Pages

Pages

6.13.2025

Musafir

Ku kalau dekat Instagram memang berderet follow orang yang suka travel, bercuti tak kisah dalam ke luar negara, cara backpacker, simple, yang average, diy, package, slow pace, quick pace, cuti cara mewah, road trip, camping, semua macam jenis percutian, travel ku follow, such an inspiration dan satu kebahagiaan melihat orang happy berjalan-jalan makan angin, dengan kita yang tengok pun rasa happy sama dan rasa macam dok berjalan makan angin, bercuti sama. Best! Ku macam tulah, kasi manifestasi feeling dulu sebelum diri sendiri merasa. Nikmat tau tengok orang yang diberi rezeki lebih ni, setiap kali tengok, setiap kali tu doa, tu ja yang daku buat everytime scrolling instagram. Mintak doa Allah lindung hati dari jealousy, dari banding membanding, tak mudah tapi memang boleh practice dan didik diri. Buatlah uolls, besar impaknya, ku dah merasa, korang trylah buat. Kita hidup zaman borderless ni, takde sapa yang kita boleh kawal kecuali diri sendiri terutama bab mata hati. 


Banyak istighfar, banyak doa, supaya kita tak mudah takjub, kagum, apatah lagi berhasad. Sentiasa doa, scrolling media sosial hari ini ibarat melalui lebuhraya juga, ada yang tak start berjalan dah bermacam ragam kereta buat hal. Dah start jalan mulalah jumpa macam-macam pesen pengguna lebuhraya, how we react sangat penting, tak suka lori besar gabak, jauhkan, elakkan. Yang penting sebelum mula gerak, Bismillāhi tawakkaltu 'ala Allāh wa lā ḥaula wa lā quwwata illā billāhi 'l-'aliyyi 'l-'aẓhīm, tak tunggu kaki melangkah keluar rumah, jari jemari kita pun sama melangkah ke lebuhraya maya, lagi bahaya, dari mata turun ke hati. 


“Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”

Ku tak pernah kisah orang question kenapa asyik berjalan-jalan, tak reti buat saving ke? Time susah nanti, menggagau menyusahkan orang lain nanti, soalan dan kata yang menikam kalbu, tapi ku senyum ja, tak nak explain dan memang tak payah rajin nak explain. Alhamdulillah takat ni susah kami, kutip je syiling yang ada, bergolok gadai apa yang milik kami je, nikmat memiliki tak selamanya milik kita, ada masanya kena let go, ada masanya nikmat itu datang kembali berkali ganda. Yang penting bercuti cara sekarang lebih tenang,senang buat daku, dulu libatkan hutang, sekarang semua pakai cash. Dulu tiap kali balik bercuti susah hati, sekarang balik bercuti our heart fulfilling with the gratefulness, full of memories and photo too. Itu dakulah, sebab bila terlibat dengan hutang memang betul susah hati, gelisah tak boleh nak describe kat orang, yelah lain orang lain rasa. 


Ku rasa ku tahu kenapa ku kerap bermusafir, sebab daku seorang anak yang derhaka, anak yang banyak buat dosa, isteri yang tak solehah, seorang mak yang tak baik untuk anak-anak. Sebagai seorang yang banyak dosa, ku anggap Allah rezekikan daku banyak bermusafir supaya dalam dan sepanjang perjalanan bermusafir ku banyak muhasabah diri. Ku yakin setiap apa yang Allah ujikan daku sebegini, Allah kurnia nikmat peluang, peluang untuk selalu beristighfar memohon keampunan, bertaubat dan berusaha berubah lebih baik dari semalam. Ku yakin Allah mengampuniku, Amin


sabda Nabi SAW:

 يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلاَ أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلاَ أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لاَ تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

Maksudnya: “Wahai anak Adam, selagi kalian berdoa dan berharap kepada-Ku, pasti Aku ampuni dosa yang telah dilakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, sekiranya sampai dosamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunan, nescaya akan Aku ampunkan. Wahai anak Adam, sekiranya kamu datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu, pasti Aku mendatangimu dengan pengampunan sepenuh bumi.”

Riwayat al-Tirmizi (3540) dan Ahmad (21804)



Ku suka sangat saat ketika bermusafir, sebab daku dapat berdoa, dalam hati, kat mulut, minta anak-anak doa sama

Firman Allah SWT:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ

Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

(Surah Ghaafir: 60)


Waktu musafir adalah waktu yang istimewa di sisi Allah hinggakan diberi keringanan untuk memendek dan menghimpunkan solat, keringanan untuk berbuka , malah kita menjadi orang yang istimewa yang diterima doanya. Jadi ini peluang 'emas' yang daku dah setting tiap kali bak mai ajakan 'jom kita...'. Sebab tu antara the best thing bila nak keluar roadtrip yang tiba-tiba, yang bukan kami plan, kami yakin DIA yang detikkan hati kami, jadi nak start musafir kami niat baik-baik, doa baik-baik. Itu juga kami ingatkan kat anak-anak. 


