Pages

Pages

1.23.2023

Petua Umum dan Amalan.

Sharing dari whatsaap berzaman, ada yang betul-betul menjadi dan mustajab, ada yang boleh dijadikan panduan, tak berkait dengan sesiapa, yang yakin boleh cuba. Kalau ragu-ragu tak payah sebab petua ni atas rising sendiri nak cuba. Apapun banyak juga petua yang ku buat berkesan, biasa petua ni datang dari orang-orang tua berpengalaman yang dah lalui asam garam hidup dengan sumber yang ada sekeliling. 



Menghindari Penyakit
Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru. (Yang ni ku buat selain amal bacaar zikir pagi) 

Menahan Nafas
Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan. (Tak pernah buat, minum wajib dalam keadaan duduk je) 

Memulihkan Sakit Jantung
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam. (Tak pernah buat) 

Menghindarkan Sakit Jantung
Elakkan tidur pada waktu siang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari. (Biasaku buat tidur qailullah, tidur sekejap sebelum masuk wants zohor) 

Menghilangkan Bisa-bisa Tulang
  • Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.
  • Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu.
  • Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa.
(Biasaku buat sapu minyak nona roguy botol ungu dan bertungku)

Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-
  • Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  • Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
  • Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
  • Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
  • Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
(Biasaku buat kecuali ku mandi air rebusan serai wangi+pandan) 

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:-
  • Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  • Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  • Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
(Biasaku buat kerap minum air rebusan akar kayu dan air kosong sahaja) 

Telinga Dimasuki Air
Jika telinga kiri anda dimasuki air, mengiringlah ke sebelah kiri. Lakukan juga seperti ini sekiranya telinga kanan anda dimasuki air. (Biasaku buat begini) 

Mengelakkan Kelesuan Ketika Haid
Cara untuk mengatasinya ialah :-
  • Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih. Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.(Biasaku bertungku) 

Memerahkan Bibir
Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari. (Tak pernah buat lagi) 

Rawatan Anak Demam Panas
Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.(Biasaku buat air lemon+asam jawa) 

Demam Panas
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian. (Pernah juga buat) 

Apabila Terkena Air Panas
Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan telur putih. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi. (Biasaku buat) 

Bawang Putih Bunuh Kutu
Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu. (Biasaku buat dulu guna guna dan garam, larutkan garam dalam air sedikit dan tambah cuka, basahkan dengan air tersebut dan perap rambut dengan wrap kepala dalam 30minit) 

Bengkak Akibat Terjatuh
Campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut. (Biasaku buat gumpal kain jadi bunjut kecil guna hawa nafas kat bunjut kecil tu hingga jadi suam sambil selawat dan tuam tempat bengkak)

Batuk
Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:
  • Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
  • Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
(Biasaku buat air panas campus halia+perahan limau nipis, Kumur air garam pagi dan sebelum tidur, minum air rebusan cengkih atau telan kapsul cengkih) 

Sakit Angin
Jika anda terkena senak perut dan selalu sendawa angin minumlah air rebusan ini :-
  • Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali. (Biasaku buat minum air halia dan bertungku) 
  • Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia.

Memulihkan Tenaga Lelaki
  • Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengah gelas air. Tapis dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Setelah itu campurkan pula gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.
  • Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudian diikuti dengan meminum akar kayu.
(Tak pernah buat lagi, biasaku tungkukan je suami) 

Mengubati Sakit Mulut
Anak anda mengalami sakit mulut. Rawatilah dengan cara berikut.
  • Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air.Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih.Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.

Bibir atau Lidah Pecah Akibat Tergigit
  • Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah ke tempat yang pecah. Dalam masa dua hari, luka akan sembuh.
  • Sapukan garam atau marjerin cair pada tempat yang sakit. Rasanya agak pedih sedikit.

Cairkan Lendir di Tekak
Makan anggur tiga kali seminggu untuk mencairkan lendir di tekak.
(Biasaku buat bawah putih mentah cincang halus, campur dengan madu, biarkan seharian dalam bekas tertutup, ambil 2 ke 3kali sehari)

Daun Pucuk manis Ubat Pitam
Ramas sedikit pucuk manis dengan air. Embunkan semalaman. Pada keesokkan paginya, lumurkan di kepala. Lakukan beberapa kali. (Tak pernah) 

Daun Sirih Ubat Kembung Perut
Kebiasaannya bayi berusia enam bulan ke atas mengalami kembung perut, cara yang paling mudah mengubatinya ialah : Layurkan dua helai daun sirih. Setelah itu barutkan pada perut bayi. (Biasaku buat sapu minyak balm bawang putih atau sapu minyak nona roguy botol ungu) 

Penawar Sakit Kepala
Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini :
  • Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air. Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.
  • Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
  • Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.
  • Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.
  • Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.
(Semua tak pernah cuba, ku hanya minum air halia+perahan lemon je) 

Menambahkan Darah
Cara-cara untuk menambahkan darah (yang hilang) dalam badan anda ialah :
  • Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang.
  • Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus. (Yang ni pernah buat, selain tu ku minum air kisaran beetroot) 

Mengurangkan Tekanan
Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.

Memulihkan Rasa Gatal di Kemaluan
Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau rasa kurang selesa. (Tak pernah buat, tapi keputihan melampau hingga timbul ketulan ketulan putih lembut macam cotton atau yogurt sangat banyak, sapu minyak kelapa dara hingga ke dalam rongga vagina insyaallah settle dalam 3hari-pengalaman) 

Penawar Batu Karang
Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari. (Tak pernah lagi) 

Anak-anak Demam Berlarutan
Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan keseluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali. (Pernah buat sekali-berkesan, tak repeat buat pasalnya payah nak cari bunga raya) 

Elak Keracunan Udang atau Ketam
Sebelum memasak, rebus dahulu udang/ketam dengan sedikit arang kayu. Biarkan selama lima minit. Kemudian masaklah mengikut kesukaan anda. (tak pernah buat) 

Mententeramkan Jiwa
Cara untuk mententeramkan jiwa ialah dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu malam atau pagi. (Wajib buat) 

Gusi Berdarah
Terdapat dua cara di sini untuk merawati gusi berdarah :
  • Ambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi tidak berdarah lagi. (Pernah buat) 
  • Rebus dua helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabila mengelegak, campurkan sedikit asam gelugur dan garam. Biarkan seketika. Apabila suam berkumurlah. Amalkan setiap pagi dan malam

Bibir Pecah Akibat Kepanasan
Campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata. Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas. (Biasaku buat kerap minum air suam) 

Hentikan Muntah
Muntah biasanya terjadi akibat salah makan. Ini akan menyebabkan badan penat dan terasa sakit. Langkah yang sebaik-baiknya ialah mengambil buah pelaga yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air panas. Berikan kepada yang sedang muntah untuk diminum. (Biasaku buat minum air teh pekat, rendam 7uncang teh dalam Satu cawan atau minum air rendaman kulit delima yang dikeringkan) 

Hilangkan Rasa Pijar
  • Jangan basuh bahagian yang pijar. Sapukan dengan minyak kelapa. Biarkan seketika. Pijar pasti hilang.
  • Ambil seuncang daun teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalam air batu buat seketika. Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar. Rendamkan berulangkali agar uncang teh itu terasa sejuk.
(Biasaku buat dental dengan garam atau rendam dalam air suam atau sapu minyak angin) 


Tersusuk Duri
  • Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut. Insya-Allah pada pagi esoknya sakit akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.
  • Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudian bakar hingga hangus. Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut.
(Biasaku buat sapu minyak angin atau sapu pes asam jawa) 

Ruam
Bayi yang baru lahir biasanya mudah diserang ruam panas. Untuk menyembuhkan ruam panas ini, gunakan kanji nasi . Caranya ialah :-
  • Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam panas.
  • Tumbuk ragi yang sederhana besar. Selepas itu diayak. Kemudian campurkan dengan bedak. Sapukan pada kulit bayi.
  • Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan pada kulit yang dipenuhi ruam. Ulangi beberapa kali sehingga ruam itu sembuh. (Yang ni pernah buat dan jadi) 

Penawar Bisul
  • Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh
  • Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.
  • Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.
  • Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering. (Pernah buat dan berkesan) 
  • Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.

