Pages

Pages

8.29.2020

Otak-otak Frozen dari Johor

Sebut otak-otak, memang banyak version yang timbul kat dalam fikiran kan? Otak-otak Kelantan dan Terengganu pun dah berbeza, inikan pula otak-otak dari Johor, kalau otak-otak dari Johor ni antara favourite anak-anaklah sebab tak pedas. Agak sedap juga bagi Ika, tapi kalau nak banding dengan otak-otak yang kami layan kat Kemaman, memang sedap yang Kemaman sebab Ika suka yang pedas dan penuh dengan isi ikan semata.



Kebetulan ada kawan kerja suami yang balik dari Johor, suami sempatlah kirim otak-otak Frozen dari sana. Kalau beli kat kedai dalam RM1++ sekeping, biasa kalau ada otak-otak ni kat kedai makan wajiblah order, 15 ketul tu memang tak cukuplah untuk iols anak-anak ramai ni, biasa kalau 10 keping sebakul, 3 kali atau lebih ulang ambil baru puas hati semua makan. Tapi tengok atas kesedapan otak-otak jugaklah. Suami cakap otak-otak Kempas paling sedap. Ku cakap tara yang frozen ni pun dah ok, kihkih. Nampaknya ke Johor cam gayanya ekk lepas ni, wakaka.


Ironinya dalam Banyak-banyak negeri negeri Johor lah tak pernah jejak betul-betul, hanya sekadar lalu saja tu pun kelam kabut ke Johor, sampai Muar je. Lepas sampai tu terus balik. So nak cerita pasal Johor takde dalam bayangan macam mana. Even kakak dan suami pernah belajar kat Johor, tak dapat pergi konvo kakak, suami pun tak pernah tersebut lagi nak ke Johor selepas jejak Muar tu, memang kami tutup buku terus. So dapat merasa otak-otak dari Johor pun kira okay lah mana tahu pasni dapat Jelajah Johor terus, tak siapa tahu kan?

Bila suami tanya agak-agak 150 keping cukup tak, standby order untuk bawa balik kampung sekali. Ku cakap, haraplerrr, jangankan nak buat balik kampung, nak makan kat diri sendiri pun kalau sempat merasa tu pun rezeki dah, hahha, anak-anak tengah membesar ni, selera lain macam belaka. Asal ada makanan je, licin. licin takpe, asal jangan membazir. Kalau bab makanan teringat pesan kata-kata ayah, jangan kedekut bab makan, kalau rasa nak makan dan mampu, beli je terus. Habis untuk makanan takpe, jangan membazir je bab makanan ni. So kalau anak minta makan, if ada kemampuan memang suami tak pernah berkira.
Memang 50 keping tu sekali jalan je anak-anak layan makan sambil main. Isi otak-otak kali ni agak merah oren, tak menyempat nak snap, macam piranna anakku makan, wakaka. Beza dengan yang Terengganu isi putih dari isi ikan dan nyior di letak lada burung sekali, pedas padu digabungkan dengan isi ikan yang padat tu buat teringat-ingat plak rasanya. Apapun kalau dah nama makanan memang sedaplah kena gaya bahannya. Suami cakap kalau nak lagi sedap memang kena makan kat Johor atau kat tempat tu terus, baru feel dia sampai yang original. Korang suka otak-otak versi mana? 


Kenangan kat Kemaman