Bila lantai rumah, tapisan lubang bilik air asyik penuh dengan rambut, ada benda yang tak kena ye. Jangan ambil remeh. Rambut kita ni terdiri daripada 95% keratin. Kita kehilangan keratin seiring dengan peningkatan usia yang melemahkan akar umbi rambut, menyebabkan rambut kering dan mudah putus terutamanya ketika menggunakan sikat atau produk penggayaan rambut. Namun bila jadi mak-mak ni, tengok rambut gugur kat lantai macam kena tabur sekata(punya banyak rambut gugur) boleh buat diri lagi stress ye. Sekarang ni memang fasa teruk rambut gugur. Punya teruk tahap gugur tu sampaikan semua tempat dalam rumah ada rambut. Tak pernah lagi alami keguguran rambut seteruk ni.
Nak tak nak kalau dah cemni gaya, kena paksa start tukar gaya pemakanan yang banyak hauk lepas habis pantang ni. So apakah persamaan yang ada pada rambut, kuku dan kulit? Tentulah Keratin! Ia adalah sejenis protein yang memberikan kekuatan, struktur dan ketahanan sebagai pelindungan terhadap kerosakan pada rambut, kuku dan kulit. Keadaan rambut, kulit dan kuku anda adalah petanda kepada kemungkinan kekurangan nutrien seperti protein, zink kerana ia penting untuk penghasilan dan replikasi DNA, untuk menghasilkan jumlah keratin yang sihat.
Pernah tak baca artikel "bila suami perasan rambut banyak dilantai akibat gugur, mulalah rawat isteri", tapi biasalah makhluk bergelar isteri, mak-mak ni biasa dalam kategori 'degil' sebab rasa badan masih rasa sihat, dapat buat kerja. Sedangkan badan sebenarnya letih dan penat, rambut gugur tanda badan dah mulai mengalami keradangan. Lagi utama, tak perlu tunggu orang lain alert, suami ka, siapa ka, cukup diri sendiri sayang kat diri je, ambil cakna tentang kesihatan diri. Dah perasan, take action, ambilkah suplemen ka, jaga makan ka, atau produk yang support rambut tumbuh.
Banyak punca rambut gugur, protein tak cukup, badan stress dan penat, tak cukup nutrisi. 'Masalah' sebegini biasanya di anggap normal, biasalah. Lama-kelamaan menjadi penyakit kronik dalam tak sedar. Buat mommy yang mula perasan banyaknya rambut dilantai, petanda itu sangat tak baik puncanya hormon dalaman kita tak stabil.
Protein ni asas untuk tubuh badan kita, 70% dari badan kita ni terbina dari protein, bila protein badan kita tak cukup, mulalah protein yang sedia ada ambil protein dari sumber yang terhad dalam tubuh badan kita untuk pastikan organ dan tubuh kita berfungsi sebaiknya. Ambil dari rambut, kuku darah dan sebagainya untuk topup yang lompang, lama kelamaan simptom kuku rapuh, rambut gugur, kulit kusam tunjuk taring, makin menjadi-jadi. Punca utamanya kurang protein, zinc benda yang paling basic untuk sel-sel tubuh badan.
No wonderlah seiring belaka simptom ni berlaku kat diri sendiri sekarang, kuku rapuh mudah patah, rambut gugur teruk, paling sadis kulit ketara menua kekdahnya sebab tak cukup nutrisi dan kurang nutrien zink. Ni kalau sudah tahu punca, tapi tak insaf memang sengaja cari penyakitlah. So bila rambut gugur, pastilah ada benda yang kurang dari tubuh kita sendiri.
Antara tips yang boleh amal bila rambut gugur adalah:-
1. Jaga pemakanan
Banyak jenis sumber makanan yang atasi rambut gugur. Kerana sember makanan tertentu pastinya punya mineral yang berbeza dan manfaat untuk sel tubuh badzn termasuk rambut. Antara sumber makanan yang baik untuk menyokong rambut yang sihat adalah bayam, lentil, lobak, keledek, telur, sumber tenusu, oat, walnut, daging ayam dzn banyak lagi sumber omega, protein, zink, biotin, vitamin B, vitamin E, magnesium, vitamin A dan juga asid folik yang diperlukan untuk memulihkan kesihatan sel darah merah yang membekalkan kulit dan kulit kepala dengan oksigen yang sangat diperlukan.
2. Elakkan penggunaan produk yang punya bahan kimia terlalu tinggi dan tersembunyi disebamik perkataan organik. Yelah, zaman sekarang semua nak claim bahan organik, padahal selambak bahan kimia yang tak baik untuk jangka masa panjang. Pilih bahan semulajadi untuk memperbaiki struktur rambut yang rosak seterusnya yang boleh membuatkan rambut gugur. Antaranya santan kelapa peram kat rambut sejam dua, pastinya hasil memuaskan kerana ianya dapat atasi rambut gugur. Selain tu cubalah cuka epal cider yang dapat atasi masalah kelemumur yang dapat bersihkan kulit kepala dan kekalkan pH rambut dan galakkan rambut tumbuh cepat. Perahan air limau kasturi juga sangatlah bagus untuk kesihatan rambut. Tapi tak semualah suka oldschool petua ni, yang berkenan boleh buat. Limau kasturi tu tahan seminggu baunya kat rambut bonus licin bak sutera. Tak cuba tak tahu.
3. Layani rambut anda sesuai dengan namanya, 'mahkota' kepala. Jangan kerap sikat rambut kalau dah tahu rambut kerap gugur, dan janganlah seksa rambut sendiri dengan guna mesin pengering rambut. Haba panas akan sebabkan akar rambut rosak dan rambut jadi mudah patah. Biar je rambut kering dengan udara semulajadi. Lagi satu kurangkan warnakan rambut, kerana bahan kimia akan terserap ke dalam helaian rambut hingga ke akar dan akhirnya merosakkan rambut.
4. Untuk mak-mak yang lepas bersalin dah habis pantang, tempoh 6bulan pertama memang mencabar sebab hormon kita masih belum on track lagi, yelah 9bulan kot celaru haru biru segala hormon, tambah lagi part emosi sepanjang handle si kecil dengan anak-anak yang lain. Give it yourself time okay, jangan paksa diri. Berhenti buat sesuatu bila perlu berhenti, jangan paksa diri. Rumah boleh berkemas nanti-nanti, badan diri sendiri jangan bernanti-nanti, jangan bertangguh jaga part makan, jangan bertangguh part jaga kesihatan sendiri, kerana dirimu sungguh berharga okay. Jangan dok fikir 'alah rambut gugur je kot'.