Pages

Pages

8.31.2023

Bebas

Salam kemerdekaan, nasiblah tempat tinggal darul sesak setiap kali musim cuti sekolah, cuti bersambung-sambung ni, tak berbaloi nak keluar beratur kat jalanraya semata nak pergi kedai runcit, maka terperap kat rumah dikala jalan highway utara teruk sesak membawa ke jalan bawah, herloklah sangat betapa dok kat rumah, buat kerja-kerja rumah, atau lagi afdal bantai tidur, daku sempena laki cuti apa lagi maraton drama korealah, satu malam boleh settle 9 episod non stop, hahaha. 

Boleh faham macam mana perasaan orang Melaka dan tempat-tempat kerap sesak jalan dijalan dikala musim cuti ni. Kami anak beranak memilih untuk bersidai depan TV tengok perbarisan kemerdekaan untuk kali ni, tak pernah terlintas plan nak bawak anak-anak kat tempat crowded, berhimpit-himpit, bukan cerewet tapi memang tak gemar, alangkan orang berbondong pergi tempat sale, beratur tempat viral, kami sentiasa pilih lawan arus, tenang hidup gitu,hahaha.Orang pergi bercuti masa cuti sekolah, kami dah settle sebelum orang start cuti lagi, cutikan anak sesuka hati macam atok depa punya sekolah. 



Ramai suka hari merdeka sebab cuti atau betul-betul meraikan kemerdekaan? Apa makna merdeka bagi daku? Kita sebenarnya hebat dan betul-betul merdeka bila kita sedar kita sendirilah yang bina ketakutan untuk diri sendiri, kita sendirilah yang kuburkan ketakutan itu. Kita sedar kita boleh memilih dan mengawal apapun yang datang kepada kita tanpa sesiapa pun boleh masuk campur untuk membuat keputusan kita sendiri. Kita ada kuasa untuk memilih untuk apa yang kita percaya. 3 years peristiwa tusuk, really made me more 'merdeka' from meaningless circle and grow stronger with small circle, power of choose really awesome. Unlearn and relearn made me so 'merdeka'. Apapun selamat memerdekakan diri dari pemikiran sempit dan jumud. Buang buku teks yang berselirat dalam minda yang menjadi doktrin seperti tembok cina, runtuhkan supaya mindamu terbebas menjadi pemikir yang kritis, pengkaji ilmu yang mencari kebenaran. Ramai masih terjajah minda tanpa mahu teruskan perjuangan mencari gali ilmu, bak kata Dr Razin Jaafar, takut nak baca, sebab takut terbuka apa yang dibimbangkan, kalau begitu jangan ambil tahu, teruskan hidup seperti biasa. Hidup lah dalam fairy tale dunia tipu-tipu supaya terus selesa, alpa dengan apa yang bakal mendatang. Teruslah 'berkurung' supaya rasa selamat itu menguburkanmu. 

MERDEKA - ‘SELALU DUK INGAT, TAKUT KOT LUPA’

Sehari sebelum hari persembahan sempena kemerdekaan, dek kerana raptai penuh di sekolah, sang faqir hampir ‘tertuang’ sesi pengajian kitab dengan ALLAHyarham Guru.

Namun, tetap dikayuhi basikal menuju ke teratak tua, guru tersayang.

Apabila ditanya, “Awat lambat?” oleh Guru. Sang faqir menjelaskan bahawa ada raptai penuh di sekolah, balik lewat. Permohonan maaf diajukan. Guru tersayang hanya tersenyum dan mengangguk perlahan sambil berkata, “baguih hangpa la nie, macam-macam buat nak sambut merdeka. Kami dulu, bila kata merdeka nie, selalu duk makin ingat, takut kot lupa.”

Budak mentah yang kepenatan sehari, tergaru-garu, “selalu duk ingat, takut kot lupa?” mengulangi semula kata-kata Guru tadi dengan nada soal.

“Kita nie, buat kita betui- betui merdeka dengan buat-buat merdeka, duk ada dua saja, satu, INGAT, dua LUPA. Orang betui-betui merdeka, depa akan ingat selalu. Depa yang buat-buat merdeka, koi duk mai lupa.” Guru menjawab semula.

Budak mentah berumur 14 tahun, masih samar-samar. “ Saya tak berapa nak tangkap, apa dia maksud dia?” 

“Hang tau apa maksud merdeka?” Soal Guru tersayang.

Sambil diawali dengan Alif Fathah kurang lebih 6 harkat, maka jawab budak tersebut, “merdeka, maksudnya bebas, betui ka?”

Guru tersayang sambil memandang ke langit dan tersenyum lalu menyoal, “ Bebas dari apa?”

Budak tadi dengan yaqin menjawab, “bebas dari penjajah, kan?”
Sambil menarik sebuah kitab, lalu dihulurkan kepada budak tersebut, tertera di muka hadapan kitab tersebut, ‘Faridah Al Faraid’. “Malam nie kita nak cerita pasai merdeka.” 

Kitab antara yang menjadi syarah oleh Guru tersebut kepada budak tadi, pada hari-hari sebelum itu lagi.

“Nak faham merdeka, kena faham ayat nie;

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾
Wahai jiwa yang Merdeka ( tenang), kembalilah kepada ROBBmu dengan hati yang Redha lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKU, dan masuklah ke dalam syurgaKU  (Al-Fajr : 27-30).

Maka, hang akan faham erti sebenaq merdeka. Ajaqlah pada anak cucu nanti.”

Pengajian diteruskan.

Fahamlah akan budak tadi akan maksud ‘SELALU DUK INGAT, TAKUT KOT LUPA’ (Selalu perlu Ingat, Bimbang nanti lupa).

‘Siapakah mereka yang Merdeka?’
‘Apakah Itu Merdeka?’
‘Bagaimanakah cara untuk Merdeka?’
‘Kenapakah perlu merdeka?’
‘Bilakah sebenar-benar merdeka?’

AlhamduLILLAH, pada malam itu, Persoalan-persoalan tersebut dijawab satu persatu oleh ALLAHyarham Guru tersayang.

Merdeka pada seorang hamba adalah apabila sentiasa adanya SYUKUR dan HUDUR akan Kebesaran jua Keesaan ALLAH pada setiap hal serta keadaan. 

MAKA,
Merdekalah dirinya dari segala kemusyrikan dan kekufuran.

Merdekalah dirinya dari segala kemaksiatan dan kemurkaan ALLAH.

Merdekalah dirinya dari segala azab pada zahir dan batin, dunia dan akhirat.

Merdeka dari Syirik, Merdeka dari Maksiat dan Merdeka dari Azab. 

Itulah MERDEKA YANG SEBENAR kepada yang bergelar baharu.

Merdeka pada Zahirnya BELUM semestinya Merdeka pada Batinnya.

Namun, Merdeka pada Batinnya, SUDAH semestinya Merdeka pada Zahirnya.

Gambaran Merdeka pada Zahir adalah Terlepas dari cengkaman penjajah.

Hakikat Merdeka pada Batin adalah BEBAS dari SYIRIK Jali mahupun Khafi dan terurai diri dari sekalian belenggu Maksiat.

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 66 buat semua.

Merdeka Aqidah
Merdeka Jiwa
Merdeka Aqal
Merdeka Zahir
Merdeka Batin

InsyaALLAH, semoga menjadi suatu curahan kepada anak cucu kelak.
-Kredit Wan Asrul Al-Kalantani

8.30.2023

Ayam KFC Homemade Ringkas

Bila anak request nak makan KFC, takkan nak cakap tak bolehhh! Maka kenalah rajinkan diri masuk dapur. Eh, rasanya banyak sungguh masa hakuu dekat dapur ni. Nampak gaya ramadhan kali ni kena prep meals, kalau dak memang masa banyak kat dapurlah, rugi pulak. Tambah pula harga barang mentah memang ke rahmatullah dia punya harga sekarang, bila dah harga mentah mahal, end product confirmation mahal. 

Ikutkan hati nak potong carrot, lada benggala, panaskan kuali buat scramble egg saja, jimat masa. So untuk jimat, makan pun puas hati, maka kita buat lah pakai air tangan sendiri. Biasalah bab masak ni macam terapi jugak. Rasa puas bila dapat masak, tengok anak-anak makan berselera. 

So pahamlah kenapa everytime balik kampung tengok mak, mak mertua sanggup susah payah masak untuk anak-anak bila semua balik. Haishh, feeling tu yang mengalaminya jelah yang tahu. So kalau nak makan KFC ni nasi KFC wajib ada sekali, sebab tu feberet Harraz, so complete buat satu set melainkan zinger burger, lain kali lah ekk kita share. Share snack plate je dulu buat dinner, kikiki.

Nak buat ayam KFC ni senang sangat aihh. Ada tepung BESTARI confirm jadikk ayam KFC uols. Ok, jom tengok bahan dan cara buat, klik kat gambar eh, semua Ika letak situ ikut step by step. Zaman sekarang kalau boleh jimat, berjimatlah, sebab tak setiap masa kita senang, ada masa kita dalam susah, payah, ada masa kita mudah, lapang dan berlebihan dalam kehidupan, hidupkan ibarat roda, so dalam pada berpusing-pusing tu, berpada-padalah selalu, giteww. So mohlerr kita makan KFC version Homemade kali ni. 












