experience memang satu batu loncatan untuk kita growth better, there's no reason to look back when you have so much to look forward too. Sekali sekala perlu menoleh kebelakang untuk mengingatkan kita dan berterima kasih dengan pengalaman lalu, tenggelam dan dikawal kisah lalu tidak sekali-kali, move forward okay. 


Xoxo, 
Selagi ada ruang bertaut, 

 

6.18.2025

Move On

Hari ni penuh dekat wall daku, satu ibu bahagia, satu negara terasa bahagia. Apasal ku tak tahu cerita, mana pangkal hujung ni, terus korek...ooo begitu rupanya cerita, macam versi kat Malaysialah, cuma versi sana dah tahap Kifarah sedang dirasai, perghhh, reality hit hardkan, hukum tabur tuai ni kalau dah mendapat, ko hadaplah seumur hidup, wakakka. Begitulah pengakhiran buat mereka jahat dan busuk hati perut ni. Yang penting, sabar dan maafkan. Bab ni ku pernah cerita <Baca sini>. Betullah orang kata perempuan bila break up, dia punya merentan, meroyan, menangis hari-hari pun boleh, sampai kurus meleding pun boleh, tapi biasa benda ni ambil masa ikut kemampuan sendiri, ada orang sebulan, 3 bulan, 6 bulan dah settle untuk move on, ada setahun atau bertahun-tahun untuk move on. Once move on, move on lah, takde reverse back dah, tu dakulah, spesis cemtu. Eh kau pujuk pun tara mana, kasi hint lah camne idok ku layan, udah macam orang gila dibuatnya kita nak terima hakikat dan takde apa relation, makan nasi macam telan pasir, mandi ingat tak ingat, tidur macam zombie, ko ingat tak seksa nak lalui semua proses tu, jom! Kita get back, tahi lembu kau semudah tu mengajak get back. Orang jantan dia terbalik, udah kita dah siap move on, dia baru nak start enjin lalui segala proses yang kita lalui jadi 'orang gila lepas break up' tu. Memang idokla, kau layan sorang-sorang gila kau lalui proses sama tu. Baru tahu, tak mudah. Tapi untuk certain oranglah untuk keraskan hati, ada je yang lembut hati,kasi chance berkali-kali, so pilihan sendirilah. 




Ku block yang buat sakit kepala, bukan tak nak ambil tahu, of course follow every plot twist, tapi ku tak mampu nak baca details, cukup ku tahu si ibu sedang berjuang, menggeletar, sakit kepala, tak tahu lah yang hadap in real orang gila macam tu macam mana, insyaallah ku doa selalu Allah pelihara seorang ibu yang berjuang untuk haknya, dan ku yakin sangat hadiah yang menanti tak disangka-sangka. Yang tak habis meratib move on, move on acik ko. Yang dok kata IQ low follow benda cemtu, satu jari tunjuk orang, 4 jari tunjuk diri sendiri tu yang low IQ. Dari kisah semasa banyak ilmu kot dapat, pasal cerai taklik, harta pencarian, pasal business, pasal mahkamah syariah flow, pasal ilmu luka cakar pun, dan banyak lagi ilmu baru ku tahu. Korang tak nak ambil tahu dah, ingat ya sikit aje yang apa yang terlintas kat hati tu, Allah uji seksok, tak rugi sikit pun doa kat orang yang kita tak kenal. 



Banyak benda tahu boleh belajar dari kisah ni, daku pun tak tahu wujud manusia cemni, entah apa sebablah Allah wujudkan manusia cemnikan? adalah hikmahnya tu, kita yang dok perati, ambillah pelajaran, pengajaran. Dalam dunia tanpa batas ni, pilihlah nak ambil side elok ka tidak, ada yang dok tengok nampak buruk, tapi tersiratnya banyak sangat. Kita selagi dok atas, tak terkena uji memang sedap berkata, seksok terlungkup karang takde orang voice out kau plak meroyan nanti. Ni nasib baik tuan badan gila-gila voice out, kalau dakulah entah dah lama gila kena provoke mental abuse cemni. Teruk sangat, sampai daku yang baca pun boleh panick attack, sakit kepala berdenyut. Ku tak tahulah. Moga Allah pelihara dan kurnia kesabaran buat semua yang sedang berjuang untuk diri, anak, keluarga. Sedih betullah. Mampu lontar doa je setiap kali doa, setiap kali hujan turun, tiap kali bermusafir buat ibu-ibu yang berjuang, teraniaya. 



Bab putus-putus ni tak mudah nak terima, tambah lagi bab putus cinta, patah hati, melibatkan hati, perasaan dan emosi tambah pula first time melayan perasaan cinta tu. Tak lagi nak layan complicated relationship, tengok macam dia layan kita special, macam dia suka, tapi takdak cakap pun, karang kita ja perasan sensorang, bertepuk sebelah tangan, betul dak? Kena ghosting lagi pedih, daku pernah tahu merasa, kenmain ku berteman ke stesen bas jumpa, sebab dia suruh daku jumpa sebelum dia bertolak naik bas, tapi dia punya kerek sepanjang relationship tu ku tahan jebat, masa rindu kenmain mesej gitu gini, time dia nak ghosting haku, Allah. Sudahnya ku ghosting forever, tenang hidup haku. Bab relationship ni susah bila sebelah pihak main tarik tali, ciku chakk, dia mai cari kita untuk isi masa dia boring, takde nampak bersungguh nak memaknakan relationship kemana hala tuju. Kita orang perempuan memang ada instinct tu, so jangan korang buat derrk dengan jentikkan kat hati tu, jangan mudah perasan sangat. Rasa nak titikkan relationship tu kemana, kena pastikan betul-betul, straighforward is better. Kalau masih uhhh ahhh menjawab berbelit, panjang dalih dan alasan, blahh je. seriously bazir masa. Orang lelaki kalau nak, memang betul dia tunjuk dia nak, terus pakej dia bawak parents, sahkan terus. Settle! Effort tu penting. 




