Pages

Pages

6.04.2026

Cuti Sekolah & Raya Haji 2026

Alhamdulillah maka selesailah hari ni percutian selama seminggu di kampung, pecah rekod juga untuk kami laki bini stay kat kampung lebih dari 5 hari. Sempena cuti sekolah dan raya haji, balik kampung kali ni lamalah sikit sebab kami ambil peluang buat family day, dan aku agak bukan family aku ja buat cemtu, orang lain pun sama sebab time ni ja anak-anak asrama kita cuti, mak pak pun cuti sama. Kira semua ambil peluang yang sama. Jadi jangan marah-marah semua tempat percutian kat Malaysia jem teruk terutamanya paling disebut-sebut Terengganu dan Cameron Highland, sesak teruk tak boleh nak describe. Apapun chill jelah, dah itu aja masa yang kita semua lapang, dan mampu untuk berkumpul bersama-sama kaum keluarga ye dak?


So ceritanya aku bertolak balik kampung ikut Lojing sebab 21Mei kalau tak silap depa announced jalan Lojing Cameron Highland dah dibuka secara rasmi, siap baiki dah yang runtuh teruk tu. Kami bertolak pagi, nak kata awal sangat tu taklah, dah pukul 7.30 pagi dah bertolak pun, matahari naik dah. Bertolak, bermusafir dihari Arafah, bekal doa pun banyak hari tu, insyallah makbul semua doanya, Amin yra. Jadi kami berhenti kat rnr simpang pulai sebelum bergerak naik ke Lojing. Masa tu highway pun tak banyak sangat keretanya, aku agak semua dah beransur-ansur balik sehari dua awal  lagi dari kami tu yang jalan tak sesak. Alhamdulillah smooth perjalanan kami, laki aku sorang aje yang puasa hari tu, aku pepagi lagi taram 1liter air spritzer lupa puasa, dah alang-alang lupa sampai  1 liter aku telan, jadi aku tak teruskan puasa, hihuu. Singgah rnr pun aku breakfast siap-siap, sampai kat gua musang singgah makan ayam goreng buat alas sebelum teruskan perjalanan. Kali ni turn balik raya haji kat belah laki aje,lagipun anakanda yang ambil bahagian tahun ni. 


Sampai rumah ma, aku macam biasa melepet macamkan aku yang drive, wakakka. Esoknya aku semua aku angkut solat sunat raya aidiladha, blessed. Nikmatnya ya Allah, aku rasa tahun ni aku first time pergi solat raya sepanjang kahwin dah beranak pinak, anak sudah besar panjang, baru aku berpeluang hadirkan diri kat masjid, anak bongsu aku pun dah cerdik tak tantrum tak tentu pasal dah, jadi tahun ni Allah kurnia nikmat dapat solat sunat aidiladha berjemaah kat masjid,sobs. Sebak sungguhlah. Pengorbanan mak-mak cemtulah, ikut hati tiap-tiap tahun nak join, tapi gitulah. Tahun ni aku skip menolong orang siang daging, masak, aku tunggu lauk masak,pastu pergi makan aje, ahhh heaven betul, menantu hantu beginilah peelnya, wakakka. Makan pulak yang hujung-hujung, jadi banyak lah dapat makan, termasuk bab perut air asam, tak semua berpeluang merasa,aku dapat rasa, hahaha, ni dikatakan rezeki.




Balik kekenyangan, bantai tidur. Perghh, mana tak tembun aku ni, cemni keje bila balik kampung. Malamnya kami makan apa adanya, saki baki lauk siangnya, lauk daging ni masa raya haji, masa raya pertama tu je boleh pulun makan, hari kedua kau nak jeling tengok pun rasa dah mual ye. Tu aku lah, kihkih. Jadi hari kedua siap makan pagi , kami dah bertolak ke Terengganu sebab family aku buat family day kat sana. Ahhh ye, kamilah antara 8billion manusia yang penuhkan Terengganu tu, hahaha. Takde tempat lain paling dekat sebab mak ayah aku yang berusia sekarang tak boleh lama sangat atas kereta. Jadi Terengganu best place untuk berkumpul. Family day kali ni kami make a time 3 hari dua malam, sebab dok mikir rushing, tak sempat nak menikmati, orang tua pun penat kalau masa pendek sangat. 


