No one can tell your story, so tell it yourself. No one can write your story, so write it yourself.
Pages
Pages
11.30.2020
Pulangkan Balik Cincin
11.24.2020
HOGA Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak
11.22.2020
Sindrom Mak-Mak
11.20.2020
Sandwich Campur Masa Outing Zaman Sekolah
PKPB ni acara paling meriah adalah acara masuk keluar dapur, betul tak? Bab makan tak pernah putus, bila anak makin membesar ni tong beras makin tinggi demandnya. Dok asrama lagilah cepat rasa lapar, lapar je manjang, selera bukan main tinggi tambah ada member sama naik bab makan. Teringat plak masa masuk asrama dulu, sedih tak terkata bila mak ayah decide untuk masukkan Ika ke sekolah berasrama dulu. Punyalah mak ayah nak pujuk, setiap minggu mak ayah datang jenguk kat asrama bertanya khabar. Alhamdulillah, sekarang rasa bertuah sangat diri sebab keputusan mak ayah dulu, kalau tak, takdelah diri Ika yang macam sekarang ni.
Antara makanan yang mak suka bawa bila datang jenguk anaknya nih, adalah sandwich. Baru-baru ni ada kawan sekolah tanya macam mana buat sandwich yang macam mak Ika buat dulu, dia masih teringat-ingat akan kesedapan sandwich tu. Ika lupa plak sandwich yang macam mana, maklumlerr banyak urat terjejas kes bersalin, so bila recall balik ingatan dengan bantuan minyak ikan dan lecithin berterusan, alhamdulillah terus rewired dan ingat balik.
Oh! Sandwich ni rupanya yang mak dok bawak dulu datang makan sesama dengan kawan-kawan yang lain. So pagi ni Ika share sandwich version mak suka buat dulu.
Mudah je bahannya:-Selamat mencuba, hujung minggu ni boleh buat, hehe. Biasa kalau ada sandwich Ika buat menu berat sekali nasi lemak ke, bihun atau mee goreng ke, tengahari makan light-light je sebab pagi dah kenyang macam hape dah, Kiki.
Roti sandwich(Ika guna gardenia
Sardin Mackerel
2 biji telur yang direbus
Mayonis
Planta untuk sapuan roti(ikut kesukaan masing-masing)
Sedikit lada hitam dan garam
Tomato
Timun batang
11.18.2020
Komen dah Selawat Ke Belum Hari ni?
11.16.2020
Cameron Valley Tea House 2
Kami ada kenangan kat Cameron Valley Tea House 2 ni bersama arwah abah, so bila ma nak datang sini kami ikut je sebab tahu pasti terkenang memori bersama di sini makan-makan ramai-ramai masa buat familyday dulu tahun 2012. Selepas check in kat Hotel sambil tunggu hujan reda, kami terus ke sini, ikutkan plan asal nak pergi makan scone dekat Lake House, tapi belum rezeki kali ni nak pergi sana sebab hujan dan waktu pun dah lewat petang, makanya layan scone kat sini pun okay sangat. Dah banyak pembaharuan kat sini pun dah buat bertingkat dan asingkan pengunjung yang nak pergi tengok view ladang teh. SOP kat sini bagus sebab memang tak bagi masuk over limit, tunggu meja kosong baru dapat masuk ikut turn. Masa kami sampai tu alhamdulillah orang tak ramai dan tak beratur lagi. Tapi menunggu lah juga sekejap nak dapat meja kosong.
Masa lepas kahwin dulu teringat plak pinjam kereta ayah dulu sebab nak angkut barang-barang dan hadiah yang orang bagi masa Majlis, memang penuh satu kereta bonet dan tempat duduk belakang, dari sekecil-kecil barang dan sebesar-sebesar barang kami dapat termasuk lesung batu dan dapur gas,wakaka. Awesome betullah siapa yang bagi hadiah kat kami tu, Ika doakan mereka Allah limpahkan rezeki mereka Berganda asbab pemberian mereka memang Ika masuk rumah lepas kahwin cuci kaki je. Tak banyak barang kena beli sendiri, so masa berangkut barang boleh plak suami ajak on the spot naik Cameron Highlands terus sebelum masuk rumah, apa lagi? On sajalah, dengan kereta penuhnya dengan barang, kami tidur kat Lodge Country Brinchang, walaupun ramai yang kata Hotel tu paling keras kat Cameron Highlands alhamdulillah kami tak pernah lalui pengalaman seram kat sana, bukan sekali kami pilih Hotel tu, banyak kali jugaklah sebab area sekeliling strategic. So sempatlah sambil honeymoon layan view ladang teh kat Cameron Valley TS2 ni, kihkih.
