Pages

Pages

1.29.2022

Resepi Popular Turki Manti

Ika share resepi popular turkish ni, Manti namanya, lebih kurang dumpling kot, bezanya Manti ni saiznya kecik cinonet. Tapi memang sedap even bahannya sempoi je. Anak-anak suka juga resepi ni, sekali buat memang licin, sebab memang rasanya masam-masam yogurt dan sos tomato, anak-anak Ika memang suka rasa tomato tu, so buat la resepi berasaskan kuah tomato, pasti laku tak beragak. 



Original resepi sebenarnya guna daging kisar, Ika guna daging ayam kisar je kes nak ngabiskan apa yang dalam freezer. So bahannya mudah sangat. Yang payahnya bab nak gentel wantan lerr, saiz cinonet nak perabis satu bungkus tu memang boleh tahan. Kalau buat saiz besar, tidak lerr plak namanya Manti,aha haha. Nak menggentel isi utama tu bercinta sebab saiznya, kalau buat sambil membawang dengan adik beradik ni memang best😆. Tak sedar dah siap satu hidangan.


Apapun ringkas sangat-sangat resepi ni, bahan pun apa adanya la uii, tak sempat pening baca bahan masakan pun, Ika kalau bab masak bila anak ramai ni, memang yang ringkas mudah tu pilihan utama, sebab nak jimat waktu masak, tambah pula kalau anak dah mula berbunyi "mama, kami lapar, haa, biasa kalau cemtu, memang 15-minit ke 30 minit makanan dah siap terhidang dah". Eh, Ika tak guna Thermomix lagi buat masa ni, sebab yang ada sekarang pun dah mudah sangat, dari sedia bahan dan masak, insyaallah paling lama sejam Ika masak. Nasi kerabu, nasi ambeng tu satu jam tu oklah nak siap berhidang. Yang lain takat masak nasi, nasi dagang dan whatever nasi insyaallah 7 ke 10minit dah siap guna pressure cooker. So kita teruskan agenda buat Manti Turkish ni. Menu ni boleh makan untuk breakfast, lunch atau dinner, ikut selera tekak bila nak makan. 




Bahan mudah dan cara buat:

Bahan buat Manti 
*Sebungkus kulit wantan ready-made(elok yang jenis 4 segi, sebab nak potong 4 plak) 
*Isi ayam kisar/daging kisar
*2 labu bawang merah cincang halus
*Daun sup/ketumbar mayang halus
*lada hitam 
*garam pink secukup rasa
(semua bahan tu kisar halus dalam processor food pun ok, sekali tekan semua sebati)
 
Bahan buat Sos Manti
Puri tomato 1 tin kecil (dalam 3 sudu besar) - panas kan sekejap
Yogurt asli 
Minyak zaiton
Cili flakes/ serbuk cayyene


Cara buat mudah je, ambil kulit wantan yang di potong tu letak isi ayam tadi, lepas tu kemas kan dengan air tepung) terus campak dalam air didih, sekejap je wantan ni masak terus angkat. Tapi nak buat 2 kerja dalam 1 masa ni mencabar la kot, kang dok ralit menggentel, lupa tengah merebus, habis kembang terkoyak Manti tu nanti. Manti yang di rebus timbul, angkat dan toskan. Nak hidang, ambil Manti yand ditos kan, letak sos tomato puri sikit, sedikit yogurt asli, dan percik kan sikit minyak zaiton, suka rasa pedas boleh tabur cili flakes atau serbuk lada cayyenne. Nak makan, gaul je semua serata, dan ngappp makan, uii sedap ai tell you. Walaupun tak pernah sampai Turki lagi, haruslah makanan sempat rasa dulu, nanti-nanti sampai lah sana tu bila sampai masanya, amin. 


