Walaupun dah berkepam cerita ni, tapi takpe just untuk kenangan sendiri dan noted pernah sampai tempat ni sebelum beranak kan si Haniy. Terpergi kat sana pun kes unplanned version. Sebenarnya masa minggu tu kami pepagi lagi dah bersiap untuk ke KL untuk event business, nak di jadikan cerita lepas isi minyak sebelum bertolak, kereta tak boleh start. Buat hal lagi, so pepagi buta suami call pomen yang biasa dah buat servis kereta ni, datang bagi bantuan, check apa yang tak kena, sebab enjin tak boleh start. Bila check pomen suruh try tukar dulu bateri baru, so dapatlah start enjin, tapi masalah tak settle, bila kali kedua lepas tu enjin tak jalan. Dari planning nak pergi KL kami cancel sebab bunyi enjin dah tersedut-sedut, suami tak berani pergi jauh, lagi pulak nak keluar dari negeri, hujung minggu, mahunya kereta tak hidup kat tempat event tak pepasal mengusahkan orang lain pula. So kami patah balik ke rumah. Sampai kat rumah, anak-anak sibuk tanya, tak jadi ke tidur kat tempat lain? So lepas suami hantar kereta ke bengkel, dapat call suami suruh standby je nak pergi ke Ipoh, cari tempat tidur kat sana, sambil-sambil tuan driver boleh chill sikit lepas serabut fikir hal kereta.
Apa lagi bersoraklah anak-anak tahu boleh tidur kat tempat lain. Anak-anakku ni memang pantang bab berjalan, tidur dalam rumah buluh pun apedehal, asal kan boleh keluar dari rumah sekali sekala memang gembiralah. So kami guna kereta kerja suami sajalah kali ni, pergi ke Ipoh, Jalan pun smooth cuma memasing lah hati gundah gulana, sorang sibuk fikir pasal kereta, sorang sibuk frust takleh joint event business yang dah di rancang berbulan-bulan sebelum ya.
So sampai Ipoh tanya suami, kita nak tidur kat mana ni nanti? Google lah, tengok semua penginapan area Ipoh kebanyakannya fullbook, tengok satu area chalet ni agak ok, so kami terjah lah survey untuk walk-in terus, bila suami pusing-pusing kawasan sekitar chalet, semua ok je cuma dari segi kebersihan kami in doubt sebab kelihatan banyak anjing berlegar-lega sekitar chalet, tengok kolam pun rasa meremang buatnya anjing tu mandi situ, so kami survey resort lain. Masa tu memang dah lewat petang dah, entahlah ada ke tidak tempat nak tidur, so pusing sekitar Tanjung Rambutan Ipoh, kami ternampak signboard Roots Eco Resort, terus call dan tanya bilik kosong, alhamdulillah nasib baik ada, sebab kami semua dah drain energy dari pagi sampai ke petang baru settle semua hal. Terus ke ke sana dan Daftar bilik, punggah beg, kami keluar balik cari makan untuk makan malam terus. Senang, bila dah check-in boleh terus landing untuk tidur je, kihkih.
Baca juga>> Makan Sedap di Restoren Simpang Tiga Ipoh
Pusing kawasan sekitar kami singgah makan kat area gerai-gerai makan dekat area stesen keretapi, sebab situ je nampak meriah ya kedai makan. Kebetulan masa pergi hujung minggu buffet takde, makanya makanan kat restaurant hanya untuk yang buat booking awal dan per group sahaja, so okay jugaklah dapat makan kat area Tanjung Rambutan tu. Siap makan terus balik ke bilik dan anak-anak bersiap-siap mandi untuk standby tidur. Kat Roots Eco Resort ni setiap bilik kat rumah buluh memang klasik dan alami, katil kat bilik pun dari Kayu jati. Malam tu sunyi betullah sebab bilik kami betul-betul mengadap jeram dan pinggir hutan. Kalau orang ada anak-anak kecil ni memang tak gemarlah bawak anak ke tempat macam ni, a bit scary dan seram, dah lah TV and wireless takde. Tapi untuk Ika I love being there, rasa dekat dengan alam dan tenang. Tanpa aktiviti gadget, memang betul-betul off screening.
Bilik yang kami dapat pun agak luas, ambil yang River view room ada Queen bed dan satu katil bertingkat. Even rumah based Kayu dan buluh, bilik sangat bersih dan kemas. Depan bilik tepi pintu ada jakuzi, outdoor jakuzi konsep ya sambil nature and sky view kekdahnya. Nasib baik jugaklah dapat bilik yang ni sebab satu satu lagi rumah tu siap ada pokok tengah-tengah rumah, woww lain macam betul, kihkih. Kebiasaan yang datang ke Roots Eco Resort ni by group dan buat aktiviti lasak kat jeram, serta aktiviti lasak yang lain. Tapi kami ni takat bawak anak-anak kecil, mandi air kolam tu dah dikira berlasak lerr tu, wakaka.
Anak-anak dah sibuk cakap nak mandi kolam dan berendam dalam jakuzi. Esok esok sajalah, malam tu memang fikir bab tidur je. Tapi malam tu nak boleh ke tidur bertenung-tenunglah dulu. Kalau korang jenis yang tak boleh takde TV bila bercuti, this resort is not for you. So malam tu tidur tersedar 4 pagi dah tak boleh tidur, nasib baik bawa buku, lepas settle apa yang patut baca buku sambil tunggu subuh masuk. Sedang elok pagi esoknya mendung je. Kejut kan anak-anak dan bersiap untuk mandi kolam. Memandangkan masa tu dah agak sarat, so kasi suami lah layan anak-anak, Kiki.
Aktiviti pagi tu hanya mandi-mandi kat kolam je lepas breakfast sambil nikmati kehijauan sekitar resort sambil tunggu masa untuk check out. Puas mandi kolam sambung berjakuzi plak depan bilik. Harmoni dengar muzik alam air mengalir kat jeram depan bilik.
Semua dah puas hati mandi, barulah boleh bersiap untuk checkout. On the way balik wajib singgah makan durian kalau dah musimnya, Alang-alang tak ramai masa tu berhenti beli durian kami makan terus lah kat situ, dapat kopek makan dua biji pun dah berbaloi, lepas lah nak merasa durian, kikiki. Unplanned version kami anak beranak memang unexpected. Jenis main terjah saja. Siapa cemtu, kita memang geng, adakala yang di rancang bukan main detail A-Z tapi tak jadi-jadi. Unplanned version kadang ikut rezeki dan nasib baik, ada yang unplanned better than planned, atau sebaliknya. Whatever alhamdulillah Allah jualah yang mengizinkan kesemuanya berlaku, alhamdulillah.
27-28 April 2019