Pages

Pages

10.25.2019

Ujian Sentiasa Ada

Setiap orang wajib ada ujian masing-masing dalam hidup kan? Macam Ika lah, nampak kat IG kat FB macam takde masalah je hidupnya, tapi Allah sajalah yang tahu apa yang menimpa kami sekeluarga, tapi kami sentiasa mengingatkan diri akan ujian ni salah satu batu loncatan untuk Allah beri yang labih baik, bersangka baik dan terus bersyukur sebab sesusah dan sepayah-payah kita ingatlah ada lagi orang yang lagi susah dan perit dari kita dalam hidup ni. Kena banyak bersyukur sebab apa yang kita miliki hari ini tanda rahmat dan kasih sayang Allah. ujian itu tanda kasih allah, tanda Allah nak kita dekat sentiasa darinya.





Takde orang dalam media sosial nak tunjuk sisi buruk, sisi tak best kehidupan masing-masing. Semua tunjuk yang best, yang happy yang bahagia. Adakah semua orang di media sosial fake dan hipokrit. Tak, jangan sesekali bersangka sebegitu. Orang kaya yang pergi travel setiap hari pun ada masalah dia, samalah kita pun, tapi mereka memilih tunjuk sisi positif sisi yang boleh meningkatkan good vibes untuk oarng yang melihatnya. Yang tak baiknya pandangan kitalah, sama ada kita melihat dunia, melihat situasi, melihat orang dengan mata lalat atau mata lebah. Kita yang memilih.


Percayalah kita semua ada ups and down dalam hidup terutama bab emosi, bab motivasi, ia go ups and down tanpa signal. Tapi nak handle semua tu berbalik kepada diri sendiri sebab kita setiap hari ada sekurang-kurangnya "70,000 thought" dalam pemikiran kita. Negatif, positif datang silih berganti. Dalaman kita sentiasa berlawan-lawanan kan? End up semua tu kita serahkan kepada Allah Taala. Kita sebagai hambaNYA teruslah berusaha dan buat je asalkan syariat terjaga dalam apa jua urusan kita lakukan.


Ika selalu gak terfikir kenapa kadang-kadang bila datang semangat tu, semua benda Ika boleh buat dan selesaikan dalam masa sehari, tapi masa mood tak ok, motivasi down memang melepet je keje seharian. Namun bila sentiasa dok baca doa Al-Mathurat, Masyaallah Ika syukur Allah sedarkan Ika hidup atas dunia ni kena belajar hidup dengan pergantungan dengan Allah semata-mata disertai usahalah. Tapi bab YAKIN tu kena belajar dan amalkan supaya hidup kita lebih tenang dan present moment.


So the moment sekarang memang banyaklah kami dalam keadaan tersepit. Tapi tulah, susah kita keep it for ourselves memory, sebab the moment soon ianya akan jadi kenangan manis. Ujian yang datang bukan asbab orang lain, pasti ianya berkait dengan khilaf, dosa kita sendiri. Belajar letak kesalahan ke atas diri kita sendiri without blame others yang ni ramai payah nak buat termasuk Ika sendiri. Allahu. Apapun ujian itu sangat manis dan nikmat, syukur jika masih diuji dan sentiasa diuji kerana janji Allah untuk hambaNYA diuji didatangkan dengan hujan lebat melimpah-limpah, dan hujan itu rahmat.



Surah Al-Hud, Ayat 52;
Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!


Allahu, cuma sekarang Ika just doa dipermudahkan segala urusan, dipermudahkan segala perancangan, Allah Ya Bari' yang Maha mengetahui apa yang terbaik buat kami. 



Catatan 27 oktober 2019
Xoxo-Ika

Senang ke Tambah Berat Bayi Pra-Matang?



Masyaallah, Tabarakallah sedar tak sedar dah hampir 6 bulan Allah pinjamkan Azra Haniy untuk kami suami isteri sebagai amanahNYA. Nak kata unexpected born tu tak jugak sebab memang history Ika lahirkan anak-anak pra-matang sebelum ni dah ada. Cuma tak sangka sebab awal jugak seperti Azra Hajjar pada 33minggu dalam kandungan, ingatkan bolehlah make it forward hingga at least 35minggu, tapi itulah bab perancangan ni Allah lebih baik kan?So Ika redha dan berlapang dada dengan rezeki yang Allah dah tulis untuk Ika. Memang berat Haniy masa scan Ika tak boleh agak sebab last scan doktor  bagitahu berat baby baru cukup 1 kilogram. Masa check tu 28weeks somthing. Masa tu dah hampir 30 minggu, disebabkan trauma anak sulung dulu lahir masa umur 30minggu, nak masuk umur kandungan tu memang Ika dan suami extra care lah.


Setiap hari doa moga kandungan kali kelima ni Allah bagi peluang merasa sehingga 35weeks ke atas. Tapi itulah juga, kita hanya mampu berdoa dan usaha saja, yang memakbulkan doa hanya Allah taala. So bila dah tahu anak Ika ni semua dalam kategori kelahiran pra-matang, memang dari kandungan ketiga lagi Ika dah ubah lifestyle Ika sendiri. Sebelum ni memang follow the flow jelah sepanjang mengandung anak pertama dan kedua, selepas anak kedua nak masuk anak ketiga memang Ika banyak belajar tentang nutrisi, belajar ilmu prenatal, postnatal semua. Ambil tahu dan apply segenap segi yang boleh untuk support kandungan bayi pra-matang sebab Ika always in risk akibat history anak sulung sebegitu.


Antara usaha Ika sepanjang mengandung memang Ika ambil nutrisi tambahan dari suplemen selain jaga realfood yang Ika, mula amalkan green juicing. Alhamdulillah, setakat kelahiran kedua hingga kelima berat anak yang dilahirkan even pra-matang, beratnya melebihi guidelines sepatutnya iaitu more than 2 kilos. Ika memang lega sangat anak lahir above 2.0 kg, kalau tak memang lamanlah anak betapa kat NICU, cukuplah sekali pengalaman dulu kala dok kat NICU 47hari ulang alik setiap hari. Pengalaman tersebut jadikan Ika panduan anak-anak yang terkemudian ni.



Fasa breastfeeding anak-anak sangat mudah sebab Ika tahu apa  nutrisi ibu menyusu badan perlukan dan apa yang bayi pra-matang perlukan untuk boost weight gain. Antaranya fish-oil lah makanan paling penting sebab good fat ni membantu bayi pra-matang bina dan tingkatkan imunisasi serta lemak bawah kulit bayi pra-matang dapat dibentuk. Sepanjang mengandung dan menyusu Azra (3 Azra, Azra Haniy, Azra Hajjar dan Azra Hawaa) memang nampak ketara perbezaan dengan abang-abangnya dulu. Alhamdulillah yang paling jelas anak yang cukup nutrisi dari breastfeed imun dia cukup kuat even abang kakak selsema, jangkit jugak paling lama 5 hari paling cepat 3 hari selsema batuk hilang. Masyaallah amazing sangat. lagi satu banyak Ika belajar sepanjang besarkan anak-anak tentang remedi semulajadi. Memandangkan Ika punya punya anak yang vaccinated injured dan alami AEFI iaitu anak sulung banyak sangat ilmu baru Ika dapat dan apply damsih terus belajar.


Ika bersyukur sangat dikurniakan anak-anak pra-matang, allah didik Ika dan suami melalui cara ini, alhamdulillah hikmahnya Allah saja yang tahu. Nak besarkan anak-anak pra-matang sangat senang jika kita dah tahu root couse masalahnya. Nanti next post Ika share tips untuk anak-anak pra-matang sebab Ika perasan setiap tahun kelahiran anak-anak pra-matang semakin meningkat. What sign of that?Tentulah tanda yang tak bagus bila dah makin ramai ibu-ibu melahirkan anak-anak pra-matang akibat pelbagai masalah.