Mencantikkan Kulit Bayi
Campurkan tiga suku tepung kanji dengan air suam. Kacau kemudian mandikan bayi. terus lapkan badan bayi tanpa bilasan air lain. (Tak pernah) 

Ketuat
  • Ambil abu ubat nyamuk. Bancuhkan dengan air. sapukan pada ketuat setiap hari. Dalam beberapa hari ketuat akan hilang. Insya-Allah.
  • Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya tanpa rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut yang hodoh.

Menghilangkan Rasa Lenguh dan Letih
  • Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih.
  • Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air. Sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga hilang lenguh-lenguh tersebut.
(Tak pernah buat, ubat letih daku tidur je, tak buat apa-apa) 

Mengubat Kaki Terseliuh
Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa. (Sapu minyak angin dan tuam je) 

Kurangkan Bercakap
Banyak bercakap boleh menyebabkan didatangi penyakit. (Banyak buat, hahaha,surirumah nak canal dengan siapa uii, tunggu laki anak-anak balik baru boleh borak) 


Kurangkan Penyakit Darah Tinggi
  • Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan satu sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum dan bawa berehat.
  • Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. tapis dan minum setiap hari.
  • Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan selalu.
  • Amalkan makan bush belimbing besi
(Biasaku buat guna jarum yang cek kadar gula tu, tekan kat semua hujung jari, kasi keluar darah sikit semua jari dan alhamdulillah berkesan) 


Mabuk Kenderaan
  • Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.
  • Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya semasa dalam perjalanan.
(Biasaku buat tampal koyok dan sapu peppermint oil hujung hiding dan belakang telinga) 



Melegakan Cirit Birit
  • Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu cawan teh o pekat kemudian diminum.(Biasa buat dan berkesan lagi satu ku telan pilot che kat tae un) 
  • Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. Tempelkan pada perut dan balutkan dengan kain
  • Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit.

Sukar Buang Air Besar
Kupas kentang lalu dihiris. Tempelkan hirisan tersebut pada bahagian pinggang dan dubur anda. Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabu atau kering, berbeza dari warna asalnya.
(Biasa buat kerap minum air atau air sunqick+susu) 

Bayi Sukar Buang Air Besar
Ramas beberapa helai daun keledek. Ambil lendir tersebut dan sapukan pada perut bayi. Biarkan ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari. (Tak pernah buat) 

Melegakan Sakit Akibat Terkepit
Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit. Ulangi beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan. (Tak pernah buat, good sambil selawat je) 

Melegakan Tekak Perit
Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan seketika. Kemudian minum airnya.

Menajamkan Penglihatan

Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan kerap memandang sesuatu yang hijau.
Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis.
Bercelak ketika hendak tidur.
Kerap duduk mengadap kiblat.
Makan lobak putih selalu.

Bengkak Pipi Akibat Sakit Gigi
Tumbuk lumat segenggam daun bunga raya. Letakkan pada pipi yang bengkak. Biarkan sehingga sakit gigi lega.

Jika Terminum Racun
Minum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah dapatkan rawatan selanjutnya dari doktor.

Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang
Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk mengelakkannya, rendamkan bawang tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas kulitnya.

Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus
Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. Amalkan memberi minuman ini selama seminggu.

Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak
Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garam jantan, minum tiga kali sehari.

Mengubati Senggugut
  • Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
  • Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama tiga hari.
  • Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.
  • Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.
(Tak pernah) 

Merawat Hidung Berdarah
Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang berdarah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di atas dahi. (Biasa buat baring dan angkat sikit kepala macam mendongak) 

Cengkam Kuku Yang Bernanah
Gunting cili di bahagian hujung cili kering. Kemudian salaikan pada api dalam tempoh lebih kurang lima saat, jangan sampai hangus. Selepas itu titiskan minyak perlahan-lahan ke bahagian kuku yang bengkak. Anda akan terasa panas dan sakit sedikit, tetapi hanya sebentar dan akan kembali seperti sediakala. (Tak pernah) 


Berkudis
Cara untuk menyembuhkan anda yang berkudis ialah dengan menumbuk daun inai dan kemudian tempekkan pada luka atau kudis tersebut. (Tak pernah buat) 

Bengkak Kaki Waktu Hamil
Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam kuali. Masukkan satu gelas air ke dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga bengkak tersebut surut.
(Biasaku buat tidur kaki letak atas bantal Tinggi sikit dari kepala) 

Resdung
Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu. (Tak pernah buat) 

Menghapuskan Bulu Roma
Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau kaki yang ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas dengan air bersih. (Biasaku buat sapu limau purut dan kapur, tu pasal bulu ketiak jarang tumbuh) 

Gastrik
  • Parut satu inci kunyit hidup dan perahkan airnya. Kemudian campur dengan tiga sudu madu lebah dan satu biji telur ayam. Amalkan meminumnya dua kali seminggu. Anda akan rasa perbezaannya.
  • Parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari. Air perahan kunyit itu dicampur dengan kuning telur ayam kampung. Kacau sebati kemudian minum. Ulangi meminumnya beberapa hari dan anda akan terhindar dari sakit pedih ulu hati.
  • Campurkan buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumnya dua kali sehari. (Pernah buat dan berkesan) 

Meredakan Demam Campak yang Menyerang Anak
  • Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama semangkuk air. Sapukan dari kepala sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi dua hingga tiga kali dalam sehari.
  • Segera beri minum air kelapa yang muda. (Pernah buat dan berkesan) 

Mengubati Kecacingan
Tumbuk beberapa potong pinang kering. Kemudian rendam dalam air panas. Campurkan dengan air panas. Minum setiap hari sehingga sembuh. (Biasaku buat minum teh daun gelenggang) 

Tercekik Tulang
Kepal-kepalkan nasi, kemudian terus telan. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan seterusnya di hospital. (Biasa ku korek je) 

Melawas Kencing
  • Kisar dua potong nanas yang kurang masak dengan dua gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari.
  • Rebus secekak daun pegaga. Tinggalkan sehingga menjadi dua gelas air. Minumlah sekali sehari. 
  • Jumpa doktor. 
(Biasaku buat minum air rebusan barli dan berkesan) 

Mengubati Gelgata
  • Layurkan beberapa helai daun sirih. Sapukan pada bahagian yang ditumbuhi gelgata.
  • Hancurkan beberapa helai daun kunyit. Kemudian sapukan pada bahagian yang terkena gelgata. (Tak pernah) 

Sakit Disengat Lebah
Tumbuk asam jawa dengan sedikit air. Tampalkan pada tempat yang disengat lebah. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan lanjut dari doktor.(Pernah tapi sapu minyak angin dan pes asam jawa, berkesan) 

Kejang Perut
Tumbuk beberapa helai daun betik. Perah airnya dan minum sekali sehari. Amalkan seminggu dua kali. (Biasa suami buat amal ambil 2sudu minyak zaitun sebelum makan pagi dan sebelum tidur) 


1.22.2023

Bila anak-anak di meja Kedai Makan

Anak-anak uols behave tak bila kat meja makan? Me? Faham-faham sendirilah kalau dengan anak-anak kecil ni, macam unpredictable momentlah. Tak ingat since bila ku dah tetapkan kalau nak makan tunggu semua orang dan makan sama-sama, enjoy the food tanpa banyak bercakap, dan bila kat meja makan adalah rules yang agak mudah depa nak ikut. 

