Alhamdulillah, anugerah anak ke4 yang tak di sangka-sangka kita sambut dengan penuh kegembiraan, kehadiran Hajjar beza setahun je dengan Hawaa, lebih kurang Harraz dan Haddad beza 11 bulan je. So dah ada pengalaman anak rapat first time, kali kedua alhamdulillah beres dah pandai mengurus. Bila lahir rapat-rapat cemtu ada untungnya juga sebab keperluan keduanya hampir sama, Hajjar Hawaa 7 bulan sempat lah tandem nursing, Hajjar dan Haniy sempat 3 bulan tandem nursing. Walaupun kongsi susu, alhamdulillah Hajjar walaupun halus mulus je masa kecik, tapi dah masuk dua tahun semua tak larat angkat, sebab beban berat terlebih kes memang berat, tengok je cemtu tuannya, kuat makan, dapur dan Hajjar berpisah tiada. Masa dapat conquer sorang je susu, memang beraya dia, tapi mama layan kan aje sebab kesian kes awal-awal dah kena kongsi dengan kakak, hujung-hujung kena kongsi dengan adik pulak, Kiki.
Dalam tempoh Hajjar membesar tak pernah sekalipun pergi klinik dan demam teruk, just mild fever 1,2 days terus ok kecuali ada satu peristiwa yang admit Hajjar masuk wad bila jatuh dari grill rumah, baru umur setahun lebih tapi dah pandai panjat sampai atas, sudahnya jatuh terhentak kepala dari ketinggian 1meter lebih, tulah peristiwa yang paling teruk jadi, hihuu. Boleh tahan buaslah budaknya, tapi tahulah dari gen siapa, so takleh nak kata lebih, kihkih.
Masa umur Hajjar 7 bulan dapat detect yang Hajjar ada sindrom Breath Holding Spells, masa tu kat kampung rumah mak ayah, masa ni umur ni dia dah kenal orang dan tunjuk perasan merajuk, marah and so on, bilamana ada satu kejadian Ika lambat angkat bila dia menangis masa tu lah dia menangis teruk dan terus senyap, biru muka, lembik terlentok macam tak sedar atas baju mak. Uii cuak gila masa tu, pucat lesi macam terhenti dengup jantung tengok anak biru dan lembik terlentok atas dukung mak, terus tepuk-tepuk belakang, in second times dia ok balik. Bila pergi klinik dan buat checkup doktor sahkan benda tu, takleh nak buat apa, maybe for a while, bila dia dah pandai control insyaallah ia akan ok dan normal.
So sepanjang membesarkan Hajjar ni part menangislah kena alert lebih jangan biar kan dia sempat menangis lama dan 'selok k.o' orang cakap, bunyi menangis tu terus ambil dan tenang kan, kalau lambat-lambat jadi macam tulah, muka biru, lembik, tak sempat bernafas kes tangis tu. Nasib baik abang pun jenis macam siren dah faham adiknya macam mana, kalau Hajjar dah start menangis terus bertempik, mama Hajjar menangis, terus lah mamanya macam Watson Nyambek menyelamatkan keadaan semasa, agak meletihkan tapi under control. Bila masuk umur 2 tahun alhamdulillah sindrom tu dah gone sepenuhnya. Cuma kita lah kadang panik lebih sebab dah lama lalui keadaan macam tu, pantang dengar Hajjar menangis.
So korang kalau ada anak macam Hajjar ni memang kena belajar cara handle betul-betullah, kalau tak anak biru, dengan kita-kita pun biru. Tips Ika handle anak Breath Holding spells macam Hajjar ni
Baca ini juga >>Hati-hati Bila Punya Anak umur 0-6 Tahun
Pertama sekali, jangan biar kan anak menangis lama, kalau start dengar anak menangis tu Haa cepat-cepatlah ambil anak, jangan bagi dia menangis teruk dulu, sebab breath holding spells ni bila-bila masa je boleh jadi, anak menangis, nafas tertahan, muka jadi pucat, mulut biru jika biar kan anak akan pengsan dan tak sedar, so nak prevent jadi macam tu jangan sesekali biar kan.
Keduanya, bertenang even situasi tu sangat menakutkan mak-mak kena bertenang dan cuba tenang kan anak, biasa Ika kalau anak nak start menangis kuat dan cuba tahan nafas macam tu, Ika tepuk-tepuk belakang anak, supaya dia sedar dan jangan tahan nafas, sebab anak breath holding spell ni macam dia tak reti nak kawal nafas masa menangis tu, dia tahan betul-betul. So biasa Ika grab anak terus tepuk-tepuk Belakang dan tenang kan dia.
Ketiga, bagitahu abang kakak jangan buat adik menangis, terang kan situasi adik ya macam mana, bagitahu bahaya dan kesan kalau, apa jadi kalau buat adik menangis, alert bila adik dah start menangis, tu yang masa Hajjar memang pantang dengar nak start menangis teruslah berlari abang kakak bagitahu mama Hajjar nak menangis atau dah menangis.
Keempat berdoa banyak-banyak supaya anak cepat sembuh, anak pandai control dan sebagai ya, mintak pada Allah sajalah Moga-moga apa yang di lalui anak sementara sahaja. Kita sebagai hamba kena redha dengan segala ujian yang Allah kurniakan tanda kecintaan dan sayang Allah pada kita tanpa ujian tiada lah kemanisan.
Alhamdulillah, 1 Ogos baru-baru ni cukup sudah lah Hajjar berumur 3 tahun, matang, banyak bercakap, dan paling syukur breath holding spells hilang sepenuhnya. Allah jualah yang Maha Menyembuh kan. Antara ikhtiar Ika bagi Hajjar makan Minyak ikan je bagus untuk otak kanak-kanak sebab kaya dengan EPA & DHA. Memandangkan breath holding spell ni tiada rawatan khas makanya itu jelah ikhtiar Ika, yang penting Hajjar sepanjang membesar sangat cergas dan aktif tu pun syukur sangat dah. Apapun Selamat Ulang tahun yang ke-3 my second Azra. Moga terus membesar dengan sihat walafiat, dipanjangkan umur bermanfaat, di rahmati selalu, cemerlang dalam apa jua yang dilakukan, jadi hamba yang mendirikan solat, patuh arahan dan perintah Allah, Jadi anak Solehah penyejuk hati mama ayah, insyaallah amin.