Pages

Pages

11.17.2022

Nak Pergi Bercuti Jangan Tunggu Banyak Duit

Bila tengok anak-anak dah membesar tara ni, rasa sekejapnya masa Allah pinjamkan. Dari lahir merah, sekarang semua dah menuju fasa mumayyiz dah, Subhanallah nikmat tak ternilai. Banyak pengajaran dan pelajaran sepanjang besarkan anak-anak ni. Ingat lagi masa awal-awal Harraz Haddad lahir, tahun ketiga kami baru mula berani bawa anak keluar jalan-jalan, maklumlah banyak momokan anak pramatang tak boleh bawa ke kelompok orang ramai, sudahnya kami pecah tembok waktu tu, anak lebih banyak explore dan lagi penting anak-anak gembira sangat bila didedahkan dengan alam dan sekeliling yang berbeza. Masa tu kami laki bini dah fikir, asal anak boleh explore dan kami laki bini pun boleh berseronok sama bila keluar dari rumah. So start dari anak umur 2 tahun tu, kami dah bawa travel jauh-jauh, yang bongsu sekarang lagi advance, umur 6bulan dah masuk teroka gua terus, lagi advance dari abang-abangnya.

Sejenis mentaliti dulukala, kalau pergi jauh-jauh baru dikira bercuti dan berjalan makan angin, padahal kalau pergi tempat dekat pun sama je, so masa tu even duduk kat Banting, gigih pusing satu Malaysia punya nak berjalan. Sekarang tak kira dekat mana, kami pulun pergi, anak dah excited dan gembira, tak kira mana tempat kami bawa, even ke Taman kat bandar pun jadilah. See budak-budak ni bukan dia tahu tempat tu mahal ke murah, yang dia tahu nikmati je apa yang mereka dapat, as long as kita bagitahu nak keluar tukar angin dan persekitaran. Sekarang pula trend camping, nak camping cara murah boleh, nak camping cara mahal pun boleh, pilihan masing-masing. Yang penting moment yang di nikmati tu lagi penting. 


Memang waktu anak fasa kanak-kanak ni, pulun lah bawa anak keluar teroka sekeliling dan tempat yang berbeza. Boleh rasa makanan yang berbeza, lagipun kos bawa anak-anak jalan-jalan masa ni lebih murah jika melibatkan Tiket masuk, percuma pun banyak, tinggal pilih tempat je. Antara port pilihan kami sekarang jeram, sungai, taman sebab tempat ni anak-anak pulun main dan spend their energy to the maximum. So anak gembira, makpak pun turut happy, kadang-kadang berbekal, kadang beli bungkus bawa makan berkelah dengan anak-anak. 



The best part bila anak-anak cerita balik kegembiraan dan kenangan yang mereka lalui. Rasa puas dapat penuhkan tangki minyak gembira anak dan kenangan baik-baik untuk anak. Semuanya melibatkan masa. Ada orang bekerja sampai tak ingat dunia, sedar-sedar anak dah besar, remaja dan ada juga ketepikan benda-benda macam ni seakan benda remeh, actually nak pergi bercuti ni memang murah je. Ada sekali kami pergi lepak dekat belakang masjid, sambil makan-makan, 2,3 hari anak dok ulang sebut gembira dapat pergi berkelah, main-main kutip bunga liar dan lalang. Masjid sekangkang kera je dari rumahnya, pun dah kemain gembira anak, mana taknya boleh tengok gunung ganang, helang liar, banyak juga cerita kat anak-anak kenapa gunung di cipta, untuk apa, kisah Nabi Musa dan gunung Tursina, situ pun dah banyak input anak dapat, ilmu juga tu. Suci murni betul jiwa anak-anak ni, benda sekecil tu pun depa bersyukur macam dapat sebiji kereta. Tersiratnya mereka nak masa kita, kadang adult things asyik fikir kos hidup, duit itu ini, tak habis jadinya, banyak nak fikir sampai hal sebegini kita buat rumit dengan anak-anak. 


Buat aktiviti dengan anak-anak ni ibarat bercutilah, bercuti betul-betul masa tu, no phone dan medsos, tumpukan perhatian kat depa. Ajak anak bakar ayam atau simple BBQ kat belakang rumah pun boleh cetuskan longterm happiness kat anak. Kesian kadang tengok anak-anak yang asyik pandang phone je nak hilangkan sunyi hati. Tak sama dengan human touch. Apapun nak bercuti dengan anak-anak memang tak perlu kos mahal, tak perlu tunggu banyak duit. Kita yang buat diakan, so hargai saja masa yang ada ni, sebab yang dah berlalu tak boleh nak di ulang, beli lah barang mahal macam mana sekalipun takkan sama dengan masa yang di habiskan bersama-sama, sebab ada orang sanggup habiskan duit beli barang mahal untuk anak, disebabkan sesal, so nak ganti masa yang dah hilang, ganti beli barang mahal, nak sedapkan hati sendiri pun ye, tapi anak, sedih...fasa kanak-kanak pun dah depression, sedih sangat zaman sekarang ni, ni yang jadi depan mata lah, ujian masing-masing kan. Hakikatnya zaman sekarang memang tak boleh lari, dan tipu sangatlah duit tak boleh beli kebahagiaan pasalnya nak bergerak sikit ke situ kesini pun dah perlukan duit, lagilah pula kalau nak gembirakan anak, nak beli mainan murah kat Eco pun tetap perlukan duit, nak masak-masak untuk anak pun perlukan duit, tapi pilihlah yang kena dan sesuai dengan kemampuan kita sendiri. Nak pergi bercuti pun samalah pilih ikut mampu kita dan jangan sesekali kedekut dengan anak-anak