Pages

Pages

10.20.2015

Pertama Kali Makan Nasi Ulam

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabaraktuh



korang pernah makan nasi ulam? ika first time merasa makan nasi ulam, yang nenek buat pulak tu, memang sedap...jatuh cinta pulak dengan rasanya, resepi dengan nenek belum ambil lagi...mana tahu boleh buat sendiri pulak time craving nak makan hehe...biasa my feberet just nasi kerabu hitam berlaukkan ikan goreng celup tepung, nasi kerabu pure kampung yang takde tumis, nasi kerabu tumis ne lain, nasi kerabu hitam lain. Nasi kerabu hitam biasanya kuahnya hanya air lada dan budu yang dimasak, ditambah sambal ikan dan ulam-ulaman, yang ne memang sedap. Lauk pulak wajib dengan ikan celup tepung, keropok dan solok lada...aduhaii apa motif entah mengarang menu macam ne, menitik-nitik air liur haku imaginekan nasinya...bahaha, sabor jelah.




Nasi Ulam ne memang siap2 ulam dan sambal ikan tu tinggal gaulkan dengan nasi putih je makan dengan telur masin, ayam goreng etc. memang sedap...apapun kesimpulannya kena belajar buat la sekali..try n adjust, xoxo, kbai.

10.16.2015

Nak Tukar Wajah Baru


assalamualaikum...



just short entri, ika baru perasan header blog ika dah bertahun-tahun tak tukar, rasa macam nak tukar header baru plak. Korang yang tahu blogger-blogger yang terrer edit2 header, buat header cun melecun let me know ok..drop URL at comment nanti ada kesempatan ika jenguk...nak edit-edit sendiri skill dah hilang terus...muehehe, faktor tua ke hape?

10.13.2015

Kemaruk Nak Masuk Labor Room Lagi

Assalamualaikum-warhmatullah-hiwabarakatuh...




lama sungguh tak mengarang, harini ada kesempatan sikit nak mengarang, anak-anak dah makin besar ne lain macam nak perhatiannya, so tak nak lah sangat benda-benda gajet ne jugak mengambil alih perhatian kat anak-anak. Jerebu pun macam berkurang hari ni, so takdelah berjerebu nak menulis...bahaha, alasan tu kalau nak cakap memang banyak je. Kalau ikutkan dah lama nak stay up macam dulu2 mengarang...tapi entah sekarang asal jarum tunjuk pukul 10, mulalah menguap beria-ia, mata tak tertahan nak tidur...so jadilah kejadian masuk tidur awal, walaupun niat nak tunggu anak-anak tidur, baru boleh start mengadap skrin, alih-alih sendiri yang tertidur..



Alhamdulillah, tahun ne meniti angka akhir 20an, tahun depan dah 3 series. Sekejap je masa berlalu, dari kecil-kecil, meniti zaman seronok kanak-kanak, zaman mencabar alam remaja, dan alam dewasa, pejam celik dah nak masuk angka 30...huuu. Dari zaman mak-mak kita rindukan anak kecil, tahu2 dah berumahtangga, kini the cycle kita plak merasa rindunya kat anak-anak dari bayi sehingga memebesar kehari-hari...sedih plak, sebab baca some pages kat FB luahan perasaan seorang ibu yang merindukan anak-anaknya yang dah duduk asrama. Seriously menitis airmata membaca luahan perasaan rindu seorang ibu terhadapnya, terus teringat kat mak sendiri, how seriously how terrible their feeling yang merindukan kita anaknya sehari-sehari...owhh!!motherT_T". Oklah tersaru plak perenggan ne...




Dan kini, i'm the one know how the feeling bila anak-anak membesar, baru 2 & 3 tahun tapi rindukan masa bayi anak-anak,huuu...so, nak tak nak, rasa nak mengandung lagi walaupun setiap kali beranak, perkataan serik yang keluar. Lagipun masa tenaga masih ada tu yang terasa nak sangat mengandung lagi. Lagipun diri sendiri dah rasa sendiri dasyatnya perasaan bila kita betul-betul nak, ternanti-nanti, tapi tak dapat..sesungguhnya ia pengalaman berharga supaya diri banyak bersyukur dengan nikmat Allah, subhanallah, alhamdulillah...betapa pemurahnya Allah, walaupun dah melakukan kesilapan terbesar, dah pernah timbul perasaan keji sebelum ne, Allah maha penyayang kerana berterusan memberi NikmatNYA...years ago ika pernah detect false alarm mengandung lagi, tapi masa tu anak kedua masih kecil, lagi plak kelahirannya sangat rapat dengan abangnya, i'm so frustrated sehingga timbul niat tidak elok untuk tidak membenarkan perkara tersebut berlaku, astagfirullahalazim. Sampailah suatu masa ika benar-benar nak anak, (walaupun takdelah sampai bertahun2 menunggu, tapi the feeling sangat menyedihkan) Allah menguji...Bila dah tersedar akan kesilapan terbesar ika buat, pengubatnya hanya solat taubat. Moga Allah mengampuni segala dosaku. ika pernah cerita dalam entri sebelum ne...kalau siapa yang perasan, good!! jadikanlah kisah Ika sebagai pelajaran berharga.