Xcessbook Cyberjaya di Tamarind Square


Ada satu hobi baru sejak 2 tahun lepas Ika dah bina iaitu habiskan 1 buku sekurangnya dalam tempoh sebulan, lebih pada tu lagi bagus. So kalau dah ada hobi ni memang saving untuk part ni wajib adalah. Actually kalau ikutkan zaman remaja muda mudi dulu, Ika hantu novel, novel 1000mukasurat sehabis boleh habiskan dalam masa singkat, paling lama 3 hari, sampai nak makan minum, tidur pun sanggup tangguh kes nak habiskan bacaan. Koleksi sekarang tak semenggah tapi nak jugak tunjuk, hihi. Adoiilah, untuk motivasi diri sendiri ja, takpe bermula kecil-kecil dulu.

Punya otak laju gila bergerak masa tu kot, baca pun superlaju. Perghh sekarang lepas beranak pinak memang perasan otak dah tak selaju dulu. That's not good sangat. Nak tajamkan otak memang kena rajin membaca, baca Al-Quran dan baca buku. Tengok tv memang akan lembapkan otak so kena kurang-kurangkanlah bab tengok benda 4 segi tu termasuklah gadget kat tangan seperti telefon nih. Next year memang ada dalam target nak kurangkan masa dengan gadget ni.

Nak tahu tahap kecekapan otak kita tara mana senang je? Masa tengahari, pukul 12.30tengahari cemtu, kita nak nap power sekejap, buat flashback balik, kita buat apa selepas bangkit dari tidur pagi tu, pakai baju apa masa bangun tidur, ingat sekecil-kecil perkara, kalau tak ingat apa aktiviti kita buat sepanjang pagi tu, tahu-tahu dah tengahari, haa mulalah beringat-ingat. Simple aktiviti cemni sebenarnya tingkatkan kita punya fungsi otak tengok efektif dan cergas ke tak otak kita ni, uii seram kan? Kalau dah mula dan kerap sangat-sangat scene ingat-ingat lupa mulalah tingkatkan kesihatan otak kita dengan omega-3 dan makanan yang sihat untuk upgrade kesihatan otak. So aktiviti membaca ni salah satulah cara untuk upgrade otak kita berfungsi. Insyaallah.



So, hujung minggu lepas sempat singgah XCESSBOOK Cyberjaya di Tamarind Square memenuhi keinginan sekian lamanya nak cuci mata dengan buku-buku ni. Actually memang lama sangat dah niat nak pergi sini since dibuka tahun lepas. Sebab utamanya tiap kali niat nak pergi Big Bad Wolf setiap hujung tahun mesti tak dapat pergi.

Sebab hujung tahun biasanya banyak aktiviti family, balik kampung dan sebagainyalah. Iols punya version tiap kali niat nak pergi tahun tu lah jugak aku rajin nak beranak. So memandangkan aku kuburkan siap-siap dah niat nak pergi Big Bad Wolf kenalah adalah penggantinya.


So habis kelas #PSB8.0 baru-baru sempatlah tidur semalaman kat Bangi. Ingat memang nak balik terus, tapi biasalah dia punya panjang akal tu kan, sempatlah ayat-ayat manis dulu nak menyinggah situ sini.

Pagi nak balik tu kami terjah XCESSBOOK dulu. Sampai sini memang nampak sunyilah, first time plak sampai kami tak jumpa lif nak naik ke tingkat atas. Rupanya nampak je luaran tak meriah masuk dalam bangunan penuh tempat parking, kedai makan, tempat pun best macam kehijauan semulajadi punya konsep bangunan tempat parking.

Masuk dalam XCESSBOOK tu bukan takat iols rambang mata, anak-anak pun naik sama rambangnya. Yang pasti tahun depan dah tahu kat mana tempat nak sambut birthday, wakaka. Kena kumpul savinglah nampak gaya nak borong buku, definitely buku kat sini mahal sikit banding Big Bad Wolf tapi worth dan sangat affordable.

Hantu buku memang patut datang sini, kat Ipoh tak sampai lagi pun takpe, datang sini lagi puas hati kot, paling besar dan buka 24jam plak tu, nak lepak baca buku sampai lebam mata pun boleh. Nasib dok jauh, kalau tak memang sini jelah tempat 'me time'. 
Berjalan-jalan dalam XCESSBOOK ni memang rasa tak puas, tapi sebab suami dah set masa nak dok berapa lama je kat sini, tak bolehlah terhegeh-hegeh. Cari buku pun laju-laju, punya banyak rak buku memang mata pun terlebih excited nak pandang mana satu. Cari punya cari jumpa gak buku yang dicari. Memandangkan Ika tengah buat detox dan dah start another rutin baru dengan green juice so kenalah cari ilmu bab ni, tak nak lah mengikut tanpa tahu apa yang dibuat. So kena buat dengan ilmu, ilmu nutrisi dah dapat dari nutritionist so wajiblah topup jugak cari gali sendiri. Jumpa jugak akhirnya section rak yang dicari, sesi belek buku plak, alhamdulillah dapatlah rembat sebijik dua walaupun still rasa tak puas, wakkaka. Takpe target habiskan baca yang ni dulu insyaallah next time datang borong sepuas hati plak

Yang nak bawak anak-anak shopping buku masih dikira berbaloi kalau tahap nak borong kalau jenis tak sabor-sabor nak tunggu year event Big Bad Wolf. Lengkap semua facilities kat sini. Yang takde plan hujung minggu cuti bersambung minggu depan bolehlah plan siap-siap.
“Reading changes your life. Reading unlocks worlds unknown or forgotten, taking travelers around the world and through time. Reading helps you escape the confines of school and pursue your own education.” – Donalyn Miller


13 Oktober 2019
XCESSBOOK Cyberjaya 

10.05.2019

Master Checklist Dan Konsisten



Ika rasa semua mak-mak perlu ada master checklist ni. Ika terkesan sangat dengan pesanan Ustazah Asma, antara pesan Ustazah mak-mak ni kena banyak zikir, ingat Allah, sebab kita sekarang dizaman yang sangat mencabar. Mencabar dari segi tugasan harian, nak didik anak dan sebagainyalah.

So dengan tugas harian yang sentiasa ada je, tak pernah siap-siap, maka kita sebagai pengurus rumah atau 'homemaker' kena bijak buat pengurusan masa. Tapi rasa macam mustahil plak dengan karenah anak-anak yang macam-macam dan unexpected kan?

Nak amalkan zikir, even solat sunat muakkad ni kena belajar istiqamah. Nak istiqamah tu lah yang paling mak-mak selalu kalah. Time ingat buat, time tak ingat tak buat. Sebagaimana Ustazah Asma pesan segala amalan ni perlu konsisten supaya kita dapat hasilnya.

Hasilnya apa? Fikiran kita tenang, dapat elakkan rasa marah, lembutkan hati kita dan sebagainya. Macam zikir Fatimah Az Zahra amalan untuk mak-mak hilangkan kepenatan dalam mrnguruskan rumahtangga.

Lagi satu yang buat Ika terkesan, kita ni kalau nak suami berubah anak-anak berubah, kita sebagai isteri dan ibu ni kena berubah dulu. Sebab apa? Sebab HATI kita ni Allah yang pegang. Boleh berbolak balik setiap masa dan ketika bilamana Allah berkehendak. So meh Ika share tips simple camne nak istiqamah buat amalan ni. 