Cuti-cuti sekolah ni memang kena banyak idea menu lah mak-mak, kena ada banyak masa sikit ke dapur lebih dari hari biasa, boleh juga ambil peluang ajar anak-anak basic memasak, goreng telur dadar, goreng telur mata, masak nasi goreng, buat much sardin, buat sambal telur, cara tanak nasi, ajar tumbuk/ blender bahan masak. Kasi can anak-anak guna pisau dapur dengan pantauan. Buat menu KFC untuk makan malam pun okay sangat. 

Halia

Ada masa tubuh rasa tak kena, tak tahu apa yang tak kena, sampai mood swing, nak kata period nak mai, dah lepas temple habis dah. Perempuan macam tu lah, kadang angin kus-kus datang sampai satu rumah terkena hembusan angin berpulas. Kalau nak tahu badan kita orang perempuan ni mudah masuk angin. Ni kalau doktor cerpen baca, memang gelak, sebab depa tak percaya bab angin-angin dalam badan ni. Tapi kalau siapa yang follow rapat doktor Hafiz Sulaiman memang tahulah teruk angin ni boleh efek kat tubuh badan kita. 



Ku percaya bab angin badan bila langgar pantang masa anak first almaklum terpengaruh bab tak payah pantang sangat bab kata doktor modern, rupanya tu atas tahap kekebalan badan sendiri lah, macam badan iols okay je tak pantang sehinggalah dah terkena baru nak sedar diri. Orang ni kalau sakit takdenya dia nak heboh kalau atas silap sendiri, panadol kan ada, telan je, settle. Takkanlerr nak bagitahu orang badan sakit asbab tak pantang, mungkin salah makan, atau pun makanan tak sesuai lebih okay untuk dikatakan. Untuk short term memang okay, untuk long term memang sesal uuihh, nasiblah sedar diri. 

So since dah tahu kekebalan imun tubuh tahap mana, maka ku amalkan minum air halia+lemon kalau badan rasa lemau dan mood swings. Air halia ni ada dalam Al-Quran, cari sendiri dalam surah apa. So tak rugi daku amal, orang yang amal je dapat manfaat. Alhamdulillah. Tambah plak ditungku-tungku tubuh badan, angin kentut keluar macam kereta api. Lega dia ya ampun, memang settle masalah angin ni. 


Ku masih ingat peristiwa kakak sulungku period pain teruk lepas kahwin, ingat nak miscarriages, kotlah mrngandung tapi tak sedar, rupanya darah haid payah nak keluar lancar, ku kesian tengok kakak yang tak boleh tidur, mengerekot tahan sakit, datang idea nak buat air halia suam, suruh kakak minum, tak sampai sejam, keluar setongkol lendir agak kental sebesar tapak tangan, ingatkan janin ke apa, rupanya tompokan buih-buih yang bertongkol keluar. Terus lega, hilang sakit, bulan depan tu sahih baru mengandung 2minggu. 


Punya period pain ni ada kait jugak dengan angin dalam tubuh. Tukang urut pun cakap, orang yang lepas bersalin yang mudah nak meroyan pun ada kait dengan angin, angin naik ke kepala, macam mana? Melalui urat saraf tu. Kalau sakit badan, tapi tak boleh nak describe tu sakit uratlah orang kampung kata, kalau orang modern baca, gelak jelah, sebab takde istilah sakit urat ni, tak semua orang percaya, yang tak percaya tu biarlah sebab mungkin dia tak pernah alami, kita yang dah lalui insyaallah sentiasa beringat dan ambil pengajaran. Apa yang dimakan pun punya faktor besar untuk pengaruh angin dalam tubuh. 

So bila pergi kedai kadang time berangin, memang air halia suam wajib dalam order. Paling sedap masukkan extra halia dalam ayam masak halia, masyukkk rasa dia, ngam, sedap dan confirm sedap juga buang angin. Kalau baca cerita mak-mak bidan ramai doktor yang pergi berurut, bertungku senyap-senyap sebab ubatan modern dah tak jalan, kalau folow mak bidan Siti Aisyah tahulah cerita sisi gelap mak-mak yang memilih untuk tak berpantang. Takpelah yang penting badan diri sendiri tanggung, apa nak dikisahkan ye dak? Yang penting badan kita terjaga, dan dapat layanan sepatutnya selepas digunakan 24jam sehari-hari. Dapat tenguk air halia pun nikmat terbaik untuk lepaskan anginkan tersekat. 


Xoxo
Mak berangin



Chalet Anees

Dua kali kami menginap dekat chalet Anees ni, sebab puas hati dengan kemudahan dan tempatnya yang strategik. Mula-mula short vacay datang dengan family kecil kami, second time bawa mak ayah sekali. Murah dah satu hal, nak tempah pun mudah je, call untuk lock bilik, antara yang termurah sebab tak perlu security deposit, terus datang, bayar dan dapat kunci. Daku antara penginap Chalet Anees yang berpuas hati sebab nak dapat penginapan betul-betul mengadap pantai ni limited juga sekitar Mengabang Telipot. 



Kalau anak ramai macam iols, ku ambil family room satu bangunan dengan lobby, ada 3 katil queen, 2bilik air tak sampai RM300 untuk satu malam, kalau nak bilik chalet sebab nak vibes mengadap pantai ambil bilik kena tambah tilam atau bawak toto/tilam angin. Kat bilik chalet lengkap ruang solat dan agak luas ruang bawah boleh muat satu lagi tilam queen. Nak barbecue pun takde hal kat sini sebab semua kemudahan ada. 

Paling best kat sini sebab kedai makan banyak pilihan, nak cari makan-makan celup tepung kat sini banyak pilihan, sebelah malam tengah malam pun ada orang jual burger seberang jalan dari chalet, belah pagi banyak kedai makan pagi termasuk tepi pagar chalet Anees ni. 

Masa mula-mula sampai lakiku dah risau tengokkan rupa tepi pantai macam dalam je sebab benteng ombak batu besar tu biasanya pantai jadi dalam, takde nampak sorang pun main tepi pantai dan mandi. Tanyalah orang kaunter, boleh mandi pantai ke kat sini? Orang tu tanya balik, nappe? ade napok signboard larang mandi ke? Blurr jap lakiku, cerita balik kat daku, berdekahh ku gelak, dia cakap macam kasor bunyinyo orang terengganu cakap, tapi betul jugak soalan dia tanya, memang takde tulis kawasan larang mandi, ku bagitau memang gitulah bahasa diorang, takde kasar, kita tak biasa rasalah macam tu, orang ganu baik-baik je, 3 tahun lebih dok terengganu ku rasa cara depa tak jauh beza dengan orang Kelantan. So dapatlah mandi pantai, cuma agak dalam cerunnya, kalau nak mandi kena ada pantauanlah. Nampak air ombak besar, ada angin, atau air pasang tak payahlah mandi, ni benda common sense. 


Chalet ni buka je pintu terus nampak pantai, selalu menjadi rebutan untuk customer. Chalet Anees menyediakan  19 bilik penginapan dan satu dorm dengan suasana yang berkonsepkan Rumah berkonsepkan Tradisional Kampung di perkampungan nelayan Di pantai Tanjung Gelam Mengabang Telipot, Kuala Terengganu. 

7 Minit ke Unisza
5 Minit ke UMT
5 Minit ke IPG
5 Minit ICT Sotong Pok Nong
15 minit ke Airport
20 minit ke Drawbridge 
25 minit Ke Kuala terengganu
30 minit ke Jeti Merang

RM 120/malam untuk satu unit chalet
Lokasi : CHALET ANEES, KG. TANJUNG GELAM MENGABANG TELIPOT, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu 



Direct call owner : Chalet Anees 

09 6680 137 Ofice
013 9677492 (Zaidi)
014 5338585 (watsap)
ni nombor terbaru Chalet Anees. Call direct office 09 6680 137 untuk maklumbalas yg lebih cepat.



8.29.2023

Bilik

Berlegar video bilik tidur aka rumah kecil yang di diami oleh seorang isteri dan anaknya selama duduk dengan mentua. Isu duduk dengan mentua ni memang never ending stories. Daku pun penat baca, sebab yelah nak ulas kita pun tak tahu duduk bangun dengan mereka dan segala yang dilalui pengalaman macam tu. 
Ada yang okay ada yang tak okay, yang banyak tak okaylah. Apapun kita ikutlah apa yang ajaran islam dah bagi panduan, memang bila dah kahwin ni, seeloknya, sebaiknya duduklah berasingan dari ibu bapa melainkan ibu atau bapa dah tak mampu uruskan diri sendiri. Sebab pernah tertengok satu video, bab duduk dengan mak ayah ni, kalau semata-mata nak temankan mak ayah, tak valid, melainkan mak ayah dah tahap tak mampu uruskan diri, maka wajiblah anak-anak ambil tanggungjawab untuk uruskan, dan bila nak uruskan kena duduk sekali bila yang perlukan bantuan 24jam. Daku ingat kata-kata dan pesanan bapa mertuaku sampai sekarang, kat dapur tak boleh ada dua tukang masak, dia makan dalam, bergaduh. 