Dulu kalau dengar si ayahnya ajak makan kat luar, macam nightmare jugalah tambah ada yang menyusu badan ni, since dah experience dengan pelbagai ragam dan versi besar kecil anak antara point penting kat meja makan adalah no gadget at all. Misal kata mak atau pak yang pegang phone sangatlah big no sebab di pemikiran anak, kenapa mama ayah boleh, depa tak boleh. Fair for all, no gadget fokus kat anak-anak, borak something. Dulu masa Harraz kecil dan kerap tantrum memang ku bawa tools seperti pensil dan kertas supaya boleh isi masa menunggu dan elak dari rasa boring. 
Sekarang anak-anak dah besar sikit depa dah pandai borak sesama depa, tapi aaa ada tapi jangan adalah yang mulakan perbualan provoke or whatsoever yang boleh memacu emosi tak stabil. So fun talks dengan anak-anak macam-macam topik tau, tanyalah apa yang depa paling suka buat, cerita kartun apa yang best etc. Sebab apa no gadget? some of us memang kasi gadget kat anak untuk diamkan anak, tapi for us tak jadi diam, lagi memberontak adalah lepas tengok gadget, berebut-rebut, dan bising, so lagi bagus tak bagi terus, depend masing-masinglah sebab kita je tahu peel anak-anak ni.

Selain tu kami tak pergi kedai makan viral, kedai makan yang penuh padat apatah lagi yang sampai kena beratur untuk makan, big no and redflag kedai macam ni untuk kami. Biasa kami pergi kedai yang ada orang semeja dua je, macam tak laku, luas, ada laman, dan kawasan sekeliling tak pelik dan berisiko. At least kalau diorang lama sangat menunggu boleh depa jalan-jalan, berlari anak lepaskan energy diorang. Alhamdulillah selama kami singgah kedai takde orang ni semua sedap, takde lagi yang jumpa haukk sampai terkeluar ayat "patutlah takde orang, tak sedap rupanya". Yang biasa keluar ayat kami "kata viral, tapi langsung tak sedap" hahaha, sungguhla baru ku perasan setiap kali singgah kat tempat takde orang niatnya paling utama tak suka bersesak dalam kedai. Tapi tu pun tengok keadaan jugalah, bukan tempat main, tak sesuai anak-anak nak aktif berlebih sebab kalau dah bagi depa main dia punya limit pun depa dah lupa bila start main, biasa anak-anak Ika memang duduk kat meja sambil tunggu je. Nampak mula depa nak start larian ke apa, ku jengil bijik mata je luas-luas, hahha. 

Kat rumah macam mana? Biasa waktu pagi dan malam wajib makan kat meja makan, kalau balik sekolah kasilah depa tengok tv sambil makan asalkan kemas tempat makan, so taklah depa rigid sangat. Ada masa kasi santai-santai bab makan. Memang nak tak nak, anak-anak kena belajar self control bila ada makan kat public, common sense depa ni dari experience mereka sendirilah selain kita yang bagitahu dan ingatkan. Actually nak bawa anak-anak makan kat public ni struggle ye, bukan perkara mudah. Yang nampak macam anak-anak elok je, bagus je kat meja makan tanpa haru biru, percayalah behind the scene sebelum sampai kat kedai makan dan duduk kat meja makan dah berbelas kali ingatkan do and don't kat kedai makan even dalam kereta lagi. 

Perkara unpredictable macam air tumpah, anak tak nak makan, tu  berkaitan dengan self control kita pula nak respon, ku senang je anak tak nak makan even dah order, bungkus je, anak tumpahkan makanan/minuman jangan marah tapi tegur elok elok, dan bantu kemas tumpahan, marah anak in public pun big no. Even semua orang satu kedai dah pakat tengok kita, buat muka tebal sajalah dan buat-buat bodoh melainkan anak dah mula ganggu meja orang lain, berlari-lari hingga membuat orang tak selesa, jangan pulak kita buat bodoh, karang dapat penampar tawar tak ke naya. Common sense tu jangan hilang pulak ye, sebab memang ada je kes-kes terpencil yang 'annoying' tapi mak pak buat tak tahu apa anak buat kat kedai makan. Hmm, macam tu lah gaya nak keluar makan dengan anak-anak kecil, ada cabaran tapi seronoklah sekali sekala layan makan kat kedai.

Macam zaman lani, zaman semua buat content, ni kalau daku makan kat kedai tak pasal yang karang cerita pasal suami tak pegang bayi ketika maknya nak makan, mak pak tak peduli anak makan sepah kat kedai makan, hishh mintak simpanglah. Yelah orang ni depa tengok by surface je, karang cerita ikut sedap tekak dan judgements masing-masing, yang lalui tu bertentangan dari cerita, inilah zaman fitnahnya. So nak buat content, tulis pasal diri sendiri jelah, jangan libatkan orang lain, even cerita nak kasi pengajaran dan pelajaran, kadang apa yang kita coret tu sikit pun tak betul apatah lagi kalau yang hanya memandang situasi dari luaran dan jauh. Tu sebab jarang sangatlah ku makan kat luar. Sekali sekala bolehlah, tukar angin dan selera.

Kesimpulannya kat meja makan ni, moment yang sangat mahal dan bernilai, sebab anak ingat moment yang satu ni, ku dulu macam tu lah, membesar banyak kat meja makan, borak dengan adik beradik, mak ayah kat meja makan selepas selesai makan, even discuss event nikah kahwin dulu pun kat meja makan, banyak sangat nostalgia kat meja makan, sebab almost spend quality time dan borak-borak berisi pun kat si tulah, so indeed we repeat that moments dengan anak-anak pula. Hargailah moment meja makan ni. 

1.21.2023

Resepi Sup Telur Ubi Kentang Mudah

Haaa, mak-mak semua dah settle masuk dapur ke waktu ni. Nak cuti bersambung tak boleh kering idea nak masak apa. Sel otak kena laju berfikir nak masak benda yang sedap dan senang, tak ambil masa yang lama kat dapur kan.

So Ika nak share satu resepi favorite Ika dan anak-anak. Tahu resepi pun masa belajar kat Universiti dulu kat rumah dengan geng rumah sewa. Kitaorang punya jadual dulu rotate bila nak masak, resepi masing-masing nak masak apa, kitorang masak je, yang lain makan jangan komplain, hahha.

Alhamdulillah banyak jugaklah belajar menu-menu baru termasuk menu yang satu ni, memang first time makan memang jatuh cinta ikat mati, hahha.Thank you Kak Rin ajar iols menu ni, memang masa tu first time makan menu sempoi ni, tak pernah jumpa dan makan, apatah lagi masak, makan dan rasa pertama kali terus tangkap cintan, jadi Ika share iaitu sup telur kentang.

Bahan mudah:-
*1 labu bawang merah saiz besar-mayang halus
*3 ulas bawang putih - mayang halus
*Halia 1 inci - mayang halus

Air (depends pada kuah yang kita nak) 
Telur 5 biji (depends masing-masing, anak-anak ioks hantu telur jadi kena buat lebih)
Ubi kentang 5 biji potong dadu besar
fucuk
Sos tiram 1 sudu (kalau nak guna kiub ayam pun boleh, depends masing-masing) 
Garam pink secukup rasa
Sedikit lada hitam

Cara buat:-
Tumis bahan bertanda hingga garing dan naik bau, masukkan air, lada hitam, sos tiram@kiub ayam, garam pink. Kacau dan masukkan ubi kentang, biarkan ubi sekejap dan masukkan telur dan suun dan fucuk, tutup sekejap biar hingga masak. Boleh hidang dengan sambal belacan, ikan masin goreng, perghh! Atau boleh juga dengan sambal tempe bilis pedal, ikan masak sambal, menambah nasi okay. Yang tak pandai masak first time buat, terus jadi. Boleh refer gambar. 