So nih tipsnya.

1. Ada goals. Setiap hari kena ada goals nak biat apa. To do list. Listkan apa kita nak buat, jemur kain, lipat kain, nak zikir apa, berapa kali and so on.

2. Install aplikasi "GOAL TRACKERS", ikutlah yang mana mommy/daddy suka. Perlu ye sebab kita nak track daily aktiviti apa yang kita nak buat. Macam Ika dalam goals tracker Ika " solat sunat subuh, solat awal waktu, istighfar 1000x, subhanallahwabihamdihi 100x dan so on, baca Yasin, al-mathurat pagi petang and so on" letaklah goals masing-masing ikut kemampuan masing-masing. Kena ingat sikit takpe, asal istiqamah itu yang lebih baik ok.

3. So bila dah installed semua goals dan app, part yang buat pula. Yang nilah cabaran nak lipat kain, tapi zikir belum buat lagi, apa kata sambil lipat kain, sambil zikir atau istighfar, sambil masak zikir dan istighfar. Sambil menyusu anak zikir, tahmid dan sebagainya ikut goals kita.

Ni panduan Ika sebab Ika dah test bila kita fokus buat zikir atau solat berapa lama masa diperlukan.

🧷Solat dhuha 4 rakaat hanya mrngambil masa 10minit je bila buat.
🧷Al-mathurat hanya mengambil masa 10minit saja setiap hari
🧷Istighfar 1000x hanya mengambil masa 15 minit sahaja setiap hari
🧷Zikir Ya Wahab 300x hanya 3 minit 21 saat saja setiap hari
🧷Zikir Ya Razzak 300x hanya 3 minit saja setiap hari
🧷Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x,
🧷Allahuakbar 33x hanya mengambil masa 5 minit saja setiap kali solat 5 waktu.
🧷Baca surah Yasin, al-waqiah apa semua hanya perlukan 20minit saja setiap hari. 

See kalau tolak campur semua tu kita hanya perlukan masa sejam saja nak buat semua tu. Ehh! Sekejapnya. Iyye sekejap sangat. Tapi tulah kita ni semua benda nak letak dalam kepala, aisehh baju belum basuh lagi! Masak belum lagi! Solat sunat belum lagi! Chill, take your time and jot down keluarkan keserabutan dalam kepala tu letak tak kertas.

So secara visualnya kita nampak dan lebih terurus buat sesuatu. Kenapa semua benda tak boleh letak dalam kepala sebab kita deals dengan "MASA". Masa ni kita tak nampak, tahu-tahu dah tengahari, tahu-tahu dah malam nak tidur. Habis seharian cenggitu je.

Time is illusion and so noisy, bila kita letak dalam kepala je, ia bercampur-campur dengan past, present and future, semua jadik rojak, pastulah mulalah nak merempan, stress tak tentu pasal. So to being live in present moment semua ni kena organize betul-betul.

Dapat sesuatu? Jom kita mula istiqamah, tak susah dan tak mustahil. Buatlah! Sebab apa? Sebab kita tak tahu bilamasa Allah panggil kita balik, at least kita istiqamah buat sesuatu yang menjadi asbab untuk ke Syurga Allah. Insyaallah, amin❤️

Tips ni memang untuk parents, mommy daddy, ibu ayah untuk amalkan? Sebab kita semua sibuk, tapi masa yang kita ada hanya 24jam,tiada lebih kurang, untuk yang bergelar abah, ayah, amalkan ketika drive kereta ke apa? Sebab orang lelaki pun penattt sangat, penat cari nafkah untuk keluarga. Jika kita berjalan menuju Allah, Allah berlari mendekati hambaNYA. 

Atikah Mat
Smart Homemaker Manager
#Share jika bermanfaat

9.30.2019

Berdebar-debar Masuk Dobi/Self Laundry

Honestly ada jugak yang iols buat lucu. Masuk dobi adalah sesuatu yang mendebarkan hati, bukan apa. Maybe bukan kebiasaan, bukan tak pernah basuh baju dengan mesin basuh, hari-hari buat kot, tapi bila kena masuk dobi berdebar-debar tak tentu pasal. Adakah disebabkan overthinking, mesin dobi meletup macam yang masuk surat khabar? Adakah disebabkan takut tertukar ambil baju orang, mesin baju lain, buat balik baju orang lain..hahah.



Ika berdebar kes nak masuk dobi kes anak-anak kot, yelah takkan semua nak angkut masuk dalam dobi, so better diorang tunggu dalam kereta at least 5 minit sementara Ika settelkan semua kain baju ke dalam mesin dobi. Nak tukar duit, nak masukkan baju, masukkan sabun, masukkan duit, semua tu walaupun beberapa minit macamkan berjam-jam dalam dobi. Macam 2 minggu ni dengan cuaca jerebu hari-hari, lepas tu hujan plak selang sehari, baju memang tak sempat kering. Nak tak nak terpaksa jugaklah pergi dobi keringkan kain. Sungguhlah benci pergi dobi. Tapi terpaksa nak buat macam mana. First time pengalaman Ika masuk dobi, tersalah masukkan syiling kat washer, padahal nak dryer, berpeluh angkut balik kain tukar mesin. Ada sekali tu pulak, dah masuk semua baju dalam dryer, nak tukar duit, mesin tukar duit pulak buat hal. Ehh, bencilah. Tu yang ku rasa kenapa kaum lelaki bersepah tunggu kain dobi, sebab diorang lebih sabar dan tabah dan jugak tak gelabah. Wakkaka. Bukan bini pemalas, tapi...hmm orang perempuan jelah yang faham. 


Adakah ini petanda besar dryer dalam rumah wajib ada untuk mudahkan kerja seharian dikala anak kecik berceretek. Atau hanya kehendak yang tidak bertebing mengikut nafsu, miahhaha. Berangan tu wajib kan. 


Orang cakap basuh baju kat dobi kain jadi tak suci almaklum bermacam jenis orang cuci dan keringkan kain entah apa-apa. Entahlah. Malas nak fikir lebih sangat asalkan kain baju kat rumah settle dah, hahaha. Ada tak moms yang macam Ika berdebar masuk dobi? 

7.21.2019

Tandem Nursing Anak: Pengalaman Kali Kedua

Alhamdulillah pengalaman kali kedua tandem nursing anak, Ika syukur sangat Allah limpahkan rezeki buat anak-anak untuk terus menyusu badan. Orang tua kata memang tak elok kongsi susu ni, cacing katanya. Ika iyakan sahajalah kalau jumpa golongan mak-mak, nenek-nenek yang percaya dengan mitos tu. Sebab tulah soalan paling popular sepanjang Ika menyusukan anak-anak, "ish, hisap susu lagi?", "tak pisahkan susu lagi?", "ya Allah, kongsi susu? Bagi penyakitlah kat adik nanti?" blerghh boleh tahan padu gak ayat-ayat cinta depa tapi senyum dan let it go. Kita yang tahu tentang ilmu penyusuan just teruskan aktiviti tandem nursing ni dengan gembira dan tenang ok.







Kadang orang tua ni diorang sendiri dah lupa diorang pun buat apa yang kita buat sekarang. Teringat pulak soalan lucu mak saudara bila tanya Ika "Ya Allah tak letih ke anak berderet rapat ni?", "Ika tanya balik, laa maklong dulu anak-anak kecik rapat macam ni, tak penat ke?", "ha'ah kan, sama jelah memang penatlah", terkekek kami ketawa. See kadang-kadang, mak-mak, nenek-nenek kita sebenarnya tak nak kita lalui kepenatan dan keletihan sama yang diorang lalui dahulu even they know and they'll never forget what they're journey. Macam mana tahu diorang lalui sama macam kita? Sebab diorang jugaklah yang dok ulang cerita "dulu polan si polan ni blaa blaa...." means diorang pun takkan pernah sesekali melupakan segala pengalaman tu seumur hidup like we're doing now, and we will do same like them to our kids later, right? Mbahahhah.