Sempat lagi menyelit kenangan sendiri, so hampir 15minit beratur dapat meja kosong dan terus buat pesanan makanan. Kat sini kira complete jugalah sebab ada shopping centre untuk tea product. Kalau tak naik Sungai Palas kat Boh pun dah okay kalau singgah sini sebab dah macam-macam ada termasuk souvenirs. Perasan tak kalau minum teh kat sini rendam uncang teh tanpa gula pun rasa teh tu sedap sangat, kena dengan suasana sejuk-sejuk gitu. Best sangat fefeeling layan makan scone, minum teh, sambil hirup udara segar dan sejuk, that's why lah kot Cameron Highlands ni antara port pilihan ramai orang naik berkali-kali pun tak pernah puas, tak pernah jemu. Ika dulu memang tak suka pun naik Cameron Highlands sebab jalannya agak menggerunkan, bersimpang siur dan tinggi. Tapi tulah, orang kata jangan benci dan tak suka, nanti-nanti kita jatuh cinta. Begitulah ibaratnya Ika ni, kihkih, memang in love btul dengan Cameron Highlands ni. Kalau boleh tetiap minggu nak naik, wakaka.
Apapun takut juga tengok semakin hebat Pembangunan kat atas Cameron Highlands ni, bagus memang bagus sebab makin banyak kemudahan, pembaharuan tapi setiap kelebihan ada kekurangannya juga, banyak dah hasil semulajadi kehijauan diusik tanpa batasan. Sama juga kat Lojing lagi scary, betullah manusia ni memang takkan pernah puas, makin banyak alam sekitar termusnah akibat tangan-tangan manusia tu sendiri. Akibat kehendak dan permintaan manusia yang tidak berkesudahan, semakin teruk pula paku-paku bumi ditarah, dirata, digondol, sedih plak tengok dan ingat.
Masa nak naik Cameron kakakku siap pesan jangan berhenti dekat tempat ambil gambar view jalan dari simpang pulai tu, sebab kat situ kawasan risiko tersangat tinggi. Cantik memang cantik, tapi bahaya, yelah malang ni tidak berbau. Katanya tuan kedai dan pemilik gerai kat situ degil dan gedebey bukan main, berapa kali dah surat warning JKR dah bagi, sebab kat situ memang kawasan Red zone, everytime je boleh runtuh. Bukan tempat lepak santai ambil gambar, bukan tempat makan-makan. Tapi tulah manusia ni kan, kalau dah degil katalah macam mana pun, memang tak jadi apa melainkan dah berlaku apa-apa kejadian baru nak menyesal agaknya, so pepatah dah terhantuk baru nak tergadah memang elok wujudnya. Apapun datang Cameron Highlands kali ni dengan ma dan adik-adik banyak buat refleks diri. Alhamdulillah. So datang Cameron Valley Tea kali ni memang dapat berantai-santai relax dan chill.
11.14.2020
CH Green Stay Resort Apartment Lengkap Sempurna
11.12.2020
Perapan Ayam Versi Detox
Bahan mudah:
Bahan utama ayam (Ika buat untuk 4 keping thigh dan dada)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
Mix herb(iltalian herb)-2 sudu besar
Serbuk lada cayyene-1 sudu besar
Cili boh - 1 sudu besar
1 sudu kecil lada hitam
Garam pink secukup rasa
Perahan air lemon
2 sudu minyak zaiton
Blend semua kecuali lemon(kalau tak bergerak blend tu boleh tambah air sikit) . Lepas tu ratakan bahan perapan kat ayam. Boleh freeze, nak masak malam sebelum guna tu boleh defrost kat chiller. Bakar/panggang pun boleh. Makan dengan salad etc.
11.10.2020
Merapu Sekali Sekala
11.08.2020
Ladang Itik di Trong Leasure Farm and Resort
Masuk kat tempat tu kami ke kaunter tanya berapa kos Tiket masuk sini. Anak-anak dah teruja bukan main tengok patung-patung itik beratuk, bot itik gergasi kat dalam kolam. Kat sini memang bangunan utama ada shopping centre yang berasaskan itik, ada. Bayaran masuk untuk dewasa yang berusia 65 tahun ke bawah berharga RM8 dan warga emas 65 tahun ke atas ialah RM6. Manakala kanak-kanak berusia 4-12 tahun RM4. Trong Leisure Farm & Resort terletak di Trong, berhampiran dengan pekan Changkat Jering, Taiping, Perak. Sementara menunggu traktor yang akan membawa kami ke ladang itik, layan anak-anak main sekitar dulu. Memang kena naik traktor nak ke ladang itik ni sebab kawasannya sangat luas. Dari satu ladang ke satu ladang yang lain. Kat sini ada beberapa bahagian ladang, untuk anak itik yang baru lahir, untuk itik spesis yang berlainan. Kalau tengok itik kat sini agak mengkagumkan sebab terlampau banyak itiknya dan kawasannya sangat bersih, kemas dan teratur.