Perasaan cinta ni memang unik sebab memang buat kita macam orang tak waras pun, boleh senyum sensorang tengah-tengah orang dok kalut makan, tetiba rasa blushing sambil tepuk bantal, kadang menangis tanpa bunyi sebab dengar lagu sedih, lepas tu happy tanpa sebab, semangat tetiba, hilang motivasi pun tetiba, ups side down emotion terlibat. So kat sini, semua melibatkan kita punya emosi, fikiran, rasa, hormon dan segalanya. Cinta ka putus cinta dua-dua boleh buat orang jadi gila. So macam mana nak overcome supaya tetap rasional,waras, even dalam bumping emosi cinta. Lagi-lagi bila dah putus, perasaan dah abis tinggi dah sanjung,cinta, habis rengg (cinta teruk, cinta secinta-cintanya) dah bagi semua feeling tu? Bunyi perkataan putus tu macam mudah aje, tapi nak terima hakikat putus tu, ambil masa yang panjang. Alangkan kita buat sesuatu , bila tak hasilkan seperti yang kita harapkan pun dah frust kalau yang kita kerjakan tu dah banyak, dah ambil masa panjang. Inikan pula libatkan batin seorang manusia. Putus cinta memang boleh buat someone tak waras, tak kira lelaki perempuan, kalau ikutkan perasaan, nafsu, fikiran, everyday dok ulang scene sama yang meruntun jiwa, menangis tak kira masa, ye boleh buat diri gila, mula cipta benda bukan-bukan dalam fikiran. 



Habis nak buat macam mana hadap perasaan kecewa, sedih, dan segala bermacam perasaan tak best ni? Yang jenis cepat move on ada ke? Pace nak move on ni bergantung kepada masing-masing punya kemampuan kawal emosi, perasaan dan kelakuan. Yang ku tahu, memang fasa nak terima hakikat something yang buat kita rasa bercampur aduk emosi ni ambil masa. So tak payah nak dictate orang cukup-cukup merentan sana sini , sampai masa dia move forward tanpa toleh dah melainkan yang merentan tu betul-betul sakit otak, eh! So the best thing ku dapat dari story yang banyak beri inspirasi positif from women side<of course> kita tak suka benda negatif yang meleret-leret, nanti dengan kita drain energy, ku simpulkan from positive side, sentiasa bersyukur, ni yang nombor satu ku nampak sejak dari dulu. Bagus sangat attitude bersyukur ni whatever situation, even berlaku perkara yang teruk dalam hidup yang tak pernah expect pun tetap ada rasa syukur tu. Ganjaran dari rasa syukur ni memang luarbiasa. Ni kunci luarbiasa dalam hidup, sekecil-kecil perkara belajar untuk ucap rasa syukur, jika ada ujian pun tetap syukur, sebab ujian means Allah masih sayang kita, langsung takde ujian lagi menakutkan okei. So, syukurlah, jangan tengok apa yang kita tak ada dan orang lain ada. Buat terbaik ketika mana kita masih memiliki, hargai ketika masih ada.



Not people pelaser, dia memang tak suka orang dictate buat macam mana, macam mana, dia tahu apa dia nak, dia tahu bagaimana diri dia sendiri macam mana, dia tahu bawa diri dia,  tak perlu ubah diri semata nak fit dengan orang lain punya kepuasan. Bijak dan tinggi common sense serta empati, ada orang vice versa, tapi yang ni memang truly pakej, how not to be our inspiration? She really deserved it. Bila jatuh, terletak dititik terendah, its okay to be sad, take time to heal,  take your time, seriously!, then bangkitlah dengan semangat yang tak mampu disekat lagi. Bila kita down, rasa give up, jangan rasa kita ni lemah, kita bukan robot, ada emosi penat, letih, risau, naik turun emos itu biasalah, semua lalui. Ambil masa, rehat, kasi diri sendiri untuk bertenang, setiap masalah, ujian, pasti ada jalan keluar. Selagi kita bernafas, yelah tu peluang Allah kasi can kita terus melangkah dan bertumbuh dengan lebih baik.




Antara yang ku ingat one of her post, ada tiga perkara yang tak boleh kembali dalam keadaan asal, waktu, kata-kata dan kesempatan. Nak hidup tenang, memang kena fokus diri sendiri, hidup kita memang dah sedia mencabar sebab terhidang kiri kanan kehidupan orang lain, sometimes kita distract dengan benda sebegitu hingga hilang fokus kat diri. Sayang diri sendiri, jangan ambil kata-kata orang untuk masuk campur dalam urusan kehidupan kita, sentiasa perbaiki diri ke arah yang lebih baik dan jangan overthinking dengan perkara yang belum jadi lagi. Semua orang tak kan tahu akan datang apa yang jadi dalam hidup kita,bahkan ada yang tak ready untuk menerima nya. Mesti ada hikmah mengapa sesuatu benda tu terjadi, walaupun ia menyakitkan dan membuatkan kita menangis. Takdir yang tidak menyenangkan merupakan ujian bagi orang yang beriman. Sentiasa bersyukur dan bersabar atas segala hal yang diberikan Allah SWT. Allah Maha Tahu yang terbaik untuk kita




