Pages

Pages

8.21.2020

Mencari Blog Aktif 2020

Ika tak sure masih ramai lagi tak blogger-blogger awal dulu aktif atau tidak tapi yang pasti kebanyakan dalam list reading Ika hampir 4,5 tahun dah kebanyakannya tak berupdate. Masih adakah mommy, adik, kakak yang masih aktif berblogging tak kira lah update sebulan sekali, seminggu sekali, asalkan berupdate. Just nak refresh my new list for reading and blogwalking. If ada please tinggalkan URL anda kat komen dan follow Ika, I will blogwalking and follow back. 




Lama dah tak buat aktiviti blogwalking ni, putus angin satu bila tengok yang dah berzaman tak berupdate, tapi kita fahamlah kebanyakannya dah tukar medium sosial dan aktif kat medium lain. But for now memang Ika shut off Facebook dan fokus blog je, sebab rasa real person bila menulis. If ada senarai blog aktif, please let me know. Buat masa sekarang Ika ada masa untuk update entry je, for blogwalking masih mencari masa untuk mengadap sebab takde list lengkap yang menyenangkan aktiviti blogwalking, jadi bila buka blog situ sini kadang memang dah bertahun tak update so situ dah take time kat situ dah masa gone macam tu je, anak lima yang tengah membesar ni faham-faham lah tak boleh hilang attention sikit, terus huru hara rumah, nak stay lama depan skrin memang agak mencabar, so untuk jimatkan masa this way more effective. Yang aktif, please do share your URL kat komen ok. Insyaallah I'll follow you back, tak kisah blog personal or business asalkan aktif.