Pages

Pages

9.09.2023

Nasi Kerabu Ulam Mak Minah

Teringat kat arwah Mak Minah, banyak resepi legend Mak Minah tak sempat belajar termasuk Kerabu nipah, tau-tau dapat hadiahkan doa je sekarang untuk arwah nenda, Allahu. Dah beberapa bulan Mak Minah takde, teringat dulu-dulu time cucu balik kampung, Mak Minah antara orang yang excited dari bujang, berkahwin, dapat cicit, layanan arwah Mak Minah tetap sama, masa masih sihat, macam-macamlah Mak Minah masak semata nak ajak cucu-cucu makan kat rumah nya, nasi Kerabu golok, nasi dagang, nasi gulai ikan ayo, nasi gulai serati, nasi Kerabu Ulam, pointnya nak suruh berkumpul je, masak ni point nombor dua.

Sekarang time teringat air tangan Mak Minah, kena lah masak sendiri. Paling terharu tiap kali daku beranak, gigihla Mak Minah dan cik ani buat acar mentah kunyit hidup dan temu putih buat makan masa pantang, alahai berair mata plak taip tang ni. Kasih nenek ni, entah lah payah nak describe, daku antara salah seorang cucu yang bertuah dapat merasa kasih abadi dan mendalam seorang nenek, sobsss. Alhamdulillah untuk rezeki yang satu ni ya Allah. 

Resepi ni mahal, even bahan taklah mahal mana, tapi ada satu bahan yang agak legend dan sukar dah nak cari zaman sekarang. Kalau tak ambil, tak tanam apa yang nenek, tokmoyang kita tanam dulu, maka takdelah hasilnya sekarang.

So, alang-alang arwah mak minah dah bagi resepi bahan untuk buat nasi ulam ni, kita up sekali lagi resepi nasi ulam mak minah, iaitu nenek Ika sendiri, sebab rasa nasi ulam mak minah ni cariklah kat mano-mano tok juppo mano-mano dehh. Lebih kurang nasi ulam version kelantan, tapi legend sikit, sebab berbeza dengan mak mertua Ika buat, len kali version mak mertua plak kita share..hihi

Siapa pernah makan nasi ulam? Yang pernah, bravo! Ni salah satu menu orang tua zaman dedulu, bagus sebab lagi nama nasi ulam makanya banyaklah khasiat ulam-ulaman kita dapat bila makan nasi ulam ni.

So, meh tengok bahan dan cara buat, simple sempoi, tapi sedapp aihh jangan cakap, makan bertambah confirm, Harraz Haddad buat nasi ulam ni, confirm kena tanak nasi lebih. Budak-budak pun suka. Yang ni memang versi paling mudah, yang nasi Ulam pelbagai jenis Ulam sampai berbelas jenis tu ku tak berani buat lagi, pasalnya tak kenal ulam, takut pergi beli kat pasar pun salah, hahaha, teruk nau.