Pages

Pages

10.22.2023

Hotspring Sungkai

First time kami datang ke sini setelah bertahun, tak terkejut pun kalau harga dah berubah banyak, sebab fasiliti pun kira okaylah setelah penutupan yang makan tahun. Masa tempat ni masih ditutup untuk orang ramai sedihla sangat tengok keadaan hotspring ni, terbiar, sepi, terus jadi kelam masa tu tengok tempat ni. Alhamdulillah kunjungan kami ke tempat ni baru-baru ni banyak jugalah perubahan menarik dan lebih segar. Dulu ni antara favorite place anak-anak lah nak mandi kolam, sebab dikira murah untuk satu kepala iaitu RM16, sekarang dah upgrade ke RM20±, kira still okaylah sebab air takdak klorin, berbaloi la bayar untuk fresh water. 


Antara tarikan kat sini dulu adalah mini train untuk angkut pengunjung dari tempat kaunter ticket ke area kolam-kolam. Kalau nak berjalan pun takde sempat nak pecah peluh bawah ketiak, punya dekat jelah sebenarnya. Sekarang takde mini train tu, anak-anak iols frust lerr, takde dah episod naik train ni even tak sampai 5 minit geraknya, hahaha. Uols kena menapak jalan kaki je menuju ke kolam-kolam mandi dan jalan utama dulu dah jadi jalan belakang dah. Lepas dah checking ticket tu terus boleh jalan ke kolam mandi sambil menikmati udara segar dari hutan mini sepanjang jalan tu, sebelum sampai ke kawasan kolam ada tempat tarikan baru Kat sini, iaitu mini zoo. Nak masuk kira dah include dah dengan harga satu tiket tu, lepas mandi jangan gaduh nak buang tiket kat pergelangan tangan tu,  sebab kena tunjuk sebagai pass masuk ke dalam mini zoo. Nak singgah mini zoo dulu pun takde hal, pun boleh. 




First entry kolam terus jumpa kolam air panas, yang paling besarlah, beg, dompet apa semua boleh letak kat dalam locker yang disediakan supaya dapat mandi kolam bertenang-tenang. Free? Memang taklah, kena bayar dalam RM6-RM10/token sekali letak, bergantung saiz locker, cari person yang jaga kolam terdekat untuk bayar dan ambil token. Then bolehlah fokus mandi kolam sepuashati. Ye ke? Memang taklah yer, kalau datang dengan member boleh layan mandi kolam sepuashati, kalau dengan anak-anak, takdan nak basah semua badan, depa dah ratib lapar wehh, padahal dah makan sebelum datang. Sini tak boleh bawa masuk makanan ye, ada sesi cek beg kat kaunter, tak macam kat refarm kampar, bawak masuk makanan kena caj RM10 rasanya kalau tak naik hargalah. Kat sini big no lah, lapar kena belilah.kikiki. Mana lagi best? Of course lerr yang dapat bawak masuk makanan, at least jimat dah kat situ tak payah beli dah. Apapun harga makanan still marhaenlah kat sini, alhamdulillah. Masih berbaloi untuk beli makanan even tak dapat bawak masuk makanan, takde lah cekik darah harganya. Standard harga zaman sekarang, gitulah. So tak payah risau. Standby duit je, hihuuu. 


Apapun yang penting enjoy! Dari kolam air panas beralih ke kolam budak-budak, yang ni best sangat untuk anak-anak dan sangat lah berbaloi. Ada dua kolam khas untuk kanak-kanak yang agak luas konsep pirate satu, dan satu lagi playground. Ada gelongsor dan bermacam lagilah depa boleh main kat kolam kanak-kanak, memang sejam pun tak rasa apa depa main situ. Anak-anak yang dah besar sikit boleh ke kolam utama yang paling besar sebab ada gelongsor sotong tu, aa yang tu best pasal air bukit. Sejuk, segar airnya. Kalau datang sini dulukala, kami mandi bawah pancuran air kat tepi-tepi kolam tu buat terapi urut belakang badan, pasal airnya deras, tajam, tapi best rasa macam diurut-urut kepala, bahu, belakang badan. Sekarang dah takde dah, ataupun depa buka masa-masa tertentu sebab yang kami pergi ni memang takde nampak dah air keluar ikut situ. 

