Post Kali ni lebih kepada edukasi dan pengalaman sendiri yang boleh dijadikan panduan, pengalaman atau ingatan untuk ibu-ibu yang menyusu atau orang yang terlibat dengan aktiviti penyusuan ibu-ibu secara langsung atau tidak. Alhamdulillah tak sangka Allah kurniakan rezeki menyusu badan untuk keenam-enam, enam anak bermacam ragam cabaran menyusu badan ni. Orang nampak senang je menyusu badan ni, selak baju, anak kenyang, giteww. Orang tak lalui macam mana proses nak selesaikan 2 tahun penyusuan mungkin rasa begitulah, tapi yang lalui tu tahulah pahit manis menyusu badan. Just nak share cabaran Ika sepanjang menyusu badan anak-anak ni, banyak juga cabaran yang agak keras sehingga menitiskan airmata. Simpan sini kenangan sebab mungkin anak-anak, atau ibu-ibu muda yang baru nak belajar jadi ibu dan decide untuk menyusu badan boleh jadikan panduan. Kalau jiwa tak kental, takde support dari orang-orang penting, pasti proses penyusuan badan kita akan terganggu. Paling utama kitalah yang paling kena kuat dengan pilihan yang kita dah buat, nak jalan terus hingga tamat atau berhenti tengah jalan.
1. Ibu menyusu badan Pemalas/ambil kesempatan
Ini cabaran paling banyak dan utama bila menyusu badan. Bukan dari pandangan orang lain pun, kadang suami sendiri pun tak faham tentang ibu menyusu badan. Alangkan orang lain (ibu sendiri, ibu mertua, ahli keluarga, saudara mara etc) nak faham, kalau suami sendiri pun dah jadi cabaran utama, mentallah rasanya. Masa anak pertama kebanyakan pasangan macam tu lah, sebab baru, pengalaman pertama kali, suami tak faham, bila balik kerja, tengok rumah tak terurus dan soalan paling pedih di ulu hati 'buat apa je sehari-hari kat rumah'. Begitulah, nak memahamkan orang yang tak menyusu badan ni payah melainkan mereka terdedah dengan ilmu. Ye, suami atau mereka yang ambil tahu ilmu penyusuan takkan sesekali judge ibu menyusu pemalas, sebab tahu impak penyusuan ibu kat tubuh badan si ibu macam mana.
Tu baru tang suami, kalau balik kampung, asyik duduk kat dalam bilik pun kena judge sebab anak menyusu kadang ada yang ambil masa lama, ada yang sekejap. Mulalah kena tuduh malas nak masak, malas nak buat kerja dan sewaktu dengannya. Begitulah kalau ada antara anak yang mengempeng, sakitnya tu disini kekdahnya(tersentuh hati).
2. Dahlah pemalas, makan banyak.
Tahu tak ibu menyusu ni akan keep on hungry, from time to time ada selang masa lah, bukan setiap saat dok mengunyah aje. Biasa kekerapan ibu menyusu lebih dari biasa, kena ada kudap-kudap, kerap rasa nak makan, minum air. Dahlah kena judge pemalas dah satu hal, dituduh pulak kerja asyik menghabiskan makanan aje. Sadis tak sadis, itulah realiti yang kita akan jumpa, tak semua tapi tetaplah ada kerana manusia takkan cuba memahami even sejantina pun. Sedih tak sedih, itulah hakikatnya.
3. Makan banyak, tidur pun banyak
Dasar buat alasan saja penat menyusu!
Yang ni penat sikit nak terangkan dekat orang sekeliling, selain rasa di sedut-sedut segala makanan dan minuman yang kita makan, yang buat asyik lapar je, kita tidur pun salah ye. Yelah, menyusu je kot, penat apanya. Ahh, sudah! Kalau suami pun malas nak ambil tahu tentang susu mengandungi hormon cholecystokinin (CCK) yang dirembeskan semasa penyusuan yang mengakibatkan rasa mengantuk pada kedua ibu dan bayi, apatah lagi nak terangkan kat orang lain. Penat. Dituduhnya kita tahu membuta sajalah.