Dan yang paling ku post tentang ingat suami nak setia/curang ni tak kisah rupa bentuk kau macam mana pon. Kita macam alien pon, kalau lelaki tu nak setia dia setia. Kalau kita cantik hot bergetah? Kalau nak curang dia akan curang juga if kau simpan dia dalam almari pon. Sebab curang adalah pilihan. Ku pernah ye hadap someone yang suaminya kena calit, ujian lagilah berat, anak-anak masih kecil, mengandung lagi, suami macam jadi lembu sebab dah duduk serumah sekali dengan suami si setan ni, semua satu rumah, tapi dua-dua jantan jadi bodo macam lembu. Perempuan ni, kalau dah jahat betul, memang betul jahat hati perut ekk, tapi kalau dah baik sangat kena tindas dan manipulate pulak. So keynya know your value. Ujian ni tak tunggu kau femes, selalu update kehidupan lakibini, yang lowkey, tak pernah tunjuk kat orang, pun Allah uji juga contoh yang ku cerita tulah, sikit takde orang tahu kenal, in realiti ja hidupnya no medsos at all. Setan yang tak nampak dah memang terbukti jahat, setan berupa manusia lagi menakutkan ye. 



Jadi isteri ni kena tahu ilmu rumahtangga. Ilmu tu sangat penting. Bila kita ditindas, kita tahu dimana hak kita untuk bersuara. Jadilah isteri sebaik mungkin. Sebab kita tak akan rasa menyesal bila dah cuba buat yang terbaik . Kalau orang tak hargai, mesti ada je orang lain yang boleh hargai. Jangan bersedih. Take your time and move on. Hidup ini singkat. Jangan bazirkan hidup dengan orang yang salah kerana seumur hidup tu terlalu lama. Love yourself. Ku pun tak tahulah kalau kena uji cemtu, nauzubillahiminzalik, yang pasti isteri asah selalu skill tajamkan pisau kat dapur ye, supaya sampai masa yang tepat, skill tu berguna. Cantas bila masa perlu., kalau punai gatal, bijik tak gatal tak jadi, tapi kalau yang punai tu dah menggatal dari mula, pepandailah kau cantas puncanya. Orang tunjuk gila, kita pun boleh buat gila. Rasa berbaloi pertahan, pertahan, rasa tak perlu dan membazir, sedekah jelah. Tapi bab penyondol ni, entahlah, nak kata benci sangat pun, tapi memang patut dihina dan dikeji pun peel dan kelaku sondol tak tengok kiri kanan. Ujian dia, tapi yelah benda boleh pilih pun sebenarnya, tapi  biasalah depa ketegaq, ku nak kata lebih pun anak-anak perempuan berderet ni, so biarlah kifarah saja mengajar erti sondol sebenar orang sebegini. Kita dah tengokkan ending kebanyakannya macam mana, pilihan ditangan. Jadi orang tak bersyukur ni memang hidup tunggang terbalik tak kira jantan betina. Contoh semasa dah ada, blerghhhh. Contoh realiti depan mata pun ku dah tengok. 




Bak kata Bunda, kita tak miliki apapun di dunia, apatah lagi orang yang kita cinta dan sayang, ada satu masa Allah uji cinta dan kasih kita bertukar kepada orang lain. Sentiasa ingat, jika ada yang kedua, pilihlah yang kedua kerana jika seseorang benar-benar mencintai orang pertama, mereka tidak akan jatuh cinta pada orang kedua. Bila kita ikhlas melepaskan, Allah ganti yang lebih baik berkali ganda yang kita tak sangkakan, yelah siapa nak lepas sebab kena hadap bermacam pakej dan proses yang masam, pahit kelat dan tak mudah untuk move forward. Percayalah orang buat kerja sondol-sondolan ni memang rasa menang, tapi dia tak tenang sampai akhir hayat, sedangkan nikmat tenang ni puncak nikmat tertinggi seorang hamba Allah. Insecure seumur hidup, ni valid, sebab depan mata ja jadi, wakakaka. Apapun cinta kat manusia memang ada ending, samada mati masuk kubur, atau ending dengan orang lain dan masuk kubur juga akhirnya. Tiada yang berkekalan. Selagi ada cinta dihati, selagi Allah satukan hati, hargai. Kadang tak tunggu orang ketiga, bila dah mati rasa pun, nothing you can do. Serah saja pada Allah taala bab hati ni. Moga kita semua jadi hamba yang sentiasa bersyukur, insyaallah, amin.



xoxo
taktau nak kata apa, hati milik Tuhan.


6.16.2025

Bad day

Dalam banyak-banyak hari akan ada hari yang buat korang rasa, apehallah hari ni cemni semua macam unlucky. Daku pun ada hari cemtu weh, straight pulak tu dia punya scene dari pagi sampai ke petang. Kelakar pun ada bila diingatkan kembali. Pagi -pagi dah jenuh basuh baju triple trip, pasalnya bila bukak mesin basuh, Allah nightmare yang paling boleh buat mak-mak jadi gorgon, entah bila masa si Hana ni pi campak pampers dia dalam mesin sekali, budak ni bukan tak reti asingkan pampers buang dalam tong sampah, baju yang dah pakai dalam mesin basuh, dia  dah expert, tapi itulah ada hari yang memang dia sengajakan , ada sekali scene tertangkap ku dah elok nak setting on mesin, dia sempat mai bukak penutup mesin basuh dan letak seluar dia pakai nasib baik sempat tengok dalam seluar tu pampers melekat lagi, paling tak tahan dia pandang kita buat muka toya, pastu gelak, kena marah tapi tersengih gelak sambil lari di kejar dek mama pusing meja dua kali sempat tangkap di cium bertubi-tubi akibat gurauan tak kelakar cemni. Geram tapi comel, entahlah. Kali ni nasib tak baik tak sempat tangkap dia punya peel, nak marah tuan dok tengah mewarna buku, udahlah comel <jangan meloya, mak-mak biasalah puji anak sendiri, hahaha>sudahnya terpaksalah asingkan balik baju, sambil bebel "Hana, kenapa letak pampers dalam mesin? Kesian kat mama kena basuh baju banyak kali. jawapan dia Hana tak tahu, berasap mak menahan sabar tapi senyum. Motherhood moment and feeling ni pelik dan tak terungkap, unik. Mak-mak lalui je paham. Yang penting pelakunya masih kecik comel, then it will be okay, kihkih. Betul dak?