Kalau baca kisah bagaimana terbinanya ladang itik ni sangat membuka minda sebab pemiliknya betul-betul mengoptimakan sumber yang ada iaitu dengan menggunakan lombong-lombong tinggal sebagai tempat penternakan skala besar, yelah Perak ni kan terkenal dengan bijih timah dan lombongnya yang agak banyak sekitar Perak. So ownernya dari bela itik skala kecil terus berkembang dengan penjualan daging, telur, dan menjadikan ladang itik ni menjadi Pusat rekreasi dan agro pelancongan dengan membina resort. Bijakkan? Beli Tiket masuk, nak bagi makan kat itik kena beli makanan itik, then makanan tu bagi kat itik kat situ juga, the cycle tak lain tak bukan memang semua masuk dan untung kesitu juga, itik pun untung juga dapat pelawat macam kami, hehe. Trong Leisure Farm & Resort merupakan Pusat Rekriasi di Ladang Itik yang pertama di Malaysia. Trong Leisure Farm & Resort diwujudkan pada Januari 2011. Kawasan ini asalnya hanya daripada ladang itik biasa dan berjaya diubahsuai untuk menjadi lebih menarik. Trong Leisure Farm & Resort mempunyai permandangan tasik yang cantik, tempat riadah yang membolehkan semua orang menikmati kegembiraan dan mempelajari tentang perladangan itik.Trong Leisure Farm & Resort mempunyai ladang itik berukuran 70 ekar untuk dilawati dan mempunyai lebih kurang 60,000 ekor itik di ladangnya. Spesis itik di sini dikenali sebagai ‘Itik Pekin’. Selain daripada melawat ladang itik untuk merasa lebih dekat dengan itik dan memberi itik makan ; kami juga menyediakan pelbagai hiburan seperti penginapan di Trong Lakeside Leisure Resort; Trong Lakeside Seafood Restaurant menyediakan hidangan itik yang istimewa dan pelbagai jenis hidangan makanan laut; aktiviti air yang menyeronokkan di tasik yang sesuai untuk di lakukan seisi keluarga; kolam ikan yang tersedia untuk semua pengunjung termasuk kanak-kanak untuk merasai pengalaman memancing; waktu riadah petang, berjalan sekeliling Trong Leisure Farm untuk merasa ketenangan. Selain itu,Trong mempunyai ladang buah-buahan tropika Malaysia untuk dilawati oleh pengunjung dan berpeluang untuk merasa buah-buah juga. Ladang buah yang dimaksudkan adalah kebun buah-buahan tropika Trong dan pokok buah makisa.
Rasa berbaloi singgah ladang itik ni sebab anak-anak pun dapat Pelajaran kat sini, dapat bagi makan kat itik, tengok bagaimana itik diternak, dan bagaimana fasa itik lalui sebelum jadi daging. Kebanyakan hasil kat sini diimport keluar negara. Tempat makan kat sini don't worry ada tempat makan untuk orang Melayu Islam, dan ownernya Melayu dah asing siap-siap. Kalau was-was tak payah makan, sebab kebanyakan pengunjung sini Chinese, depa kan suka daging itik, hihi. Kalau nak lebih dari tu, bolehlah bermalam kat sini. Kalau kami memang prefer pantailah, lebih seronok. So lawatan kami ke ladang itik Trong sangat puas hati sebab anak-anak pun seronok dapat buat aktiviti sampai meminta nak bela anak itik, kes comel sangat. Nak kelainan dalam bercuti, boleh singgah sini. Ika memang suka tempat-tempat macam ni, terutamanya macam mangrove ke apa, rasa dekat sangat dengan alam. 11.06.2020
Cabaran Bila Putuskan Habit
11.04.2020
Galeri Sultan Azlan Shah Berbaloi dilawati
Galeri ini maparkan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan.Tidak terlepas dari signifikansi sejarahnya, bangunan megah Galeri Sultan Azlan Shah menunjukkan perpaduan unik dari gaya arkitektur seperti atapnya unik berbentuk 'bumbung limas' dari nyeri, struktur bumbung begitu menarik seperti piramid,manakala bentuk keseluruhan adalah campuran estetika ciri tempatan dan kolonial. Pada peringkat awal pembinaan, bahan bangunan yang berpunca dari luar negeri - genteng dari Perancis, sementara dinding dan lantai ubin yang berpunca dari Itali - untuk melengkapkan batu tempatan dan yang terbaik dari 'Cengal' dan 'Meranti' kayu yang digunakan untuk atap rangka batang dan balok .Pelbagai aneka memorabilia dan barang-barang peribadi milik Sultan Perak dipamerkan di galeri ini. Ada juga bangunan berasingan yang menunjukkan unit kereta kerajaan dan kereta peronda yang digunakan dalam iring-iringan kereta ketika Sultan Azlan Shah memerintah. Ada juga kedai cenderamata yang menjual barang yang berkaitan dengan kesultanan Perak.
























