Pages

Pages

8.23.2020

Hotel Sfera Manjung Penginapan di Lumut

Bila suami nak berkursus, sibuk lah bahagian bini dan anak-anak nak ikut sama, walaupun hanya me lepak dalam hotel je nanti, kira oklah dapat juga keluar dari rumah, wakaka. Ada ke spesis yang sama macam Ika, so bila suami tanya nak ikut ke tidak, of course jawapan mama dan anak-anak senada, seia, sekata gitu. Makanya hari dinantikan semua beg baju dah settle kemas awal-awal. Anak-anak sibuk tanya, "mama takpe ke bawa kereta kecil jalan jauh-jauh? Kes guna kereta kerja ayahnya je kali, aii apa tak bolehnya, pergi 14 negeri pun takde hal kereta ayah tu, kihkih. Bersorak semua dapat jawapan macam tu. Syaratnya semua kena sabar sebab perjalanan kali ni ambil masa lebih sikit lah.


Lepas solat jumaat, terus kami semua bersiap tunggu ayahnya balik, dalam pukul 4petang jugaklah kami bertolak, alhamdulillah cuaca pun cantik elok je hari tu, jalan pun kereta tak banyak, so semua smooth je melainkan masa sampai kat Kg. Lekir, anak dah berzikir nak pergi tandas. Sampai RnR Lekir kami berhenti singgah ke tandas, anak demand nak makan mee hun suplah plak sebab kat situ ada kedai dan gerai, dari nak menyinggah beberapa minit jadi sejam jugaklah. Macam tulah kalau travel dengan anak-anak, macam-macam hal, tapi seronok lah layan depa, disebabkan dah biasa dari kecik-kecik diorang ni kami bawa jalan, so dah boleh agak semua kemungkinan. Quite fun sebenarnya bawa anak-anak travel selain belajar perkara baru, dapat juga didik macam-macam perkara buat kita dan anak-anak bila berubah tempat.


Sambil makan mee celup kami borak-borak, tengok-tengok jam dah hampir 6 petang. Punya lama rehat dan rawat, sebelum naik kereta sempat lagi ketandas second round. Bila bergerak balik, masa tu dah lewat petang, makanya kami direct terus ke hotel. Ikut waze sajalah, sebelum ke hotel sempat lah pusing-pusing area suami nak ke tempat kursus esoknya tu. Then directly ke hotel, terus check-in, family room dah full, kami ambil dua bilik sebelah menyebelah, anak-anak ramai macam ni memang tak muat lah katil double je, nak cari hotel yang ada family room dan dua double bed memang limit, tambah lagi hujung minggu, so terpaksa lah ambil dua bilik.

Puas hati lah, even bilik dua single bed, cukuplah untuk mamanya nak gegirls tidur selesa. Pantanglah bila sampai hotel, benda paling kalut anak-anak suka rasmi bilik air, mandi, so perkara pertama bila sampai bilik, terus diorang sibuk nak mandi, lagipun masa tu dah nak maghrib dah, terus diorang bersiap mandi malam. Malam tu kami keluar makan malam berdekatan hotel je, kat Medan selera, layan nasi lemak, satay dan otak-otak. Balik dari makan, tunggu anak-anak main, last person yang paling lambat tidur adalah si comel Haniy, semua orang dah tidur dia masih galak bangun duduk, merangkak situ sini. Sudahnya pukul 1pagi juga baru dapat lelap.



Pagi esoknya semua dah bangun awal sebab dah bagitahu ayahnya nak pergi kursus, semua kena siap awal sebab mama sorang nak handle diorang berlima. Kena berstrategi, siap mandi terus kami 7 beranak turun makan breakfast. Daftar, check suhu dan terus ke meja makan, even sop dan new normal, layan sajalah walaupun a bit melecehkan, I just hope this keabnormalan will end soon, amin. So kat sini memang takde buffet disebabkan new normal, the staff hidangkan makanan kat customer, masa check in tu kita dah pilih sesiap either nak breakfast with malay or Western menu, so suami pilih malay, breakfast pagi tu makan pagi mee hun goreng, ayam rendang and so on. Anak-anak makan dah tak selera sebab celik je biji mata, diorang dah aim nak mandi air kolam, sabor jelah. Siap makan, terus suami keluar beli makanan tambahan untuk standby lepas mandi kolam, wajiblah kelaparan semua lepas mandi manda, dah boleh tahu dah pattern ya begitu, untuk smoothkan penjagaan mamanya dengan 5 orang anak, suami beli makanan kat luar Hotel. Balik terus siap-siap pergi kursus dan kami 6 beranak keluar bilik terus ke kolam mandi.




Luckily kolam tu satu aras je dengan bilik kami, so takdelah adegan naik turun tangga atau lif. Lega sangat, Daftar dan check suhu, seriously dua benda ni boleh lagi layan, tapi part yang beratur kat mana-mana tu memang cannot go. Pkp punya pasal setiap kali nak masuk kedai/pasaraya yang buat orang beratur ni buat diri sendiri tak masuk pasaraya hampir 6 bulan dah, kihkih. Memang jenis tak sabar untuk beratur dan buang masa, so hantar suami sajalah part beli barang dah memang itulah tugas suami dari dulu dan sekarang, kita buat list sajalah. Bial dah sampai kolam apa lagi anak-anak, terjun mandi sepuas hati.



