Pages

Pages

3.18.2025

Turn Balik Raya

Seronok baca pendapat orang tentang bab balik raya, bila dah kahwin inilah antara ujian puncak selepas berpuasa, bertoleransi dalam alam rumahtangga. Honestly 5 tahun pertama kahwin bab ni lah kami bergaduh, masam muka, tak bercakap, bila part balik raya, either kita suruh dia mengalah dan dia suruh kita beralah. Tak mudah ye bab balik kampung nak raya ni even rumah mertua dan besannya hanya 40minit perjalanan. Pun boleh bergaduh, tak tahu camne yang kahwin jiran depan, kahwin dengan orang kampung sebelah tak sampai 10minit perjalanan, ku agak depa lagi payah tahun awal kahwin tu nak decide macam mana. Pernah baca yang kahwin jiran tu, pasal makan tengahari pun boleh bergaduh, yelah mak sendiri ajak makan kat rumah, mak mertua pun sama, hahaha. 


Korang yang dah kahwin, benda ni kena bincang, jangan ikut flow aje. Ada ye, species suami yang family dah state awal-awal raya pertama mesti rumah maknya dulu, biasa kalau cemni memang mak mertua jenis takde empati, pikir tekak sendiri aje, suami mak mertua pun tak mampu larang, ada juga yang jenis sama naik, mak ke bapak sama pesen. Tak mertua makpak sendiri jenis macam tu, jangan dok nampak asyik belah family mertua aje, perati juga family sendiri. Kalau ada rules stick the rules lah, tahun lepas raya rumah family kita, tahun ni rayalah rumah family mertua pula, jangan disebabkan situasi tak best, tak meriah dijadikan alasan untuk kita langgar the rules. Respect it. 


Ya, bukan tentang raya je sebenarnya, ia tentang orang tua kita. Kalau cerita bab bergaduh gilir balik raya ni, apa cerita je tak jadi, macam-macam sepanjang berbelas tahun kahwin ni, tapi masuk tahun kesepuluh, ku dah tenang-tenang sikit, biasa kalau bab toleransi balik raya ni, alhamdulillah masih bergaduh juga lagi tapi dalam keadaan santai jelah, macam borak borak dengan member, kalau dulu, hahahaha, simpan jelah sendiri macam mana rupa gaduh. Isteri jangan guna kad muka sedih, manja manja, untuk kawtim giliran, tak payah dan jangan cuba buat, nanti sendiri makan hati juga next next punya giliran. Respect each other turn jelah. 


Ku masih ingat masa awal kahwin kebetulan abah sakit, dan dalam tempoh sakit tu kalau boleh abah nak semua anak-anaknya ada sentiasa even raya, mana tak tercucuk hati, permintaan dari orang tua, macam mak ayah kita juga, at the same time kita pun fikir mak ayah pun tentu rasa cemtu juga bila raya, so beberapa tahun dalam tempoh abah sakit memang buat sistem giliran half day, pagi duduk sini, petang balik sana, vice versa sebab suami pun kena jaga hati isteri. Lepas abah takde kebetulan tahun pertama ma raya sensorang tanpa abah even ada adik beradik bujang lain, kebetulan  semua yang dah kahwin turn belah utara selatan, tinggal kita je yang paling dekat, so ku beralah turn sebab kesian pula sebab baru beberapa bulan berpisah abadi, takkan cucu seorang pun takde teman raya, tulah first time ku belajar betul-betul dengan hati bab toleransi. Alhamdulillah bertitik tolak dari tu, ku takdelah melantun-lantun dah bab bergilir raya ni sebab suami sendiri dah faham gayanya macam mana. Korang kalau suami baik sangat sampai mampu beralah tiap kali turn raya, asyik rumah kita aje, one day you will taste your own medicine. 



Ku dah tengok dah, betullah, apa yang dia pernah buat dulu, anaknya buat balik kat dia, dulu setiap kali turn rumah mak mertua dia tak nak balik, balik kampung sendiri aje beraya, bila dah tua, beranak cucu, anak lelakinya sendiri buat camtu kat dia, haa merasalah macam mana perasaan bila lalu sendiri situasi yang dicipta sendiri suatu ketika dulu, baru padan. Nak mengatur pun tak boleh, sebab menantu pun persis dirinya yang dulu, begitulah lambat cepat aje merasa. Kita kalau tak nak orang buat kita macam tu, jangan sesekali buat. So ku tak nak lalui perasaan perit tu bila anak-anak ada kehidupan sendiri nanti, anak-anak dalam mode memerhati tingkahlaku kita, apa yang kita tunjuk, anak akan buat, so tunjuk contoh yang baik untuk mereka buat nanti. Insyaallah. 


