Pages

Pages

10.13.2015

Kemaruk Nak Masuk Labor Room Lagi

Assalamualaikum-warhmatullah-hiwabarakatuh...




lama sungguh tak mengarang, harini ada kesempatan sikit nak mengarang, anak-anak dah makin besar ne lain macam nak perhatiannya, so tak nak lah sangat benda-benda gajet ne jugak mengambil alih perhatian kat anak-anak. Jerebu pun macam berkurang hari ni, so takdelah berjerebu nak menulis...bahaha, alasan tu kalau nak cakap memang banyak je. Kalau ikutkan dah lama nak stay up macam dulu2 mengarang...tapi entah sekarang asal jarum tunjuk pukul 10, mulalah menguap beria-ia, mata tak tertahan nak tidur...so jadilah kejadian masuk tidur awal, walaupun niat nak tunggu anak-anak tidur, baru boleh start mengadap skrin, alih-alih sendiri yang tertidur..



Alhamdulillah, tahun ne meniti angka akhir 20an, tahun depan dah 3 series. Sekejap je masa berlalu, dari kecil-kecil, meniti zaman seronok kanak-kanak, zaman mencabar alam remaja, dan alam dewasa, pejam celik dah nak masuk angka 30...huuu. Dari zaman mak-mak kita rindukan anak kecil, tahu2 dah berumahtangga, kini the cycle kita plak merasa rindunya kat anak-anak dari bayi sehingga memebesar kehari-hari...sedih plak, sebab baca some pages kat FB luahan perasaan seorang ibu yang merindukan anak-anaknya yang dah duduk asrama. Seriously menitis airmata membaca luahan perasaan rindu seorang ibu terhadapnya, terus teringat kat mak sendiri, how seriously how terrible their feeling yang merindukan kita anaknya sehari-sehari...owhh!!motherT_T". Oklah tersaru plak perenggan ne...




Dan kini, i'm the one know how the feeling bila anak-anak membesar, baru 2 & 3 tahun tapi rindukan masa bayi anak-anak,huuu...so, nak tak nak, rasa nak mengandung lagi walaupun setiap kali beranak, perkataan serik yang keluar. Lagipun masa tenaga masih ada tu yang terasa nak sangat mengandung lagi. Lagipun diri sendiri dah rasa sendiri dasyatnya perasaan bila kita betul-betul nak, ternanti-nanti, tapi tak dapat..sesungguhnya ia pengalaman berharga supaya diri banyak bersyukur dengan nikmat Allah, subhanallah, alhamdulillah...betapa pemurahnya Allah, walaupun dah melakukan kesilapan terbesar, dah pernah timbul perasaan keji sebelum ne, Allah maha penyayang kerana berterusan memberi NikmatNYA...years ago ika pernah detect false alarm mengandung lagi, tapi masa tu anak kedua masih kecil, lagi plak kelahirannya sangat rapat dengan abangnya, i'm so frustrated sehingga timbul niat tidak elok untuk tidak membenarkan perkara tersebut berlaku, astagfirullahalazim. Sampailah suatu masa ika benar-benar nak anak, (walaupun takdelah sampai bertahun2 menunggu, tapi the feeling sangat menyedihkan) Allah menguji...Bila dah tersedar akan kesilapan terbesar ika buat, pengubatnya hanya solat taubat. Moga Allah mengampuni segala dosaku. ika pernah cerita dalam entri sebelum ne...kalau siapa yang perasan, good!! jadikanlah kisah Ika sebagai pelajaran berharga.




Apapun walau bermacam dugaan ketika mengandung dan bersalin sebelum ne, moga Allah permudahkan ika kali ni, mengandung dan bersalin. Walaupun masih ada saki-baki trauma, insyaallah, moga semuanya smooth..doakan ika ye pembaca comel-comel. xoxo, nanti ika sambung mengarang lagi how i'm doing the TTC.