Ku tak tengok orang lain, ku tengok bapa saudaraku sendiri ja, masa mula-mula kahwin dia dah letak borderline even duduk sekali dengan nenek ku, buat pintu masuk rumah lain, dan buat pintu asing yang memisahkan rumah dan bilik pak saudaraku walaupun dibawah satu bumbung yang sama, maksudnya walaupun ruang bilik mereka suami isteri terhad, tapi pak saudaraku lengkapkan macam jadi sebuah rumah kecil ala-ala jepun, tu masa nenda ku masih ada tenaga, sihat berjalan. Even sekarang mereka harmoni je duduk bersama sebab ada bahagian dan ruang peribadi masing-masing untuk memasak, berehat dan sebagainya walaupun ruang tu sebesar sebuah bilik je. Sebab apa, sebab pandangan mak mertua, menantu ni terjaga. Ya! Melalui pandangan matalah timbul pelbagai andaian, prasangka, dan bermacam lagi uneasy action yang mungkin out of expectation antara satu sama lain antara mertua dan menantu, disebabkan masing-masing dapat buat rutin sendiri tanpa diperhatikan perbezaan atas asbab beza didikan, suasana membesar, maka point penting ni ramai yang ambil mudah. Asbab mata terjaga ni lah, mertua atau menantu dapat jaga judgemental views masing-masing. 

Ku sangat setuju kalau jenis mak ayah atau adik beradik dah decide untuk salah seorang jaga orang tua, bagi izin kat mereka buat space sendiri. Manusia ni alangkan tengah sakit pun boleh banyak bersangka-sangka, buat andai hanya melalui pandangan mata, begitulah juga seorang mak, menantu ni. Mereka pun manusia, dua-dua nak space sendiri, walaupun mulanya kata tak kisah, mulut tak berbunyi, dihati takde sesiapa yang tahu apa yang timbul melalui pandangan mata bila melihat aktiviti menantu, mertua. Benda makan dalam ni, lama-kelamaan akan jadi keladak tebal kat hati, suatu masa boleh jadi isu ungkit mengungkit. Nauzubillah.

Apapun bila dah decide nak duduk sekali dengan orang tua, berbincang baik-baik dengan pasangan dan orang tua, tanya jelah direct dari hati ke hati sebab bila dah duduk bersama ni memang dugaan dia tak sama dengan duduk dengan anak-anak masa anak belum kahwin lagi. Lain definitely berbeza sama sekali, tak kira orang tua belah suami atau isteri. 

Daku pun tak nak judge mereka yang kongsi, komplen, bagitahu masalah kat medsos tentang perkara dan isu sebegini, sebabnya daku pun ada anak-anak yang tengah membesar dan banyaknya daku komplen pasal anak-anak sekadar nak meluah rasa hati. Apapun yang diuji duduk bersama mertua dan menantu moga baik-baik saja ye, ku doa moga Allah kurnia ganjaran terbaik sepanjang kesabaran korang. Ingatlah tiada manusia sempurna, macam daku ni antara spesis menantu hantu, so sentiasa sedar dirilah duduk bangun kat mana, hi hi. 






Sup Ayam Ala Siam Mudah

Kadang lauk sempoi pun buat kita makan bertambah kan, tak tunggu yang mewah saja. Musim-musim hujan ni sedap layan sup. Sup ayam versi masak siam, sedap rasa masam pedas. Tambah cuti sekolah ni memang bab masuk dapur sampai 4738299kali sampaikan kita hilang idea nak masak apa. 

Kalau goreng pulak ikan kering, fuhh lagi tak sedar bab makan.

Bahan:
Daging Ayam semestinya
Bawang besar 1 labu (blend)
Bawang merah/besar mayang kasar
Bawang putih mayang halus
Lengkuas 2 inci(ketuk)
Halia 1 inci (mayang halus)
2 batang serai (ketuk)
1 sudu rempah sup
3 jenis rempah kasar
Tomato belah 4
1 sudu pes asam jawa/2 biji perahan air limau kasturi
Lada (ikut kepedasan masing-masing suka) 
Daun ketumbar/sup untuk hiasan
Perasa/garam secukupnya

Cara masak:
Tumis semua bahan diatas kecuali tomato hingga naik bau dan sedikit garing. Lepas tu masukkan ayam gaul biar rempah meresap dalam daging ayam, masukkan air,pes asam jawa, garam secukupnya. Renehkan hingga ayam sedikit lembut, tutup api boleh hidang dengan ikan masin goreng ke, sambal belacan, telur dadar ke. Ika layan dengan tauhu goreng cicah sambal lada kicap sajo.. Perghh, lupa diri jap. Huu. Refer gambar cara masak




Biasa sup macam ni combine dengan ikan Mason gelama masak sambal lada, goreng tauhu, sekalikan dengan ulam, terus lupa diet nohh. Selamat mencuba. 


8.28.2023

Cuti

Rupanya tak semua orang suka bila cuti, anak-anak sekolah tak payah tanya, semua depa suka kalau bab cuti, kalau cuti sampai dua tahun tu baru depa reti dok rindu nak pergi sekolah, haha. Tapi kalau tanya yang dah tua dewasa ni tak semua orang suka cuti, daku? Uii, dari kecil sampai laa memang suka bab cuti, lagi lama cuti lagi suka. Dari anak kecik sampai anak sekolah, pun ku tetap suka bila anak-anak cuti sekolah. 
Ada ramai mak ayah yang tak gemar cuti lama bukan sebab apa, sebab depa kerja banyak kekangan kalau ada anak kecik dan anak sekolah, duit habis, cuti habis, tenaga habis, semua habislah. Kadang bila anak cuti sekolah, mak ayahnya pula takde cuti, habis cuti, kalau yang dah besar tak risau tinggal kat rumah je, kalau yang jenis transit ke apa, dan ada yang merungut penat bila anak-anak cuti sekolah sebab serabut, makin sibuk terutama bab sedia makan. 


Ada juga mak yang tak suka bila anak-anak cuti sekolah sebab dah takde rutin biasa, kalau anak-anak sekolah boleh lah keluar ngopi-ngopi, giteww. Entahlah daku kalau boleh sememangnya buat timing sendiri cutikan anak bila perlu dan tak tunggu cuti sekolah pun, sebab memang nak anak cuti, kihkih. Apapun ku appreciate sangat time anak-anak cuti sekolah ni sebab nak libatkan mereka dengan house chores, takde maknanya depa bersenang lenang masa cuti sekolah. Tenaga buruh free ni kena gilap masa depa umur cantikk macam sekolah rendah ni. Nak bawa anak-anak bercuti time cuti sekolah ni pun okay sangat sebab depa ada sekali join, kalau tak bila dah masuk Kolej ke apa, mulalah timing cuti dah tak sama, pun mak pak merungut lagi. 


Entahlah, apa yang di nak pun tak tahulah, sedih tau baca keluhan mak pak bila anak-anak cuti sekolah ni, dengan bermacam alasan. Ku dah setting otak anak-anak daku semua jenis mudah dan memudahkan, ku terima seadanya je semua sekarang bila ada kat depan mata ni, sebab tak tahu bila depa akan jauh dimata atau takde terus kat depan mata nanti, kena hargai masa yang ada bersama ni, suatu hari, suatu masa, suatu saat semua akan pergi, pergi membina kehidupan sendiri atau pergi ke kehidupan lain, tu ja, pilihan yang ada kita syukurlah selari dengan perbuatan dan respon kita kat anak-anak ni. Depa cuti kita happy jelah, tak boleh happy, bercampur baur perasaan nak hadap anak cuti, pun layan jelah. Tak selalu dan tak berulang. 


Nak melayan anak-anak 24jam depan mata ni memang kental sebab depa berulang, main, gaduh, happy, terlebih galak, yang boleh pacu keserabutan mak-mak, tapi maybe daku since muda-muda dulu dah terbiasa dan lepas kahwin pun anak-anak berderet, situation havoc, chaos tu dah terbiasa, jadi takde hal, asalkan anak tak ratib boring, asal boring tu memang takde aktivitilah tu, tambah yang libatkan kita as parents. Nak suruh senyap zaman sekarang memang senang, bagi phone je, tapi senang ke hati kita buat camtu? Kadang anak perlukan small thing action je untuk mereka semasa cuti sekolah, letak modul belajar masak ke, buat kebun ke yang libatkan kita dengan depa, insyaallah depa happy dan tak boring. So kemana tu cuti sekolah ni? Moga semua tenang-tenang saja, tak keluar bercuti pun, stay kat rumah buat aktiviti dengan anak-anak pun dikira bercuti, kita yang buat dia kan, moga baik-baik saja and enjoying your holiday. 

8.22.2023

Mengabang Telipot

Sambungan roadtrip bajet Terengganu hari tu, punya berbulan mood datang nak sambung cerita ekk, kahkah. Macam tulah tengah syok menaip, anak laparlah, anak beraklah, kerja-kerja rumah dah memang wajib kena settle kan dulu, Kalau tak, bersepah, daku jugaklah menggerutu hari perasaan tengok rumah macam kapal pecah, so utamakan apa yang utama. Ku taip masa anak tidur je, depa dah bangun memang masa untuk diri sendiri kena hold dulu, so bab mengadap blog antara masa untuk diri sendirilah, lega boleh menaip. Panjang plak mukaddimah, kang tak sempat cerita plak eh, bersambung drama anak-anak, okay-okay kita sambung cerita. 