Apapun walau bermacam dugaan ketika mengandung dan bersalin sebelum ne, moga Allah permudahkan ika kali ni, mengandung dan bersalin. Walaupun masih ada saki-baki trauma, insyaallah, moga semuanya smooth..doakan ika ye pembaca comel-comel. xoxo, nanti ika sambung mengarang lagi how i'm doing the TTC.

10.08.2015

Jeram Sungai Manggis Hulu Langat, Selangor

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh, moga pembaca yg setia dikurniakan kesihatan yg baik sentiasa..tiada nikmat yg paling berharga melainkan waktu sihat dan masa lapang..

(lagi cerita peram..kikiki)
Unplanned weekend memang biasa terjadi, bila tiba-tiba suami ajak pergi berkelah disuatu pagi lepas suruh bini berkemas baju-baju dan barang. Plan mengejut macam ne memang best!kadang-kadanglah!behehe...so weekend yang lalu suami tetiba ajak berkelah sempat zasss zasss buat bekal, breakfast pun tidak, terus je lepas bersiap, sauk lauk-lauk mentah dalam freezer untuk dibakar kat jeram. Laki haku ne memang suka plan yang bukan-bukan dan yang pasti surprise kononnya...-____-". But i liookeee...bahaha=p
So pergilah kitaorang 4 beranak ke jeram sungai manggis. Kalau ikutkan memang dah lama kitaorang tak datang ke jeram belah hulu langat tu, last remind masa-masa mula kahwin rasanya kitaorang datang mandi manda kat jeram hulu langat. So anak dah dua baru sampai sini balik, okeilah kiranya sebab anak-anak pun dah pandai nak main air, yang penting mereka berdua memang excited jumpa air jeram. Percaya atau tidak ahmad harraz dan ahmad haddad tak boleh, tak gemar, tak nak mandi kolam-kolam buatan kat hotel tu, kalau yang nature based like air jeram, air pantai memang diorang berdua takkan menolak..behehe, nature's lover sejak kecil lagi rupanya..bahaha=p

So, that weekend sempatlah luangkan masa layan anak-anak mengenal alam, hirup udara segar ditempat berbeza. Lagi satu entah kenapa laki haku suka sangat bab BBQ ne, alhamdulillah syukur, kita bahagian makan je..kikiki..korang biasa buat aktiviti apa kalau tak melepak kat rumah? Tq sudi baca....daaa

10.06.2015

Menarik di Empangan Tasik Kenyir, Terengganu

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh...moga kalian sentiasa dirahmati Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik...


cerita peram, alang2 dalam draft kan, hihi..
Korang pernah pergi cuci-cuci mata tengok empangan sesaje? Me first time sampai empangan tu pun kes pak mertua yg bawak, kalau tak memang takkan sampailah jawabnya...hihi, so memandangkan kitaorang dah alang2 bercuti kat terengganu my fil mengimbau kenangan2 zaman mudanya..kikiki, so tu yang sampai kat empangan tasik kenyir...first time tengok empangan in real, dan first time jugak rasa kagum dengan kecantikan alam kat empangan, air kat empangan totally hijau bersih, imaginelah bukit bukau asalnya dijadikan tempat takungan air, kira taman dalam airlah...so no wonder kalau tengok ikan bapak besar gajah, memang cukup makan dan memang tempat ne tak terusik dek pencemaran alam...


Rasa macam kagum how they build this mega project,tapi lagi kagum dengan ciptaan Allah yang maha indah..tak terbayang kecantikan alam semulajadi ne kan? Nasib baik dah kahwin kalau tak panjat gunung ganang, pergi pulau situ sini, jungle trekking hutan belantara, itu jelah keje haku gamaknya lah...behehe, so do miss aktiviti lasak dulu, how best the feeling ever melayari hamparan lautan biru dengan berkayak. Heaven kan perasaan pencinta alam ne, I can imagine how the feel bila berada dalam nature surrounding, feel fresh, feel energetic macam2 lagilah. Tak sangka bila dah kahwin I'm so feminin, bahaha, femininlah sangat kan? Sebab tu ada impian nak naik vintage scooter vespa bonceng dengan suami dating pergi masjid one day...sweet sangat kan? Beheheh, tq sudi baca...daaa