1.20.2023

Mandi Kolam Hotel Sfera Manjung

Asyik mandi kolam rumah aje, nak jugak diorang sibuk nak mandi beramai-ramai dengan orang lain. Alhamdulillah ada kosong, orang tengah gian keluar dari rumah, everyweek penuh aje even now apatah lagi tempat camping, sampai jammed jadual camping kat mana-mana tempat. Apapun ni antara tempat kitaorang stay if datang Manjung, since dah masuk kolam yang latest ni, memang haukk dia punya level klorin tu, macam mandi air klorin terus. Apapun semua pilihan sendiri kan, so hadap jelah. Ya ampun memang last check in kat sini dah kot( boleh percaya ka ni) 

Nama lagi kolam hotel, dah itu jelah cara nak pastikan air tak berkeladak dan kotor, nak komplen lebih-lebih pun tak boleh, so nikmati sajalah apa yang dipilih. Bertolak datang sini kalau kira dah awal sangat dah, tapi biasalah hadap peel anak-anak ni, tengah jalan merengek lapar, pastu nak pula makan nasi dalam pinggan besi(nasi kandar M. Gulam Rasul Teluk Intan) tapi masa tu dah nak on the way ke sitiawan dah, so kami singgah yang cawangan, tapi kat sini takdelah guna pinggan besi tu, terus spoil mood anak keduaku ni, begitu rumit sekali anak kedua ni, ku faham sebab daku pun anak kedua, hahaha. 

So apalagi, sambil menitis air matalah anakanda makan nasi dalam pinggan plastik, ya rabbi sabor jelah! Sebagaimana sabar lakiku hadap peel bini anak kedua, maka ku tahankan hati sabar mengadap peel anak keduaku, memang turn off betul mood bercuti, baru suku jalan nak pergi dah bermacam ragam, macam mana nak berjalan banyak hari, yang perjalanan untuk tidur semalaman pun dah urut dahi pening, ahaha. Jadinya dalam pukul 4petang kami sampai terus check in, terus tak dan-dan depa nak mandi kolam even masa tu matahari panas mencanak lagi, eh!eh! 
Tapi dah datangnya memang niat nak mandi kolam, betullah tu dengan excited depa kan? Hahaha, so apalagi bersiap-siap tukar baju mandi, terus ke kolam, penuh dah pun kolam, ku agak semua anak-anak pun macam tulah peel depa kan, tak sabar-sabar nak tunggu teduh sikit, haa mandilah puas-puas. Dari pukul 5petang sampai 6 setengah petang depa main sungguh-sungguh anak kedua ku juga datang merengek sakit dekat tempat sunat, terus naik dan masuk bilik, mandi bersihkan diri, bila tengok dah merah bengkak gatal dekat lingkaran kena potong. Punya boleh tahan juga kesan klorin overdose sampaikan yang lain pun merah macam biji saga mata masing-masing. Malam tu keluar makan dan lepak santai jelah kat bilik. Semua tidur awal sebab letih main kolam, memang bersungguh-sungguh bab terjun naik kolam, memang letihla tidur tak sedar apa belaka. 

Terus tak nak main kolam dah pagi esoknya, jadi lepas breakfast terus checkout dan pusing-pusing area Manjung je. Korang yang takde masalah dengan klorin ni bolehlah check in sini, antara favor spot hotel juga kat Manjung asbab ada kolam. Tempat tidur sini quite okay, variety banyak pilihan ikut kesesuaian keluarga. Antara hotel yang lengkap dengan gym, restoren, siap ada bilik khas baca buku lagi, masa pergi tu pun diorang tengah upgrade tempat makan, tepi gym, mesti lagi cantik dan luas, antara the best hotel jugalah kat Lumut sebab serba lengkap, hope depa upgrade samalah bab kolam. Boleh kami repeat lagi kalau ada rezeki dan masa terluang, insyaallah. 

📍Sfera Hotel


1.19.2023

Tak Suka Berkongsi dan di kongsi

Bila anak dah pandai request dan minta sesuatu yang buat mama terkejut, memang buat daku termanggu-manggu, terfikir plak. Depa tak suka gambar depa mama share orang tengok, so sebagai menghormati perasaan dan permintaan anak memang daku terpaksa rela jugalah privatekan my Instagram tapi tetap juga nak share jadi terpaksa lah blurrkan wajah anak-anak, "yang dah lepas-lepas it's okay, but soon tak payahlah mama, kami dah besar dah, malulah mama" kata anak-anak jantanku di iyakan pula adik-adiknya, terpempam mama dengar kata-kata anak-anak dan seperti ditampar-tampar, rasanya baru je baru teran keluar depa, basuh berak, tukar pampers depa, pejam celik dah besar dah anak bujang, cepatlah sangat uii anak-anak membesar, rasa macam entahlah. 

Tak boleh nak perincikan, so tu sebab ku dah jarang share gambar anak-anak directly, bukan acah-acah Lopa, tapi anak yang minta so as a mom sedikit kuciwa jugaklah, tapi I respect their request, apapun blog ni hidup pun pasalnya depa jugaklah, haishh. Sabor jelah, nampak gaya kena back to old times balik agaknya kena print semua gambar. Rupanya bukan daku sorang je alami anak-anak request cemni. Since anak-anak nak kata anti-gadget tu tipulah, ada timing depa mengadap telefon, dan ada waktu-waktu tertentu memang tak bagi terus. Masa PKP hari tu, terpaksa rela bagi depa tablet pasalnya PDP diorang cemtu, tapi nampak gaya banyak kelaut, habis online learning daku ambil terus tak bagi-bagi dah. 
Adalah banyak kali juga depa tanya kenapa orang menari-menari, kenapa orang sengaja buat-buat tak tahu bila buat sesuatu perkara sedangkan benda tu senanglah saja, yelah sekarang zaman takde malu-malu, act like dumb semata-mata untuk like dan duit, depa ni even dah sekat laman maya tak sepatutnya, tetap juga lalu atau video yang tak sepatutnya ditonton open budak-budak. Tu sebab nak sekat tara manalah kalau depa dah on YouTube tu melainkan tak bagi terus tengok, tu jelah batasan yang boleh dihadkan. Siap anak-anakku tanya kalau orang rakam tetiba kita termasuk dalam video dia, jadi kita tak boleh buat apa-apa ke walaupun kita tak suka tengok video tu? Atau boleh ke orang ambil gambar kita sesuka hati? Sampai cemtu sekali budak-budak sekolah rendah dah fikirkan. Pertanyaan anak-anak kadang ku tak tahu nak jawab setepatnya, tapi biasa ku tanya depa soalan balik, dan kasi depa fikir dan menjawab persoalan mereka. 

Bila tang anak sebut malu tu, dengan daku pun sentap sama dok mengadap gambar sendiri dialam maya. Sekejap je anak-anak besar dan boleh fikirkan apa yang patut dan tidak, at one time mama dok bergendeng dengan ayahnya jelah bila masing-masing dah jumpa partner ye. Begitulah, buat anak, besarkan anak, anak cari orang lain buat teman, cemtu jelah cyclenya, at the end panjang umur, panjang jodoh, sehidup semati dengan pasangan jelah. 

Bila dah sampai cemni punya request mulalah rajin godek-godek harga printing gambar murah untuk print bundle. Ada baik juga anak-anak request begitu, kalau dak sampai tahun mendatanglah gambar dok terapung kat alam maya je. So uols macam mana hadapi bila anak request sesuatu yang tak pernah terfikir tapi ianya agak baik tapi berat untuk dilaksanakan? Rumit sungguh jadi mak-mak ni ye. Adeiilah. 