1.26.2022

Sederhana in Prepping

Alhamdulillah sekarang dah ramai mula share tentang prepping, dulu benda ni sangat taboo sama juga benda-benda suntik ni, tak boleh dicakapkan sebab isu terlalu maksum sampai sekarang. Tapi asbab apa yang jadi sekarang ramai yang dah mula buka mata dan jadi orang yang berfikir, dulu pantang sebut tambah lagi kalau yang buruk pasti kecam maki, asbab terjadi bencana luar jangka baru-baru ni, ramai dah mula ada awareness untuk mula buat prepping juga. Sama juga bab kesihatan orang dah tak fokus dengan satu cara maksum je, sebab banyak dah kesan mula jadi dari hari ke hari. Apapun nak sentuh bab prepping, prepping ni jangan lah niat untuk hadap kiamat, kotlah orang tak tahu, hari kiamat tu orang kafir dan dan tak beriman je akan tengok, hadapi dan alami, so jangan nak ada hati nak mati masa kiamat, moga sentiasa doalah kita dimatikan dalam husnul khatimah, insyaallah Amin.


Bab prepping lebih kepada menghadapi cabaran hidup semasa, dengan kenaikan kos mendadak, ramai yang terkesan, tak habis dari kena buang kerja hasil dari PKP bersambung pula episod lain, kos makan, minyak, sara hidup, semua meningkat, tak lagi bab lain, bab agama tak payah cakaplah, semua dah haru biru, ada orang dia tak rasa apa-apa, ada yang masa PKP bisnes dia menjadi, ada yang upgrade gaji, semua terjadi dengan izin NYA, dalam tempoh 2 tahun ni ada yang downgrade, ada yang upgrade, mana-mana kita hadapi, bersyukur dulu dengan nikmat dan ujian. Tak kita diuji melainkan setara dengan keupayaan kita semua.

Ini antara pick person yang korang boleh follow bab prepping, follow diorang untuk tips prepping, ada yang lagi extreme, takut korang panic attack pula baca, actually don't, takde keperluan untuk panic tapi lebih kepada buat ikut kemampuan diri. Yang ada tanah mula lah menanam, yang reti masak mulalah masak dan buat retort. Apa yang jadi hari ke hari, mungkin lebih mencabar, kerana dah banyak terjadi bencana luar jangka, banjir bencana, kemarau bencana, cyberattack bencana, blackout berhari-hari pun bencana, so ianya lebih life survival dan aktiviti camping yang orang dok kemaruk sekarang tu sangat banyak manfaat juga. Boleh mula ajar anak-anak not too depending sangat kat teknologi, even banyak sangat kemudahan dalam masa sama ia banyak kesan buruk juga, well semua perkara datang secara berpasangan kan? Ada baik, pasti ada buruknya, tinggal kitalah buat dia macam mana.


Kenapa sederhana? Yelah takut berlebihan, berlaku pembaziran, takut berlebihan hingga kita lupa semua yang jadi termasuk dalam perancangan Allah. Pesan Ustaz takut kita termasuk dalam golongan dan terikut orang kafir punya prepping, takut kita dalam dok buat prepping, rupa-rupanya jiran sebelah makan pun kais pagi makan petang, atau tak makan-makan, semua tu Allah akan soal balik kita nanti. Ambil kisah Nabi Yusuf sebagai panduan kita orang Islam, yang mana banyak pelajaran yang kita boleh buat dan amal. Salah satunya mula bercucuk tanam, simpan benih, dikala cuaca masih elok, kemarau tak berlaku lagi, tanaman boleh hidup, mula lah bertanam, dan ini pun sunnah Nabi Muhammad SAW. Paling utama prepping iman amal, upgrade ilmu tauhid, fardhu ain, baiki tajwid, tadabbur Al-Quran, istiqamah Zikir dan banyak lagi kita boleh buat persediaan, sebab kiamat paling dekat dengan kita semua adalah kematian seorang manusia. Ibarat bayang-bayang dah, orang yang bijak orang sentiasa mengingati mati dan perbanyakkan amalan, jangan hilang fokus kita semua sebagai orang Islam. Tak gitu? Nak prepping, prepping lah, takde rugi pun, insyaallah. Ibrah dari kejadian banjir luar jangka baru-baru ni pun banyak sangat, tinggal kita nak ambil sebagai peringatan ke tidak je. 