Balik dari family day aku ambil peluang jumpa tukang urut betulkan urat-urat berselirat kat tubuh badan aku nih, mengurut kali ni sakit teruk masa urut, tapi leganya ya Allah lepas urut Allah ja tahu. Uii best uii dapat mengurut, ingat aku nak repeat lagi sekali sesi esoknya tapi ada plan lain, jadi kita forward di lain masa. Ya Allah moga aku dapat mengurut lagi, Amin. Best me time ever untuk aku. Dia punya lega tu tak payah cakap, esoknya aku dah terlonoat-lompat kat dalam air pantai. 





Bila balik kampung ni, memang tak puas ye, tapi itulah jauhnya tempat mencari rezeki, sampai masa kena berpisah juga tinggalkan mak ayah ma dengan anak-anak bongsu masing-masing. Banyaknya pahala adik-adik bongsu aku ni, tolong tengokkan mak ayah, sobs, duit pun tak mampu bayar keringat, tenaga, emosi yang mereka korbankan sepanjang dengan orang tua. Moga Allah lunaskan rezeki dan kurniakan afiyah buat mereka semua. Mana tak sayang anak-anak bongsu ni, anak-anak buah pun sayang xan rapat, sebab paling rajin melayan mereka. Love you semua anak-anak bongsu sedunia. You're the best. 


Balik kampung balik ikut Lojing, balik ke sarang pun ikut Lojing juga. Cuma balik kali ni aku dah bertolak hampir malam dah sampai ke simpang nak naik ke Lojing. Nak dijadikan ceritakan, sebelum naik tu tayar kereta macam tak best bunyi, kami berhenti kat masjid check tayar, then decide ke bengkel tayar untuk check sebelum teruskan perjalanan. Mana tak gelabah kami dah nak naik, hari makin gelap, takut apa-apa jadi, jalan kat atas sana jarang orang lalu, Dan biasa orang tak berhenti tolong kalau apa-apa jadi. So better kami cek dulu, sampai kedai tayar, cek tayar semua okay. Staff kat bengkel semua dah berubah muka, bila kami kata nak balik Perak ikut Lojing, depa kata kena hati-hatilah, hari dah nak gelap, tapi tayar tu kami cek semua takde apa. Selamatlah belaka, kata mereka, riak muka depa risau dan hanya mampu doa jelah. Aku plak yang cuak, depa siap bagi kad, kot-kot lah kalau apa-apa tersadai tepi jalan takde sapa nak tolong. Imagine start dari tayar bergerak dari bengkel tu, aku dah start zikir, lepas tu teringat pula mereka kat bengkel tu doakan perjalanan kami selamat, sebak cuak, semua bercampur perjalanan balik kali ni. 


Jalan atas lojing tu memang tak sesuai jalan malam-malam sebab banyak yang mendap, jalan beralun, berlubang, aku memang dah tawakkal dah, dah sampai pun sini, teruskan jelah perjalanan. Memang kereta pun tak banyak sangat sepanjang perjalanan until sampai kat jalan baru siap tu, kami lalu jalan dua line yang dijadikan satu line je, ada motor biru kapcai bonceng benda putih berikat kat hujung kepala, adeii terkejut aku tengok sebab clean and clear pemandangannya, aku diam je sampai laa aku tak cerita lagi kat laki aku apa aku nampak. Sampai kat masjid lojing, laki tanya nak solat kat sini ka? Aku cakap, ok ja mana-mana, laki aku bagitahu, kita solat kat stesen minyak lepas simpang naik Cameron Highland lah, situ takde sunyi sangat. Ok kan aje, sebab masa tu dah hampir pukul 9 malam. Kami sampai stesen minyak sempat kami pergi tandas, solat, beli minuman, stesen minyak dah off semua eletrik. 