Bukan nak kata serba tahu, tidak sesekali, apa yang Ika buat sekarang ni pun sebab dah niat nak susukan setiap anak cukup haul selama 2 tahun, kalau dapat lebihkan sikit pun alhamdulillah. Pengalaman kali kedua tandem nursing ni Ika lebih bertenang sebab dah ada pengalaman kot camne nak handle posisi, situasi bila anak tandem nursing.


Montel sangat anak mama penangan susu badan, berat tu jangan cakap. Dia punya berat lain macam. 




Pengalaman kali pertama tandem nursing Hawaa dan Hajjar memang Ika stress sebab Hawaa suka mengempeng, pantang je nampak Ika duduk atau baring terus datang, macam magnet. Ya Allah memang situasi tu menguji emosi fizikal sebab menyusu ni memang fizikal penat bila duduk lama dalam satu-satu posisi. Lagi plak Hawaa ni memang payah nak mengalah dengan adik selalunya adik sempat meraung, menangis dululah nak dapat turn menyusu. If menyusu serentak pun, Hawaa will be the last person to stop breastfeed, nak letak bila siap menyusu dah satu hal, beralih tempat terus sedar balik manalah tak stress layan anak mengempeng ni. Balik kampung lagilah takleh buat apa-apa melainkan bangun makan, nak pergi tandas. Nak berlama-lama buat benda lain memang tak jalan, seriously selama tempoh penyusuan ni kalau suami sendiri tak faham journey yang kita lalui lagilah bertambah stress, cukuplah suami faham and the others misunderstood kita dah tak ambik pusing, orang nak kata kita malas ke, tahu bertapa dalam bilik je ke, asyik tidur ke, semua tu dah tak masuk list. As long as your husband knowing that you in process of breastfeed your kids and need full support then it worth for mommy. 




Nak tandem nursing memang bukan mudah, menyusukan sorang anak pun dah letih, ni berkongsi lagilah berganda-ganda letih, nasib baik dah reti amik suplemen takdela daku merempan setiap kali anak nak menyusu. Kali pertama tandem nursing ingat nak genapkan dua tahun cukup-cukup kat Hawaa sebab adiknya lahir Hawaa baru umur 1 tahun 8 bulan, kecik je lagi, nak stopkan breastfeed memang rasa bersalah. Teruk jugaklah situasi budak mengempeng bila mama masuk wad nak lahirkan si adik, suami bagitahu hampir setiap malam Hawaa tak dapat tidur, kes teringat kat mamanyalah. The great about tandem nursing ni, Ika tak alami dah bengkak susu/mastitis sampai diri demam macam kelahiran Haddad dulu, kes bengkak susu punya pasal berpantang pun rasa ngeri tak tambah lagi masalah sembelit. Lagipun masa Hawaa lahir Ika dah amalkan ambil Lecithin untuk elak bengkak susu, so bila lahir Hajjar tetap ambil juga tapi more effective dan bertambah baik dengan bantuan Hawaa. 




Disebabkan Hawaa jugaklah adik pun dapat menyusu dengan jayanya sejak dari awal kelahiran sebab hisapan yang kuat dari Hawaa merangsang penghasilan susu selepas kelahiran dan tanpa overflow/fastflow sebab biasa dia yang rasmikan dulu. Cuma tulah bila nak wean off, Masyaallah cabarannya Allah saja yang tahu, punya payahnya yang tu Ika share next entry plak. So bila pengalaman kali kedua tandem nursing, Hajjar pulaklah yang bantu adik baby menyusu dengan baik tak overflow yang boleh buat baby tersedak susu.




Since diorang berkongsi susu, apa yang Ika perhatikan memang diorang payah nak demam/selsema/batuk, even kena pun less than a week they'll fine. Yelah anak-anak ni bab makan kadang payah, biasa bila anak tak sihat Ikalah yang take action up immine diri dengan segala mak nenek natural remedi termasuk ambil vitamin, so that anak yang menyusu dapat manfaat yang sama. Betul ke bila tandem nursing ni cepat kurus? Not exactly and maybe yes. Well memang aktiviti breastfeeding buat mommy cepat turun berat badan sebab aktiviti tu bakar kalori tapi at the same time that activities make you like a hungry monster. Asyik lapar je memanjang, rasa nak mengunyah 24jam, imaginelah korang menyusukan sorang budak dah tak keruan lapar, ni berkongsi dua orang memang macam zombie kat dapur, takpun kerja ko asyik ulang alik kat dapur selain kerja dok togok air kes dahaga tak boleh bawak bincang.




Dan Ika sangat pantang kalau suami balik atau tersebut "buat apalah kat rumah sehari-hari", nak buatku tak bercakap seminggu bolehlah cakap cemtu, seriously. Breastfeed mommy memang pantang kot ayat cemtu, even for housewife, soalan macam tu pantang, macamkan kau tak buat apa-apa seharian. Sedangkan kebanyakan masa kau habis disebabkan aktiviti menyusu anak saja. That's why bagus sangat sekarang kelas-kelas antenatal/postnatal melibatkan suami sekali supaya tahu apa yang isteri lalui sepanjang tempoh hamil, bersalin dan menyusukan anak, sebab all those journey is not easy. Elleh, tengok mak-mak lain ok je, mak-mak zaman dulu pun ok je menyusu anak, are you sure? Mak-mak zaman dulu takde media sosial takde circle macam sekarang, boleh sharing dan bantu antara satu sama lain, mak-mak dulu letih pendam sendiri jelah. Nasib jugak ada media sosial macam ni, at least semua mommy cuba buat yang terbaik dizaman mencabar ni. Kalau tak mencabar, takdelah masalah stress/depression dikalangan mommy yang makin meningkat sekarang. Tambah lagi yang career mommies yang fully breastfeed, lagilah berganda komitmen dan cabaran. 





Penat memang penat tandem nursing ni, tambah lagi banyak habiskan masa kita seharian dengan aktiviti menyusu je, tapi sangat berbaloi. Selain dapat elak bengkak susu, tandem nursing memang galakkan susu bertambah, tu yang makin sedap menyusu, tambah lagi kalau makan durian, amboii macam depa plak makan durian, kihkih. Tapi tulah kelebihan susu badan selain jimat kos dari berhabis beli susu formula, diorang punya flavor susu unlimited, ada perasa kopi, durian, kurma dan bermacam-macam rasa lagi bergantung pada apa yang mommy consume. Bestkan? 




Alhamdulillah, syukur suami faham keperluan nutrisi Ika sebagai breastfeeding mommy, of course suami fully support untuk suplemen tambahan kasi Ika bertenaga dan yang penting badan mommy cukup nutrisi penting, insyaallah susu yang dihasilkan pasti berkualiti. Tiada istilah milkbooster jika mommy faham keperluan tubuh badan sendiri. Kita ni ibarat kilang susulah untuk anak, kalau bab selenggara kilang tak jaga, macam mana nak produce susu yang baik kan? Nak susu yang baik dan berkualiti mommylah kena jaga pemakanan harian, dan suplemen tambahan untuk bantu tubuh badan mommy dapat vitamin dan mineral lengkap akibat kelompangan nutrisi dari menu yang mommy makan hari-hari. Yelah ibu menyusu ni jadual makannya kelaut, takde masa spesifik, asal sempat makan. Tu Ika lah, mbahaha, so that's why Ika perlukan makanan tambahan, letihh uii nak handle anak 5 orang ni, but again i'm so grateful for what i'm doing now for tandem nursing my kids, you go mommy, you can do it! Insyaallah amin. 