1.22.2022

Roadschooling: Sawah Padi Kg Chui Chak Langkap

Tak sangka kat Perak ni sawah padi cantik macam kat Kuala Selangor, lagi special kat sini ikut giliran, kalau kat Kg Chui Chak Langkap pokok padi baru nak berbuah, ke jalan Sitiawan area padi kat situ dah nak dituai, dan satu kawasan lagi kat mana dah lupa, situ tanah tengah dibajak untuk proses membenih, kira setiap kawasan lalui proses yang berlainan, maybe untuk elakkan tempat pemprosesan sesak. So setiap kawasan memang berbeza prosesnya. Apapun yang paling best kat Perak ni memang kaya dengan hasil dan banyak tempat pertanian, subur je semua tempat.




Memandangkan nak rentas Kuala Selangor masa tu tak sampai fasa lagi, kita berjalan-jalan kat negeri sendiri jelah, anak bila sampai memang Terujalah. Depa tak sempat rasa suasana rumah tok ayah di keliling sawah padi, sekarang sawah padi kat kampung rumah ayah kebanyakannya dah ditambun tanah untuk buat rumah dah. So dah hilang dah semua suasana childhood, tak sempat cucu-cucu merasa berlarian di celah-celah batas sawah padi, tak sempat merasa masuk dalam lumpur kutip siput sedut, tak sempat merasa memancing kat aloe dan anak sungai. Memang merentas satu zaman lain jauh dari fitrah bila sampai zaman anak-anak ni, kesian bila zaman kanak-kanak mereka tak seindah dulukala. So ku laki bini memang cuba bring semua kenangan dan pengalaman kami lalui masa kecil-kecil dulu, rasa macam mustahil tapi insyaallah takdak pun bila jumpa mak-mak geng homeschooler, depa ni memang truth fighter sungguhla, banyak buat benda lawan arus tapi I really fall in love dengan diorang, too much new knowledge belajar, so kita slow-slow follow apa yang terbaik dan bermanfaat.


Sampai kat Langkap ni, memang view mesmerising sangat sampai anak-anak terdiam, berdiri sambil menikmati angin sawah padi, daku pulak nak menitis air mata tengok gelagat anak-anak, sebab perasaan tu tak boleh digambarkan macam terbentang-bentang memori sendiri yang membahagiakan ketika kanak-kanak dulu, dan daku harap itulah jualah yang anak rasakan. Dari berlarian kat tebing-tebing depa mula berlari gembira dibatas-batas sawah sambil bertanya pelbagai soalan, sambil korek tanah lumpur sawah cari siput. Masa tu pun tak banyak lagi homestay beroperasi, so nak stay homestay memang taklah, lagipun kat sini tak semeriah bab pelancongan macam Kuala Selangor. So nikmati apa adanya, tu pun dah gembira bukan main anak-anak, dapat kenal pokok, dapat kenal asal beras yang depa makan hari-hari tu macam mana ditanam, macam mana rupa bila berbuah, nanti next time kita pergi kedah pula, negeri Jelapang Padi, kat sana boleh belajar lagi details.

Kalau part belajar ni, belajar kat lapangan, anak lagi mudah ingat, dan mereka betul-betul fokus dan faham. Tengok anak-anak kalau bab cakap nak pergi belajar dengan alam ni, bersorak bukan main gembira. Masa PDPR berlangsung anak-anak pun takdelah bosan sangat, tapi bila dah mengadap gadget ni, banyak melencong dari belajar tetiba main game, itu yang buat mak-mak berasap. Mak-mak lain tak tahulah, tapi Ika memang tak boleh,anak pun nasib baik juga ada time depa memang gadget tak nak tengok langsung kes buat depa sakit kepala. Oklah, kadang tak perlu suara singa, harimau depa layan main aktiviti luar dan sepahkan rumah bising tak tentu hala, itu lagi buatkan hati iols lebih lega dari depa senyap mengadap benda skrin tu, oklah tu masing-masing tahu limit masing-masing.



Apapun nikmat sungguh berada di Kg Chui Chak Langkap yang mana kawasan ini adalah sawah padi kedua terbesar selepas Sekinchan yang di pelopori oleh bangsa Cina, bezanya kat sini takdelah cafe hipster, hotel bajet atau hotel kecil macam kat Sekinchan tu, haishh best kalau sebiji macam kat Sekinchan tu, hihi. Apapun pemandangan sawah padi ni always my favourite sebab iols membesar dengan orang-orang yang buat sawah padi, dari seklasik-klasik tools depa guna untuk harvest sampailah upgrade guna mesin padi, awhh, how I miss the good old memories, dah tua ni cemtulah. 