Nasib baik juga sempat, kami teruskan perjalanan turun ke simpang pulai, alhamdulillah jalan ni tak sunyi sangat sebab kereta berjujuk je sepanjang perjalanan turun tu. Kami sampai kat Gopeng hampir pukul 10lebih, singgah makan then teruskan perjalanan balik ke rumah. Cuti kali ni, walaupun banyak sangat aktiviti, edisi pergi situ sini, alhamdulillah Allah kurniakan tenaga buat kami untuk menyantuni orang tua sekali sekala. Rasa puas sebab boleh layan kehendak Dan keinginan orang tua, even tak sebaik mereka buat untuk kita sepanjang besarkan kita, moga masa pendek yang terisi dapat ubati hati dan hari-hari mereka mendatang. Insyallah Amin yra. 


Note,
Terengganu+Bachok

5.20.2026

Pahang & Gajah Kuala Gandah

Korang follow tak kes gajah tu, Allah sedihlah wehh aku tengok. Bila baca dan scroll tengok camne gajah punya in their real life menangis wehh, gajah ni memang salah satu spesis binatang yang bijak sangat. Masa pergi Thailand dua ke tiga tahun lepas sempat naik gajah sebab tourist guide tu cakap salah satu bentuk support untuk bagi makanan kat gajah sebab gajah kat Thailand ramai yang bela secara persendirian jadi nak support supaya gajah the best treatment dan makanan yang cukup dan bagus melalui industri pelancongan,  lepas aku baca another version story, wehh kami pun kena kelentong, kalaulah tahu, takde kami pi naik, sadis betullah. Ni macam kes telur penyulah, kes nak halalkan matlamat pusing situ sini fakta, kobis betullah manusia ni, eee geramlah aku. Apapun mohlerr kita sama-sama doa diwaktu mustajab setiap lapis, setiap orang yang terlibat dengan kezaliman yang DAK lalui Allah balas satu persatu, Allah 'rasakan' kezaliman yang DAK lalui kat mereka-mereka semua yang hina dan khianat kat DAK ni. Nangis aku tengok binatang menangis, depa pun ada naluri. Betullah manusia ni sezalim-zalim makhluk juga. Tapi itulah ada satu keyakinan, orang zalim kat binatang ni kan, pasti Allah balas details macam binatang tu lalui, aku banyak dah in reality tengok depan mata, buat kat kucing ja, terus Allah balas on the spot, ini kan pula binatang secute gajah depa gamak ekk, takpe doa guys , senjata paling powerful aniaya depa buat kat DAK ni pasti terbalas. 


Alang-alang cerita pasal gajah aku cerita first time kami pergi tengok gajah, tapi dalam bentuk edukasi. Sekarang kalau sambut birthday anak-anak ada rezeki lebih kami bawa anak-anak birthday trip, depa lagi suka dari kami beli benda-benda sebab memang terbukti depa layan benda tu sekejap aje lepas tu tak layan dah, geram makk. Jadi birthday Hajjar kami buat unplanned trip ke Janda Baik, konon nak tidur sana, sekali semua bilik tak available aku lupa dah cuti bersambung apa masa tu, yang pasti semua bilik, homestay takde yang kosong, tinggal yang satu dua bilik untuk two adults dengan harga mahal nak mati, gilos betul depa ni kalau cuti bersambung cemtu, demand plak tinggi, kalau munasabah dengan keadaan bilik, tempat penginapan tu okaylah juga. Jadi sampai kat Janda Baik pun dah petang, kami decide je makan malam awal, sambil fikir nak pergi tidur kat mana nanti. Sambil makan, sambil google area Bentong, sekali tempat tidur yang last sekali tinggal sesuai untuk kami dengan anak-anak ramai ni masih available, apalagi book terus harga tak sampai 200++ dapat 3 katil queen, kalau kat janda Baik hampir 1k dengan katil 1 queen, hangin aku kejap kalau tempat famous banyak bintang still considerate, ini tak. Sabor jelah aku. 