Day 2 roadtrip 5D4N pepagi dah order grab sesiap makan nasi kerabu dan nasi berlauk saja, sambil santai tunggu untuk checkout ikut timing next destination buka. Hari kedua  plan nampak gaya macam kena cancel sebab Harraz migrain teruk dan cuaca pun tak mengizinkan sebab pgi pun dah start hujan rintik-rintik, tapi gigih juga terus je pergi tempat nak pergi. Singgah Muzium ingat nak naik, tengokkan rupa tangga tinggi teruk cancel plan. Jadi tak berkesempatanlah nak tengok macam mana situasi, apa benda yang ada dalam muzium, mungkin tunggu anak-anak besar sikit semua, dah takde yang berdukung, bolehlah jalan santai-santai tempat tinggi, kena panjat tangga ni, selagi ada yang bergendong, memang tak relalah melelahkan diri sendiri, ahahaha. So sekitar muzium kami pusing-pusing melihat luaran muzium yang cantik dan bergambar. Harraz melepek dekat umi dan che su, tak larat nak jalan. Masa ni dah betul-betul turn off nak teruskan plan, yelah, kesian plak mak ayah nanti nak kena tolong uruskan anakanda pastu tak dapat jalan-jalan. 


Tapi teruskan juga pergi Taman Tamadun Islam dengan harapan, cakap pergi tengok dari luar pun okay sebab tengokkan Harraz tak larat, dah fikir nak cancel masuk, nampak ada buggy bagitahu kita naik buggy je ronda Taman Tamadun Islam, terus segar bugar Harraz dalam tak larat. Masa kat kaunter tanyalah pakej buggy macam mana sebab ada warga emas dan budak-budak, harga tiket pun berbaloi sangat. Dari jalan malas-malas, lama-lama dah bertenaga balik, hilang sakit kepala. Alhamdulillah plan berjalan lancar, so dapatlah masuk Taman Tamadun Islam. Punya puas hati sebab takde orang, kami je satu group naik satu buggy untuk 4 dewasa 6 kanak-kanak. Berbaloi bayar tiket RM80 termasuk ambil Buggy, habis pusing dan melawat semua monumen, anak-anak dah lapar balik, tapi sempatlah main kat playground depa, terus menuju ke Mengabang Telipot untuk check in sana. Kami decide untuk makan tengahari di kawasan Mengabang Telipot, banyak kedai makan tengahari kat sini sebab kawasan universiti UNISZA dan UMT. 


Cerita tentang Mengabang Telipot ni masa first trip dengan suami dan anak-anak, memang ku terkejut sangatlah, sebab agak banyak perubahan selepas daku tamatkan prngajian kat sana, hampir 14tahun, sampai ku dah tak ingat macam mana rupa asal mengabang bila lintas drawbridge tu ke mengabang Telipot. Dulu-dulu memang kawasan kami bersantai hujung minggulah kat situ, laluan wajib bila nak pergi outing Kuala Terengganu. Kadang malam keluar minum air buah gelas besar cicah keropok lekor. Bila nak pergi Mengabang Telipot ni, satu je aim daku, cari roti paung panas. 


Datang Ganu wajiblah makan roti paung, kalau tak rasa macam tak singgah. Kenangan dulu, tiap kali pergi bandar, bila balik kampus singgah beli 2, 3 plastik roti paung seorang, sekali makan habis satu plastik, sedap tambah panas-panas. Uii mengundang betul teringat rasa laparkan roti paung ni, boleh je buat sendiri,tapi tulah kita nak ke suasana tu, hahaha. Okay, back to story, lepas makan tengahari terus kami check in kali kedua tempat sama short vacay itu hari. Kenapa pilih tempat tidur sama di mengabang Telipot ni? Sebab senang, ada kedai makan berdekatan, nak makan pagi, tengahari, petang, malam, semua ada dekat je. Kami pilih bermalam di Chalet Anees mengabang Telipot, kat sini ada bilik family kat bangunan utama, dan chalet untuk 2 dewasa mengadap pantai, daku ambil bilik chalet sebelah menyebelah dengan parent. Sempatlah kami bersila lendik makan keropok lekor depan chalet sambil ambil angin pantai di petang hari. Kat depan pagar chalet tu pun ada nasi kerabu sedap buka waktu pagi untuk sarapan, jalan kaki jelah keluar makan pagi kat kedai. 


Kat sini best sangat sebab private beach, kami je mandi kat pantai di resort tu, cuaca hari tu pulak herlokk sangat, even angin agak kuat, tapi panas, dapat lah tengok group sailing yacht kat tengah laut sambil tengok anak main pasir, habis sepetang, maghrib tu hujan ribut. Gerun dengar ribut sekali dengan hujan, tepi pantai plak tu, nasib baik sekejap je, so habis maghrib hujan berhenti sekejap kami keluar makan malam, makan malam kat Kedai D' Rumoh pata, selang berapa rumah je dari Chalet Anees, nak jalan kaki boleh, naik kereta pun boleh, kat sini pun makanan puas hati sebab banyak menu pilihan, tempat bersih, luas dan kemas, kami makan dan balik tidur je untuk next plan esok.



📍Chalet Anees Mengabang Telipot

Taman Tamadun Islam



📍D'Rumoh Pata


8.21.2023

Dengki

Teruk vibes dengki, busuk hati netizens Malaysia ni ye, kecoh pasal influencer yang duduk flat PPR pakai peti SMEG, berdekah ku gelak punya peel sesetengah orang Malaysia ni, medsos lagi lah boleh tunjuk terang lagi bersuluh orang dok berdengki kat komen-komen. Uii entah-entah yang dengki dengan dia tu duduk rumah lagi besar,tapi peel pemalas tak semenggah, dahlah pemalas, tak reti bersyukur pulak tu, entah-entah rumah pendengki ni lagi complete set, tapi kes pemalas, rumah macam kandang lembu, tu yang trigger tak tentu pasal tengok rumah orang. 

Aishh, macam-macam perangai sungguh ye netizens ni, punyalah bagus vibes orang bagi suruh rajin, dia jadi mata lalat cari tahi juga nak di tengok, hidu. Ku pun baru kenal si influencer ni, patutlah memang rajin, saya ulang, rajinnnn rajin, rajin. Tu je key dia, tu semua dalam rumah dia nampak class pasal dia rajin, bukan pasal barang dalam rumah dia yang buat dia nampak class. Tu semua sampingan je. Kalau tengok sink dia, ada satu sink je, kita yang double sink kat dapur pun kalau pemalas, kau timbun semua barang yang diguna, memang haukkla rupanya. 

Tengok dapur gas dia, punya kecik, single burner je, punya rajin dia masak, bersihkan setiap kali masak. Kita entah-entah yang dapur siap hood, kitchen stove sampai 4,5,6 burner pun pemalas nak cuci setiap kali masak, ada hati nak kritik kecam orang. Deyyy, tengok diri sendiri lah sajalah kalau tak puas hati dengan orang, cek diri sendiri tu. Pempengaruh macam ni bagus sebab banyak sangat positive vibes dia bagi, bersyukur dengan sekecil-kecil benda yang kita miliki, so dia buktikan dengan apa yang dia ada, rumah kecil, dapur kecil, tapi dia dapat buat macam seluas-luas alam rumah dia tinggal asbab sikap dia. 

Bukti lain lagi kuat seseorang tu rajin, favourite clothes dia warna putih, tak semua orang boleh pakai baju warna putih, kalau bukan yang jenis tertib, kemas, teliti, rajin, orang cemni je layak pakai baju warna putih in all situations. Jangan memain, sebab orang yang pakai baju warna putih ni memang kena jaga lebih bab kebersihan, sebab kotor sikit pun dah akan nampak jelas. Dan kebanyakannya yang suka putih ni, hatinya suci, tak sehitam netizens asyik nampak sisi gelap kotor orang je. 


Kita ni beza attitude, mindset je yang boleh buat hati kita bahagia, tak perlu tunggu rumah besar, barang mahal baru boleh bahagia. Kalau reti bersyukur dan rasa cukup, apa yang dah di miliki pun boleh buat rasa kita kaya. Macam daku, hujung bulan orang mula jimat-jimat, tapi daku hujung bulanlah time takde duit nak makan sedap-sedap, ku simpan lauk-lauk yang sedap untuk di masak setiap kali hujung bulan, memang jarang nak makan kat luar sebab anak ramai, makan tak semenggah di order. Jadi baik masak, makan puas hati, dan ikut keinginan tu pun dah buat hati bahagia. Tu pun antara key yang si pempengaruh tunjuk dia rajin masak, pasal nak makan kat luar selalu memang tak berbaloi. 