So daku tahun ni raya mana? Insyaallah belah mertua, dah dapat request dah dari ma untuk masak, yahuuu. Nak sahihkan giliran ku kena belek entri entri raya sebelum ni, mana tahu ekk, kot ada loophole, babahahaha. Bukan apa, kami berdua pelupa, lupa turn siapa dulu, yelah banyak sangat ulang alik sini sana rumah dekat tak dekat sangat, cemnilah jadinya, adoii, apa pun selamat bergaduh ye korang, tiga minggu lagi nak battle, insyaallah masing-masing ada unique agreement mengikut lifestyle masing-masing, buat dan adjust lah bagaimanapun, yang penting dua-dua happy, please tak payah banyak drama bab balik kampung ni tak kira which side, kihkih.


3.12.2025

Kifarah

Hidup atas dunia mahupun akhirat nanti, semuanya ada balasan. Atas dunia kita buat aniaya orang, pasti penganiayaan yang sama atau lebih lagi buat pelaku pasti terbalas, kita buat zalim kat orang, pasti kezaliman terbalas, kita buat hina orang pasti kehinaan terbalas, kita buat jahat kat orang pasti kejahatan itu terbalas, kita mengata orang, pasti orang mengata kita balik. Apa saja kelakuan kita baik, buruk pasti ada balasan. Hukum tabur tuai dalam Islam adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sebab-akibat dari setiap perbuatan manusia. Bukan karma, sebab dalam islam memang takdak karma karma ni. Balasan pun takde limit masa, cepat lambat, memang akan dapat balasan, tu je. 


Siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, dia akan melihat (balasan)-nya. Siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, dia akan melihat (balasan)-nya.


Bab kifarah ni, kemaafan lah yang paling mahal, sebab nak memaafkan apa yang orang dah buat tak mudah, dah maafkan pun masih tak lupa. Memaafkan tak semudah disebut mulut, tapi memaafkan orang ni the best thing yang perlu kita belajar buat, ku dah ada pengajaran besar dalam hidup bagaimana kehidupan orang yang tak nak memaafkan, tak mampu nak memaafkan, impaknya miserable juga jadinya buat diri sendiri , macam membawa satu beban sepanjang hidup, tak sudah-sudah kesannya, bukan setakat emosi, tapi membawa ke fizikal. Memaafkan satu perkara yang teramat-amat berat untuk dilakukan oleh sesiapun makhluk yang dizalimi, dikhianati, di hinakan, di jahati, dan setara dengannya, tak mudah. Namun, memaafkan tu lah sebenarnya satu hukuman terberat buat pelaku kerana segala apa yang dilakukan akan dibalasi oleh Allah, malah sempurna sekali balasan. Percayalah. Korang kena belajar buat, memaafkan. Supaya mereka bersenang hati untuk sementara menunggu kifarah, puas hati bila Allah balas ni, sebab tiada sesiapa pun mampu menghalang terjadinya balasan buat mereka akibat perbuatan jahat mereka sendiri. Totally serah, berserah diri. 