Jadi bila dah booking, makan boleh bertenang-tenang sikit sebab dah confirm ada tempat tidur, yelah kejap lagi dah malam. Yang penting dah alang-alang dok kat Janda Baik lagi makanya kami settlekan makan malam terus, jadi takdelah kalut cari tempat makan on the way ke hotel nanti. Kami singgah makan kat Figgy's restaurant berdekatan Bidaisari Resort, kat situ Ladang buah Tin pun ada, dah lewat petang memang tak boleh masuk, apedehal kat situ buah Tin fresh dari ladang pun ada kat restaurant tu jual packet siap-siap dah. Aku suka buah Tin fresh, first time makan yang besar gabak kat Perlis terus kitaorang jatuh cinta. So kalau jumpa ladang buah Tin memang kami akan singgah beli yang fresh, besar pun besar,puas hati makan, manis rangup. Makanan kat Figgy's ni okaylah untuk kenyangkan perut, banyak pilihan menu. Siap makan kami terus gerak ke Bentong semata untuk tidur.






Sampai kat Hotel Bentong pun dah masuk waktu isyak, kami check in lepas beli kopi, actually ni kali kedua kami tidur area Bandar Bentong, hotel kat sini memang tempat tidur persinggahan untuk kebanyakan musafir, yelah berbelas tahun dulu nak balik Pantai Timur jem teruk lagi, lani pun jem lagi tapi masih boleh accept. Sebelum tidur kami bincang esok nak buat apa? Takkan nak balik terus. Aku cakap, alang-alang kita dah kat sini ni gi makan ikan patin nak? Tak sah kalau tak sabit bab makan kan? kihkih. Onz sajalah driver pun, pastu alang-alang nak pergi sana kita singgah tengok gajah dululah nak? Pun onzz, bahagia tidur oii apa saja pun onzz, wakaka.



Jadi awal-awal pagi kami dah bangun cadangnya breakfast kat Lemang Tokki kat Bentong. Alhamdulillah puas hati sokmo kalau makan kat sini tambah bab lemang cicah kuah. Siap makan pagi, terus kami bertolak ke Kuala Gandah, sedang elok dengan timing kami expect sampai sana sama dengan timing tempat dibuka untuk orang awam. Alhamdulillah memang sampai tu kami sempat tunggu dalam 15minit juga. Aku ingatkan tak ramai sebab macam, ye macam takde nampak banyak kereta, sekali dekat timing 10.30pagi tu 3 bas foreigner sampai kau. Fuhh! Rasa bertuahnya jadi rakyat Malaysia. Nak masuk tak payah bayar apa, tapi banyak input dapat. Orang kita sanggup ke Thailand semata nak perabis duit nak masuk tengok Gajah, antaranya akulah yang terkono tu, sini dahlah masuk free, tak pasal dengan aku jadi cerdik pasal Gajah. Tapi pun takde masalah, sebab bila kita pergi luar dari tempat kita, kita akan lebih menghargai apa yang kita ada, betul tak?


















Jadi bila tengok ramainya foreigner datang tempat cemni, terfikir plak mana orang-orang kita ni, tak seramai foreigner yang datang. Maybe bukan cuti sekolah kot masa tu. Masuk je kat centre kami semua yang datang tulis kedatangan/info dari mana dan berapa orang sekali masuk. Dekat kaunter dalam pula kami ambil itinerary aktiviti gajah kat sini apa dia dan masa yang terlibat, excited betul. Anak-anak lagilah happy sebab boleh tengok dari dekat, biasa kalau balik lalu ikut jalan Gerik adalah sekali dua terjumpa, tu pun tengok sekelip mata aje sebab depa walaupun besar gabak, tapi kalau dok tepi jalan senyap gitu, memang tak perasan ye. Biasa dah terlepas, eh! Eh! Bukan ke tadi gajah ke? Cemtulah. Sebab tu amazingkan, orang cerita gajah ni kalau dalam hutan kedatangan dia takde siapa boleh dengar sebab takde derapan bunyi dari kaki mereka, hebat tak? How could tuan badan sebesar tu takde buat bunyi bila berjalan, itulah kebesaran Allah. Allahuakbar.