So yang suka berdengki, iri hati, kecam orang, ada je tak kena kat pandangan mata dia, tutup jelah medsos tu, memang tak layak untuk mengkome, buat tambah saham dosa je, pergi zikir-zikir, muhasabah diri cuci hati tu, tak cerita lagi bab netijens kutuk laki orang nampak tua lagi, pening sungguh, hahahaha.

8.18.2023

Dua Persen

 Alhamdulillah dpt i-sayang
~Kwsp husband bagi 2% masuk akaun kwsp kita. 
Suruh husband korang buat sekarang cepat!


Post ni sebab ramai lagi rupanya yang tak tahu dan bagaimana buat. Dah nak habis tahun dah ni, rugi tak buat awal-awal, namun belum terlewat, cepat-cepat bertindak okay. 

Masuk website, login id n password.


Klik kat tab i-SAYANG. Masukkan ic isteri terus keluar nama kalau isteri dah pernah ada akaun kwsp. Kalau takda kwsp kena register dulu. 


i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).

KELEBIHAN & CIRI-CIRI SKIM I-SAYANG:
  • Pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri.
  • Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
  • Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).
  • KWSP membahagikan caruman i-Sayang sebanyak 2% ke dalam akaun isteri (penerima) dengan mengkreditkan 70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2.
Syarat Kelayakan
SUAMI – PEMBERI

Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
Ahli KWSP
Belum mencapai umur 75 tahun
Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
ISTERI – PENERIMA

Warganegara Malaysia
Ahli KWSP
Belum mencapai umur 75 tahun
Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
Cara Permohonan
Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua (2) saluran berikut:

  1. i-Akaun (Ahli); ATAU
  2. Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.

Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.

NOTA:

Pembatalan tidak boleh dilakukan terhadap pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan tanpa apa-apa sebab. Suami (pemberi) hanya boleh membuat pembatalan jika berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima).


  1. i-Akaun (Ahli); ATAU
  2. Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.

Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.

NOTA:

Pembatalan tidak boleh dilakukan terhadap pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan tanpa apa-apa sebab. Suami (pemberi) hanya boleh membuat pembatalan jika berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima).

8.17.2023

Nyoleh

Kelik nyoleh ko tahun ni? Tulah setiap kali soalan ayah bila tiba pilihanraya. Nyoleh tu maksudnya mengundilah, pangkah kat siapa. Kalau ikut mood, ikut rasa memang dah malas buat tanggungjawab yang ni satu, rasa nak pencen, tak nak terlibat dah, sebab muak. Dah satu hal pula nak balik kampung setiap kali buang undi, hidup nomad macam ni lah, tak tentu duduk kat mana, tak berlama-lama, sudahnya tak tukar tempat mengundi sampai ke tua.

Ikut kan tak adil memang tak adillah mengundi kat tempat yang kita tak tinggal, apapun masing-masing ada sebab yang tersendiri untuk stay atau tukar tempat mengundi. Dah sampai tahap ni bab politik, ku bersederhana sudah, tak memihak kat sesiapa, nampak buat kerja, kita undi, tak buat kita buang terus dari list. Takde dah taksub macam orang dulukala dah, kena matang dah belaka dalam bab berpolitik ni. Bila dah taksub ni macam dah hilang waras dah belaka, sedangkan kena ingatkan diri sistem yang kita duduk bangun dan pertahankan ini, adalah sistem 'mereka', sistem yang memang dicipta untuk memecah belahkan kita semua terutama umat Islam. 

Kita rakyatlah kena bijak, jangan kasi peluang kat ahli politik ambil kesempatan kat rakyat bila dah dapat kuasa, jawatan. Politik taksub-taksub, politik perangai warisan orang-orang dulu tak payah bawak kat zaman laa, biar semua bertamadun. Herlok juga setiap orang politik ni jangan berlama-lama pegang jawatan yang sama dalam tempoh lama, bila dah berlama-lama ni, nafsu makin tak memadai, rasa nak lebih-lebih, tak kira parti apapun. 

Cukuplah kita semua doa, politik taksub ni terhakis dari rakyat Malaysia, tak terlalu mengangkat sesiapa berlebihan, sebabnya mereka pun manusia, cukuplah dapat undi, buat kerja, biar selari dengan apa yang dikempen. Zaman maya, hujung jari, fitnah teruk berleluasa tak kira mana-mana pihak pun, kita rakyat, ambil tapis-tapis, yang penting tak boleh pegang percaya orang politik ni sebab depa pun ada limit masing-masing. Cukuplah jalankan amanah masing-masing, rakyat memerhati teliti dah apa depa buat kerja ke tidak. Kita semua mahukan 'Malaysia yang lebih baik, tak kira dari sudut apapun’. Tak gitu? 

Apapun ku suka movement gesture dari rakyat Terengganu, you give shit, I give you double shit,vice versa, tak sia-sia banyak tahun bermastautin di Terengganu, harap kat Kelantan pun macam ni lah, ada masa kena muhasabah juga, risau takut terlalu lama dalam zon selesa, ada yang lari dari landasan kita tak sedar, sampai tahap nak tegur pun dah tak boleh. Insyaallah ku doakan semua matang dalam berpolitik. Takut-takut dok laung Islam, tapi tak semenggah dengan akhlak, caci maki, fitnah, tak buat kerja, curi tulang waktu kerja, tak nak bayar hutang, pengotor, dan semacam lagi perangai, jangan bawa Islam sebagai warisan. Begitulah. Kena ingat selalu, kita di akhir zaman,  pasti akan lalui apa yang Nabi sabdakan, rela ke tidak, suka ke tidak, sampai masa kita akan lalui saat itu. Zaman pemimpin zalim makin teruk hingga kemuncak, ni baru permulaan, penunggang agama dan ulama suu wujud di akhir zaman. 

PERINGATAN ABDULLAH BIN MAS'UD R.A TENTANG KESESATAN JIWA YANG DIJADIKAN  SISTEM HIDUP DI AKHIR ZAMAN

Akhir Zaman, akan berlaku fitnah. Fitnah dalam agama maksudnya kecelaruan akal, celaru iman dan amal. Sehingga suatu ketika tidak dapat dibezakan antara sesat dan benar. Tauhid yang goyang sehingga manusia tergamak membunuh. Itulah fitnah, bukan fitnah yang difahami dalam budaya dan bahasa melayu. Sebab bila disebut fitnah, ramai yang membayangkan ianya bermaksud "tuduhan" pada orang tertentu sebagai "fitnah" dalam agama. Bukan. Itu kesalahan faham. 

Mari kita lihat apa yang pernah disebut oleh sahabat rasulullah SAW tentang kejadian akhir zaman yang dipenuhi fitnah, iaitu kecelaruan dalam beragama. Sehingga kesesatan akal, amal dan jiwa dianggap normal. Bahkan dijadikan fikiran mainstream. Syariah ALLAH dan Sunnah rasulullah SAW pula diubah dan diganti dengan bid'ah dan kesesatan dalam bermasyarakat, bernegara dan kepercayaan agama. Abdullah Ibn Mas'ud r.a salah seorang sahabat rasulullah yang faqih dan bermata hati memberi peringatan akan berlaku fitnah akhir zaman ini. Kata ibn Mas'ud r.a: 

كيف أنتم إذا لبستكم فتنةٌ يهرم فيها الكبير، ويربوا فيها الصغير، ويتخذها الناس سنة فإذا غيرت قالوا: غيرت السنة؟ قالوا: ومتى ذلك يا أبا عبد الرحمن؟ قال: إذا كثُر قرَّاؤُكم وقلّت فقهاؤُكم، كثُرت أُمراؤكم وقلّت أُمناؤُكم، والتُمست الدنيا بعمل الآخر

"Bagaimana keadaan kamu kelak apabila benar-benar ditimpakan kepada kamu fitnah (fitnah maksudnya kecelaruan akal, iman, akhlak dan agama) yang orang dewasa menjadi tua dalam fitnah itu, dan kanak-kanak membesar dalam fitnah itu, lalu manusia menjadikan fitnah itu sebagai jalan sunnah kehidupan, apabila fitnah itu cuba diubah lalu manusia berkata: "(mengapa) diubah sunnah ini?" Mereka yang mendengar khabar Ibn Mas'ud r.a  ketika itu bertanya: "Bilakah hal ini terjadi wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibn Mas'ud)? Ibn Mas'ud r.a menjawab: "Apabila golongan pembaca menjadi ramai dan sedikitnya orang faqih kamu (iaitu orang berpengetahuan agama dan bermata hati), banyak pemimpin kamu tapi sedikit orang yang amanah, dan manusia mencari dunia dengan amalan akhirat" (Sunan ad-Darimi. Dalam Muqaddimah Bab Perubahan zaman dan Apa Yang Disebut Padanya. hlm 58. Disebut oleh Ibn Abdil Barr dalam Al-Jami' Bayan al-Ilmi 1/188) 

Kecelaruan dan fitnah akhir zaman berlaku ketika pemimpinnya rosak, ramai yang berebut menjadi pemimpin tapi sedikit sekali yang amanah, mereka berlaku khianat dan berdusta kepada rakyat. Ulamanya pula sangat sedikit, yang ramai ialah para pembaca, samaada pembaca quran, pembaca kitab dan golongan yang hanya banyak membaca, "ulama atas kertas" yang hanya ada hafalan al-Quran dan hadith, serta hafalan kitabnya meluas tapi hakikatnya bodoh, jahil dan kering jiwanya. Kerana ulama maknanya besar. Ulama itu pewaris nabi-nabi, ulama asli sifatnya rabbani, matang, luas mata hati, dan sudah pasti luas pengetahuan agama. Sebab itu kita akan lihat di mana-mana hal ini sudah sekian lama berlaku. Ramai berilmu secara zahir tapi tidak ada hati budi. Berilmu di atas kertas tapi tidak ada mata hati. Bacaan al-quran mereka sedikit pun tidak tembus ke dalam jiwa mereka. Makin berilmu bukan makin merendah diri, tapi semakin berilmu semakin takabbur. 