7.12.2019

Review:Youmee_noodles Sedap & Pilihan lebih Sihat dari Mee Segera

Pernah tak korang uols craving nak makan megi? Ika pun adalah sekali dua craving nak makan megi, tahu tak itu antara tanda badan kekurangan nutrisi? Adalah some sort of vitamin and mineral badan kita yang tak cukup nutrients tu. So mulalah otak bagi signal nak makan yang bukan-bukan, benda manis, fastfood biasanya yang tinggi kandungan MSG, gula, pengawet, pewarna dan sebagainya. Sebelum ni memang Mee segera brand popularlah yang mendominasi stok dapur. Bila datang craving tu jugak yang kita cari untuk makan.





Honestly, Ika pun peminat meggi segera, masa masuk mengaji kat IPT dulu pun wajiblah ada stok megi ni. Tapi since dah makan megi tu biasa Ika akan buang dulu air lilin yang salut meggi tu, wax ke apa orang panggil, dua kali rebus. Buang air, kali ketiga baru letak air baru, dulu still gak guna perencah sedia ada, memang sedaplah penuh MSG. Tapi since dah masuk umur 25tahun keatas Ika dah pandai buat rencah sendiri, macam meggi kari tu guna serbuk kari dan adjust bagi rasa macam meggi kari, masa viral mee ramen Korea Samyang ke apa tu terjebak gak makan nak kata sedap taklah cuma pedas sangat je. So bila dah tahu rencah boleh buat sendiri, asal nak makan kita buat sendiri je rencah pedas tu. 


Sekarang bila dah ada pilihan meggi yang lebih sihat tanpa salutan wax, dan perencah tanpa MSG, tanpa pengawet, mengapa nak pilih yang tak sihat kan? Ika tahu Youmee_noodles ni kat IG, mula-mula tengok tu macam best je, terus order online untuk satu box(pakej 1 box) dalam tu ada 


  • Plain original Youmee_noodles (1 pek) 
  • 2 Youmee_noodles (perisa udang ) 
  • 2 Youmee_noodles (perisa Kari hijau) 
  • 2 Youmee_noodles (perisa Sambal Cili) 
Youmee_noodles - 100% mee semulajadi, yang tidak mengandungi ramuan buatan / sintetik, aditif makanan, bahan pengawet, atau MSG tidak seperti mana-mana mi segera lain. Walaupun mee segera lain diawet dalam proses pembuatan, mee Youmee dihasilkan dengan teknologi 'air-dried' supaya kita dapat mee segera tanpa rasa bersalah. Ia adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia! Sudah tentu ia juga disahkan Halal.




Seriously memang berbaloi beli, yang paling Ika suka rasa Kari hijau dan sambal cili. Memula nak makan tu in doubt jugak dok fikir betul ke takde MSG nih, bila rasa kuah tu wallah memang the flavor comes from the original paste. Memandangkan ahad lepas borong seafood banyak sangat, so nak menghabiskan stok udang, terfikir offer anak-anak makan meggi tanpa rasa bersalah guna Youmee_noodles ni. Memang habislah semua sekali hadap. Berharap lepas ni semakin banyak perisa dihasilkan terutama perisa Tom Yam dan Asam Laksa, tu favourite Ika. Youmee_noodles ni ada kat EON tau, korang boleh shopping situ ambil by packet terus untuk setiap perisa. Ika ni memang jauhlah nak pergi EON, nasib sekarang semua dihujung jari je, klik-klik masuk troli shopping, sampai depan rumah diorang hantar. 


Anak-anak pun peminat meggi, ingat dulu masa nak makan meggi memang kena makan sorok-sorok atau sengaja buat over pedas supaya anak tak mintak, tapi diorang nih bijak, mintak goreng kosong ala-ala kat mamak tu pulak. Sekali buat memang 5 plastik tu habis diorang makan, even tak letak MSG tetap laku. Sekali sekala bolehlah buatnya. So bila dah ada Youmee_noodles ni, yang plain tu wajib borong lebih buat stok, masa anak tak lalu makan nasi ke apa, bolehlah buat sup meggi atau goreng bodo dengan telur. Tumis bawang, cili boh, ikan bilis, letak kicap dan sos tomato sikit, pecah telur, gaul sekali dengan meggi yang dah direbus. Menu simple macam tu pun buat anak menambah. 

So ada masa nak makan meggi, Youmee_noodles antara pilihan terbaik, dah jadi favorite dah pun, kiki. Sekarang dah released perisa baru yang Fragrant Shallot, bolehlah order pulak untuk cuba. Bermacam resipi boleh cuba dengan Youmee_noodles ni. Korang yang dah tak sempat menyempat nak cuba boleh terjah EON outlets ok, yang nak order online pun boleh sangat. Barang baik dan sedap wajib share kan? 







Faridah Mentarang Bakar Sekincan-Pertama Kali makan Mentarang

Suatu hari datang ilham nak google pasal Kuala Selangor then naik kat google Restoren Faridah Mentarang Bakar, terus mata tertangkap menu belangkas asam pedas. Apalagi terus whatsapp suami, jumpa restoren yang ada menu belangkas dekat dengan Perak ni. Actually belangkas ni nak makan kes mengidam masa mengandungkan si Hajjar. Masa mengandung, sampai bersalin, tak dapat-dapat makan belangkasnya. Bukan takat mengidam makan belangkas, beronok jugak termasuk dalam list mengidam. Pastinya kedua-duanya makanan eksotik dan unik, bukan mudah nak dapat dan makan. Tapi itulah selera makyong ni, tekak rasa nak makan apa boleh buat kan? Habis berpantang, Hajjar pun dah setahun, lupa dah pun keinginan tu, tapi anak tak lupa agaknya. Hajjar dari mula pandai meniarap sampailah sekarang dah nak genap umur 2 tahun, air liur masih tak berhenti meleleh

          
Tengok Hajjar tu, mulut basah sentiasa, huu


Ingatkan dulu kes gigi nak naik, biarkan aje. Bila semua gigi dah tumbuh tetap jugak air liur dok menitik tak habis-habis. Baju tu dalam sehari wajib tukar berkali-kali kes basah air liur. So dok memang nak kena cari jugaklah buat rasa kat lidah ni. Entah sedap entahkan tidak, tapi masa mengandung bendalah tu kita dok tilik, tengok berkali-kali kes terliur nak makan. Sudahnya gitulah jadinya. So alang-alang ada yang buat menu belangkas ni, kami plan hujung minggu baru ni pergi Sekinchan untuk makan kat Restoren Faridah Mentarang Bakar ni. First time jugak kitaorang lalu highway baru dari Teluk Intan ke Sabak Bernam, memang shortcut betullah, jimat masa kitaorang atas jalan, jadinya memang banyak kalilah boleh pergi balik Kuala Selangor ni sebab makin dekat. Antara kawasan Selangor yang jadi feberet kitaorang laki bini memang Kuala Selangor. Masa duduk Banting dulu Kuala Selangorlah tempat paling kerap kitaorang pergi sebab suasananya dan tempat makan sedap.





So even bertolak dah hampir nak ke tengahari sempatlah kitaorang sampai sana sedang elok masa orang azan Zohor, kedai pun tak penuh lagi dengan orang. Sampai je wajiblah tanya belangkas ada ke tak? Belum rezeki tekak ni agaknya, musim belangkas bertelur tak sampai lagi, jadinya menu tu takde, supplier tak hantar belangkas. Sambung kempunan lagi. Alang-alang dah sampai situ takkanlah nak balik dan cari restoren lain. So terus makan tengahari kat situlah kami hari tu.


