Pages

Pages

8.27.2020

Isu Sakit Mental Semakin Kritikal

Di zaman kini it's being scary to know the fact of mental healthy semakin crucial tak kira lah dikalangan remaja hingga ke yang tua. Zaman kini bukan kaleng-kaleng lagi cabarannya, mental tak kuat, memang akan tewas dengan bisikan kemahuan, kehendak kemampuan yang tak seiring memacu jiwa yang sakit. Tambah lagi dengan media sosial yang semakin sakit kalau tak terkawal diikuti. Too much expose and push to fulfil others expectations pun bakal buat mental sakit dalam tak sedar tak kira lah dari Public figure hingga berjangkit ke semua peringkat lapisan masyarakat. Penat kerja nak impress orang lain ni, bukan kerja mudah, lama tak lama makan diri. Try hard in everything hingga burn in and out. 






Yang tu depends pada kita jugalah nak jadi mata lebah atau mata lalat, sendiri boleh pilih. Namun dialam maya ramai sangat yang jadi pembuli di sebalik nama dan profile fake. Individu sebegini sebenarnya dalam tak sedar tak sihat dari segi mental dan jiwa. Kadang yang mengalami masalah dan kesihatan mental ni mereka pun tak sedar mereka bukan dalam keadaan yang sihat dengan cuba memuashatikan diri sendiri dengan menyakitkan hati orang lain. It's so scary baca komen-komen netizen tak kira isu apa pasti ada terselit komen Individu yang sangat tak patut as normal human. Semacam hilang kewarasan bila mengomen. Nauzibillahiminzalik. Sungguhlah masyarakat kita memang sedang sakit, tapi semua dalam keadaan follow the flow, yang sedar akan bertindak atasi, yang tak sedar terus menerus sakit dan cuba menyakitkan orang sekeliling. 








Apapun as human, normallah kita dalam keadaan lemah, sentiasa memerlukan pertolongan. Jangan pendam, cari pertolongan yang sepatutnya dalam menangani isu emosi dan jiwa tak stabil ni. Kadang kita too much expected dalam mengejar apa yang kita mahukan buat kita lupa batasan hingga buat overload pressure tanpa kita sedar. Kita lupa cinta kan, sayang kan diri sendiri, kita lupa untuk memaafkan diri sendiri that's why blame game in circle not end dalam jangka yang panjang atau sepanjang hidup. 






Tambah lagi sekarang ramai yang hilang pekerjaan akibat dari PKP tempoh hari. Jika kita masih bekerja, ada pendapatan, ada makanan di atas meja, tiada beban an hutang yang menjerut jiwa, bersyukurlah banyak-banyak. Stress, depress akibat kehilangan kerja namun tanggungan dan tanggungjawab perlu dilunaskan untuk komitmen kewangan setiap bulan juga boleh memacu kearah mental yang tidak sihat jika tidak jumpa penyelesaian dalam tempoh jangka masa pendek. Kami pun pernah alami situasi sebegitu bilamana suami di buang kerja akibat kilang tempat bekerja bankrap, bukan mudah ye nak handle emosi, segala fikiran yang berkecamuk akibat too much thinking. Orang yang alami je tahu dan faham tambah pula masa suami kena buang tu, kita baru lahir kan anak yang ketiga. Apapun semuanya ujian dari Allah, tidak Allah uji melainkan mengikut kemampuan kita. Hikmahnya pasti indah kan? 


So untuk yang sesiapa yang rasa stress, penat sangat dan rasa nak give up everytime, rasa kebencian lebih banyak dalam diri, mula-mulalah buat checking dan muhasabah, cari orang terdekat yang kita percaya luahkan apa yang berlaku. 
Jalani Ujian DASS

Ujian DASS atau Deppression Anxiety Stress Scale adalah ujian saringan masalah mental yang digunakan di seluruh dunia. Di Malaysia, ujian DASS berpandukan kepada 21 soalan ini diterjemah dan dibangunkan oleh seorang ahli akademik tanah air, iaitu Profesor Dr. Ramli Musa yang merupakan seorang pensyarah dan Ketua Bahagian Rundingan Psikatri di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

Menurut Prof. Ramli, ujian DASS ini diterjemah kepada lebih 45 bahasa yang digunakan sebagai saringan, namun begitu anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar perubatan sekiranya keputusan ujian tersebut menunjukkan anda mempunyai masalah kesihatan mental.

Ujian ini memerlukan anda untuk berkongsi beberapa maklumat peribadi seperti umur, tahap pendidikan dan jenis pekerjaan anda. Kemudian anda perlu menjawab kesemua 21 soalan dengan jujur supaya keputusan yang anda perolehi lebih tepat.

Keputusan ujian DASS ini berdasarkan tiga bahagian iaitu Kemurungan, Keresahan dan Stress di mana skala keputusan adalah Normal (Normal), Mild (Ringan), Moderate (Sederhana), Severe (Teruk) dan Extremely Severe (Sangat Teruk).

Jadi jom jalani ujian DASS ini. 



Jika keputusannya tidak normal, anda boleh print keputusan tersebut dan bawa ke mana-mana klinik kesihatan (KK) berdekatan di tempat anda untuk pengesahan diagnosa dan intervensi atau rawatan.

Bawa keputusan yang didapati tadi bersama. Jangan malu, tak perlu segan. Dan jangan sekali-kali menganggapnya remeh ya. Merawat kemurungan itu penting, malah ia dapat menyelamatkan nyawa. Jadi, jom jalani ujian DASS hari ini juga!




Pengalaman sendiri mengalami episod Melunai dan mild depression ketika anak dua dulu sangat adalah pengalaman mahal dan panduan untuk Ika sentiasa cool down dan elak diri dari triggered for some issues. Alhamdulillah Allah lorongkan jalan untuk cari solusi dan cuba keluar dari situasi tu dulu sebab sedar apa yang berlaku dalam diri tak normal dan di luar kawalan. Syukur even the journey tak mudah tapi semua tu pengalaman supaya dimasa mendatang kita dapat face it dengan tenang sekarang, kita tahu bagaimana untuk kawalnya sebaik mungkin. Insyaallah. Alhamdulillah Allah jualah yang menyembuhkan segala penyakit asalkan kita tak putus berikhtiar, kerana penawarnya usaha kita juga untuk cari. So yang mudah stress, letih terlampau, mudah putus semangat let's end up the tiny problem. Ingatlah Allah ada, masalah tiada. Ada satu magik dan mukjizat yang Allah dah kurniakan buat kita sebagai orang Islam, yang tahu apa magiknya, mulalah amal supaya jadi bestfriend. 







One of healing tool, my emotion roll on touch essential oil really helps me so much, whole detox for happy mom in action. Selain the roots solution dengan jaga pemakanan dan perut, ubah lifestyle dan habit juga sangat-sangat membantu. Alhamdulillah. 




Notes: Percayalah, kadang-kadang yang banyak tersenyum, ketawa, pendengar setia, penasihat terbaik, dalam diam dia pun struggle mengawal derita dalam diri sendiri.