1.19.2022

Resepi Sambal Cili Kering Menu Orang Lama


Sebulan kami laki bini berselera hadap makan menu ringkas berkuah sambal kering bila makan, cukup lauk pun ringkas, kadang ayam goreng, ikan goreng, sayur goreng makan dengan nasi panas gaul sambal kering pedas merecik, sengaja buat pedas sebab memang kami suka pedas. Pedas sambal kering ni berbeza dengan sambal gepuk, sambal berlado apa semua tu. Resepi sambal lada kering ni dari nenek belah ayah Ika, dulu-dulu balik sekolah naik rumah nenek kat sebelah cari makan tengahari, lauk simple cemni kami berselera makan, kadang kuah minyak goreng ikan pun kami bantai makan bertambah, sebab memang nikmat pun. Masa mula-mula kahwin buat sambal ni, laki ku tak hadap pun, dia cakap dia tak suka makan nasi kering tak berkuah basah, lekat kat tekak. Katanya, ku buat dekkk je, layan sorang-sorang makan sambal ni pun pedehal, lama-lama bila tengok lain macam bini makan bila ada sambal kering ni, laki ku cuba makan. Haa, jangan sebarang cuba, memang jatuh cinta lah. Ada sambal ni terus angkat kaki sebelah atas kerusi layan makan, bertambah-tambah gitu. 


Biasa Ika buat sambal kering ni bila nak masuk bulan Ramadhan standby untuk waktu sahur, biasa jadi pembuka selera lah nak makan nasi bila sahur, lagipun resepi ni memang tak bosan makan, always authentic dan tak muak, juga memang legend (untuk Ikalah, sebab ni menu childhood moment gitu). Memandangkan waktu sahur waktu kritikal untuk mak-mak, ada sambal ni jimatlah masa, ready to eat terus. Memang kesukaan Ika resepi sambal lada kering ni, menu bila takde selera makan, menu bila teringat kampung, menu bila nak makan yang mudah tapi sedap.
Ianya bukan resepi semata tapi bersama kenangan sebab tu namanya sambal legend. 
Sambal lada ni kalau kena cara masak, sebulan pun boleh tahan, tak rosak even letak kat luar. Kalau letak dalam chiller memang akan beku lah. Sangat sedap makan dengan nasi panas-panas kombinasi pulak dengan daging goreng ke, ikan kering ke, ikan rebus goreng, telur dadar, ikan goreng pun boleh bertambah-tambah nasi. Nak buat sambal ni kena sabar, sabar mengacau setiap masa, sebab nak bawang dan lada masak dan garing sekata, kalau tak kena cara yang ni, sekejap jelah sambal tu boleh disimpan. 


Resepi sambal ringkas sangat uiii, nak share pun tak tergamak rasanya, haha.
*1biji labu bawang besar
*3-4 labu bawang merah
*segenggam lada kering kerinting yg super pedas(kalau tak suka pedas boleh pilih lada yang kurus, lurus tu kurang pedas sikit.
*gula kabung separuh 
*garam pink
*2 keping asam keping
(kalau nak buat stok sekali banyak, gandakan semua bahan ok) 

Caranya kupas dan bersihkan bawang, dan cili potong dan rendam kasi biji lada tu keluar, lepas tu basuh bersih, tos kan dan blend semua bawang besar juga lada kering. Jangan blend hancur sangat, tapi kalau tak suka sambal jenis bersepah, bolehlah blend sampai hancur halus tapi masa masak makin bertambah lerr. Apapun masukkan minyak dalam 1 senduk, dah panas, masukkan hasil blend tadi, lepas tu masukkan sekali semua bahan lain sekali kecuali garam, mula kacau, biarkan hingga pecah minyak dan bawang betul-betul garing. Guna api sederhana besar, kalau tak cepat hangit, sambal jadi pahit. So dah pecah minyak, tutup api, biarkan sekejap, masukkan garam. Boleh test rasa cukup ke tak lepas tu adjust biar secukup rasa, senang kan? Jangan lupa cuba buat. 