Hajat nak makan belangkas tertukar jadi makan mentarang. Sejujurnya walaupun dah banyak kali kitaorang lalu lalang kawasan situ, even nampak orang jual mentarang, tak terdetik pun kat hati dan tekak ni nak merasa mentarang. Rupa pun tak tahu lagumana. Yang tahu pasti lebih kurang kepah kerang. So hari tu rezeki kenal dapat makan mentaranglah kami semua. Pertama kali buat kami laki bini dan anak-anak. Suami order mentarang bakar, mentarang celup tepung, sup sayur, telur dadar ikan bakar dan paling special cuba siput kunyit. Pun pertama kali kami tengok, kenal dan makan.





Sambil tunggu order siap macam biasa anak-anakku sampailah mana-mana pun tandas diorang cari, nak kencinglah, nak beraklah. Tak rasmi tandas tu memang tak sahlah. Suami balik dari tandas bagitahu kat belakang restoren tu punya banyak mentarang yang diorang bela. Geram tengok, so suami cakap kalau sedap bolehlah beli yang mentah nanti.











Tak sampai 15minit, order kami sampai, wallah memang cepat sangat kot, rasa baru dok gaduh dengan anak-anak nak korek isi air kelapa, alih-alih lauk dah sampai. Apalagi semua pakat kalut nak makan. Menu yang diorang makan dulu mentarang, uii Harraz Haddad seia sekata cakap sedap mentarang celup tepung. Kami laki bini cuba, memang sedap sangat mentarang celup tepung tu. Sepinggan tu tak sampai 10minit licin, suami order satu pinggan lagi sebab anak-anak nampak berselera makan.


Siap makan, anak-anak yang kecik pulak berak berjemaah, so gilir-gilir pulak suami basuh berak anak, tukar pampers. Nak keluar memang best, masa bujang berdua dulu tak fikir panjang nak gi memana. Dah ada anak ni, nak gi memana memang banyak benda kena consider tambah anak ramai macam Ika ni haa, mbahahah. Even masuk mall pun perkara dan tempat terakhir yang kami fikir nak pergi. Even nak makan kat restoren pun kena tengok restoren macam mana, nak pergi masa mana. Nak pergi restoren tengah viral? Tengah hot femes? Memang tidaklah sesekali masuk list kami. Biasa kami singgah kedai yang takde orang, pelanggan sikit, bab sedap belakang kira, asal semua kenyang je.


So tengahari tu memang nasib baik kamilah sebab tak ramai kat restoren tu, maybe dah habis demam viral kot. Kami makan pun bertenang-tenang sambil layan anak-anak. Siap makan tu terus cari masjid untuk solat siap-siap, sekarang memang tu pesen kami, asal masuk waktu memang takleh delay lama, kalau boleh seawal yang boleh solat tambah lagi kalau dalam perjalanan. Bila settle solat baru rasa lega, tak terkejar-kejar dalam urusan. Selesai solat suami nak cari stok ikan kat jeti tanjung karang. So dari restoren tu sempatlah singgah tempat kesukaan kami kat Sekinchan tengok sawah padi, unlucky orang baru sudah menuai padi. Pusing-pusing sekejap terus direct ke jeti beli stok lauk basah. Kalau nak lagi best dan fresh memang kena cari kat Pasar Pasir Penambang, lebih banyak pilihan. Siap borong teruslah kitaorang bertolak balik, takut lewat sampai rumah. Alhamdulillah on the way balik tu suami singgah beli mentarang mentah. Tak beli kat Faridah restoren tu sebab kami agak tempat lain mungkin lebih murah. Memang betul pun agakan kami sebab bila tanya sekilo berapa lebih murah kurang RM10 dari beli kat restoren. Suami tapau beli sekali dengan adik beradik kepah/lala tak ingat dah apa namanya.


Sampai rumah dah hampir maghrib. Siap-siap mandi, solat, terus masuk dapur bersilat, buat mentarang celup tepung versi kat rumah pulak. Makanan laut ni bukan boleh simpan lama, so dalam masa terdekat kena habiskan jugak, kalau tak isinya pun dah rasa lain kalau lama sangat kat dalam freezer. Masa makan-makan tu sempat bagitahu suami,




"abang cerr tengok mentarang ni macam rupa apa? Macam rupa sperma kan?", "mesti bagus untuk hasilkan sperma yang sihat dan berkualiti, kaya dengan zinc nih" sambungku.

"Betullah tu", suami sambut, "Allah dah sediakan yang elok-elok dah untuk kita makan, carrot untuk mata, seleri untuk tulang, yang nak ikhtiar subur patut cuba mentarang ni kan, bang?kot-kot diorang pun tak tahu, yelah kita pun first time tengok dan makan ni" panjangku bebel.


Hari tu memang puas hati betullah kitaorang makan mentarang, korang pun patut cuba, lagi puas makan memtarang ni dari kerang. Sedap pun sedap sangat. Versi makan kat rumah Ika buat celup tepung je mentarang tu, rebus dan perisikan lepas tu celup tepung, lala plak masak serai lepas makan nasi gaul Kimchi Budu, wallah memang masyukkk sedapnya. 



Faridah Mentarang Bakar
9Julai 2019

7.11.2019

Hati-hati Bila Punya Anak Umur 0-6Tahun, Bahaya dimana-mana

Hari ni terbaca lagi tentang anak terbelit tali kat leher, bukan kecik lagi anaknya dah besar pun. Itulah nak cakapnya if dah ada anak-anak tak kira umur berapa kita as parents kena sentiasa beringat-ingat. Anak-anak ni umur cemtu dia banyak nak explore kadang apa yang dibuat memang tak terlintas dek akal kita ni. 


"makpaknya buat apalah, tak tengok anak elok-elok ke?" "

" Jenis makpak tak reti jaga anak, tahu beranak je", 

"Jenis tak sayang kat anak macam tu lah!", 

"kenapa maknya itu, kenapa paknya begitu, lupa ke, tak beringat ke?!" 

Hati-hati ye korang lintasan hati, lidah, kata-kata hatta tulisan. Kita belum diuji lagi ye. Jika tiada kata-kata baik untuk dikongsi, ditulis, dikata, sebaiknya diam. 

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut: 2-3)

Makpak manalah yang tak sayang anak-anak, ada memang ada tapi minoriti, majoriti makpak atas mukabumi Allah ni dah diikat dengan kasih sayang oleh Allah Taala. 

Jangan sombong ye dalam berkata-kata, ingat kita belum diuji lagi. Takut-takut nanti kata-kata kita tu memakan diri sendiri, tak kita, anak-anak atau keturunan kita. Bersangka baik dan jadikan iktibar dan anggap kejadian tu sebagai peringatan buat kita jua. 

Bila terbaca berita tragedi melibatkan anak kecil, sentiasalah mengingatkan diri supaya beristighfar dan bersyukur kerana tak diuji sedemikian. Itu bahagian ujian untuk mereka siayah dan ibu.

Ika masih ingat pesanan ayah ketika mana Ika dapat anak pertama. Ayah bagitahu "bila kita ada anak ni, kena mula beringatlah, bahaya dimana-mana sahaja tak kira luar rumah, dalam rumah, kena sentiasa beringat suami isteri, anak kecil dia tak tahu apa-apa".

