Pages

Pages

1.26.2022

Sederhana in Prepping

Alhamdulillah sekarang dah ramai mula share tentang prepping, dulu benda ni sangat taboo sama juga benda-benda suntik ni, tak boleh dicakapkan sebab isu terlalu maksum sampai sekarang. Tapi asbab apa yang jadi sekarang ramai yang dah mula buka mata dan jadi orang yang berfikir, dulu pantang sebut tambah lagi kalau yang buruk pasti kecam maki, asbab terjadi bencana luar jangka baru-baru ni, ramai dah mula ada awareness untuk mula buat prepping juga. Sama juga bab kesihatan orang dah tak fokus dengan satu cara maksum je, sebab banyak dah kesan mula jadi dari hari ke hari. Apapun nak sentuh bab prepping, prepping ni jangan lah niat untuk hadap kiamat, kotlah orang tak tahu, hari kiamat tu orang kafir dan dan tak beriman je akan tengok, hadapi dan alami, so jangan nak ada hati nak mati masa kiamat, moga sentiasa doalah kita dimatikan dalam husnul khatimah, insyaallah Amin.


Bab prepping lebih kepada menghadapi cabaran hidup semasa, dengan kenaikan kos mendadak, ramai yang terkesan, tak habis dari kena buang kerja hasil dari PKP bersambung pula episod lain, kos makan, minyak, sara hidup, semua meningkat, tak lagi bab lain, bab agama tak payah cakaplah, semua dah haru biru, ada orang dia tak rasa apa-apa, ada yang masa PKP bisnes dia menjadi, ada yang upgrade gaji, semua terjadi dengan izin NYA, dalam tempoh 2 tahun ni ada yang downgrade, ada yang upgrade, mana-mana kita hadapi, bersyukur dulu dengan nikmat dan ujian. Tak kita diuji melainkan setara dengan keupayaan kita semua.

Ini antara pick person yang korang boleh follow bab prepping, follow diorang untuk tips prepping, ada yang lagi extreme, takut korang panic attack pula baca, actually don't, takde keperluan untuk panic tapi lebih kepada buat ikut kemampuan diri. Yang ada tanah mula lah menanam, yang reti masak mulalah masak dan buat retort. Apa yang jadi hari ke hari, mungkin lebih mencabar, kerana dah banyak terjadi bencana luar jangka, banjir bencana, kemarau bencana, cyberattack bencana, blackout berhari-hari pun bencana, so ianya lebih life survival dan aktiviti camping yang orang dok kemaruk sekarang tu sangat banyak manfaat juga. Boleh mula ajar anak-anak not too depending sangat kat teknologi, even banyak sangat kemudahan dalam masa sama ia banyak kesan buruk juga, well semua perkara datang secara berpasangan kan? Ada baik, pasti ada buruknya, tinggal kitalah buat dia macam mana.


Kenapa sederhana? Yelah takut berlebihan, berlaku pembaziran, takut berlebihan hingga kita lupa semua yang jadi termasuk dalam perancangan Allah. Pesan Ustaz takut kita termasuk dalam golongan dan terikut orang kafir punya prepping, takut kita dalam dok buat prepping, rupa-rupanya jiran sebelah makan pun kais pagi makan petang, atau tak makan-makan, semua tu Allah akan soal balik kita nanti. Ambil kisah Nabi Yusuf sebagai panduan kita orang Islam, yang mana banyak pelajaran yang kita boleh buat dan amal. Salah satunya mula bercucuk tanam, simpan benih, dikala cuaca masih elok, kemarau tak berlaku lagi, tanaman boleh hidup, mula lah bertanam, dan ini pun sunnah Nabi Muhammad SAW. Paling utama prepping iman amal, upgrade ilmu tauhid, fardhu ain, baiki tajwid, tadabbur Al-Quran, istiqamah Zikir dan banyak lagi kita boleh buat persediaan, sebab kiamat paling dekat dengan kita semua adalah kematian seorang manusia. Ibarat bayang-bayang dah, orang yang bijak orang sentiasa mengingati mati dan perbanyakkan amalan, jangan hilang fokus kita semua sebagai orang Islam. Tak gitu? Nak prepping, prepping lah, takde rugi pun, insyaallah. Ibrah dari kejadian banjir luar jangka baru-baru ni pun banyak sangat, tinggal kita nak ambil sebagai peringatan ke tidak je.