Habis sebabak bab jemur kain, takdan kain crispy kering kat jemuran, hujan turun rintik-rintik, jenuh kutip balik, eh lepas tu panas terik balik, repeat balik jemur kain, tak stop dari tu, nak rest sekejap anak buat peel, kes nak pasang cerita kat USB semua tak kena, kata nak tengok cerita oddbods, dah pasang tak nak pula, then berterusan last sekali remote kena lempar kat anak, sudahhh! malas layan, ku tenung je, menahan sabar. Siap makan tengahari nak berjalan atas treadmill, bunyi pelik bila ku lajukan sikit langkah, tak dan 10minit, bau hangit, sadiss meh! Terus message seller, iyolah setahun tak sampai lagi guna, tahulah murah, tapi takkan secepat tu nak ku oder baru, huahua. Berakhir dengan kekecewaan sebab kalau nak hantar servis kena bawak ke tempat servis yang dah depa setting, jauh nun kat Puchong, idoklerr ku nak mengangkut. Sudah, terbaring sepi daku, memikir. 


Tengok-tengok jam dah sampai masa ambil anak balik sekolah, dua orang dah naik kereta, yang sorang tak settle, tunggu. Dah lebih lima belas minit berlalu, ku suruh salah seorang repeat calling anakanda, takut cikgu tak perasan, tak lama cikgu muncul kat pintu utama, Puan, kasut Haddad tak jumpa, What?, daku menahan dekah ketawa. Ini bukan bad day dah ni, ku pun senyum, takpe cikgu, nanti esok adalah tu, sudahnya Hadad masuk kereta berstoking aje, ku tanya, takde ke kasut lain yang tinggal?Takde. Aihh, pelik, nak kata tertukar pasti kasut yang tertukar tu ditinggalkan. Balik jelah. Masuk pagar rumah, Haddad mintak kunci tombol rumah, ku menggagau cari dalam beg, ahhh! sudah, takkanlah ku tertinggal,memang ku ingat ambil dan pegang kunci rumah, halahh, halah, jam dah tunjuk pukul 5.30 petang. Nak tak nak call jelah suami sebab dah hampir waktu habis kerja, jadi bagitahu masalah. hahh, settle!


Mama! Laparrr!pulakkk dah...kalau macam tu kita pergi kat kedai makanlah sambil tunggu ayah balik, nak dekat 40 minit juga nak kena tunggu,alang-alang sempatlah kita pergi makan sambil tunggu, Haddad pakai selipar, dan terus ku pulas stereng tuju ke kedai tomyam dekat jalan utama. Alhamdulillah, tak ramai orang jadi takdelah lama tunggu order, masuk dalam kedai, buat order, tak lama air sampai. Sambil minum air ku whatsapp suami bagitahu keberadaan sambil tu share kat family group cerita seharian. Sambil dok berwhatsapp daku perasan, ada seorang lelaki pakai vest hitam bawak kamera, kami duduk meja paling dekat dengan kaunter, belah dalam kedai kearah dapur, ku dah blurr, apesal lelaki ni? Takde angin takde ribut, masuk kedai orang cemtu, sambil shot gambar nama kedai berserta menu, lepas tu menonong masuk ke arah dapur. Eh!apehal, pelik-peliklah, takkan nak buat konten sampai masuk dapur terus,  entahlah labu, ku malas fikir dan perati, sambung sedut air kat gelas, lega betul, memikirkan macam-macam hari ni, haihh.



eh, rupanya tak habis lagi badday scene untuk daku ye, haahha. Ku dengar bising-bising dari arah belakang, daku punya position mengadap ke dapur kedai, jadi ku tak tahu scene yang kat luar kedai dah jadi apa, yang ku tahu bila ku toleh belakang, rupanya semua customer dah balik, kecuali daku dan anak-anak je dalam kedai, kat luar satu group orang imigresen buat serbuan kat kedai tomyam yang daku makan petang tu, Allah, apalah nasib!daku dah tak tahan, pandang depan balik, tekup muka sendiri dengan kedua belah tapak tangan, menahan ketawa yang nak menggila bilamana scene dari pagi berputar sampai ke petang tu dalam kepala. Bukan apa,ku ghisau tuan kedai dan pekerja-pekerjanya yang dah cuak nak mati keluar bersama dengan lelaki pakai vest hitam tu melihat segerombolan pegawai masuk kedai salah paham dekat daku, kotlah depa ingat haku ketawa happy kedai diorang kena serbu. Allah, critical moment betul masa tu, menahan seksa untuk tidak ketawa. Herot berot mulutku menahan senyum dalam ketawa yang ditahan dengan berpura-pura layan phone. 


