Kita adalah siapa yang kita ikut, pernah dengar pepatah ni kan? Macam ibarat pepatah Arab juga jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wangi dan jika berkawan dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya. Begitulah zaman media social ni, kena berhati-hati juga dengan siapa yang kita dok selalu tengok sebab dalam tak sedar kita mungkin terpengaruh.
Sekadar follow buat inpirasi, motivation takde masalah, tapi kalau follow last-last otak dok setting nak jadi macam yang kita dok follow, taksub, tu masalah besar. Kena berpada-padalah dalam melihat kehidupan orang sebab kat kehidupan media maya ni, semua yang ditunjuk semua dalam sisi baik, takde siapa yang nak tunjuk yang buruk, hodoh, tapi dalam yang baik-baik tu mungkin ada yang bukan untuk kita ikut, sekadar tengok tu takde apa pengaruh tapi buang masa pun tak payah lah layan.
Kalau asyik tengok influencer asyik membeli barang tu, sekejap-sekejap sampai barang memang seronok tapi kalau beli barang tu buat rumah kita makin banyak barang dalam rumah, tak payah lah kita terpengaruh, sekadar raikan pendapat barang tu baik dan elok, ada manfaat, tapi kalau kita beli jadi tukun, tak payah beli sama. Dah terbeli satu hal, lepas tu salahkan pempengaruh kata review jauh panggang dari api. Dah ikut satu hal, mengata mengumpat kat komen pula begitu begini. Kita ni jadilah bijak dari segala segi untuk buat keputusan untuk pelbagai perkara tak kira isu pengguna, kesihatan, kecantikan, kewangan, agama, semuanya berbalik kat diri kita balik. Ulang, semua berbalik ke diri kita sendiri untuk decide terikut-ikut atau hanya mengikuti atau mengikut-ikut atau diikut-ikut, haishh peningkan? Hahaha
So siapa yang kita ikut hari ni? Sebab tu dalam mengikut, buat inspirasi, memuji orang pun kena sederhana, jangan berlebihan sebab kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan kan? Dalam nak tolong orang pun berpada-pada, kalau tak dengan kita-kita diheret ke gaung. Apa yang tepampang kat media sosial tak semua benar apatah lagi original, alangkan muka pun boleh filter kan? Tapi bila terlalu indah seperti fantasi tu, kena beringat-ingatlah kita yang melihat dalam memuji apatah lagi mengecam, memaki etc.
Ku simpan sini jua apa yang Ustazah Asma ingatkan, tentunya buat diri sendiri
Kita selalu bersihkan rumah kan? buang apa yang patut dan kita akan rasa lebih selesa dan tenang, supaya tak serabut lagi mata memandang. Begitulah media sosial kita, buatlah pembersihan.Mana-mana manusia atau pihak yang banyak mengganggu emosi, iman, ibadah dan akhlak kita, yang banyak membuka ruang kepada dosa, apapun profesion, tinggalkanlah mereka dengan tekan butang unfollow dengan tanpa rasa sayang, diri dan hati sendiri lebih penting untuk disayang, yang kita nak bawa menghadap Tuhan.Sebagaimana kita terima perubahan dan mula hidup dengan kecanggihan teknologi, begitulah juga kita kena lalui kehidupan dengan segala tanda akhir zaman, fitnah dan ujian paling besar adalah di media sosial.Mudahnya membenci, mencaci, menghukum, menjatuhkan, menghina, memerli dan mentertawakan orang lain.. hanya di hujung jari, taip dan post. Soal saling hormat, tolak ansur, bersangka baik, menjaga hati sesama muslim, semua tidak penting. Dosa pahala seakan tak wujud, tak rasa semuanya sedang dicatat.Yang penting adalah melepaskan perasaan yang terbuku, terlalu cepat mengulas semua perkara juga adalah satu ujian, lagi-lagi bila isu viral. Bila tahu ia salah faham, rasa malu dan ego nak menarik balik, maka ditambah lagi dengan rencah menambah parah.Jika tak kuat nak jaga lidah jari, lebih baik berdiam diri, doa banyak-banyak dalam hati. Sungguh tak tenang hidup orang yang banyak menyakiti, hakikatnya diri sendiri sedang sakit.Kadang kita rasa nak tutup media sosial dan hidup dalam dunia realiti saja, nak cari kedamaian hakiki. Namun, hakikat kehidupan Akhir Zaman ini perlu ditempuh di sini, bagi seorang pendakwah, disinilah berkumpulnya manusia untuk menyebarkan kebaikan dan ilmu. Sebagai peniaga atau siapa pun kita, berhubung di media sosial menjadi satu keperluan.Semoga kita semua sentiasa istiqamah beramal dengan Amal Soleh, Doa dan Zikir yang boleh menguatkan diri. Lazimilah doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada kita umatnya,اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِMaksudnya: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari seksa neraka jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, serta dari kejahatan fitnah al-Masih ad-Dajjal"(HR Imam Muslim, hadis sahih)Kredit: Asma bt Harun
Mohlerr kita biarkan manusia-manusia fake ni teruskan kehidupan mereka kat alam maya, asalkan kita tak jadi fake semata-mata nak puashatikan para pengikut. Mari kita fokus jalan kehidupan dan rutin harian kita supaya lebih baik dari hari yang semalam. Hmm, so kita ni tak fake ke macam mana eh? Ahahaa.