Masa tu matahari dah panas terik even baru pukul 9 pagi, tahan sajalah muka sememeh ni dengan cahaya matahari, nak tunggu diorang siap mandi at least sejam jugak. Yang tu yang ni terjun, berenang, naik turun kolam, yang si kecil Haniy mampu tengok je, hehe. Kira OK sangat Hotel Sfera sebab lengkap fasiliti kolam kanak-kanak dan dewasa, kat Manjung ni agak susah nak cari hotel yang ada kolam melainkan Resort yang agak jauh hingga ke Lumut. Ikutkan plan asal nak pergi menginap kat Swiss Resort Lumut, tapi yang tu jauh sangat dengan tempat kursus suami, makanya cari yang berdekatan saja kat Bandar Manjung tu, dah survey kebanyakan Hotel hanya bilik je kecuali Hotel Sfera ni, ada kolam so takdelah anak-anak boring me lepak kat bilik seharian.



Siap mandi, sambung mandi kat bilik pula, makan kenyang kan perut, diorang main sekejap dan semua tertidur lepas azan zohor. Uii melompat hati mama semua anak-anak dah tidur sempat lah berme-time sekejap, layan movie je pun. Kira okay lah sangat sambil melepak tepi tingkap tengok suasana kat luar. Lama jugaklah diorang tidur siap mama boleh sambung tengok k-drama yang tertangguh. Bangun dari tidur, semua kelaparan balik. Makanya terpaksa lah keluar bilik cari makan.



Terus ke cafe Hotel cari makan, anak-anak order Western food chicken chop dan spaggeti. Even cafe hotel tu kat tingkat bawah je, takde orang pun kat cafe tu, tapi nak melayan kan 5 orang budak-budak aktif cergas ni quite tough jugaklah, ni nasib baik je 2 orang hero, kalau 5 hero pengsan nak mengadap, hahha. Dapat layan Latte pun dapat bertenang-tenang sambil layan diorang, punya kalau dah hantu caffeine kan? Bila makanan sampai dapatlah dok diam sekejap diorang layan makanan. Tapi part menghabiskan makanan tu mama jugak, manalah mak-mak tak naik badan.


Siap makan terus ke bilik, tengok bilik staff dah start kemas, so masuk bilik sebelah, tunggu siap sambil bersihkan Haniy. Sambil lepak tahu-tahu tengok suami dah kat depan pintu, kursus habis awal, bersoraklah anak-anak sebab ayahnya janji kalau dapat balik awal sempat pusing Manjung. Siap solat terus pusing-pusing ke Teluk Batik dan cari makan untuk makan Malam, kami singgah makan kat area Manjung tu je, sebab senang. Hishh, bab makan kat luar ni memang kurang gemar sikit bukan sebab suasana, tapi sebab mikir kan bab masa menunggu, masa menunggu makanan ni macam bom jangka juga untuk anak-anak, kalau sekejap ok, kalau lama sudahhh memang mendapat lah. Nak dijadikan cerita gerai kami singgah tu kurang tepat sebab kelembapan masa memasak yang overdose lama, yong tau fu dah habis makan, air dah bertambah dah habis, makanan tak sampai-sampai lagi, sudahnya sempat anak cari pasal dulu, serba tak kena, makanya makanan yang baru sampai kat meja setelah sejam lebih menunggu, kami suruh tapauka. Masuk dalam kereta kami laki bini membebel lepas kan ketidakpuasan hati kes menunggu dah satu hal, bila makan makanan yang di masak, nasi pula mentah. Macam tulah bila makan kat luar, alhamdulillah rezeki kami hari tu sebegitu, at least kenyang jugak masing-masing, hihi. Agaknya pertama kali buka kedai lah kot tu yang jadi macam tu. Takde kotak complaint, kalau tak boleh tulis ketidakpuasan hati.





So malam tu again, si Haniy paling lambat tidur kes main dengan kakaknya Hajjar. Pagi esok anak dah bagitahu awal-awal nak mandi kolam lagi, so semua abang ya dah tidur awal. Pepagi dah bangun mandi siap-siap pergi breakfast kat Cafe dan terus terjah kolam mandi. Kali ni ayahnya la plak melayan, melepak-lepak kat bilik library je sambil menyusu Haniy. Dalam sejam settle mandi, kemas-kemas beg dan barang kami checkout. Sempatlah makan tengahari kat Restoren paling ok bagi kami bila pergi Manjung iaitu Restoren Umi dan Walid makan tengahari sebelum berbekam. Alhamdulillah semua smooth dan dipermudahkan, on the way balik lagi sekali singgah kat RnR Lekir lepak makan dan pergi tandas. Petang jugaklah kami sampai kat rumah. Begitulah hujung minggu kami, kalau tak lepak kat rumah wajiblah keluar, kalau tak keluar, lepak rumah masak-masak special je.

Catatan 10-12 Julai 2020
Hotel Sfera Manjung Perak