Jadi masuk tu kami kena berjalan dalam satu kilometers lebih jugaklah ke dalam tapi tak rasa apa, sebab berjalan kat tempat teduh bawah pokok-pokok, scenery pun cantik kat sini, memang original nature's yang disediakan khas untuk pemulihan gajah-gajah liar yang dijumpai dengan pelbagai masalah. Ada yang kena pulau kat group, ada yang hilang maknya(anak gajah ni kadang terlebih happy bila main, tak tengok kiri kann dah kalau jumpa apa depa suka, tu yang kadang banyak terpisah dari group), ada yang terperangkap, luka then ditinggalkan, macam-macam masalah juga binatang ni, tapi yang paling sadisnya banyak tempat tinggal depa dimusnahkan lah. Oleh siapa? Yang tu semua boleh tahukan siapa? Manusia, hihuuu. Kami sempat layan show dari gajah-gajah yang terlatih, dan show tu pun bukan depa buat pertunjukan macam kat sarkis kita tengok dalam tv tu. Tak! Semua pelatih tunjuk peel gajah, macam mana mereka cari dan cara mereka makan,macam mana depa bergerak dalam kumpulan, macam mana gajah ni dilatih supaya memujuk gajah liar lain yang menghadapi masalah, pujuk untuk dipulihkan. Besar peranan juga gajah-gajah kat centre ni. 

























Kami tak tunggu sampai habis( tengok gajah mandi) sebab nak pergi zoo rusa punya pasal. Masa akami on the way ke Kuala Gandah Sanctuary Conservation Centre ni, ternampak zoo, jadi anak-anak aku aim dah jadi lain, dari nak tengok gajah, depa kalut nak pergi zoo, tu yang rushing aje depa tengok gajah takut takdan masuk zoo (Deer Park Land). Sabor jelah aku. Tak jauh dari tempat gajah Deer park Land ni, dalam 15minit gitu. Nak masuk ni berbayar ye, tak mahal, affordable sangat dan berbaloi bagi aku sebab walaupun tempatnya tak berapa besar sangat tapi banyak spesis binatang anak-anak boleh tengok. Siap ada part berjenis serangga lagi anak-anak boleh tengok. Depa ingatkan capybara ada kat dalam tu, punya gigih masing-masing mencari, rupanya nan hado. Entah kenapa yang obses dengan Capybara, masuk MRDIY pun cari Capybara. Habis pusing satu deerland Park, kami cari tempat solat, jamak then cari makan. Kat area sepanjang sungai Temerloh tu kan, banyak sangat kedai Patin Tempoyak, sebab tu best pergi Temerloh, part cari makan ikan patin segar memang A+. Bagi aku kalau nak makan masakan patin memang kena datang Temerloh Pahang. Pekan kecil tapi making best memories here. Simple activities dengan anak-anak tapi depa ingat. Alhamdulillah. Next time kita repeat lagi, insyallah. Cuti sekolah nanti boleh pakat serbu, kasi meriah.





Harga Tiket Deerland Park Temerloh
Kategori Harga
Dewasa Tempatan RM15
Kanak-kanak Tempatan (bawah 12 tahun) RM10
Dewasa Pelancong Asing RM25
Kanak-kanak Pelancong Asing RM15
Catatan: Harga di atas adalah tiket masuk sahaja. Makanan rusa (pelet) dijual secara berasingan di mesin vending dalam taman (kira-kira RM2 setiap poket). Makanan haiwan kecil biasanya termasuk dalam tiket masuk atau tersedia di stesen pemberian.

Jam Operasi & Cara Masuk
Jam Beroperasi: 9:00 pagi – 6:00 petang, setiap hari (termasuk hari cuti umum)

Cara Masuk: Tiket boleh dibeli terus di pintu masuk taman. Tiada penempahan awal diperlukan — pelawat boleh datang pada bila-bila masa operasi taman.

Xoxo
Temerloh the best food hunting