Pages

Pages

1.23.2023

Petua Umum dan Amalan.

Sharing dari whatsaap berzaman, ada yang betul-betul menjadi dan mustajab, ada yang boleh dijadikan panduan, tak berkait dengan sesiapa, yang yakin boleh cuba. Kalau ragu-ragu tak payah sebab petua ni atas rising sendiri nak cuba. Apapun banyak juga petua yang ku buat berkesan, biasa petua ni datang dari orang-orang tua berpengalaman yang dah lalui asam garam hidup dengan sumber yang ada sekeliling. 



Menghindari Penyakit
Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru. (Yang ni ku buat selain amal bacaar zikir pagi) 

Menahan Nafas
Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan. (Tak pernah buat, minum wajib dalam keadaan duduk je) 

Memulihkan Sakit Jantung
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam. (Tak pernah buat) 

Menghindarkan Sakit Jantung
Elakkan tidur pada waktu siang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari. (Biasaku buat tidur qailullah, tidur sekejap sebelum masuk wants zohor) 

Menghilangkan Bisa-bisa Tulang
  • Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.
  • Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu.
  • Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa.
(Biasaku buat sapu minyak nona roguy botol ungu dan bertungku)

Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-
  • Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  • Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
  • Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
  • Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
  • Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
(Biasaku buat kecuali ku mandi air rebusan serai wangi+pandan) 

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:-
  • Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  • Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  • Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
(Biasaku buat kerap minum air rebusan akar kayu dan air kosong sahaja) 

Telinga Dimasuki Air
Jika telinga kiri anda dimasuki air, mengiringlah ke sebelah kiri. Lakukan juga seperti ini sekiranya telinga kanan anda dimasuki air. (Biasaku buat begini) 

Mengelakkan Kelesuan Ketika Haid
Cara untuk mengatasinya ialah :-
  • Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih. Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.(Biasaku bertungku) 

Memerahkan Bibir
Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari. (Tak pernah buat lagi) 

Rawatan Anak Demam Panas
Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.(Biasaku buat air lemon+asam jawa) 

Demam Panas
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian. (Pernah juga buat) 

Apabila Terkena Air Panas
Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan telur putih. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi. (Biasaku buat) 

Bawang Putih Bunuh Kutu
Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu. (Biasaku buat dulu guna guna dan garam, larutkan garam dalam air sedikit dan tambah cuka, basahkan dengan air tersebut dan perap rambut dengan wrap kepala dalam 30minit) 

Bengkak Akibat Terjatuh
Campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut. (Biasaku buat gumpal kain jadi bunjut kecil guna hawa nafas kat bunjut kecil tu hingga jadi suam sambil selawat dan tuam tempat bengkak)

Batuk
Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:
  • Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
  • Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
(Biasaku buat air panas campus halia+perahan limau nipis, Kumur air garam pagi dan sebelum tidur, minum air rebusan cengkih atau telan kapsul cengkih) 

Sakit Angin
Jika anda terkena senak perut dan selalu sendawa angin minumlah air rebusan ini :-
  • Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali. (Biasaku buat minum air halia dan bertungku) 
  • Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia.

Memulihkan Tenaga Lelaki
  • Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengah gelas air. Tapis dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Setelah itu campurkan pula gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.
  • Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudian diikuti dengan meminum akar kayu.
(Tak pernah buat lagi, biasaku tungkukan je suami) 

Mengubati Sakit Mulut
Anak anda mengalami sakit mulut. Rawatilah dengan cara berikut.
  • Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air.Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih.Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.

Bibir atau Lidah Pecah Akibat Tergigit
  • Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah ke tempat yang pecah. Dalam masa dua hari, luka akan sembuh.
  • Sapukan garam atau marjerin cair pada tempat yang sakit. Rasanya agak pedih sedikit.

Cairkan Lendir di Tekak
Makan anggur tiga kali seminggu untuk mencairkan lendir di tekak.
(Biasaku buat bawah putih mentah cincang halus, campur dengan madu, biarkan seharian dalam bekas tertutup, ambil 2 ke 3kali sehari)

Daun Pucuk manis Ubat Pitam
Ramas sedikit pucuk manis dengan air. Embunkan semalaman. Pada keesokkan paginya, lumurkan di kepala. Lakukan beberapa kali. (Tak pernah) 

Daun Sirih Ubat Kembung Perut
Kebiasaannya bayi berusia enam bulan ke atas mengalami kembung perut, cara yang paling mudah mengubatinya ialah : Layurkan dua helai daun sirih. Setelah itu barutkan pada perut bayi. (Biasaku buat sapu minyak balm bawang putih atau sapu minyak nona roguy botol ungu) 

Penawar Sakit Kepala
Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini :
  • Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air. Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.
  • Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
  • Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.
  • Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.
  • Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.
(Semua tak pernah cuba, ku hanya minum air halia+perahan lemon je) 

Menambahkan Darah
Cara-cara untuk menambahkan darah (yang hilang) dalam badan anda ialah :
  • Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang.
  • Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus. (Yang ni pernah buat, selain tu ku minum air kisaran beetroot) 

Mengurangkan Tekanan
Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.