Masa tu anak-anak haku pun dah cuak tengok daku macam sedih ke apa tutup muka tiba-tiba dan soalan bertalu dalam nada selow pitch tanya kenapa? orang ramai tu kenapa pula? kenapa? ku dengarlah dalam kekalutan depa mintak passport, permit dan sebagainya, ku cakap, takde apa, depa tengah buat kerja. Dalam masa yang sama ku whatsapp bagitahu lagi nasib tak baik daku haritu, semua berdekah dalam family group, sorang pegawai imigresen datang tanya daku? ni nak tunggu order sampai ke cancel order, ku cakap, nak balik rumah pun tak boleh, nak tak nak kena tunggu order makan jugaklah, sudahnya pegawai tu suruh salah sorang tukang masak pergi siapkan dulu order daku, adeiii. Bertuah sungguh, dapatlah anak-anak makan juga, setelah dramatic scene sepetang, tu pun ada sepinggan dua, ku suruh depa bungkus aje. Kesian sungguhla mereka hari tu, baru nak start meniaga dari petang ke malam dah kena serbu awal-awal lagi. Sedang elok kami selesai makan, selesai juga urusan mereka, tapi berangkut jugaklah tiga ke empat orang tak tahu depa bawak pi mana. Ku sempat tanya kat adik tu, pernah kena serbu ke sebelum ni? Dia cakap tak pernah, takpelah, ku tepuk bahu adik perempuan tu, muda lagi, muka nak nangis dah, ku cakap, takpe dik sabar nahh, insyaallah pasni semua okay, jaga diri! adik tu senyum dan angguk dan cakap terima kasih. Macam tulah ujian ye dak, balik rumah alhamdulillah sampai sebelum azan maghrib, penutup hari yang agak kelakar untukku yang melalui bermacam perkara, bad day bad day pun Allah tetap buat daku ketawa di akhir cerita. What a moment. 


xoxo
Kita diuji, orang lain pun sama juga

6.13.2025

Musafir

Ku kalau dekat Instagram memang berderet follow orang yang suka travel, bercuti tak kisah dalam ke luar negara, cara backpacker, simple, yang average, diy, package, slow pace, quick pace, cuti cara mewah, road trip, camping, semua macam jenis percutian, travel ku follow, such an inspiration dan satu kebahagiaan melihat orang happy berjalan-jalan makan angin, dengan kita yang tengok pun rasa happy sama dan rasa macam dok berjalan makan angin, bercuti sama. Best! Ku macam tulah, kasi manifestasi feeling dulu sebelum diri sendiri merasa. Nikmat tau tengok orang yang diberi rezeki lebih ni, setiap kali tengok, setiap kali tu doa, tu ja yang daku buat everytime scrolling instagram. Mintak doa Allah lindung hati dari jealousy, dari banding membanding, tak mudah tapi memang boleh practice dan didik diri. Buatlah uolls, besar impaknya, ku dah merasa, korang trylah buat. Kita hidup zaman borderless ni, takde sapa yang kita boleh kawal kecuali diri sendiri terutama bab mata hati. 


Banyak istighfar, banyak doa, supaya kita tak mudah takjub, kagum, apatah lagi berhasad. Sentiasa doa, scrolling media sosial hari ini ibarat melalui lebuhraya juga, ada yang tak start berjalan dah bermacam ragam kereta buat hal. Dah start jalan mulalah jumpa macam-macam pesen pengguna lebuhraya, how we react sangat penting, tak suka lori besar gabak, jauhkan, elakkan. Yang penting sebelum mula gerak, Bismillāhi tawakkaltu 'ala Allāh wa lā ḥaula wa lā quwwata illā billāhi 'l-'aliyyi 'l-'aẓhīm, tak tunggu kaki melangkah keluar rumah, jari jemari kita pun sama melangkah ke lebuhraya maya, lagi bahaya, dari mata turun ke hati. 


“Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”

Ku tak pernah kisah orang question kenapa asyik berjalan-jalan, tak reti buat saving ke? Time susah nanti, menggagau menyusahkan orang lain nanti, soalan dan kata yang menikam kalbu, tapi ku senyum ja, tak nak explain dan memang tak payah rajin nak explain. Alhamdulillah takat ni susah kami, kutip je syiling yang ada, bergolok gadai apa yang milik kami je, nikmat memiliki tak selamanya milik kita, ada masanya kena let go, ada masanya nikmat itu datang kembali berkali ganda. Yang penting bercuti cara sekarang lebih tenang,senang buat daku, dulu libatkan hutang, sekarang semua pakai cash. Dulu tiap kali balik bercuti susah hati, sekarang balik bercuti our heart fulfilling with the gratefulness, full of memories and photo too. Itu dakulah, sebab bila terlibat dengan hutang memang betul susah hati, gelisah tak boleh nak describe kat orang, yelah lain orang lain rasa. 


Ku rasa ku tahu kenapa ku kerap bermusafir, sebab daku seorang anak yang derhaka, anak yang banyak buat dosa, isteri yang tak solehah, seorang mak yang tak baik untuk anak-anak. Sebagai seorang yang banyak dosa, ku anggap Allah rezekikan daku banyak bermusafir supaya dalam dan sepanjang perjalanan bermusafir ku banyak muhasabah diri. Ku yakin setiap apa yang Allah ujikan daku sebegini, Allah kurnia nikmat peluang, peluang untuk selalu beristighfar memohon keampunan, bertaubat dan berusaha berubah lebih baik dari semalam. Ku yakin Allah mengampuniku, Amin


sabda Nabi SAW:

 يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلاَ أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلاَ أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لاَ تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

Maksudnya: “Wahai anak Adam, selagi kalian berdoa dan berharap kepada-Ku, pasti Aku ampuni dosa yang telah dilakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, sekiranya sampai dosamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunan, nescaya akan Aku ampunkan. Wahai anak Adam, sekiranya kamu datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu, pasti Aku mendatangimu dengan pengampunan sepenuh bumi.”