Cabaran utama ni antara kulalui semasa tahun pertama dan kedua penyusuan. Stress oii bila orang-orang yang kita sayang tak faham dan tak cuba faham, sedih memag sedihlah, tapi penyusuan badan tetap diteruskan. Nak tunggu approve orang lain buat apa, anak kita suka hati kitalah. Sedangkan untuk proses penyusuan badan ni perlukan support sistem yang mantap dan padu terutama dari suami dan orang sekeliling terutamanya ahli keluarga. Dia tak nanti orang luar kecam, yang terdekat pun dah boleh bagi negative vibes kalau takde ilmu. Tu baru cabaran luaran, cabaran dalaman untuk ibu tu sendiri hadap lagilah. Ni antara cabaran dan pengalaman yang ku lalui sepanjang menyusukan anak
1. Sakit Payudara
Dengan kata lainnya banyak jenis sakitlah bila menyusu badan ni, payudara bengkak, puting luka atau melecet, ni antara perkara yang kerap juga terjadilah bila menyusu badan, tak boleh lari dah kalau anak dah start tumbuh gigi. Bila sakit part ni, habis jejas emosi, fizikal siap ada pakej sakit urat, demam dan sebagainya.
2. Mengempeng
Part ni paling stress, sebab budak kecik tahu apa bab 'kita ada kerja lain nak buat', yang depa tahu nak menempel, nak mengempeng selama boleh. Ku dengan anak ketiga memang cemnilah stress tu sampai menangis-nangis bawah air hujan bilik mandi. Penat tak boleh describe kalau ada anak mengempeng ni, ada sampai satu tahap rasa benci, muak, menyampah, sakit hati, tapi tak boleh buat apa, kena go on je. Paling tak boleh tahan bila ada anak mengempeng ni, pantang kita duduk atau baring, depa datang. Sabor jelah.
3. Penat Unlimited
Menyusu badan sangat memenatkan sebab ia bukan fizikal semata-mata, kalau mak dah stress, agak-agak keluar air susu? Ku pernah penat sampaikan rasa nak lari dari rumah, jauh dari anak-anak, nak berehat tanpa diganggu. Nak berjuang urus emosi semasa tempoh penyusuan badan ni tak mudah kalau takde support system terutama dari pasangan.
4. Cerai susu yang sukar
Yang ni lah paling struggle moment even now, memandangkan ku dah kali ketiga tandem nursing, ini kalilah paling sukar nak ceraikan susu si anak terutamanya nombor lima ni. Habis segala petua dan cara semua tak jalan, buntu dah, hanya doa sajalah moga Allah mudahkan proses cerai susu ni, orang kata sedih nak ceraikan susu anak ni, ku tidak sama sekali, malah setiap kali cukup 2 tahun penyusuan ku rasa gembira, syukur, tak sabar dan rasa puas sebab dah genapkan tempoh menyusu badan. Sebab tu proses cerai susu ni bukan perkara mudah untuk setiap anak, tapi untuk maknya maybe masing-masing berbeza.
5. Tak cukup tidur
Yang ni sangatlah tepat, entah sejak bila ku dapat tidur yang lena sepanjang jadi mak-mak ni da tak ingat. Tapi ku bersyukur masa bujang remaja dulu ku kaki tidur. Asal hujung minggu bantai tidur, asal ada kesempatan tidur ku tidur, asal rehat masa kerja, tidur je, makan nombor dua. Asal dapat tidur, sekarang nak dapat tidur yang lena apatah lagi cukup macam mimpi sajalah. Apapun itulah pengorbanan dan cabaran.