1. BILIK AIR
Bilik air lepas guna pastikan tutup pintu. Pastikan dalam bilik air takde baldi berisi air. Sebab anak-anak kecil ni suka dengan air, mangkuk tandas lepas guna tutup. Jangan biarkan anak-anak mandi sorang-sorang, biar kita jadi pemerhati. Air dalam baldi walaupun tak nampak bahayanya buat kita, tapi untuk anak kecil mampu membawa maut. 

2. BENDA TAJAM
Gunting, pisau, jarum, benda-benda tajam simpan tempat tinggi atau tempat tersorok dalam laci. Garfu, pisau makanan/sapuan pun kena letak asing dari sudu. Anak-anak ni semua benda dia nak tahu, keinginan nak tahu dia tinggi. Boleh nak bagitahu fungsi, cara guna, tapi kena tengok dan pantau, jangan lepas tangan. 

3. BARANG BENTUK KECIL DAN SAIZ MINI
Elakkan beli mainan yang berbentuk mini, yang ada risiko anak boleh sumbat dalam telinga, hidung, mulut. Tasbih, manik-manik, skru-skru, soroklah ditempat sepatutnya, sebab anak-anak ni kan nak cuba. Teringat lagi arwah adik lelaki Ika pernah sumbat manik tasbih dalam hidung tak pasal kena pergi klinik cabut keluar. Tak cerita lagi kes-kes anak-anak telan duit syiling. Allahuakbar, kadang makpak dah beringat tetap jugak jadi. Sebaiknya usahalah sebaik mungkin elakkan benda begitu bersepah atau ada merata-rata. 

4. BAHAN SERBUK/CECAIR MERBAHAYA
Serbuk sabun basuh, sabun basuh pinggan, dettol, ridsect dan semburan berbahaya simpanlah ditempat selamat supaya anak tak sewenangnya boleh pegang dan main tambah lagi bahan api. Segala ubatan berbentuk tablet atau cecair sorokkan atau letak tempat selamat. Ada je kes anak telan ubat ingat benda tu gula-gula.

5. PINTU BILIK/RUMAH/SLIDING
Pintu rumah, pintu bilik pastikan semua kunci bilik ada spare. Biasa pintu tombol mudah rosak dan boleh buat anak terkunci dalam bilik. Hmm, yang ni dari rumah Banting sampai pindah rumah baru, semua pintu bilik jahanam disebabkan Haddad pernah terkunci dalam bilik akibat suka tutup pintu style hempas. Sudahnya semua pintu bilik rosak dan pengajaran yang dia dapat adalah terkunci kat dalam bilik. 

6. KERETA
Kereta. Isu anak dan kereta ni banyak kali dah berlaku, tak nak ingatkan part tinggalkan anak dalam kereta, enjin masih hidup sebab kebanyakan kita buat dan pernah buat. Tinggal nasib baik dan tak nasib baik saja nak terkena anak terkunci, anak gerakkan gear dan sebagainya. Tapi peringatan mudah ayah Ika, even nak masukkan anak dalam kereta pun kena alert sebab anak boleh terhantuk ketika nak masuk dalam kereta, terkepit jari atau tangan ketika tutup pintu kereta, dan kesilapan tu juga dari mak ayah yang buat sebab tak sengaja. Nak bagitahu kita sebagai mak ayah tahap teliti dan berjaga-jaga sampai tahap tu kena alert.

7. KELUAR DARI RUMAH
Bila anak-anak keluar dari rumah, zon keselamatan anak lagi mudah terancam tambah kawasan dan bergaul dengan ramai orang. Pesan ayah, kita sebagai orang islam, mintaklah Perlindungan dari Allah jika mahu keluar dari rumah lagi-lagi bawa anak-anak, baca 3 Qul dan ayat Qursi, moga-moga anak-anak kita terhindar dari pandangan dan niat jahat segala makhluk dan terlindung dari segala mudharat. 

Kalau pergi shopping mall mak ayah mudah terlalai dengan persekitaran, macam cerita adik Ika once pergi IKEA baru-baru ni, ada mak terlalai dengan anak dia umur 2 tahun, melalak anak cari mak tak jumpa, mak pulak ralit tengok barang. Allahu. Nauzubillahiminzalik.

Tu kot salah salah faktor yang kami laki bini memang sepanjang anak-anak membesar, ramai pulak ni, jarang masuk tempat sebegitu sebab nak kurangkan risiko. Tak sanggup tengok video oversea bagai nak gila mak ayah tetiba anak hilang dari pandangan mata sesaat je terlalai. Allahuakbar. 

Begitulah nak share, kita ni nama lagi manusia, asal perkataan manusia dari 'nasia', maksudnya 'lupa'. Correct if i'm wrong, ingat sebab Ustaz Junos yang ajar syariah perkataan asal manusia ni.

Kita ni takde daya upaya pun, jika Allah berkehendak, sekelip mata boleh terlalai, lupa, walaupun dah beringat-ingat, sebab itulah letakkan pergantungan kita sepenuhnya pada Allah taala. Allah bila nak uji kita sekejap je. 

Kejadian Hajjar jatuh terhentak belakang kepala akibat panjat grill rumah, satu pengajaran besar buat Ika. Bukan Ika tak beringat, biasa nampak Hajjar mula panjat laju Ika lari dan ambil Hajjar sebelum dia panjat sampai atas, tapi ada satu hari tu, kebetulan Ika tak tahu bila masa terlelap, sekelip mata je sedar dari lelap tengok anak terjatuh, Allahu rasa macam pecah jantung terkejut. Ingat baru je pejam mata. Tapi kalau Allah nak uji tak tunggu sekelip mata, depan mata pun boleh jadi, kan? 





Orang ingat mak-mak duduk rumah ni boleh rilex, goyang kaki ke, taklah. Cerr korang suruh suami stay sehari dengan anak-anak boleh agak dia punya penat ya ampun, macam CCTV bergerak kekdahnya dok dalam rumah tu. Anak diam lama-lama tu bukan diorang duduk leklok biasa ada bahan kajian yang diorang tengah dok buat. 

Sekarang lebih beringat-ingat dalam beringat-ingat namun paling Ika ingat dalam beringat Ika minta pertolongan Allah moga segala apa yang kita lakukan, apa yang kita ingatkan pada diri, kita sandarkan sepenuhNYA kepada DIA. 

Panjang lebar pesanan ayah. So mak-mak bapak-bapak, sama-samalah kita ambil peringatan sesama kita, kadang nampak situasi macam tak bahaya, tapi sebaiknya beringatlah sebelum kena, tak bahaya kat mata kita, tak semestinya selamat untuk anak kita.

Dalam rumah sendiri pun dah terlalu banyak bahaya jika kita ada anak-anak kecil, sekecil kecil perkara dan segenap ruang boleh mengancam. Even bab panjat pun kena pantau.

Bukan tak bagi terus kalau tak macam mana anak nak develop kalau semua benda tak bagi kan. Boleh je dengan PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN ibu bapa. Jangan semberono biarkan anak-anak.

Ingatan ni pun untuk Ika sendiri sebab anak-anak tengah membesar, sekecil Hawaa dan Hajjar masih dalam risiko tinggi. Harraz Haddad dah fasa lain dah tahap keselamatan, dan boleh faham kenapa dan mengapa kena hati-hati. Yang kecil tak tahu apa-apa ni yang 24jam kena tengok. Even tidur pun boleh tergolek jatuh katil.

Bukan senang ada anak ni kan, tapi itulah amanahNYA, renyah, leceh, meletihkan, dan bermacam lagi bila Allah datangkan anak dalam keluarga.