Memulihkan Rasa Gatal di Kemaluan
Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau rasa kurang selesa. (Tak pernah buat, tapi keputihan melampau hingga timbul ketulan ketulan putih lembut macam cotton atau yogurt sangat banyak, sapu minyak kelapa dara hingga ke dalam rongga vagina insyaallah settle dalam 3hari-pengalaman) 

Penawar Batu Karang
Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari. (Tak pernah lagi) 

Anak-anak Demam Berlarutan
Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan keseluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali. (Pernah buat sekali-berkesan, tak repeat buat pasalnya payah nak cari bunga raya) 

Elak Keracunan Udang atau Ketam
Sebelum memasak, rebus dahulu udang/ketam dengan sedikit arang kayu. Biarkan selama lima minit. Kemudian masaklah mengikut kesukaan anda. (tak pernah buat) 

Mententeramkan Jiwa
Cara untuk mententeramkan jiwa ialah dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu malam atau pagi. (Wajib buat) 

Gusi Berdarah
Terdapat dua cara di sini untuk merawati gusi berdarah :
  • Ambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi tidak berdarah lagi. (Pernah buat) 
  • Rebus dua helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabila mengelegak, campurkan sedikit asam gelugur dan garam. Biarkan seketika. Apabila suam berkumurlah. Amalkan setiap pagi dan malam

Bibir Pecah Akibat Kepanasan
Campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata. Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas. (Biasaku buat kerap minum air suam) 

Hentikan Muntah
Muntah biasanya terjadi akibat salah makan. Ini akan menyebabkan badan penat dan terasa sakit. Langkah yang sebaik-baiknya ialah mengambil buah pelaga yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air panas. Berikan kepada yang sedang muntah untuk diminum. (Biasaku buat minum air teh pekat, rendam 7uncang teh dalam Satu cawan atau minum air rendaman kulit delima yang dikeringkan) 

Hilangkan Rasa Pijar
  • Jangan basuh bahagian yang pijar. Sapukan dengan minyak kelapa. Biarkan seketika. Pijar pasti hilang.
  • Ambil seuncang daun teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalam air batu buat seketika. Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar. Rendamkan berulangkali agar uncang teh itu terasa sejuk.
(Biasaku buat dental dengan garam atau rendam dalam air suam atau sapu minyak angin) 


Tersusuk Duri
  • Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut. Insya-Allah pada pagi esoknya sakit akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.
  • Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudian bakar hingga hangus. Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut.
(Biasaku buat sapu minyak angin atau sapu pes asam jawa) 

Ruam
Bayi yang baru lahir biasanya mudah diserang ruam panas. Untuk menyembuhkan ruam panas ini, gunakan kanji nasi . Caranya ialah :-
  • Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam panas.
  • Tumbuk ragi yang sederhana besar. Selepas itu diayak. Kemudian campurkan dengan bedak. Sapukan pada kulit bayi.
  • Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan pada kulit yang dipenuhi ruam. Ulangi beberapa kali sehingga ruam itu sembuh. (Yang ni pernah buat dan jadi) 

Penawar Bisul
  • Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh
  • Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.
  • Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.
  • Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering. (Pernah buat dan berkesan) 
  • Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.

Mencantikkan Kulit Bayi
Campurkan tiga suku tepung kanji dengan air suam. Kacau kemudian mandikan bayi. terus lapkan badan bayi tanpa bilasan air lain. (Tak pernah) 

Ketuat
  • Ambil abu ubat nyamuk. Bancuhkan dengan air. sapukan pada ketuat setiap hari. Dalam beberapa hari ketuat akan hilang. Insya-Allah.
  • Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya tanpa rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut yang hodoh.

Menghilangkan Rasa Lenguh dan Letih
  • Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih.
  • Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air. Sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga hilang lenguh-lenguh tersebut.
(Tak pernah buat, ubat letih daku tidur je, tak buat apa-apa) 

Mengubat Kaki Terseliuh
Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa. (Sapu minyak angin dan tuam je) 

Kurangkan Bercakap
Banyak bercakap boleh menyebabkan didatangi penyakit. (Banyak buat, hahaha,surirumah nak canal dengan siapa uii, tunggu laki anak-anak balik baru boleh borak) 


Kurangkan Penyakit Darah Tinggi
  • Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan satu sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum dan bawa berehat.
  • Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. tapis dan minum setiap hari.
  • Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan selalu.
  • Amalkan makan bush belimbing besi
(Biasaku buat guna jarum yang cek kadar gula tu, tekan kat semua hujung jari, kasi keluar darah sikit semua jari dan alhamdulillah berkesan) 


Mabuk Kenderaan
  • Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.
  • Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya semasa dalam perjalanan.
(Biasaku buat tampal koyok dan sapu peppermint oil hujung hiding dan belakang telinga) 



Melegakan Cirit Birit
  • Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu cawan teh o pekat kemudian diminum.(Biasa buat dan berkesan lagi satu ku telan pilot che kat tae un) 
  • Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. Tempelkan pada perut dan balutkan dengan kain
  • Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit.