1.18.2023

Ucapan Tahniah yang ditakuti! Kehamilan yang Tak Dirancang

Masuk tahun baru ni banyak ucapan Tahniah untuk yang menerima perkhabaran baru. Ada yang dapat berpindah ke tempat baru dah setelah bertahun malah berbelas tahun berjauhan suami isteri (PJJ) dan akhirnya dapat tinggal bersama keluarga, ada yang naik pangkat, ada yang naik gred gaji, ada yang pindah masuk rumah baru, ada yang dapat beli sesuatu yang telah lama diimpikan, dan tahniah ada juga yang daftar buku pink tambah ahli keluarga di tahun baru ni. Ucapan tahniah yang ni paling mak-mak gerun selain tahniah part lain pasalnya banyak sebab. Kisah mengandung, bersalin, berpantang, menyusu bukan hanya menuntut pengorbanan fizikal malah mental, tak kena cara, merana hidup kalau tak ambil berat tentang semua perkara sebab yang menanggungnya tuan badan iaitu kitalah, mak-mak. As for me yang baru je melalui fasa hustle, bila anak dah menginjak ke angka hampir setahun berikan nafas lega sikit sebab dah boleh catch up banyak perkara terutamanya urus diri sendiri sebelum sambung ke fasa lain bila anak dah masuk umur setahun lebih. Penat lain pula nak hadap, ikutkan daya upaya, tenaga, kemampuan, sikit pun rasa takde upaya nak besarkan anak-anak punya berjujuk ni, hanya dengan pertolongan Allah sajalah ku dapat hadapi selama besarkan anak-anak ni yang penuh dengan segala cabaran juga. Fikirkan kudrat sungguhlah, rasa takde kudrat dah umur cenggini nak beranak pinak lagi.



So dapat faham sangat kekecewaan if yang dah masuk umur 40tahun± still dapat kejutan macam tu, sebab dah tak nak. Tapi yelah, yang ikat ka, yang telan bermacam pil dan tadah suntikan pencegahan setiap bulan, laki bini onzz sama-sama cegah dari terpositif ke, dah Allah takdirkan jadi juga, means tu memang rezekilah. Yelah bukan saja-saja tak nak, atas banyak faktor zaman kini, kewangan, masa, kesihatan malah pengalaman dan trauma sepanjang melalui proses tersebut kalau boleh part tambah anak ni tak semua orang nak dan ia bukanlah khabar yang mengujakan. So kalaulah ada button stop, button cancel, rasanya semua nak tapi bab 'anak' ni bukan kerja kita nak tentukan jadi tak jadi. So yang dah dapat berita 'mengejutkan apa yang kita nak dan rancang tak semestinya terbaik untuk kita, tapi rancangan Allah tentunya terbaik untuk kita. Syukur, redha dan buat yang terbaik. 


Terbaca luahan kecewa si bakal ibu yang dah merancang banyak perkara terutamanya bab bisnes tapi terganggu teruk dek berita tak terduga untuk ucapan 'tahniah' yang menakutkan ni. Ika rasa bukan sikit-sikit geng cemnikan? Yelah nak ke fasa redha ni bukan mudah, ada yang lalui stress, sedih, kecewa, gembira dalam keliru dan sebagainya. Since kelahiran anakanda bongsu, ku pun cemtulah, dia ada sedikit feeling insecure even now, takut-takut sangkut even dah cuba sebaiknya cegah.


Mengetahui diri hamil boleh membawa pelbagai emosi dan persoalan. Wanita yang telah mencuba untuk mendapatkan bayi akan sangat gembira dan bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya kehamilan mereka tetapi itu tidak selalu berlaku untuk semua orang kan? So macam mana nak hadapi situasi JIKA mommies mengetahui bahawa hamil tanpa dijangka?


Langkah pertama adalah sentiasa menarik nafas panjang dan cuba bertenang. Sama ada anda teruja, tidak pasti atau kecewa tentang kehamilan anda yang tidak dirancang, adalah penting untuk mempunyai fikiran yang jelas sebelum anda bergerak ke hadapan dengan keputusan yang akan menjejaskan sepanjang hayat anda. 


Hamil secara tidak sengaja tambah lagi mommies baru je habis edisi berpantang hampir setengah tahun bukanlah pilihan yang mudah dibuat  untuk teruskan dan untuk mengatakan tidak mengapa ianya sekejap saja. Terdapat banyak faktor yang masuk ke dalam keputusan yang mengubah hidup jika anda disahkan hamil lagi. Maklumat yang tepat dan objektif adalah penting dalam memilih laluan kehamilan yang tidak dirancang. Anda harus mempertimbangkan apakah matlamat peribadi anda pada ketika ini dalam hidup anda, apa yang anda mampu dari segi kewangan dan apakah perasaan sebenar anda hari ini. Selain mendapatkan nasihat profesional kehamilan yang tidak dirancang, pertimbangkan untuk bercakap dengan rakan dan ahli keluarga yang dipercayai tentang pemikiran dan situasi anda. Yang ni sangat penting, jangan pendam sorang-sorang tau. 

Selain tu, mommies (yang bakal tambah bilangan) atau new mommy juga boleh cari kumpulan sokongan kehamilan yang tidak dirancang atau support person terutamanya pasangan. Luangkan semua masa yang anda perlukan untuk membuat keputusan tentang pilihan kehamilan yang tidak dirancang. Akhirnya, pilihan ini hanya anda boleh buat. Jika anda memutuskan untuk teruskan kehamilan bagi yang baru bina perkahwinan, keibubapaan adalah tanggungjawab yang besar, tetapi ia juga merupakan perjalanan yang menggembirakan dan bermanfaat. Jika mommy memutuskan untuk membesarkan anak dalam kandungan, mulalah membuat persediaan untuk peranan baharu anda. Macam Ika dulu bila diuji, this feeling really made me now, alhamdulillah atas segala pengalaman, ujian, cabaran, semua tu dah jadi kenangan manis dah sekarang. The HIKMAH almost upside down journey. So yang bakal tambah ahli keluarga tahun ni, alhamdulillah rezekilah tu di tahun baru. Daku, alhamdulillah dah berulangkali lalui pengalaman "unexpected" ni, tetap cuak jugalah baca pengalaman orang. Yang penting bab ganti puasa kes bersalinkan terpaksa relalah selesaikan. Begitulah nasib kita mak-mak ni, hihuu. 


Notes: Daku terkecuali dari tahniah ni,ahahah. Kasi canlah daku nak merasa kurus, hahaha

1.17.2023

Pengalaman di Mongolia versi Rick Resort Teluk Intan

Bila ada anak-anak ni boleh buat alasan anak-anak boring, anak-anak ajak mandi kolam, anak-anak nak tidur hotel, mamanya boleh tumpang enjoy sama. Tapi nak buat alasan guna nama anak-anak ni ada batasan juga, bila anak dah cerdik boleh fikir dan timbang tara, dah pandai buat keputusan, dah ada life sendiri jangan sesuka hati guna term anak-anak yang nak sedangkan diri yang teringin, terus terang lebih baik, karang dok pendam, simpan jadi keladak tak cantik impaknya nanti. Yelah jadi mak-mak ni ada masa dan banyak kali rasa tak tergamak ni datang. Tu yang guna anak-anaklah sebagai penyelamat keadaan. Tapi bab berjalan, keluar dari rumah ni tambah takde plan apa-apa memang kerja partnerlah. Dalam banyak benda selama jadi housewife ni, memang bab keluar dari rumah dihujung minggu sememangnya ditunggu-tunggu even keluar cari air kelapa, cendol, pati soya, eh semua bab makan plak tu jadi sampingan mana tak kelaut azam kurus setiap tahun, hahaha. So bab keluar jalan-jalan ni selalu je onz tanpa halangan, tanpa alasan untuk menolak. Kuhargai sangat bab jalan-jalan ni tau sebab ku pernah perhati kehidupan seorang surirumah yang tak pernah berjalan-jalan, bila first time berjalan keluar negara terus dia macam shock dan terasa ruginya umur dah warga emas baru merasa nikmat melancong, even tempat dekat-dekat pun tak pernah ambil port. Sekarang even suami dah tak mampu bawa kereta sebab sakit, dia yang drive sendiri, bawa suami gigih dia pusing negeri berjalan-jalan kat rumah anak-anak dan ambil angin. So dari situ dapat pengajaran ketika ada masa, peluang dan tenaga ni ambil, guna, isi dengan baik sebab masa sudah tentu tak berulang.