Ku rasa pernah coret dalam entri blog ni, tentang cerita ayah suatu hari diwaktu hari raya tahun bila ku dah lupa, biasa waktu lepas solat sunat raya memang akan ziarah kubur, seseorang mendekati ayah, menghulur tangan memohon kemaafan. Matanya merah, suaranya sebak, 'maafkan hamba'..ayah pandang kelibat yang menghulur tangan dengan pandangan tak terkata, tak tersangka, walaupun dah sedikit berubah, ayah cam sangat raut wajah orang tu, orang yang langgar mati satu-satunya adik lelakiku ketika itu dan memfitnah sehingga masuk surat khabar tahun tersebut, dahlah buat salah, pi plak buat twist laporan, dan cerita tak betul kat akhbar, makan tahun ayahku naik turun mahkamah, tapi di sebabkan anak somebody kat kampung, makanya kesekian begitulah cerita orang berduit dengan tak berduit ni, kita semua boleh agakkan bagaimana keputusannya. Betullah walaupun dah hampir berpuluh tahun peristiwa hitam dan berdarah tu berlaku, air mata ayah tak pernah kering kalau cerita tentang tragedi tu, mak ayah hilang anak ni, tak tahu nak describe macam mana peritnya. Hukuman dalam mahkamah boleh lari, boleh twist, boleh buat apa saja untuk menang, tapi hukuman dari Allah, tuan badan aje yang merasa. Mungkin hidup tak tenang, sentiasa dihantui, diburu rasa bersalah, hidup gelisah,atau apa yang dia pernah buat kena balik kat diri atau orang yang dia sayang, no ever one know melainkan tuan badan aje yang merasa kifarahnya, sehingga tuan badan akhirnya datang jua mengadap bertentang mata dengan ayahku memohon maaf atas kejadian dan mengaku bersalah, kesal. Begitulah hidup, bila buat salah jangan lari, jangan menipu, jangan fikir diri saja, makan diri je nanti, lambat atau cepat saja. Even berpuluh tahun baru ayah dengar sendiri permohonan maaf tersebut, walau dah terlambat untuk keluarga kami dengar, kami dah lama redha, maafkan, dan menyerahkan sepenuhnya segala keadilan kepada Allah. Even makan puluh tahun, we deserve to hear an apology too. We know that an apology won’t change anything what happened, even it won’t magically mend our broken heart or erase the memories of the pain. But it really matters. Sobs. Moga Allah tempatkan arwah adikku di syurgaMu, meninggal ketika umur mumayiz, Amin. Tulah kan? Datang terlintas juga waktu tu, dengan kemenangan dia, dah puluh tahun dah pun, why dia mai cari juga minta maaf, buat keras jelah macam awal-awal dulu, jalani kehidupan macam biasa, macam takde apa-apa berlaku, sebagaimana yang dinafi, tapi mesti ada yang something yang push him datang jua mengadap, dia ja lah tahu kan kenapa? 



Orang buat aniaya kat kita memang menyakitkan, derita, tapi ingat dikala tiada apa pun yang mampu menolong kita, orang teraniaya punya senjata paling hebat iaitu DOA. Doalah, doalah sepenuh hati, doa penuh yakin, doa penuh penyerahan, ditambah pula di bulan istimewa, bulan Ramadan ni. Ambil peluang, biarkan saja penganiaya, tersenyum, berjimba puas-puas, kita berdoalah sehingga rasa puas. Lambat cepat kifarah di rasa, bila datangnya kifarah dari Allah tiada apa pun yang dapat menepis. Masa tu kita pula berterima kasih kat Allah sebab kurniakan hati kita untuk memaafkan, menyabarkan diri, berusaha kuat untuk didik hati redha dan terus berserah , ganjaran pun pasti bukan kaleng-kaleng. Ku doakan buat penzalim, orang yang keji menganiaya orang lain, orang orang yang sengaja melakukan kejahatan, Allah balas kifarah berpuluh kali ganda lagi kekejian yang kamu buat. 


Xoxo,
25 tahun berlalu meninggalkan kami

3.11.2025

Ramadan & Terawih

Masyaallah Tabarakallah, Ramadan ke sepuluh baru sempat mengadap skrin, too much to settle, urus anak-anak sekolah bersambung-sambung meleret dengan urusan kehidupan harian. Tahu-tahu dah habis minggu pertama bab berpuasa, means dah sepertiga bulan Ramadan kita selesai. Alhamdulillah Allah kurnia nikmat melalui, merasa bulan Ramadan, nikmat tak semua orang dapat. Syukur nikmat dan peluang tak ternilai ni, Ramadan tahun ni banyak throwback talk, how and memories kami anak beranak sepanjang Ramadan bersama. Tahun ni macam biasa kena rajin masak, baru berbaloi makan berbuka, yang penting takde pembaziran, buat sekali makan, no more moreh. Tak beli kuih sangat dah sebab banyak ke tong sampah sebelum sebelum ni, maka beringat, supaya tak kesal. 



Kalau ingat dari kecil sekolah rendah darjah 6 baru ku lengkap puasa penuh, disebabkan nak kasi semangat kat anak-anak kena fahamkan kenapa depa kena disiplin bab solat dulu, puasa pun kena seiring perlahan-lahan sesuai dengan kemampuan mereka. Awal puasa hari pertama pun dah hampir berlaku tragedi, next timelah cerita yang tu. Memoriku puasa seawal remaja, mendewasa paling ku ingat masa belajar kat Kedah, ada once tu ku balik outing ke rumah pak saudara kat Jitra, nak dijadikan cerita semua tak sedar bangun sahur awal, 5 minit sebelum imsak kalut semua nak makan, yelah dah berhidang, laju-laju je makan semua. 