1.13.2022

Mood Menulis Perlukan Booster

Baru perasan dah berbulan-bulan tak menulis, punya sibuk handle hal rumahtangga, anak-anak, dari bulan lapan tahun lepas sampai masuk bulan satu dah tahun baru 2022 pun. Apapun tahun baru bermakna lebih banyak nikmat, ujian, cabaran, manis masam kehidupan bakal dilalui. Apapun kat depan nanti, moga Allah mudahkan segala urusan, yang pasti tahun 2022 ni alhamdulillah ramai dah hilang paranoid dan move on, maybe ada jugaklah in still nak stay dalam fear mongering everysecond, they choose. Adakah episod berkurung bakal berulang? Jeng jeng jeng....lantak pi lah, kita tenang-tenang sajalah, gitu. So sepanjang tempoh hibernate, iyolah sangat, ku fokus kat aktiviti anak-anak je, sebab kesian kat childhood moment mereka sangat sadis jika ikut situasi semasa, nak freekan anak-anak dari minda terkurung, nak tak nak makpak kena join aktiviti depa sekalilah. So they enjoy je sepanjang masa, takde beza kena kurung ke tidak, mereka berjiwa bebas explore everything sekeliling yang ada.


Dua tahun ni banyak ke tersurat dan tersirat yang uols dapat dari apa yang berlaku? Ku banyak sangat, ya ampun kalau nak cerita tak cukup dua tiga hari mengarang ni, hahaha. So chill sudah, apapun paling best bila tengok dah ramai hidup macam normal balik dah, yang nak teruskan new norma pun takde hal, pilihan masing-masing. Seronok tengok semua pakat keluar bercamping, good for them tapi ramai juga lah yang terkesan, tak habis impak pkp, sambung pula bencana alam, tak habis dengan ujian, nama lagi dok atas dunia kan? Moga semua tabah dan terus berjuang, kerana esok mungkin kita lebih kuat hasil dari sabar yang kita hadap hari ni. Jangan tanya azam baru, ku takdak azam, cukup niat to be better person and muslimah everyday. Nak tulis azam menulis kat blog dengan lebih rajin tu, rasa baik tak payah, biasanya kelaut dalam, ku menulis ikut mood ja, hahaha.



Apapun 2021 little bit frust sebab kalah dengan hawa nafsu makan sendiri, alih-alih bukan takat berat badan naik, baju banyak tak muat. Kalau cerita bab berat badan ni memang azam tiap-tiap tahun setiap orang lah. Tambah PKP a big reason untuk dipersalahkan, padahal orang lain elok je fit, kurus, meal routine more healthy hasil PKP ku plak semua main ikut mood, nak menulis ikut mood, nak bergreen juice ikut mood, nak jaga makan ikut mood, tibai makan pun ikut mood. So adakah ia suatu kegagalan? Of course tak lerr, tak guna jugalah torture diri sendiri, kita chill sudah, ni ayat sedapkan hati sendiri. Bila nak insaf? Sampai masa dia insaf dengan sendiri, tak perlu pressure, push tak kena tempat, gituuu. Aaa pandai ku pujuk diri sendiri, alhamdulillah, hahaha.


So back to stories, apa plan tahun 2022?takdak plan proper lagi, yang penting banyak lagi nak kena hadap ni, cuma sekarang just doa je rutin anak pergi sekolah tak terganggu, serius paling membencikan bab koronah ni part anak pergi sekolah, sekali sekolah buka, pastu tutup, pastu tutup balik and the drama goes on, harap takde drama lagi kat nun nanti. Harapnya lah. Dok mikir content apa nak share kat blog ni. Rasa macam nak menulis, tapi banyak tapiiii tapi nya....sekarang memang banyak fokus baiki diri je, jadi kadang nak menulis pun hilang selera. Whatever, moga 2022 menjanjikan kebaikan dan kemanisan walaupun banyak kepahitan dan kekelaman bakal mendatang. Moga Allah kurniakan lebih banyak kemudahan, kesabaran, kekuatan juga lebih tenang dalam menghadapi kehidupan, amin.


Catatan 12.51am
10 Jamadil Akhir 1443H 
Dibucu tilam tidur