Setiap hari doa moga kandungan kali kelima ni Allah bagi peluang merasa sehingga 35weeks ke atas. Tapi itulah juga, kita hanya mampu berdoa dan usaha saja, yang memakbulkan doa hanya Allah taala. So bila dah tahu anak Ika ni semua dalam kategori kelahiran pra-matang, memang dari kandungan ketiga lagi Ika dah ubah lifestyle Ika sendiri. Sebelum ni memang follow the flow jelah sepanjang mengandung anak pertama dan kedua, selepas anak kedua nak masuk anak ketiga memang Ika banyak belajar tentang nutrisi, belajar ilmu prenatal, postnatal semua. Ambil tahu dan apply segenap segi yang boleh untuk support kandungan bayi pra-matang sebab Ika always in risk akibat history anak sulung sebegitu.
Antara usaha Ika sepanjang mengandung memang Ika ambil nutrisi tambahan dari suplemen selain jaga realfood yang Ika, mula amalkan green juicing. Alhamdulillah, setakat kelahiran kedua hingga kelima berat anak yang dilahirkan even pra-matang, beratnya melebihi guidelines sepatutnya iaitu more than 2 kilos. Ika memang lega sangat anak lahir above 2.0 kg, kalau tak memang lamanlah anak betapa kat NICU, cukuplah sekali pengalaman dulu kala dok kat NICU 47hari ulang alik setiap hari. Pengalaman tersebut jadikan Ika panduan anak-anak yang terkemudian ni.
Fasa breastfeeding anak-anak sangat mudah sebab Ika tahu apa nutrisi ibu menyusu badan perlukan dan apa yang bayi pra-matang perlukan untuk boost weight gain. Antaranya fish-oil lah makanan paling penting sebab good fat ni membantu bayi pra-matang bina dan tingkatkan imunisasi serta lemak bawah kulit bayi pra-matang dapat dibentuk. Sepanjang mengandung dan menyusu Azra (3 Azra, Azra Haniy, Azra Hajjar dan Azra Hawaa) memang nampak ketara perbezaan dengan abang-abangnya dulu. Alhamdulillah yang paling jelas anak yang cukup nutrisi dari breastfeed imun dia cukup kuat even abang kakak selsema, jangkit jugak paling lama 5 hari paling cepat 3 hari selsema batuk hilang. Masyaallah amazing sangat. lagi satu banyak Ika belajar sepanjang besarkan anak-anak tentang remedi semulajadi. Memandangkan Ika punya punya anak yang vaccinated injured dan alami AEFI iaitu anak sulung banyak sangat ilmu baru Ika dapat dan apply damsih terus belajar.
Ika bersyukur sangat dikurniakan anak-anak pra-matang, allah didik Ika dan suami melalui cara ini, alhamdulillah hikmahnya Allah saja yang tahu. Nak besarkan anak-anak pra-matang sangat senang jika kita dah tahu root couse masalahnya. Nanti next post Ika share tips untuk anak-anak pra-matang sebab Ika perasan setiap tahun kelahiran anak-anak pra-matang semakin meningkat. What sign of that?Tentulah tanda yang tak bagus bila dah makin ramai ibu-ibu melahirkan anak-anak pra-matang akibat pelbagai masalah.