So inilah cabaran dan pengalaman Ika sepanjang menyusukan anak, alhamdulillah masuk tahun ke sepuluh menyusu badan ni suami dah tahap pro dah tahu keperluan dan kehendak ibu menyusu badan, dah lebih dari memahami dah, alhamdulillah, cukup suami faham dah macam satu dunia faham kita, so lantak pi lah siapa yang tak faham-faham apa yang ibu menyusu badan ni, selagi tak lalui sendiri memang takkan faham. Ada yang lalui sendiri pun buat-buat lupa apa yang dilalui, begitulah. Sesukar dan seperit mana pun pengalaman menyusu badan, tetaplah momen tersebut jadi momen manis mak-mak, itulah yang diulang cakap bila dah tua-tua nanti. Yang bakal jadi mak-mak once decide nak menyusu badan, mindset kitalah yang paling kena padu, supaya tak mudah goyah dengan apa jua halangan dan cabaran, bila mindset dah padu, jiwa kental, insyaallah hadap je apa yang dilalui.
Hari ini dunia mengecam kita, orang keliling pandang rendah pada usaha kita, orang perkecilkan kesungguhan kita, orang perlekeh usaha kita berjuang menyempurnakan hak anak, orang label kita dgn macam-macam kata hanya kerana kita mahu ajak ibu lain berusaha menyusukan anak mereka.
Tapi ketahuilah ibu-ibu menyusu semua, jihad kalian bukan setakat mengenyangkan perut anaknda, bukan setakat mengikut perintah Allah dlm Al Quran, bukan setakat menghidupkan sunnah, bukan setakat menyempurnakan tugas sebagai seorang ibu buat anak tapi hakikatnya asbab dari usaha kalian kita yang hidup penuh dosa dan noda masih terpelihara dari di timpa bala..dek kerana masih ada anak-anak kecil yang masih menyusu dengan kita.
Rasulullah ﷺ bersabda “Kalau bukan kerana orang tua yang beribadat dan bukan kerana anak kecil yang menyusukan susu ibunya dan juga bukan kerana orang miskin nescaya Allah سبحانه وتعالى akan menurunkan bencana kepada kita.”
“Selama mana ada 3 perkara ini, Ummatku tidak akan dihancurkan oleh Allah سبحانه وتعالى sebagaimana Dia menghancurkan Ummat yang terdahulu
1)Selagi ada hamba-hamba-Ku yang bangun tahajjud beribadat di tengah malam.
2)Selama masih ada anak kecil yang menyusukan susu ibunya.
3)Selagi ada binatang yang memakan rumput.
Ibu, bangkitlah berjuanglah untuk anakmu. Selagi daya berusahalah menyempurnakannya. Ternyata, menyusu badan bukanlah suatu tugas yang mudah seperti sesetengah orang sangkakan. Maka, tidak hairanlah ada syarikat tertentu dan negara-negara maju menawarkan pekerja mereka cuti bersalin lebih lama daripada kebiasaannya. Ini kerana komitmen yang diperlukan oleh seorang ibu untuk menyusukan anaknya adalah amat besar. Malah, ia juga boleh menjejaskan emosi serta kesihatan fizikal wanita, terutamanya yang masih dalam pantang.
Jadi, berbanggalah jika mommy masih bertahan hingga ke hari ini. Percayalah semua kesusahan yang kita lalui ada hikmahnya dan setiap cebis pengorbanan anda juga dinilai oleh Allah. Usah berbangga dengan usaha kita, yang penting buat saja ikut kemampuan. Jangan putus harap dan jangan putus asa okay mommy yang baru pertama kali terutamanya jika anak pertama tak sempat cukupkan 2 tahun atau tak mampu langsung susukan anak, next next cuba lagi, daku pun macam tu jugak, gagal sekali tak bermakna akan gagal selamanya in fact Ku rasa gagal teruk kot as first timer breastfeed anak, tapi ku tak pandang orang yang bagitahu bab susu badan ni memperlecehkan usaha mak-mak lain yang tak mampu seperti daku lalui pasal kena bagi susu formula kat anak malah ku ambil segala kata,tulisan, video mereka sebagai pemangkin semangat, dan asbab mereka jugalah ku gigih upgrade ilmu dan praktik sepanjang journey ni. Follow geng-geng laktasi dan group percuma, insyaallah mereka banyak sangat ilmu untuk dihadam dan jadi panduan juga bantuan. Ganbatte! Jangan takut untuk niat, jangan takut untuk cuba, buat je dulu, once niat insyaallah Allah permudahkan journey breastfeeding, amin.