Ku tak ingat berapa lama tak pergi Teluk Batik ni, sebab seingatnya lepas kena kurung kami datang sini, orang macam semut, lepas tu air berminyak, lepas tu kami tak datang dah Teluk Batik, tak masuk senarai dah untuk repeat pergi tapi itulah kami lupa bab yang tu, jadi terpergi sekali lagi siap bermalam pula kali ni. Yelah lama tak kena air pantai, anak-anak seronok kenmain lah boleh main air masin. Sekali bila dah masuk mandi, melekat-lekat minyak kat badan, nampak macam kotor terus anak-anak tak main dah air pantai esok paginya. Adoi, kami laki bini siap "eh, laa patut kita tak nak datang mandi belah sinikan, rupanya pasal minyak, tapi dua-dua lupa", ya Rabbi entah siapa putus urat bersalin sampai lupa, tapi ni dua-dua pelupa tak boleh bincang,adehh. Tapi dah alang-alang termenginap sini, layan jelah main pasir, yang dah termandi apa boleh buat, sental sabunlah nantinya.
Datang cari pantai kat Perak ni, tak banyak pilihan. Pantai terbaik tetap juga Pantai Terengganu, tapi dah duduk sini, bersyukur apa adanya dan nikmati saja laut yang terbentang ni. Pantai kat Perak rasanya paling bersih setakat ni Pantai Pulau Pangkor, Pantai Segari dan Pantai Teluk Senangin. Pantai belah Tanjung Piandang tak pernah lagi pergi mandi, so tak tahu tara mana. Apapun alhamdulillah sepanjang menikmati Pantai Teluk Batik buat sekian kalinya. Rupanya bukan takat tempat popular lain yang dah kurang pengunjung, Teluk Batik pun sama dah makin kurang pengunjung beza betullah masa dengan lepas PKP effect tu, mungkin kuasa beli dah makin menurun, dan agak, bukan agak dah, memang teruk, impaknya bukan terkesan kat kos harian je, part lain lagi lah. Orang dah mula memikir panjang nak habiskan duit sewenang-wenangnya terutama kat tempat bercuti. Sebab habis duit kat bab makan minum bulanan pun berganda-ganda dia punya naik dan mahal. Inikan pula nak habiskan duit untuk percutian yang bukan murah dah.
So panjang bebel bab duit dan kos ni, hmm tapi kalau tak datang tempat cemni boring jugalah tak tahu nak buat apa, sekali sekala tukar angin bolehlah. Sepanjang gerai-gerai makan, kedai souvenirs yang jual baju, topi, mainan sunyi je. Sedih pula tengoknya. Sepetang kami lepak kat Pantai Teluk Batik memang tak sesak, tak ramai orang, sedang-sedang je orang, nak kata tengah bulan tak. Nak kata bukan timing orang datang Pantai tu, tak tahulah sebab cuaca cantik je.
Dari jalan-jalan ambil angin, kami check in masuk petangnya kat Pak Man Chalet atau Chalet Kenangan Pak Man, tengokkan gaya chalet ni memang berzaman punya chalet, legend dah, sebab design dan tempatnya pun macam dah lama bersebelahan dengan Taman rekreasi apa entah yang dah berpuluh tahun mati sebelah Pak Man Chalet. Sengaja pilih chalet ni sebab ni je Chalet paling dekat dengan Pantai Teluk Batik. Jalan kaki berapa langkah je sampai gigi air Pantai, kihkih. Memang taste penginapan dekat Pantai cemni favorite kami walaupun seram bunyi ombak malam-malam, yelah datang tsunami memang sekali kaut je, adehh overthinking plak. Tapi macam tulah, takut pun tetap suka, hahaha.
Tambah pula Pak Man Chalet ni based kayu kayan, rasa macam duduk rumah kampung, vibes tu nostalgia betul. Kami ambil yang rumah Chalet sebuah, ada 2bilik tidur, sebuah bilik air. Sangat besar untuk kami sekeluarga dan selesa. Yang kurang gemar rumah kayu macam ni memang kasi rating dua bintanglah kot, tapi untuk kami memang empat bintang sebab ada tempat tidur selesa, dua katil queen, dua katil single. Nak komplen bab lantai rumah jadi berpasir, melekit dah nama lagi dok kat pantai so kami anak beranak enjoy saja. Petang lepas check in kami habiskan masa kat pantai je sambil sembang. Bila malam cantik sebab lampu-lampu dari Vale iaitu tempat storage bijih besi punya proses sebelum berpindah kenegara lain, macam short cut Jalan laut untuk kapal-kapal letak stok bijih besi ni. Cantik memang cantik lah, tapi air pantai berminyak jadinya asbab pembangunan ni. So nak repeat datang mandi sini mungkin tak dah lah, boleh datang main skuter je ambil angin pantai next time.
Datang duduk kat tepi pantai wajib ada aktiviti bakar-bakar, untuk ingatan anak-anak kenangan depa bila dah besar nanti. Tu jelah hadiah terindah untuk anak-anak, sambil main bunga api, dapatlah berbeku kat tepi chalet dengan angin pantai. Tak seindah di Teluk Senangin tapi tetap terbaik dan seronok untuk anak-anak main dengan adik beradik. Tenung punya tenung gelagat anak-anak ni, sekejap je kan penat lelah, macam jerangkung hidup mamanya masa anak-anak kecil tukar pampers, basuh berak, menyusu, tak cukup tidur, dan semacam monster garangnya, tengok-tengok semua dah besar. Masa pasti berlalu tanpa noktah. Penghujungnya kita semua jumpa di syurga Allah. Amin.
Tersyahdu pula, esok pagi semua dah tak nak mandi pantai makanya lepak santai makan pagi je lah, kebetulan pula hujan renyai-renyai, so kami decide balik je selepas cari barang anak-anak. Dari Teluk Batik terus ke bandar Manjung, singgah cari makan, beli barang dan balik rumah. Yang nak datang Teluk Batik tu kalau bab air pantai berminyak bukan hal besar untuk korang, bolehlah datang berkelah, mandi manda kat sini. Honestly rasa kecewa sangat bila alam sekitar ni tercemar, yelah benda takde ganti, rosak yang tu, even pulih tak sama dah dengan yang asal. Pembangunan bila berlebihan macam ni lah. Apapun adat hidup kat dunia camnilah, benda tak kekal dan fana. Selagi boleh dinikmati tu alhamdulillah. Nak beach view chalet dan jarak pun dekat pilihlah Pak Man Chalet ni ye. Memang worth untuk penginapan sederhana dan kampung vibes. Boleh naik bot pusing tengok pulau Pangkor dan Marina Bay, worth time to spend. Kami ingatkan cuti kali lama sangat, padahal dua hari satu malam je, sebab aktiviti banyak,rasa macam banyak hari je kami spend kat sini. Apapun alhamdulillah.
Chalet Pak Man Teluk Batik
Inapan
Bilik Hotel
Chalet Lantai kayu
Chalet Lantai Mozek
Aktiviti sekitar
Naik skuter/basikal
Main air pantai
Naik banana bot/Naik bot pusing pulau
BBQ(sesuai sangat untuk Family Day)
Makan-makan Iran bakar(banyak restoren ikan bakar, thai)
Tunggang Kuda