Begitu pula akhir zaman fitnah itu berlaku ketika ramai yang beramal seperti amalan agama, nampak seperti pejuang agama, nama dan gelarannya dengan gelaran ulama, berjuang untuk agama, tapi sebenarnya mereka mencari dunia, mencari kemegahan, memburu nama dan mencari populariti. Inilah semua fitnah yang sedang kita lalui. Dan fitnah kebejatan ini akan dianggap sebati sebagai jalan hidup manusia. Hal-hal ini semua dianggap sunnah, jalan kebaikan dan jalan kebenaran. Inilah fitnah jahat yang dijadikan pemikiran mainstream, dan dianggap sebagai sebuah sistem hidup. Malangnya, anak-anak dibesarkan dengan fikiran yang sesat ini, dan orang dewasanya menjadi tua dan matang dengan kebobrokan fikiran ini semua. 

Kalau ada orang yang cuba menukar ajaran dan norma mereka ini, atau menegur sikap mereka, atau cuba menyedarkan kebobrokan mainstream ini semua, lantas mereka akan marah. Mereka menganggap orang yang menentang sistem itu sebagai gila,sesat, bodoh, dan tidak berada di atas jalan kebaikan. 

Inilah fitnah akhir zaman, yang disebut oleh Ibn Mas'ud r.a yang sudah pasti beliau mengambil ilmu ini dari guru beliau iaitu Rasulullah SAW. Moga-moga kita diselamatkan dari fitnah akhir zaman ini. Sedar dan genggamlah seperti memegang bara api, gigitlah dengan gigi geraham. Mudah-mudahan kita berdiri di atas tauhid yang benar sehingga kita mati. Kita semua pendosa siang dan malam, memang itulah insan. Yang terbaik ialah yang sentiasa membaiki dan bangun ketika jatuh. Tapi jangan sampai tauhid kita tergadai. Jangan sampai pendirian hidup kita tercabut. Kalau tauhid pun tergadai, bagaimana kita menghadap ALLAH? 

Credit  to
-ibn otuh salleh-

Tak Mudah

Hidup ini tak mudah,
Harus tetap dijalani walaupun payah

Hidup ni tak mudah
Harus tetap dijalani walaupun kecewa

Hidup ni tak mudah 
Harus tetap dijalani walaupun menyedihkan

Hidup ni tak mudah
Harus tetap dijalani walaupun menyusahkan orang

Hidup ni tak mudah 
Harus tetap dijalani walaupun rasa tak perlu diteruskan lagi

Kerana ini adalah proses kehidupan kita semua untuk menemuiNYA, semua kepayahan, keperitan, kesusahan, kekecewaan, keputusasaan akan berlalu pergi bagai angin lalu. 

Laju, perlahan, cepat, lambat, semua akan hilang dengan masa. 

Sabarlah, kerana kuncinya hanyalah sabar. Menyebut tak seperti merasai, tapi tetaplah sabar. 

Sentiasalah bersangka baik dengan susun atur kehidupan olehNYA. 

Hiduplah hari ini walaupun rasa tak berguna. 

Hiduplah untuk hari ini walaupun hati tersiat

Hiduplah untuk hari ini walaupun akal tak mampu menghadam

Hiduplah untuk hari ini walaupun daya seakan hilang

Hiduplah, nikmatilah. 

Ada ketika air mata perlu mengalir, biarkanlah ia berderai

Adakala amarah perlu dilepaskan, lepaskanlah diangin

Adakala kecewa perlu di simpan, simpan dan buang bila tiba masa yang tepat

Keruh dan kerut jangan berlama-lama di tanam, kerana semaiannya pasti menyedihkan


Dunia sememangnya kejam, ambil seperlunya kerana jika berlebihan membawa bencana

Nikmatilah hari ini, buang rasa cemas dan gelisah untuk hari esok. 

Kawallah hari yang di lalui hari ini, moga berlalu dengan sebaiknya. 

Usah mengeluh dengan nikmat yang belum dimiliki, manfaatkan apa yang dimiliki hari ini

Sedikit yang cukup lebih baik dari banyak yang menyusahkan

Berusahalah menjadi orang yang sabar dalam menerima kesulitan, kerana jalan keluarnya pasti ada

Jika terasa kosong, sentiasa ingat ilmu membuahkan amal. Nak beramal kena berilmu


Tak mudah 

Namun hakikatnya perasaan, bahagia, sedih, cemas, gelisah atau tenang datang dari kita sendiri. Kitalah yang memberi warna kepada hidup. 

Selama jiwa tidak sihat, segala sesuatu dalam keadaan kacau, gelap, cemas, gelisah dengan liputan yang tak pernah berpenghujung


Hidup kita dibentuk oleh fikiran kita, maka peliharalah fikiran-fikiran kita


Hidup tak mudah
Tapi mudah bila meletakkan DIA sebagai fokus kita

Hidup tak mudah bila syukur kita masih bertapi-tapi

Hiduplah untuk hari ini, 

"Ya Allah, aku serahkan jiwaku kepada-Mu dan aku hadapkan wajahku ke hadapan-Mu, aku serahkan semua urusanku kepada-Mu, dan aku baringkan belakangku kepada-Mu disertai dengan harapan kepada-Mu. Tidak ada tempat untuk selamat kecuali kepada-Mu. Aku bersaksi bahawa aku beriman kepada kitab yang telah England turunkan dan kepada nabi yang telah Engkau utus" [Riwayat al-Bukhari]

“Ya Allah, bagi Mu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya. Bagi Mulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.

Bagi Mulah segala puji, Engkaulah yang benar, janji Mu adalah benar, perjumpaan Mu itu adalah benar, firman Mu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.

Ya Allah, kepada Mulah aku berserah diri, kepada Mulah aku kembali dan beriman, kepada Mulah aku pasrah, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelum nya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.

Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan bantuan Allah.




Xoxo
Sayang diri Lillahitaala
Kurniaan tiada bandingan
Unik dan tiada yang sama

8.16.2023

Kuku Rosak

Sejak tiga bulan lepas kuku daku rosak, since now tak okay lagi, makin tua umur, jiwa muda ni (perahsan betul) benci betul tengok kuku jadi kementot. Dek kerana  kulat kuku,  kuku macam dah kena makan, even buang still ibu fungus still ada, dah bermacam ubat try tak jalan, satu je tak cuba lagi, pakai inai daun tumbuk manual. Tak terbuat lagi sebab tak jumpa daun inai in real. Ku nak petik daun dan tumbuk sendiri, takkanlah pokok inai pun dah pupus. 

Moments balik kebun mok kecik zaman 90an (nenek, belah ayah), satu aktiviti kesukaan buang tanah hitam yang melekat kat tepi kiri kanan ibu jari kaki nenda, kadang tu tolong ketipkan kuku nenda yang dah rosak, reput hujung, tak jari tangan, jari kaki yang rosak sebab nendaku pekebun tegar, paling syok korek guna jarum keluarkan daki hitam celah kuku, eh alih-alih tengok kuku sendiri dah semacam kuku nenda dulu. Nak kata buat kerja kebun, haukk daku takde kebun, yang pasti kuku daku ni kerap basah sebab banyak duduk kat dapur. Oh, selit cerita kat dapur yang buat ku trauma, tertengok Instagram sorang pempengaruh yang suka masak, bukan orang Malaysia yang suka masak, tengah live buat masakan, meninggal. Since then ku takut betullah nak tengok orang buat live, sebab tu tak pernah terjebak dengan orang yang buat live even untuk shopping baju, tudung, whatever product, memang ku skip. Tulah bab mati ni, sebut je takut, mikir pun takut, tapi persediaannya, hmm sedih. Tak kata oranglah, kata kat diri sendiri ja cukup. 

Cerita kuku rosak ni bermula ku ketip kuku anak-anak, terperasan kuku Hawaa ada yang rosak satu, ku cakap dalam hati "apesal huduh sangat kuku yang ni, hishh", haa sekali kuku anak dah okay, daku plak merasa kuku huduh kena makan kulat, see sekejap ja Allah kasi rasa apa yang terlintas kat hati, sesal pun tak guna, tak mudah ye nak hilangkan kulat kuku ni. Tu baru bab kuku, tak lagi bab lemak kat badan ni, haihh. 