Staycation kat tempat dekat pun teruja kenmain belaka. Dari nak main pasir, terus ke Sahom cari jeram berpasir kat Sungai Jahang, tapi kat sini memang arus air agak lajulah, memang tempat aktiviti berkumpulan buat water confident dan dan main jeram dengan boat ringan tu, entah apa dia dah namanya. Sampai je memang terkam pasirlah anak-anak, cari tempat duduk ada rumah kecil ala-ala wakaf kat sini untuk duduk seharian bersantai. Nak berkhemah pun takde masalah. Tapi tu lah musim tak menentu sekarang tak boleh agak tak sempat nak main pasir lama-lama hujan start turun. Turun moody belaka pasalnya nak main pasir dalam hujan tak boleh kes ada petir. Tak nak ambil risiko terus berkemas untuk balik. Kesian bila mood terpancung kat tengah jalan, Dari Gopeng terus suami decide ke Teluk Intan, cari tempat penginapan kosong berkolam. 

Sempat singgah packing baju untuk semalaman, sampai pun dah lewat petang dah pun, terus check in dekat Rick Resort dan keluar makan malam. So balik bilik rest dan main kolamlah, budak-budaklah. Daku kalau pergi hotel memang kerja nak tidur jelah, hahaha. Orang kata baik nikmati tempat kat hotel, barulah betul bercuti, sebagai full-time suri rumah, tempat cemnilah ku rasa baru boleh duduk berehat, tak buat apa, jadi tidurlah paling the best aktiviti, anak-anak kasilah partner settle. Dapat setengah ke sejam tidur tanpa gangguan pun heaven sangat dah, sebelum suami kejut anak nak susu. Susu cap gantung cemtulah, orang kata senanglah, tapi yang mengadap bermacam cabaran, apapun kita anggap jelah cabaran pun nikmat juga. 
So datang bermalam kat Rick Resort ni agak lain macam sikit sebab nak kata glamping pun macam juga, tapi lebih kepada Mongolian tent, sangat luas khemahnya, memang boleh tahan berguling, kebetulan masa tu tent yang kosong hanya yang berasingan dari bilik air. So nak pergi bilik air untuk mandi dan ke tandas kena keluar berjalanlah. Yang penting tempat tidurnya selesa, kolam mandi sangat besar dan luas. Kat Teluk Intan tak banyak sangat hotel berkolam, semata tempat tidur tu banyaklah. Tiap kali datang Teluk Intan, memang selalu cakap kitaorang kalau datang Teluk Intan bukan sesaja datang nak ambil gambar kat Menara Condong Teluk Intan, kalau datang asbab nak settle barang rumah atau barang rosak, sebab kat Teluk Intan nampak aje macam old version semua kedai tapi semua otai dan legend punya produk depa ada jual, buat servis. So kali ni dapatlah merasa stay kat Teluk Intan, macam buang tabiat kekdahnya. Biarlah asal anak gembira main kolam, dan daku dapat tidur dengan benar kejap sebab masa tempoh ni dalam fasa tempoh 'tidur-tidur ayam' ni. 

Kalau datang Teluk Intan nak bermalam dengan pengalaman berbeza bolehlah merasa tidur kat 'Mongolia' ni, dah dapat merasa yang ala-ala pun kira okay dah sebab nak tunggu yang real tak tahu bila dapat merasa kan? Rate pun agak affordable dan banyak pilihan bilik ikut kesesuaian keluarga dan bajet, kalau dapat grab masa promotion lagilah untung. Macam daku kalau datang Teluk Intan macam tak banyak idea nak buat apa, pergi mana. Since dah ramai share apa boleh buat kat sini, ku cadangkan sama aktiviti kat Teluk Intan ni nak buat apa. Sekarang pun dah banyak sikit pilihan tempat tidur berkolam private. Nak berjalan-jalan kat Teluk Intan ni cukup kot 2hari 1malam, dah settle satu Teluk. Biasa Teluk Intan famous dengan bab makan juga. Kalau untuk macam kami, Teluk Intan adalah tempat shoppinglah, jenis malas nak pergi bandar besar Ipoh, Teluk Intan the best and warm place to visit. 

Aktiviti Menarik:
River Cruise Teluk Intan
Lepak di Menara Condong 
Gerbang Malam Uptown Teluk Intan
Restoren Udang Galah Tepi Sungai
Ladang Moccis Sdn Bhd Teluk Intan
Pawangam Teluk Intan


1.12.2023

Idea Resolusi 2023 untuk Surirumah

Asal semua akaun medsos kena restricted, mulalah cari blog! Dakulah tu, awal-awal tahun lagi dah kena block semua akaun termasuk facebook sedang elok kisah panas yang membuat isteri berapi-api terkena tempias, tak pasal si mark dah hack daku buat dosa kering, walaupun tak tertahan rasa jari jemari nak komen, sabor sabor. So asal masuk tahun baru, blurr kejap. Yang tahunya rutin harian tetap sama, cuma tahun ni something bertambah, bila anak mulalah nak membekal means mamanya kena take some effort bangun pagi siapkan bekalan depa. Alhamdulillah so far so good disamping ada rutin baru, rutin yang lama terus tertinggal iaitu pulun tidur. Since anak bongsu pun dah menghampiri umur setahun, pun dah ada rutin sendiri, rasa lapang dan lega sangat sebab dah boleh urus diri sendiri dengan lebih baik berbanding half of past year, selebet selekeh, dan setara dengannya akibat tandem nursing, tak cukup tidur, anak masih takde rutin proper like this year. So untuk surirumah yang takde idea nak buat apa tahun ni kasi spark sikit 'life as fullhousewife' supaya lebih bermakna dalam melalui tahun yang penuh cabaran ni. 

1. Jangan mengumpat dan bergosip
Adeii, awal-awal tahun pun kita para isteri dah diuji dengan kisah viral, habis terkena tempias masing-masing even orang lain punya masalah. Bab ni ku pun terkalah sama, tak sempat naik tocang komen dan kasi pendapat, terus Facebook sama juga Instagram punya akaun kena restricted on the spot. Punyalah kasi halang dakulah bergosip sama, hangin je mampu scroll and rolling eyes dengan isu semasa. Takpe kita letgo dan doa yang baik-baik buat mereka terutamanya buat yang teraniaya. So nak stop gossip bukan mudahkan, bilamana ramai pula yang act terpaling suci konon takde kaitan, sebar aiblah, even from the same gender, 'angpa kena baru angpa rasa' agaknya, sikit pun takde empati kekdahnya si terpaling ni. Apapun kita sama-sama cuba ye, stop gossiping about others, permulaan tahun mungkin ni ujian kita semua. 

2. Puji diri sendiri even sekali dalam sehari
Yalah, nak tunggu laki puji sekali sekala baru dengar,praise yourself sekali sekala dengan some effort, habis masak, try sesudu hasil masakan "wehh, sedapnya aku masak, alhamdulillah Allah kasi sedap", as simple like that. Siapa lagi nak puji diri kita selain diri sendiri kan. Ahh, giteww. 