Riwayat al-Tirmizi (3540) dan Ahmad (21804)



Ku suka sangat saat ketika bermusafir, sebab daku dapat berdoa, dalam hati, kat mulut, minta anak-anak doa sama

Firman Allah SWT:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ

Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

(Surah Ghaafir: 60)


Waktu musafir adalah waktu yang istimewa di sisi Allah hinggakan diberi keringanan untuk memendek dan menghimpunkan solat, keringanan untuk berbuka , malah kita menjadi orang yang istimewa yang diterima doanya. Jadi ini peluang 'emas' yang daku dah setting tiap kali bak mai ajakan 'jom kita...'. Sebab tu antara the best thing bila nak keluar roadtrip yang tiba-tiba, yang bukan kami plan, kami yakin DIA yang detikkan hati kami, jadi nak start musafir kami niat baik-baik, doa baik-baik. Itu juga kami ingatkan kat anak-anak. 


Dulu ku pun tertanya, manalah depa ni banyak duit dapat travel keluar negara? Kita dapat jalan ke RNR pun dah happy gilerr <Baca sini>, banyak sungguh duit orang ni, kita ja takde duit, dan berdoa satu hari nanti orang pun tertanya soalan yang macam ku persoalkan tu kat daku plak, yelah nak rasa jugak macam mana, bila dah lalui tapi rupanya tak, ia bukan tentang duit semata, sebab mereka yang travel banyak version, setelah mengasah bakat 'seni memerhati', baca dengan mata hati, practice buat, so ku dah dapat tangkap mana depa dapat duit ni, ku tak nak reveal, korang experience sendiri, nak kata magik, bukan, nak kata kebetulan pun bukan, balik ke DIA semuanya, masyaallah Tabarakallah. Bab ni tak boleh nak tolong sebab diri sendiri je kena lalui 'this journey', some of them memang betul-betul berduit, tapi ramai sangat 'macam daku', so call cukup-cukup makan, tapi Subhanallah, this is eye opening, mind opening, heart opening to practice in life. Memang boleh travel even if you takde duit bertimbun, cukup-cukup makan je. Daku dulu memang buat kira-kira ye sebelum nak pergi berjalan, yelah lapan kepala kot, bukan sikit-sikit costing, lani terbalik, dah balik baru catat semua costing yang terlibat, hahaha. Biasa end of road trip kami memang amazed sangat cara Allah didik kami setiap kali kami bermusafir. Masih ingat post daku dulu <Baca sini>, ku pernah niat selagi mana kami tak balik stay kat kampung, moga Allah kurnia peluang dan memampukan kami untuk kerap balik jenguk kedua orangtua kami. Dan Alhamdulillah tulah yang kami buat sekarang, sebulan sekali tu wajib, bila lebih dari sekali, maksudnya...La Hawla Wala Quwwata Illa Billah.


Bagi daku, orang dalam media sosial hanya upload kegembiraan je. Jangan mudah bitter tengok orang share bab travel, kalau travel, nak upload atau tak nak upload terpulang. Takde yang betul atau salah, sebab yang upload memang takde masalah apa, yang menengoknya selalu ja bermasalah. Bila kita travel kita upload sosial media, tak semestinya kita tak enjoy moment. Daku biasa dah settle dobi, settle hal urus rumahtangga, ada masa baru upload, tu pun dah berminggu lepas bermusafir. Real moment memang akan nikmati, now is now, next time is next time, so rugilah tak present in the moment. Apa-apa pon bergantung pada niat, jadi kita tak pernah tahu niat orang, tak boleh baca, tak boleh scan. Jadi jangan suka buat andaian sendiri. Ku memang suka tengok orang share bila dia travel, kita boleh tahu apa yang best ada dekat sesuatu tempat tu. Kalau tempat best, kita pon rasa teruja nak letak dalam bucket list sendiri. 


Dunia ni satu hamparan luas terbentang yang perlu diterokai oleh semua manusia. Ada banyak benda yang Tuhan suruh kita tengok di Bumi ni. Bukanlah hanya tengok dengan mata kepala saja, tapi pandang lah dengan mata hati. Nak start travel tapi tak mampu tapi tak tahu macam mana mula dengan apa yang di sekeliling kita dulu <Baca sini>, that's how we sync the grateful and blessed dengan apa yang kita ada. Ada orang tak appreciate pun tempat dia membesar, situlah dari kecik sampai ke bekerja, situlah dia duduk, tinggal, jadi tak nampak nikmat, tapi memang betul juga sebab dah lama menikmati jadi tak rasa nikmat tu kan? Jadi hari ni, pandanglah sekeliling mu dengan penuh nikmat, banyak tau tempat menarik yang hari-hari kita hadap yang orang luar datang cari, tengok, nikmati. Kita dah memang hari-hari hadap memang taklerr nampak menarik, tapi boleh ubah cara pandangan kita, sebab tu pun tanda syukur. Dah rasa yang paling dekat pun boleh tumpahkan air mata, doa sekali moga Allah luaskan lagi jejak kita. Begitulah. Semakin banyak tempat dijejak, semakin tunduk. Semakin banyak pengalaman dilalui, semakin rendah rasa diri. Semakin banyak dipelajari, semakin bodoh dirasakan.




Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur. (Surah Luqman Ayat 31) 






Xoxo
New inspiration

6.03.2025

Bercuti di Cherating

Cherating ni antara most my favorite place dah, even baru je beberapa kali sampai, tapi tangkap cintan kat Cherating ni memang lain macam, view, pantainya, makanannya, semua bestlah. Tiap kali datang Cherating entah kenapa, ada rasa tu. Rupanya belek-belek balik memory kat entry <baca sini>, oohh our familyday pernah buat kat sini, sepupu pun kecil lagi masa tu, adik adik bongsu pun kecil lagi masa tu, oohh how time flies. Ku cuba ingat balik stay kat mana masa ni?Rupanya kami stay kat hotel yang dah terbengkalai lama dah kot sebelum tahun 2020lagi, dan baru ingat balik daku hampir lemas kat kolam mandi hotel ni, nasib baik mak sempat tarik, sebab kolam dia memang dalam, 2 meter cemtu, daku kolam 1.3meter pun dah dalam benar buat daku, iyolah tuan tak tinggi mana, kolam tu memang dari area cetek then makin curam, so kita tak alert takde sempadan, jadi bila nak pijak lantai kolam, tapi tak terpijak, terus panik menggelupur, panjang umur daku alhamdulillah, tu yang masih korang membaca apa yang daku taip ni, kihkih. Hotel berwarna biru, pemiliknya orang jerman, maybe dah meninggal kot ownernya, sebab time tu depa dah tua benar dah. Sayang betul, hotel tu strategik tempatnya lepas sikit dari jeti kecil. 


Pergi kali ni, sempatlah tertoleh tengok bangunan hotel tu, memang dah penuh segala hutan atas bangunan pun bertukar jadi sarang hantu, huhuu. Sayang betul, kita kalau banyak duit, orang jual murah-murah udah ku beli dah, itulah mampu berangan ajelah, nak run tempat penginapan ni tak mudah jugak, alangkan nak run homestay sebuah aje boleh merentan hadap peel customer, kihkih. Ceritanya kes kami tahu ma nak pergi Kuantan atas asbab ada kenduri, lakiku panjang akal ambil peluanglah nak jumpa mata ibunda, sambil menyelam, sambil minum air, betul ke eh perumpamaannya?So kami cari tempat nak tidur, takde ye dalam website tempat tidur yang available, ku rasa time tu kalau tak silap Kelantan cuti bersambung, ke hujung minggu? Kami macam biasa, memang paling bercuti dua hari satu malam aje rasa dah lama bethul, alhamdulillah rasa cukup dan bermakna. Tapi kalau dah pegi luar negara paling cukup 7 hari 6malam kot eh. Dah tak jumpa tempat tidur, malas nak mencari kami bertolak aje, tawakkal doa adalah tempat tidur untuk kami tu, yang ni je pun kami praktik selama ni, tayar kereta bergolek dulu, yang lain kemudian-kemudian, ahahha. 






Ooo....daku baru ingat , memang yang pergi Cherating kali ni, bukan takat Cherating je kami pergi, kami overnight dulu kat Erya Bentong sebelum meneruskan perjalanan ke Cherating, sebab lakiku kerja balik lewat, jadi bertolak pun dah lepas maghrib, dengan letih fizikal mental terus gerak. Masa muda sikit boleh je straight sampai terus ke tempat destinasi. Sekarang dah berbeza, banyak pitstop, dulu asbab anak-anak kecil, sekarang asbab driver sendiri, moga Allah kurnia kesembuhan buat my partner, sobs. Perhati kedutan, wajah suami tidur boleh bikin runtun hati jiwa, susuk tubuh yang berpenat lelah menunaikan tanggungjawab sebagai anak, suami, ayah ni, moga Allah kurniakan ganjaran yang tak terbayangkan atas kesungguhan dan pengorbanan sepanjang nafas dipinjamkan hingga saat sekarang. Eh, nak cerita pasal bercuti, terus tersedih pulak jadinya. Okay sambung, kami masa bertolak tu masih berbincang macam mana ni, nak berhenti tidur mana-mana dulu ke camne? Lakiku cakap alang-alang dah letih benor ni, tidur biar selesalah sikit, ku cuba scroll cari area janda baik, tapi takde bilik, so carilah kot ada hotel bajet area Bentong alhamdulillah ada bilik family room, terus book ajelah. First time kat stay sini, dulu pernah nak datang kat sini sebab nak mandi kolam air panas, tapi takde bilik, ni time tak terfikir nak datang, dapat pula tempat tidurnya. Itulah orang kata, tak semua permintaan kita tertunai, ada masa Allah tangguhkan dulu dan beri pada waktu yang tepat, pada waktu yang kita perlu, bukan yang kita ingin, alhamdulillah. 


Sampai tu, tak tunggu lama kami terus krohhh, pagi esok perjalananan masih panjang. Pagi tu kami bertolak dari Bentong ke Cherating, alhamdulillah dipermudahkan segala perjalanan kami sampai kat Cherating dalam pukul dua lebih cemtu, terus pergi ke area Cherating untuk cari tempat tidur, pusing masuk tu terus terfikir nak pergi tempat pergi dulu <baca sini >, kot-kotlah kan ada tempat untuk kami. Alhamdullillah memang ada biliknya, memula dia offer bilik chalet katil double dua, lakiku kata kami semua lapan orang, kena tambah katillah, sekali dia upgrade terus aje ke bilik villa family, bilik tu sentiasa in reserved for in case, so dapatlah kami bilik selesa dengan harga RM450/room. Ku dah lupa makan tengahari kat mana, kalau tak silap makan area Balok kot eh, sebab plan mula-mula nak makan kat tepi pantai sudahnya tengok penuh orang buat festival dan macam-macam event kat tepi pantai. Aishh, tak puas hati pula memikir....lama benor nak siapkan entry ni punya nak sahihkan ingatan, memang betullah takde gambar makan tengahari, jadi ku memang lupa kat mana kami makan tengahari tu, ku takut tertukar dengan trip ke Cherating satu lagi, bercuti kat Cherating ni memang pecah rekod betullah sebab tak sampai tiga bulan kami repeat pergi lagi, yang tu next story plak, sebab tak puashati tak sempat mandi air pantai sepuashati, itu sebab berselirat tertukar ingatan, kihkih. Lepas makan tu terus kami check in, aahh baru ingat, kami pergi book bilik dan check in dulu baru pergi makan, kira makan lewat betullah petang tu, makan area berdekatan Cherating tu juga, tepi jalan, tak ingat kedai mana satu. Lepas tu cari satar buat makan petang kat rumah abang ipar, pergi jumpa ma sekali kat sana. Lepak sampai lewat petang sebelum maghrib kami balik ke bilik. Malam tu kami makan kat kedai sekitar je, makanan quite okaylah sebab tak perlu keluar jauh. 