Bila dah lapar sangat jangan risau lah, kedai runcit, cafe, banyak kat sini, banyak pilihan jugalah untuk makan minum. Nak rebus telur pun boleh, ni aktiviti wajiblah kalau datang sini, rebus guna air panas semulajadi. Rugi tak try. Nak lagi sedap beli megi, rebus telur, pecahkan telur dalam megi, makan panas-panas, perghh! Perut lapar, badan dah sejuk berendam air bukit, aaa memang syokla makan. Lepas dah kenyang makan, boleh sambung main kolam lagi. 

Anak-anak selamba je berenang dalam kolam-kolam kecil air panas yang suhunya 40° ke atas. Ku letak kaki pun dah terkejut punya panas uuii. Ada banyak kolam air panas yang ikut suhu kawasan air tu, yang paling panas air mendidih tempat masak telur lah. Tepi kolam yang masak telur tu kedua terpanas. Kami pernah jumpa dulu sorang uncle, dia cakap kerja kat oil and gas, banyak kali juga datang terapi buang toksik kat dalam badan guna air panas ni. Dia rasa lebih sihat lepas buat rendaman air panas ni. Siap tunjuk cara nak stay lama dalam kolam air panas tu macam mana bermula dari kaki. Lakiku try memang rasa nak meletup dia punya panas air tu, baru rendam kaki ke betis. Pakcik tu selamba berendam dalam air cetek tu sambil baring je, suhu 52°± kot, ajeerr. Dia cakap kena duduk diam jangan bergerak, baru lah tak rasa air panas menggigit-gigit kulit. Merah ye, macam kena masak, adoii ghisau nak bayang kot telur lain yang masak. Lakiku tak berani turun badan kat dalam air tu, ahahaha. Cukuplah betis jadi taruhan, tu pun after effect lepas mandi kolam air panas, rendam kaki lagi dalam air suhu kedua panas, pening rasa nak pitam. Tu dakulah, lakiku jadi berdenyut-denyut kepala, menyucuk sakitnya masa drive on the way balik. Kali pertama dalam hidup kena air panas berdenting cemtu kot jadinya. 

Selepas dari tu kami kerap datang buat rendaman air panas, lama-lama okay dah, takde dah rasa pening, sakit kepala, pening etc. Hinggalah yang latest ni siap boleh berendam dalam air panas seluruh badan yang suhu 30°-40° tu. Takde dah rasa nak pitam bagai. Belum ada rezeki lagi nak menginap kat sini sebab asyik penuh je setiap minggu, teringinlah juga nak menginap kat Villa yang ada private pool, lagila puas hati berendam kat private area kan?  Even kat sini ada juga area kolam air panas private tak nak bercampur dengan orang ramai , kena bayar tambahanlah tiket masuk ke kolam tertutup untuk lebih privasi, dalam RM50-RM80 cemtu sekali entry, kalau tak silaplah. Datang sini kalau day trip, aim datang awal pagi seawal kaunter tiket dibuka, baru berbaloi, percayalah even datang dari pagi, sampai petang anak-anak mandi, depa tak puas, tak nak balik. Kat sini ada surau, bawak lah  kelengkapan siap-siap kalau nak solat. Jadi takde lah rushing bila masuk waktu solat. Bab part tempat mandi dan persalinan ada dua tempat, luas, bersih dan berfungsi. Jangan risau. So apalagi datanglah sini bawa anak-anak, enjoy the whole day tanpa rasa ralat. Cukuplah anak-anak enjoy kat sini dulu, nak bawak anak-anak saiz macam ni ke Tambun waterpark belum berbaloi lagi, tunggu semua cukup inci, baru untung bayar tiket untuk depa, dapat rasa semua tempat mainan. Kalau dapat free ticket sekali menginap tu lain ceritalah pulak kan, ahahaha, gituuu.