Dulu ku pun tertanya, manalah depa ni banyak duit dapat travel keluar negara? Kita dapat jalan ke RNR pun dah happy gilerr <Baca sini>, banyak sungguh duit orang ni, kita ja takde duit, dan berdoa satu hari nanti orang pun tertanya soalan yang macam ku persoalkan tu kat daku plak, yelah nak rasa jugak macam mana, bila dah lalui tapi rupanya tak, ia bukan tentang duit semata, sebab mereka yang travel banyak version, setelah mengasah bakat 'seni memerhati', baca dengan mata hati, practice buat, so ku dah dapat tangkap mana depa dapat duit ni, ku tak nak reveal, korang experience sendiri, nak kata magik, bukan, nak kata kebetulan pun bukan, balik ke DIA semuanya, masyaallah Tabarakallah. Bab ni tak boleh nak tolong sebab diri sendiri je kena lalui 'this journey', some of them memang betul-betul berduit, tapi ramai sangat 'macam daku', so call cukup-cukup makan, tapi Subhanallah, this is eye opening, mind opening, heart opening to practice in life. Memang boleh travel even if you takde duit bertimbun, cukup-cukup makan je. Daku dulu memang buat kira-kira ye sebelum nak pergi berjalan, yelah lapan kepala kot, bukan sikit-sikit costing, lani terbalik, dah balik baru catat semua costing yang terlibat, hahaha. Biasa end of road trip kami memang amazed sangat cara Allah didik kami setiap kali kami bermusafir. Masih ingat post daku dulu <Baca sini>, ku pernah niat selagi mana kami tak balik stay kat kampung, moga Allah kurnia peluang dan memampukan kami untuk kerap balik jenguk kedua orangtua kami. Dan Alhamdulillah tulah yang kami buat sekarang, sebulan sekali tu wajib, bila lebih dari sekali, maksudnya...La Hawla Wala Quwwata Illa Billah.


Bagi daku, orang dalam media sosial hanya upload kegembiraan je. Jangan mudah bitter tengok orang share bab travel, kalau travel, nak upload atau tak nak upload terpulang. Takde yang betul atau salah, sebab yang upload memang takde masalah apa, yang menengoknya selalu ja bermasalah. Bila kita travel kita upload sosial media, tak semestinya kita tak enjoy moment. Daku biasa dah settle dobi, settle hal urus rumahtangga, ada masa baru upload, tu pun dah berminggu lepas bermusafir. Real moment memang akan nikmati, now is now, next time is next time, so rugilah tak present in the moment. Apa-apa pon bergantung pada niat, jadi kita tak pernah tahu niat orang, tak boleh baca, tak boleh scan. Jadi jangan suka buat andaian sendiri. Ku memang suka tengok orang share bila dia travel, kita boleh tahu apa yang best ada dekat sesuatu tempat tu. Kalau tempat best, kita pon rasa teruja nak letak dalam bucket list sendiri. 


Dunia ni satu hamparan luas terbentang yang perlu diterokai oleh semua manusia. Ada banyak benda yang Tuhan suruh kita tengok di Bumi ni. Bukanlah hanya tengok dengan mata kepala saja, tapi pandang lah dengan mata hati. Nak start travel tapi tak mampu tapi tak tahu macam mana mula dengan apa yang di sekeliling kita dulu <Baca sini>, that's how we sync the grateful and blessed dengan apa yang kita ada. Ada orang tak appreciate pun tempat dia membesar, situlah dari kecik sampai ke bekerja, situlah dia duduk, tinggal, jadi tak nampak nikmat, tapi memang betul juga sebab dah lama menikmati jadi tak rasa nikmat tu kan? Jadi hari ni, pandanglah sekeliling mu dengan penuh nikmat, banyak tau tempat menarik yang hari-hari kita hadap yang orang luar datang cari, tengok, nikmati. Kita dah memang hari-hari hadap memang taklerr nampak menarik, tapi boleh ubah cara pandangan kita, sebab tu pun tanda syukur. Dah rasa yang paling dekat pun boleh tumpahkan air mata, doa sekali moga Allah luaskan lagi jejak kita. Begitulah. Semakin banyak tempat dijejak, semakin tunduk. Semakin banyak pengalaman dilalui, semakin rendah rasa diri. Semakin banyak dipelajari, semakin bodoh dirasakan.




Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur. (Surah Luqman Ayat 31) 






Xoxo
New inspiration