3. Pergi ke tempat yang tak pernah kita pergi. 
Keluarlah jalan-jalan tengok negeri/kampung orang lain. Selain kasi refresh mata, udara, boleh juga buka minda kita yang mungkin tak pernah terfikir tempat selain dari tempat kita biasa dok pi mai, pi mai sangat menarik. Kadang kita rasa buat cemtu buang masa, buang duit, tapi cubalah, mungkin mengubah pandangan kita seisi dunia hasil pergi ke tempat yang kita tak pernah pergi. 

4. Baca satu buah buku sebulan sekali
Rasa macam mustahil untuk yang bergelar mak-mak ni nak habis kan satu buah buku dalam tempoh sebulan,tapi takpe as long as ada buku, bacalah, dapat habiskan sebuah buku dalam tempoh 3bulan sekali pun okay berbanding tahun lepas satu buku pun tak sempat baca, kan?! 

5. Bersihkan segala keserabutan dan kekotoran. 
Tengok dalam rumah sendiri, banyak tak barang-barang rosak, baju tak muat, kitchen gadget jadi tukun, ambil nafas dalam-dalam, lepaskan! Letgo semua barang-barang yang tak bermanfaat atau tak bagi manfaat dah buat kita. Ye, proses declutter ni sangat rumit, berat dan payah untuk sesetengah manusia, tapi cubalah, insyaallah selain lapang rumah, dengan hati, perasaan, mata pun sama lapang bila dah buat proses declutter. Buat je! 

6. Berjimat atau kurangkan pembaziran. 
Ahh yang ni memang seiring dengan isu semasa, realiti yang dihadapi kita semua tak kiralah dari kos minyak, kos nak makan sehari-hari untuk sekeluarga, semua dah naik mendadak, even telur pun dah macam untuk orang kayangan makan. Nak kurangkan pembaziran dan jimatkan segala sudut perkara, antara salah satu usaha adalah "rajin". 

7.Perjalanan dengan bajet yang kecil.
Ramai orang banyak berfikir nak melancong perlu mewah dan percutian perlu mahal untuk mereka merasa seronok. Itu hanyalah pemikiran yang sempit, nak melancong dengan bajet kecil dan ikut kemampuan diri adalah pilihan kita sendiri, nak melancong kat tempat free pun agak terhad sekarang sebab ramai dah ambil kesempatan, nak tengok pantai pun kena bayar, nasiblah. Tapi kena cara, tahu tempat menarik yang tak perlukan kos tinggi malah percuma, rezekilah tu. Melancong mengikut bajet adalah mengenai fleksibiliti dan kesanggupan kita sendiri lah mengorbankan sedikit keselesaan dan kemewahan demi melihat dunia dan mendapat pengalaman yang mengubah hidup serta mindset sepanjang perjalanan, percayalah kadang-kadang pengembaraan lebih manis memorinya. 

8. Tulis satu perkara yang anda bersyukur untuk setiap malam.
Bersyukur ni tak tunggu malam, on the spot everything yang berlaku baik atau buruk,kita belajar untuk cakap alhamdulillah. Pahala dapat, lapang dada pun dapat, insyaallah,nak lagi power akhiri malam dengan rasa syukur untuk sepanjang hari yang dilalui dan kita akan berasa lebih baik sebelum lelapkan mata. Yelah, esoknya belum tentu lagi Allah bangunkan kita di alam yang sama, kotlah dah berpindah alam selepas kita lelap, ahh seram pulak! Pointnya bersyukur. 

9. Banyakkan minum air.
Nampak mudahnyalah haii, minimum air pun kena masuk list ka? Ye, perlu sebab ada orang tak sempat minum air, atau terlalu banyak telan air manis. Kita mungkin pernah mendengar bahawa badan kita memerlukannya sekurangnya 75 peratus air untuk mengelakkan diri kita mengalami dehidrasi kronik. Jadi minumlah!

10. Buat simpanan
Ambil sebahagian daripada gaji atau wang saku yang kita dapat dan simpanlah dalam simpanan atau pelaburan, beli emas pun pelaburan tau even seketul cincin emas 916 berharga rm300±. Even RM10 kat Tabung Haji pun dikira simpan, so walaupun hanya peratusan kecil di simpan benar-benar boleh menambah hasil. Rancang untuk masa depan dan jangan bodoh dengan wang anda. Begitulah, pelangi tak selamanya indah, selalunya hilang tiba-tiba tanpa bagi tanda! 

11. Hentikan multitasking.
Kita ni jangan terikut dengan laungan superwoman, kita hebat, kita boleh buat apa saja, ada masa bila terlalu push diri sendiri, kita jadi benyek, hilang wawasan sebab jadi lebih dari bibik yang takde waktu rehat. Ada masa kita kena tahu batasan kemampuan sendiri, ada masa kita kecewa, penat, letih, malas tapi kita pilih untuk jadi 'terpaling' memang boleh mengundang bala. Terlalu banyak buat tugas boleh membawa kepada masalah ingatan, ia mengurangkan bahan kelabu otak kita, ia menjejaskan produktiviti dan kecekapan, malah ia boleh meningkatkan tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Fokus pada satu perkara pada satu masa. Kita semua cuba okay. 

12.Bercakap dengan diri sendiri dengan kebaikan.
Haa, yang ni rasanya ramai surirumah buat, yelah nak menghabiskan sepanjang hari, tentu saja ada moment yang buat kita bercakap dengan diri sendiri. Alang-alang bercakap tu, bagitahulah benda baik-baik untuk diri, kalau asyik dok bebel dan komplen lama tak lama memang buat letih dan sakit otak tambah lagi kalau diri sendiri dok kritik diri tanpa henti. Ingat ye perkara terjahat yang kita lakukan adalah meragukan diri sendiri apatah mengutuk diri, oleh itu berhenti! Fikirkan dan cakap perkara yang lebih baik tentang diri anda.

13.Jangan beli barang yang anda tidak perlukan. 
Ada beza beli barang yang kita nak atau beli barang yang kita perlukan, kadang yang kita perlukan tak semestinya kena beli, eh berbelit gitu. Apapun percaya beli barang semasa ianya trending, popular, bukanlah sesuatu perkara yang bijak, kadang kita letak sesuatu perkara sama dengan orang lain sedangkan kita sebaliknya. Selain ianya tabiat buruk, dan sememangnya kita orang perempuan suka membelanjakan wang walaupun tanpa sebab yang kukuh tapi jika kita tidak memerlukannya? Jangan beli. Kadang bermacam alasan kita cipta untuk membolehkan kita beli sesuatu bendakan, so sebelum buat keputusan betul-betul beli, renung balik ruang dapur, ruang tamu dan segalanya adakah kita dah fully optimize guna supaya kita tak buang duit beli benda yang kita bakal guna pada waktu tertentu sahaja. 

14. Simpan Jurnal Catatan
Percaya tak bahawa catatan jurnal boleh membantu memerangi kebimbangan, tekanan dan kemurungan. Walaupun anda hanya menulis beberapa ayat, anda boleh mendapat manfaatnya. Pernah tak korang baca sharing artikel tentang brain dump? Untuk yang terlalu banyak sangat fikir, kadang rasa datang jammed dalam kepala, haa elokler pergi cari sebuah buku kosong dan mula catatkan apa yang dalam kepala tu. Seriously, Ika dah amal, alhamdulillah it's really really help. Wajib cuba buat! 