Mm, cerita kuku rosak pun berlapis punya cerita. Nak buat medicine pedicure, haremmlah memang tak. Kuku rosak pun boleh buat rosak mood ye, masa tertengok jelah. Apapun syukur alhamdulillah masih berkuku lengkap lagi semua jari jemari, nikmat apa yang didustakan? Orang kata nak tahu tahap kesihatan diri pun boleh tengok kuku, kuku pun boleh bagi signal tahap kesihatan diri macam mana.

Biasa bila umur makin meningkat ni banyak lah mineral badan makin berkurang, bukan sekadar kolagen tubuh je makin berkurang, yang lain pun sama-sama berkuranglah. Bila umur bertambah ni takde lah kerja nak tunjuk terpaling awet muda, cukuplah aging gracefully gitu, yang penting hati, perasaan kita nak tenang-tenang je masa ni, takde dah masa nak compare situ sini, cukup dapat upgrade be better person day by day pun alhamdulillah. 


Ni nak pakai inai daun pun empat puluh kali fikir, maklumlah dalam hidup, hanya beberapa kali je pakai inai, masa budak-budak, masa akad nikah kahwin, ni macam buang tebiat plak nak pakai inai kes nak ubatkan si kuku tersayang ni. Penyakit berkaitan kuku ni, inai daun herba terbaik, ku tak tahu tara mana hasilnya, nak kena cuba dululah ye berkesan ke tidak, yang pasti tangan berinai ni buat ku seram plak pasal julung kali pakai, ahahaha.



Xoxo
Mencari inai daun


8.15.2023

Ketam

Ada orang memang antara favorite seafood dia ketam, udang, sotong dan pelbagai lagi seafood lain memang tak boleh tolak kalau ada depan mata. Daku antara seafood favorite terpaling favorite sotong, sebab apa sotong? Sebab takde cengkerang. Takde kulit, tak perlu nak kopek, belek-belek. Tu jelah asbab utama ku paling suka sotong. Udang? Hoiihh rugilah kalau tak makan, tapi second place favorite pasal kena kopek kulit. Rasa renyah kalau nak makan. Tambah kalau ada anak kecik beriba time nak makan. 

Kalau ada yang tolong buangkan kulitnya, insyaallah berbelas ekor pun still boleh makan, hahahaha. Ketam lagilah, last in list, lagi renyah uiii. Dengan struktur isinya agak payah nak korek, lagilah buat daku tak berminat mana nak makan, walaupun isi ketam sedap sangat. Since ada anak-anak yang suka sangat ketam ni, nak tak nak memang ada masa melayan jugakler kopekkan kulit ketam ni kat depa. 


Cuma nak cari ketam segar isi putihnya kental segar, memang payah juga, kira yang nasib baik dapat segar bebenar untunglah merasa ketam sebenar. Orang kata nak makan ketam udang, orang kayangan lah dapat merasa lani, dapat makan sardin zaman la dikira mewah dah, mana taknya harga melangit tinggi asbab inflasi. Untung orang dok tepi laut, tak pun yang suka memancing, memukat, menjala ni, dapat makan free tapi tenaga banyak jugak lah habis nak mencari si ketam. 

Anak-anak pun kira bertuahlah dapat merasa makan seafood sekali sekala sebulan. Bukan selalu sebab ada anak yang resdung tak boleh layan selalu permintaan, ada hari special kita layan kasi makan dan masak special. Sekarang nak makan seafood kat kedai rasa tak berbaloi, sebab tak setara yang dapat masuk perut, mahal sangat boleh luruh jantung tengok bil makan kat kedai. Sebab tu seafood ni antara makan dan masakan special treat untuk family kecil kami. Kenangan makan ketam masa bujang dulu boleh kira lah berapa kali je mengadap ketam ni, bukan binatang terpilih untuk kami adik beradik untuk dimasak sebab susah nak makan, nak dapat merasa isi jenuhla, tu dakulah. 

Since anak-anak dah jatuh cinta dengan rasa ketam ni, ada masa musim ketam, kami cari masak dan paling tak digemari, kopekkan isi untuk anak-anak. Lama-lama dalam benci tak suka, ku dah expert cari isi ketam ni di setiap genap ruang, bentuk ketam. Bangga sekejap sebab macam mustahillah ketam ni ada dalam menu masakanku plak tu isi ketam habis kena hentam cari takde yang tinggal, hanya kulit semata bila hadap makan. 



Mengandung yang bongsu plak, pecah rekod mengidam nak makan ketam, since tu lah daku dah jatuh cinta dengan ketam ni. Beberapa kali juga pergi Teluk Senangin semata nak cari ketam segar, tapi payah nak dapat kalau bukan musim. Kebetulan masa mengidam tu suami siap tunggu nelayan balik laut tanya ketam, non hadoo. Pergi kali kedua unplanned, siap ada pak cik jual ketam baru naik ke darat, segar bugar lagi, hidup, datang depan-depan tanya nak beli ketam dak? Tu orang kata kalau dah rezeki tak kemana ek, dah lah dapat murah, banyak ekor pulak, besar lagi, segar lagi, nikmat apa nak didustakan. Masyaallah tabarakallah, maka dapat lah makan ketam. 


Rupanya kalau tahu cara nak makan ketam ni ada strategi juga, dan teknik untuk kopek isinya, hanya guna bahagian badan ketam juga. Nanti next time daku share cara nak makan isi ketam paling sempoi guna kaki depa gak. Tak perlu bantuan gunting, penukul, pemotong apa. Ni hasil pembelajaran dari kekerapan makan ketamlah tahu cara nak kopek depa kasi berbaloi makan. 

8.07.2023

Berak

Cerita pasal berak ni memang tak senonoh, tapi nak cerita jugak bab berak. Ada orang berak sekali sehari, ada yang berak dua kali sehari, Ada yang tak berak-berak seminggu, memang habit seminggu sekali berak, ada yang berak tak schedule tapi jarang-jarang. Yang normal adalah berak sekali atau dua kali sehari. Tak normal sangat bila berak tak henti-henti, tu dipanggil cirit birit. Nak ceritanya, berak ni kalau asyik sembelit memanjang pun tak normal. Ada orang tak tahu berak, tahi/najis tu benda toksik yang dibuang dari badan. Simpan najis dalam usus lama sangat memang akan jadi penyakit. 

Daku setiap kali pergi berurut adalah sekali dua kena tegur kat tukang urut, ada tahi kering tak keluar, hahaha bunyi macam kelakar, tapi memang betul selepas kena urut ku lancar membuang. Biasa tahi kering ni lah yang sikit-sikit berkumpul dia jadi double triple toksik, bukan saja kat usus tapi effect satu badan. 

Ada orang anggap berak jarang-jarang tu biasalah, sebab tu dah jadi normal dia, tapi bukan ye. Berak kena setiap hari. Kena hati-hati orang yang selalu sembelit tu, kena tukar dan jaga pemakanan untuk normalkan proses berak setiap hari at least sekali, dua kali the best, make sure cukup air, probitik, fiber dan enzim. Ye, hampir 99% orang tak tahu ye berak tu penting, mereka hanya sekadar berak je. Ada orang memang punctual bab berak ni, sela waktu masa setiap hari sama, konsisten, memang tiap kali bangun tidur, wajib membuang dulu, perghh. Tabik betullah punctual berak ni, hahaha. 

Macam ada orang kalau sehari tak berak terus sakit kepala, demam, selagi tak berak dia tak lega. Dan kalau nak tahu, anak-anakku yang demam, kalau bagi air lemon, atau vitamin C biasanya akan berak/flush toksik dan suhu demam reda. Tu formula dakulah bila anak-anak demam, terus on remedi supaya anak berak as soon as possible supaya demam tak berlarutan dan suhu turun cepat. Alhamdulillah bab berak ni, ku syukurlah takde masalah, sembelit tu adalah pernah lalui masa mengandung, berpantang, memang hazab orang sembelit ni ye, rasa nak putus urat, putus nafas nak keluarkan tahi. Sembelit ni antara punca utama terjadi penyakit, kerana badan bertoksik, dan cara paling efisyen dan buang banyak toksik sekaligus adalah melalui berak. So kalau ada isu kesihatan, dan sembelit antara simptom yang dialami, selesaikan isu sembelit, insyaallah yang lain boleh settle. Isu berak ni panjang sangat kalau nak cerita tapi cukuplah yang ni dulu. Tak cerita lagi throwback bab berak kelakar, seram, lain kali lah. 

Bab berak kena ganggu anak, anak tak nak duduk luar tandas sebab tak nak berpisah tu mak-mak dah biasa merasakan. Ku ni selama membesarkan anak-anak ada tiga orang anak yang macam ni, Haddad, Hawaa, Hana, dia punya merentan bila daku masuk tandas, hilang selera nak membuang, tapi kalau bawak masuk pun sama juga, tapi nak tak nak terpaksa lah layan, bawak masuk sekali ke jamban dari dok dengar depa melalak kat luar pintu tandas. So awkward ye bila ko berak, ada orang tengok, ni bukan tahap sekodeng, ni tahap siap sengih-sengih pasal depa boleh main air sama, apalah nasib, macam tu lah susah senang anak teman mak-mak berak bukan sebab jamban dok kat luar rumah, dan gelap gelita. Tu sebab berak adalah nikmat sejati apatah lagi dapat berak dengan bertenang-tenang tanpa ko kasi cheer up sound to make the tahi keluar cepat-cepat akibat anak melalak. So dah berak ke belum hari ni? 