Sukar Buang Air Besar
Kupas kentang lalu dihiris. Tempelkan hirisan tersebut pada bahagian pinggang dan dubur anda. Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabu atau kering, berbeza dari warna asalnya.
(Biasa buat kerap minum air atau air sunqick+susu) 

Bayi Sukar Buang Air Besar
Ramas beberapa helai daun keledek. Ambil lendir tersebut dan sapukan pada perut bayi. Biarkan ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari. (Tak pernah buat) 

Melegakan Sakit Akibat Terkepit
Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit. Ulangi beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan. (Tak pernah buat, good sambil selawat je) 

Melegakan Tekak Perit
Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan seketika. Kemudian minum airnya.

Menajamkan Penglihatan

Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan kerap memandang sesuatu yang hijau.
Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis.
Bercelak ketika hendak tidur.
Kerap duduk mengadap kiblat.
Makan lobak putih selalu.

Bengkak Pipi Akibat Sakit Gigi
Tumbuk lumat segenggam daun bunga raya. Letakkan pada pipi yang bengkak. Biarkan sehingga sakit gigi lega.

Jika Terminum Racun
Minum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah dapatkan rawatan selanjutnya dari doktor.

Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang
Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk mengelakkannya, rendamkan bawang tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas kulitnya.

Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus
Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. Amalkan memberi minuman ini selama seminggu.

Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak
Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garam jantan, minum tiga kali sehari.

Mengubati Senggugut
  • Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
  • Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama tiga hari.
  • Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.
  • Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.
(Tak pernah) 

Merawat Hidung Berdarah
Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang berdarah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di atas dahi. (Biasa buat baring dan angkat sikit kepala macam mendongak) 

Cengkam Kuku Yang Bernanah
Gunting cili di bahagian hujung cili kering. Kemudian salaikan pada api dalam tempoh lebih kurang lima saat, jangan sampai hangus. Selepas itu titiskan minyak perlahan-lahan ke bahagian kuku yang bengkak. Anda akan terasa panas dan sakit sedikit, tetapi hanya sebentar dan akan kembali seperti sediakala. (Tak pernah) 


Berkudis
Cara untuk menyembuhkan anda yang berkudis ialah dengan menumbuk daun inai dan kemudian tempekkan pada luka atau kudis tersebut. (Tak pernah buat) 

Bengkak Kaki Waktu Hamil
Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam kuali. Masukkan satu gelas air ke dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga bengkak tersebut surut.
(Biasaku buat tidur kaki letak atas bantal Tinggi sikit dari kepala) 

Resdung
Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu. (Tak pernah buat) 

Menghapuskan Bulu Roma
Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau kaki yang ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas dengan air bersih. (Biasaku buat sapu limau purut dan kapur, tu pasal bulu ketiak jarang tumbuh) 

Gastrik
  • Parut satu inci kunyit hidup dan perahkan airnya. Kemudian campur dengan tiga sudu madu lebah dan satu biji telur ayam. Amalkan meminumnya dua kali seminggu. Anda akan rasa perbezaannya.
  • Parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari. Air perahan kunyit itu dicampur dengan kuning telur ayam kampung. Kacau sebati kemudian minum. Ulangi meminumnya beberapa hari dan anda akan terhindar dari sakit pedih ulu hati.
  • Campurkan buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumnya dua kali sehari. (Pernah buat dan berkesan) 

Meredakan Demam Campak yang Menyerang Anak
  • Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama semangkuk air. Sapukan dari kepala sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi dua hingga tiga kali dalam sehari.
  • Segera beri minum air kelapa yang muda. (Pernah buat dan berkesan) 

Mengubati Kecacingan
Tumbuk beberapa potong pinang kering. Kemudian rendam dalam air panas. Campurkan dengan air panas. Minum setiap hari sehingga sembuh. (Biasaku buat minum teh daun gelenggang) 

Tercekik Tulang
Kepal-kepalkan nasi, kemudian terus telan. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan seterusnya di hospital. (Biasa ku korek je) 

Melawas Kencing
  • Kisar dua potong nanas yang kurang masak dengan dua gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari.
  • Rebus secekak daun pegaga. Tinggalkan sehingga menjadi dua gelas air. Minumlah sekali sehari. 
  • Jumpa doktor. 
(Biasaku buat minum air rebusan barli dan berkesan) 

Mengubati Gelgata
  • Layurkan beberapa helai daun sirih. Sapukan pada bahagian yang ditumbuhi gelgata.
  • Hancurkan beberapa helai daun kunyit. Kemudian sapukan pada bahagian yang terkena gelgata. (Tak pernah) 

Sakit Disengat Lebah
Tumbuk asam jawa dengan sedikit air. Tampalkan pada tempat yang disengat lebah. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan lanjut dari doktor.(Pernah tapi sapu minyak angin dan pes asam jawa, berkesan) 

Kejang Perut
Tumbuk beberapa helai daun betik. Perah airnya dan minum sekali sehari. Amalkan seminggu dua kali. (Biasa suami buat amal ambil 2sudu minyak zaitun sebelum makan pagi dan sebelum tidur)