Memang kalau dibandingkan dulu punya version kat Cherating, meriah lebih kurang kat Pantai Cenang tu, tapi sekarang tak sehavoc dulu, sepanjang jalan area tu cerah je jalan dengan lampu lip lap, memang meriah sangatlah, masaku pergi tu even ramai juga orangnya, tapi jalan yang masa kami pergi ni, gelap sunyi, tapi kami tetap suka sangat. Ku suka tempat yang tak crowded, jadi satu bonus bila menginap. Kalau kau sorang je menginap situ seram jugak. Malam tu tidur awal sebab ku niat nak berjalan kat tepi pantai sorang-sorang. Cuaca masa kami pergi tu takdelah nak kata panas terik, tapi musim panaslah. Pagi tu, matahari naik pun terlindung kat awan, jadi tak nampaklah view matahari seketul naik. Tapi best betullah, jalan sorang-sorang, bunyi ombak laut, dengan berkaki ayam. Such a therapy for myself, mak-mak me time giteww,  lakiku dengan anak-anak jantan keluar cari breakfast, daku dok bertenang-tenang tepi pantai, yang lain sedap tidur lagi kat bilik. Balik bilik, kejut depa, ajak depa plak jalan-jalan tepi pantai.





Ku suka pantai Cherating ni, kena dengan jiwa mak-mak, pantai cetek, anak nak terguling terbalik dalam air pantai pun suka hati depalah, ombak tak kuat, yang penting memang puashati kalau mandi, pergi kali ni, kami sempat mandi sekejap aje belah pagi tu kat pantai, sebab sebelum pukul duabelas ma dan abang ipar datang bilik, pusing-pusing area pantai dan chalet, terus kami checkout dan makan tengahari bersama sebelum semua bertolak balik ke destinasi masing-masing. Alhamdulillah even sempat jumpa sekejap, borak-borak, rasa puas hati tengok raut wajah orang tua, dapat pahala gembirakan hati orang tua, dan dapat mengubat kerinduan kat orang tua sendiri. Datang ke Cherating kali ni dapat mengubat juga kerinduan dengan kenangan lama datang sini, tak sangka dah lebih sepuluh tahun lepas kami pernah datang sini. Cepatnya masyaallah masa berlalu pergi. Thank you Ya Allah atas segala nikmat ini, jadikan kami hambamu yang sentiasa bersyukur, amin.




Seingatku masa kami datang dulu tu, chalet depan pantai baru je siap, pokok pun kecik lagi baru tanam, kira macam baru beroperasi. Masa tu area terbuka, Cherating agak sunyi, I don't know why, tapi imagine agak scary sebab kami je duduk kat chalet baru tu, owner kasi je sebab dah takde bilik lain masa tu yang paling dekat dengan pantai, ada je bilik lain tapi kena menapak jauh nak ke pantai tapi masa tu pak guard yang jaga chalet tu siap pegang senapang ye berkawal area resort, hi hi. So datang kali ni kami bagitahulah pernah datang sini dulu, ehh terus terpanjang cerita berborak, jadi panjang ooooo nya lepas dengar cerita, so vila kami duduk ni memang owner lain dah dengan chalet dulu, tapi kami memang salute betullah nak sustain resort cemni sangat tak mudah, tapi the owner did really well, ku memang jatuh cinta betul Resort Tanjung Inn ni, ala-ala Bali, tepi pantai, kena betul dengan jiwa. Memang puas hati stay sini. Ku suka dengan keadaan Cherating sekarang, tak over crowded and viral, tempat kalau dah viral banyak juga kesan baik buruknya, tapi bila dah viral dapatlah tolong warga sekitar membangunkan pendapatan perniagaan masing-masing. Cherating ni memang bukan untuk semua orang, orang-orang terpilih je yang tahu menghargai 'kecantikan' Cherating, kihkih. And we love so much vibes dekat Cherating terutama view and feelingnya tu,  dan Cherating ada kelas tersendiri di hati kami. Masyaallah Tabarakallah. 


Balik tu, kami singgah makan durian, ingat nak singgah kat gerai area Raub tu je, tapi dah terlajak, kami singgah makan dekat Laman Rimba. Alhamdulillah even banyak kali juga berhenti sempat sampai petang sebelum maghrib. Dia kalau waktu dah bertukar dari siang ke malam, memang badan rasa letih lain macam, kalau sampai rumah tu sebelum maghrib badan taklah sepenat sampai waktu malam tu. Itu sebab kalau berjalan jauh memang nak elak sampai rumah lewat malam, rasa tak best. Apapun Cherating trip kali ni buat kami tak sabar nak repeat balik. 


Xoxo
Cherating, 24 Og 2024