Itulah nikmat, nikmat itu datangnya pakej dengan ujian. Berdoa dan berserah pada Allah jika anak-anak kesayangan kita dalam jagaan pengasuh. Tak kira di mana-mana rumah sendiri atau rumah orang lain, perkara sebegitu sememangnya ada risiko, tak lain tak bukan hanya padaNYA kita meminta perlindungan. 

>>>>Jika anda rasa peringatan ini bermanfaat untuk orang yang kita sayang, kongsi dan #SHARE kepada mereka. Moga Allah melindungi orang yang kita sayangi terutama anak-anak kita semua, insyaallah Amin.

7.09.2019

Staycation-The Embun Resort Lake Sahom Valley, Kampar

Habis berpantang hari tu, dua minggu lepak kat dalam rumah dah rasa lemas. Whatsapp suami tanya boleh masuk hutan tak hujung minggu tu. Masuk hutan maknanya cari tempat yang tenang untuk relax sama macam masuk hutan, bunyi unggas, bunyi air, semacam gitulah. Dah biasa gunakan term tu bila nak cari tempat yang boleh relax, tukar udara. Alhamdulillah suami ok dan setuju suruh cari tempat berdekatan, sebab nak bawak si kecik dan kereta pun baru je kena servis.
Nak kena test jugak bawak jauh sikit.


Cari dan Google, kitaorang set untuk stay kat Sahom Valley je, sebab dekat dengan rumah so takde jauh sangat perjalanan. So hujung minggu yang dinanti, rumah jiran buat makan-makan untuk minggu Syawal terakhir. Gantung kualilah bab makan tengahari, siap makan semua baru kami bertolak pergi ke Kampar. Cuaca pun cantik, tapi atas jalan kereta memang banyaklah maybe kes open house untuk minggu terakhir. Actually kami dah pernah pergi Sahom Valley tu sebelum ni saja singgah tengok dan makan kat Cafe sana. Tak stay on nights pun, kes takde tempat nak gi jalan-jalan. Nak pergi Ipoh malas, jauh sangat.





So kali ni bolehlah staycation for one night kasi can kat mama dan anak-anak. Kami sampai sebelum maghrib sempatlah anak-anak nak mandi kolam. Kebetulan masa kitaorang pergi tu ada one big family buat family's day Raya kat situ, hampir semua biliklah penuh dengan kaum kerabat diorang. Terkejut depa bila tetiba kami satu family, kot diorang takde orang lainlah kot, spoil betul kami kat situ, nak buat macam mana kan? Depa ingat diorang dah conquer satu resort, mbahahah.


Check-in masuk bilik, manager situ datang offer untukm tambah tilam, on jelah, senang anak-anak nak golek situ sini. Terus kalut diorang salin baju nak mandi kolam, siap salin baju, keluar je dari bilik hujan lebat turun, gelak sakan kami laki bini tengok muka anak-anak frust, punya teruja tak boleh tahan, sekali haa. So kasi anak-anak tenang cakap hujan sekejap je, tunggu hujan turun dulu, lepas boleh mandi kolam, dalam 20minit hujan turun, sedang elok jam dah pukul 6,kolam yang penuh tadi kosong pasal semua pakat naik dah kes hujan.














Apalagi anak-anak conquer kolam mandilah, mandi dan main sepuas hati diorang. Disebabkan dari rumah terus direct ke resort, tak singgah ke mana-mana, tanya pihak resort kat mana nak cari makanan, biasalah anak-anak mandi kolam wajib lapar lepas mandi. Nak kata nasib baik dan rezeki, diorang suruh makan makanan kat Cafe diorang je habiskan makanan petang yang diorang sediakan untuk family's day tu, sebab banyak lebih. Alhamdulillah, siap mandi, makan terus siap-siap turun untuk ke majlis rumah terbuka kawan suami dekat bandar Kampar.


Masa turun tu jumpalah makcik-makcik yang buat family day kat situ, kebetulan ada yang duduk-duduk tunggu aktiviti malam diorang. Tanya kami nak pergi mana, so bagitahulah seringkas mungkin. Berapa orang anak semua ni? Tanya sorang makcik tu, Ika pun jawab, "baru 5 makcik", sambil senyum, "muda-muda lagi dah beranak ramai, macam makcik dululah, bagus lah cemtu", lega dengar jawapan makcik tu, kikiki. Semangat aihh dengar kata-kata baik cemtu, wakaka.


Gerak dari resort ke rumah kawan suami ambil masa 15minit, singgah solat maghrib kat masjid Kampar, terus gerak kat tempat jemputan. Alhamdulillah nak dikata rezeki Allah permudahkan rupanya semua orang dah beransur balik tinggal kami je sampai untuk belah malam, tuan rumah bagitahu petang start majlis pukul 5 tu memang khemah dan dalam rumah penuh kena serbu, sampai tak terlayan. Kitaorang sampai lepas maghrib dalam pukul 8 lebih
So malam tu kami makan makanan raya dan BBQ je dengan tenang pasal anak-anak boleh sesuka hati berjalan situ sini kat khemah sebab takde orang, makan pun bertenang-tenang gitu. Settle makan, kitaorang beransur-ansur balik sebab takleh stay lama sebabnya masa tu dah waktu tidur anak-anak. Tak boleh lebih dari pukul 10malam kalau tak memang tak pasal kena layan diorang buat perangai.







Balik bilik terus semua tidur, kesnya dah penat main air kolam sakan petang tu, ao malam sebelum tidur tu semua pakat zikir nak mandi kolam pagi esok pulak, nak bangun awal. Pagi esok tu memanh diorang bangun awallah sebab dah setting bangun awal. Punya tak sabar celik je mata, terus sibuk nak mandi kolam. Nasib perut memasing bunyi dulu, maka semua prefer settle part perut dulu baru turun mandi. Kat resort ni memang takde TV, wifi, so korang yang tak boleh tinggal 2 benda penting ni kena consider dululah sebelum booking resort. Ika kalau takde dua benda tu memang takde hal, nama lagi datang nak berehat. Just feeling the moment giteww.




Siap mandi semua, kitaorang bersiap untuk check out. Sebelum check out sempatlah snap gambar family sekeping dua buat kenangan. Kitaorang singgah Sahom Valley Agro-Resort jap untuk ke mini zoo, dalam Sahom Valley tu Embun Lake Resort tu entiti berasingan dari Sahom Resort, cumanya ia berada kawasan sama. Ceritanya tokei Sahom bagi sewa tanah untuk dibuat Embun Lake Resort tu. Kat Sahom Valley tu siap ada Lake View dan Heritage Resort yang dibuat asing-asing, kalau yang suka berkumpul satu family besar boleh pilih resort Sahom. So sempatlah masuk mini zoo Sahom Valley, okeilah buat anak-anak tengok binatang.












Keluar dari resort terus kitaorang terus ke bandar Kampar sebab dah plan nak singgah Tesco habiskan voucher sebelum habis tarikh. Voucher tu suami dapat free dari company, sebelum raya hari tu pun suami terpilih dapat voucher free, bolehlah buat shopping baju raya diorang, lepas raya dapat lagi, alhamdulillah rezeki anak-anak ni, kadang tak tersangka-sangka Allah bagi kan. So sentiasalah bersangka baik dalam apa jua keadaan, pasti yang baik-baik datang untuk kita. Shopping for freelah jawabnya hari tu. Maghrib jugak kami sampai kat rumah. The best thing sampai rumah, takde pakaian nak dilipat, rumah bersih tak serabut mata. Heaven betullah. Nak me time bila dah beranak pinak ni memang mustahil, so dapat we time pun dah ok sangat, belai jiwa giteww, mbahhah.


Embun Lake Resort
29Jun2019-1Julai2019