Kalau masa belajar kat Terengganu pula kami gilir-gilir masak, ada hari tertentu kami pergi bazaar Ramadan area Seberang Takir, Manir, dok main ulang situlah, sekali sekala sampai juga Kuala Terengganu. What a beautiful memories. Ku kan tengah selesai satu misi, nanti kalau semua jumpa semua gambar ku nak upload sini, orang kata makin tua ni kita akan mula ingat balik semua core memories yang buat kita lalui kehidupan hari ni, ups and downs semua berhikmah, semua jadi manis untuk diingat. Maybe melalui semua gambar ku boleh tulis details what, when, how, semua dilalui. 


Masa single banyak mingles dengan kawan-kawan, adik beradik, ku ingat lagi masa puasa balik Ampang sekali sekala buka puasa dengan adik kakak, pergi jalan-jalan cari makan untuk berbuka kat area pasar Ampang. At the same time berpeluang kenal partner now camne dalam bulan puasa tu, kenmain gigih datang Shah Alam berbuka sama-sama. Dalam bulan puasa juga suami bawa jumpa abang-abang dan biras. The effort masa bercinta ni memang lima bintang betul, sekarang alhamdulillah remain the same malah lebih baik. Paling kelakar sekali paling ingat dan rasa tak logik boleh berlaku daku dari Shah Alam berjalan kat bazaar Ramadan Kampung Baru, nak naik train balik ke Shah Alam semula terjumpa kakak sendiri tengah dating buka puasa, punyalah sebesar-besar KL tu boleh terserempak kat restoren terpencil, berdekah kalau borak timbul balik memori ni. Padahal masing-masing tak tahu pun aktiviti masing-masing. Kuat betul sibling connecting, hahahah.


Masuk fasa kahwinlah ku rasa paling banyaknya ujian masa Ramadan malas nak karang balik, Ramadhan kat NICU, Ramadan kat labor room, Ramadan kat wad, Ramadan kat hospital, Ramadan terpisah kena kurung, Ramadan bersama, cabaran ganti puasa Ramadan, so ku hargai sangat Ramadan yang di lalui sekarang sebab semua tahun Ramadan yang ku lalui dah bermacam dilalui, jadi nikmat yang dirasa ni ku syukur sangat dapat berkumpul semua, dapat balik berbuka puasa dengan keluarga. Tak semua orang dapat, jadi yang masih berpeluang hargai, walaupun moment kadang tak best ke apa, ingat tu je waktu Allah temukan kita semua, sama juga masa sambut raya, walau ada certain part tak best, kita ambil ingatan yang best-best aje. I don't have any complain more, dapat nikmati hari ni, bernafas, menikmati udara, kehidupan saat ni so big blessed berbanding yang dah pergi mengadap ilahi. Ku selalu ingat, pesanan ustaz dalam ceramah, ahli-ahli kubur setiap saat meratap supaya diberi kesempatan untuk kembali kedunia supaya dapat buat balik segala apa yang mereka tak berpeluang. 


Peluang ibadah, bersilaturrahim, bermaafan, berkasih sayang, dalam pada sekecil-kecil nikmat yang kita rasa, ada yang berharap dapat menempati tempat kita. Kesimpulannya, Selamat menjalani ibadah puasa semua. Yang berpeluang ke Masjid, buatlah dan ambil kesempatan waktu istimewa ni, ku suka baca yang buat Masjid hoping sepanjang bulan Ramadan, ku harap ramai anak-anak muda buat sebab ni pun antara dakwah jua, buat supaya Allah teguhkan, istiqamahkan kita setelah hidayah yang dikurnia. Jangan bitter dengan non-muslim yang sudah ramai mula berpuasa, hidayah ni kerja Allah, niat mereka Allah je tahu, don't easy judging people. Kerana ramai yang islam pun masih belum berakhlak di bulan puasa ni, ambil peluang bulan baik ni baiki dan upgrade akhlak, kerana akhlak jua jalan ke Syurga Allah. Ku masih solat terawih kat rumah, sebab dah selesa, tapi ingat nak pergi jualah merasa sekali dua tahun ni feel solat terawih kat Masjid. Insyaallah. 




Xoxo
Hamba penuh khilaf