Xoxo
Mak concern bab berak



8.05.2023

Kek

Kek sinonim dengan birthday kan? Biasa wajib ada dalam birthday treat, tahun ni yang dah sambut birthday adalah hawaa, daku, suami, hana, haniy, haddad, harraz dan last person dalam keluarga kecik kami ni adalah hajjar since birthday nya hari pertama bulan lapan. Masyaallah Tabarakallah maka completelah kami sekeluarga cukup umur pada tahun ni. 
Tuan punya badan memang lupa terus, abang kakaknya apalagi. Bila bagitahu semua terkejut, lupa sebab awal bulan sangat katanya, sebab semua birthday dekat hujung-hujung bulan. Tapi tu lah kek dan sambutan ni ku tak beria-ria sangat sambut, just untuk ingatan ada hari istimewa sebab hari lahir, tak perlu gembira sangat, syukur tu wajib sebab Allah bagi umur lagi. Selalu waktu ni ku ingatkan umur makin bertambah means waktu hidup makin singkat, untuk anak-anak jua. 

Sneak peak stories ingatan birthday anak-anak

Hawa -setiap tahun, Hawa lah orang pertama yang dapat kek, sebab lahirnya bulan februari, tapi paling kesian selalu birthday hawa lah sebab tarikh sebelum gaji, hujung-hujung bulan pulak, memang selalu lah yang paling sempoi. Kek paling kecil dan murah, tapi yang penting anak tetap gembira sebab masih ada. Biasa ayahnya kasi lebih treat dengan bercuti ke tempat menarik keluar makan angin, rasanya semua dapat ni. 

Daku, suami dan Hana - Masyaallah Tabarakallah, biasa kami laki bini kongsi ja dua nama atas satu kek pada bulan april, tahun ni bertambah nama lagi atas kek, maka triple jimat bab beli kek, tapi tak berapa jimat sebab treat wajib kami semua merasa keluar dari rumah bila birthday. 

Haniy- hmm, apa dia tahu setiap kali kek ada, itu adalah kek dia, tiada beza siapa punya bulan kelahiran, yang penting dia dapat potong sama, pun bolehhh.  Setiap kali bulan lima balik kampung, dia paling bertuah balik rumah tok ayah umi, rumah ma, memang ada kek untuk dia potong. 

Haddad- tahun ni Haddad pecah rekod no cake at all, sebab jatuhnya tarikh lahir sama dengan raya haji pada bulan jun, tumbang 5ekor lembu dan seekor kibas bersamaan hari lahir Haddad, jadi cukup makan daging sajalah. 

Harraz- sambut bulan tujuh disebabkan Haddad no cake, harraz terpaksa rela kongsi nama atas satu cake, pun no big deals pasalnya anak-anak ku kurengg makan kek. Semua saiz kek yang dibeli portion kecik je untuk depa potong. Ambil feel ja orang cakap, sudahnya semua makan secoet. Jangan tanya siapa yang tolong habiskan, adudu, soalan begitu sangat kejam untuk jawapannya. Alhamdulillah Harraz sambut tahun ni tanpa suara garau lagi, means dia masih mummayyiz, mama belum puas lagi hadap childish anak sulung. 

Hajjar- paling comel, cepat sayu, paling kelakar, paling tak ingat birthday sendiri. Tapi kek tetap ada, lewat sehari, seminggu pun okay, selagi semua ingat dia ada hari special. 

Apapun senarai kurniaan pinjaman dari Allah sementara masih ada, syukur sangat merasa dilahirkan dan melahirkan. Sentiasa doa yang terbaik untuk anak soleh solehah, moga iman dan akhlak, keperibadian anak-anak terpelihara hingga hujung nyawa belaka. Moga umur yang kita semua ada dimanfaatkan sepenuhnya, insyaallah.

Kebiasaan kami takde sambutan specific masa birthday, kalau takde kek, masak special, kalau tak sempat masak special, beli kek, tapau makanan, jarang-jarang sekali makan kat luar,tu jelah. Teringat pula masa daku budak-budak sekali tu jelah mak ku buat special betul  sambutan birthday, sebab permintaan dakulah yang merapu, nak ajak kawan-kawan, nak jamu, macam raya dah mak buat, terus lepas tu ku insaf akibat terikut-ikut trend orang sambut birthday masa tu, kira happening dan hebat lah kalau sambut birthday beria-ria zaman 90an tu, lepas tu ku sesal sebab rasa melebih-lebih pula, menyusahkan mak ayah, so lepas kejadian tu ku tak nak dah sambut birthday, cukup semua ingat dan doakan ku pun dah rahmat besar, dah happy sangat. Apapun thank you mak lahirkan daku, merasalah mak sambut birthday cucu-cucu pulak, hahaha. 


8.03.2023

Tungku

Last berpantangkan Hana, salah satu habit yang lekat kat Ika adalah bertungku, sebab sakit urat. Macam mana tahu sakit urat? Bila badan letih, sakit badan tapi tak boleh nak describe. Ika biasa kalau sakit urat, bila tapak kaki rasa lenguh, penat, rasa lenguh tu sampai naik ke badan. Haa petanda sakit urat lah. Ada orang sampai demam menggigil baru dia tahu diri sakit urat. Since dah lalui bermacam ragam badan bila dah beranak pinak ni, ku dah pandai dah detect diri bila sakit urat. 

Ubat sakit urat ni selain mengurut, bertungkulah. Ni untuk dakulah, lain orang lain preference, ada orang sakit urat dia telan panadol ja settle. Untuk Ika bukan memang tak jalan telan panadol, tapi memilih untuk tidak telan panadol waktu sakit urat. Ni pun ilmu dapat dapat dari bidan dan tukang urut juga, cara nak jaga kesihatan saraf tubuh untuk jangkamasa panjang, kena rajin bertungku. Selama amalkan bertungku ni, even selepas habis berpantang, Ika set wajib tungkukan tubuh sendiri at least sekali sebulan. Biasa kalau lenguh, banyak berjalan dan buat kerja memang lagi kerap Ika bertungku. Baru rasa release habis rasa sakit urat satu badan tu. Kalau tak terbawak-bawak ke hari depan rasa penat tak boleh describe dengan sakit yang tak tahu nak cakap sakit tang mana. 

Lain betul 'feel' bila rajin bertungku ni, ku pun tak tahu nak describe macam mana, yang amal jelah me rasa feel tu. Betul tak? Syukur sangat bab macam ni, ayahlah orang paling memahami, sebab setiap kali berpantang ayahlah orang paling kalut nak sediakan bahan orang berpantang. Macam batu tungku, memang ayahku cari batu tungku kat sungai, bagi dua ketul sorang kat anak-anak perempuan untuk stand by kat rumah sendiri bila waktu-waktu memerlukan aktiviti bertungku, masa datang haid ke, kembung perut dan banyak angin dalam badan dan terutama sekali bila rasa sakit-sakit tubuh bila urat sakit lah. Memang lega kena batu panas dilapik daun pisang dan dibungkus kain dan dilurut-lurutkan seluruh tubuh. 

Dulu ku pun tak pandai nak bertungku sendiri, lagi best orang buatkan, sekarang syok bila tungku diri sendiri sebab tahu dah bahagian mana nak tekan, nak golek-golek batu lebih, paling syok bila tertido dengan batu hangat suam kat bawah pinggul. Perghh, lega habis satu badan bangun pagi esoknya. Biasa bab tungku ni ku buat waktu malam, sedang elok nak tidur, sempatlah sejam dok melurut sana sini batu tungku kat badan, terbalikkan balik kiri kanan, habis gaya, bonuslah kalau suami nak tolong tungkukan. Tapi biasanya terbalik, last-last ku tungkukan suami sekali. Orang lelaki pun boleh dan bagus bertungku, tak spesifik untuk orang perempuan je. 


Bila dah bertungku, insyaallah dan alhamdulillah, semua rasa sakit tubuh selesai. Rugi kita orang nusantara tak amalkan kaedah bertungku tau, orang kulit putih pun kenmain depa buat treatmeant heat stone untuk relieve nerves pain. Siapa yang sukar tidur malam, bertungku ni memang buat rasa mata nak tidur. Selain tingkatkan imun sistem lebih baik, sakit saraf urat badan lega sangat. Kalau yang jenis sakit tumit, sakit tapak kaki, pinggul, rajinkan diri bertungku. Ku bila dah ramai anak cemni, memang bab kesihatan dirilah paling seram, sebab bila tak sihat pun still kena jaga anak-anak juga, rutin berjalan macam biasa. Anak-anak kecik ni bukan tahu masa kita sihat ke tidak, tahunya kena layan diorang. Betungkulah mak-mak, yang mak-mak macam daku lahir 80an, 90an mungkin masih menghargai aktiviti bertungku ni, generasi mak moden sekarang mungkin dah tak pandang benda traditional macam ni, sebab renyah, leceh. Apapun yang menghargai je tahu merasa nikmatnya. 

Xoxo