 15. Bersihkan kereta anda. 
Bila ada youtuber buat video, "tunjukkan tanpa suara bila wanita guna kereta" dan lelaki tu pergi kutip sampah tepi,depan belakang tempat duduk. Sumpah tergelak besar, tak tahulah semacam betul dan tepat sangatlah begitulah bila para isteri guna kereta dengan anak-anak,dia punya sepah ya rabbi walaupun anak yang buat sepah. So apa kata sebulan sekali at least buat pembersihan dalam kereta. 

16. Keluarkan peluh. 
Rasanya mustahil surirumah tak keluarkan peluh even sekali dalam sehari, berkejar siapkan anak-anak, kemas rumah, dan segala aktiviti dalam luar rumah pasti buat berpeluh tapi apakata kita tambah spark sikit bab berpeluh dengan aktiviti selain rutin seperti berjalan atas treadmill misalnya. 

17. Bersikap baik di media sosial. 
Hmm yang ni kita sama-sama bertabah dan banyak menahan diri walaupun banyak kali kalah dek hasutan nafsu, awal-awal tahun medsos dah memanggil kita semua supaya kecoh sama. Apapun mari kita sama-sama berusaha untuk lebih berempati dengan orang yang tidak dikenali dan membalas komen orang lain di internet dengan baik, dan jangan biarkan kebencian atau buli menjadi motivasi untuk kita jadi jaguh berinteraksi di platform alam maya. Kita cuba okay, bak kata lakiku, telefon berintenet ni kadang bala juga, serampang beribu mata kekdahnya, use wisely okay. 

18. Lepaskan dendam. 
Bukankah lebih baik untuk memulakan 2023 dengan catatan yang bersih? Tinggalkan kebencian. Kebencian, kemarahan, dendam sooo yesterday, so just be better muslimah adalah target kita semua, betul tak?

19. Banyak memasak dalam masa sama pergi restoren yang berbaloi. 
Ahaa, yang ni Ika suka, since tahun lepas memang hidup chaos sangat, pagi tak boleh celik mata, kes tak cukup tidur, kesinambungannya tengahari buta baru bangun, kelibut bersiap ambil anak sekolah, balik ribut masak, kadang pergi ambil anak balik sekolah dengan tak mandi pun, alhamdulillah good starting asbab dryer rosak, rutin baru jadi lain 360darjah dan lebih teratur. So one of them lebih banyak memasak, sebab anak minta berbekal since hari pertama buka sekolah, sedang elok tahun ni tukar tong gas, punyalah lama tong gas tak bertukar. So yang dah ada gadget masak canggih, mahal, biarkan berbaloi anda miliki dengan menggunakannya. Jangan jadi tukun, ni cakap kat diri sendiri, ahahaha. Lagi satu bab makan kat luar cubalah cari restoren yang berbaloi kita cuba makanannya, yelah ada masa kita nak tukar selera orang tolong masakkan.

20. Kurangkan waktu Skrin
Perasan ke tidak kita dok kata anak-anak sekarang ketagih gadget dan skrin,padahal kita yang dewasa ni lebih-lebih lagi. Mari kita sama-sama kurangkan waktu dialam maya lebihkan menikmati alam realiti. Skrin memang buat kita asyik, sukar untuk berhenti, apakata set masa tertentu supaya kita lebih fokus terhadap sesuatu perkara.

So yang takde idea mana nak mula bolehlah pilih dan buat yang mana satu, buat sikit dan perubahan kecil takpe asalkan kita jalan terus dan istiqamah dari buat perkara besar namun terhenti ditengah jalan, reminder to myself too. Ika kongsikan satu cerita supaya kita ambil pengajaran dari sesuatu cerita.

Ada satu kisah seorang lelaki yang sangat suka mengembara menggunakan motor besar dengan sekumpulan rakan-rakannya. Dia berjiwa bebas dan sangat bahagia dengan kehidupannya ketika itu. Sehinggalah suatu hari dia bertemu jodoh dalam pengembaraannya. Dari cinta dan kasih, hidupnya berubah 360° selepas berkahwin dengan cinta hati tambah lagi bila mereka memiliki anak. Namun dari tahun ke tahun hidupnya berasa kosong.

Kehidupannya yang sibuk dengan rutin suami dan melayani karenah anak-anaknya. Dia mula menyalahkan diri sendiri, merasakan dirinya tak berguna. Merasakan tiada bahagia dan kegembiraan walaupun dikelilingi isteri anak-anak dan keluarga. Dari situ hidupnya mula teruk, meminum arak dan membuang masa dan terus-terusan menyalahkan diri. Si isteri mula bimbang dan sangat sedih dengan perubahan suaminya, mula mencari bantuan. Dia berjumpa dengan pakar psikologi dan dan menceritakan masalah suami dan rumahtangganya.

Hinggalah si isteri dapat memujuk si suami untuk turut sama mendapatkan nasihat dan kaunseling. Ketika saat bertemu mata, sang pakar bertanya "apakah yang membuatmu merasakan bahagia dan gembira?",

Lama terdiam dan berfikir.

"Aku merasa bahagia dan bebas ketika aku menaiki motor dan mengembara keseluruh pelusuk tempat yang aku ingin pergi",

 "nahh, kamu sudah bertemu jawapannya, kenapa tidak kau lakukannya?", tanya sang pakar. 

"owh, masihkah boleh aku lakukan perkara seperti itu walaupun kini aku sudah mempunyai keluarga?",tanyanya seakan terkejut.

"sudah tentu, malah kamu boleh mengajak mereka bersama-sama kamu menikmati momen itu, bukankah itu kebahagiaan kamu", sambung sang pakar.

Maka, balik daripada sesi kaunseling itu, si lelaki tadi menuju ke garajnya membuka penutup motor berkuasa tinggi yang telah lama dilupakannya. Dia mula membaiki dan menambahbaik dengan menambah tempat duduk untuk membawa anak-anaknya bersama. Sekali lagi kehidupannya berubah sepenuhnya.

Dia kembali mengembara berkumpulan namun membawa keluarganya bersama, dan kegembiraan dan kebahagiaannya berganda dinikmati. Anak-anak juga sangat gembira. 2 tahun kemudian, si isteri datang bertemu sang Pakar, "terima kasih doktor kerana membantu suami saya menemui kebahagiaannya, selepas sesi kaunseling kehidupan kami teramat bahagia. Suami buat segalanya dengan cara terbaik untuk kami dan anak-anak, hidupnya sangat bermakna", doktor turut gembira mendengar perkhabaran itu".

"Suami saya telah meninggal dunia kerana kemalangan ketika pengembaraanya namun kami semua terima pemergiaannya tanpa rasa kesal kerana dia pergi dengan keadaan yang bersedia, dia capai segala impian dan hasratnya." Anda dapat sesuatu daripada cerita ini? Jangan sesekali melupakan impian dan kebahagiaan diri walaupun apa jua keadaan kita, kerana itu semua hanyalah alasan yang dicipta diri.

Kejar dan realitikan impian kita, anggaplah halangan dan cabaran sebagai pemangkin semangat untuk melonjak dengan lebih tinggi. Macam kitalah surirumah, selalu kasi alasan impian terkubur, impian dah tiada, tipulah. Semua ada impian, asalkan kita buat dan capai impian mengikut cara kita tersendiri. Ada surirumah suka berniaga, ada surirumah anggap berniaga tu beban, cukup dengan 'menghabiskan' duit suami membahagiakan, dah terasa cukup, pun tiada masalah. You do you, even if you takde pendapatan, mesti surirumah tahu nak saving kat sudut dan bahagian mana. Bahagia kita jangan disamakan dengan bahagia orang lain kerana tentunya cara dan penerimaan kita semua berbeza. Rasa kecukupan kita semua tak sama dan yang paling penting kita semua boleh bahagia dengan cara tersendiri. Big dreamer always don't give up. 2023 ciptalah spark luarbiasa walaupun untuk kehidupan seorang surirumah.