Pages

Pages

10.08.2015

Jeram Sungai Manggis Hulu Langat, Selangor

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh, moga pembaca yg setia dikurniakan kesihatan yg baik sentiasa..tiada nikmat yg paling berharga melainkan waktu sihat dan masa lapang..

(lagi cerita peram..kikiki)
Unplanned weekend memang biasa terjadi, bila tiba-tiba suami ajak pergi berkelah disuatu pagi lepas suruh bini berkemas baju-baju dan barang. Plan mengejut macam ne memang best!kadang-kadanglah!behehe...so weekend yang lalu suami tetiba ajak berkelah sempat zasss zasss buat bekal, breakfast pun tidak, terus je lepas bersiap, sauk lauk-lauk mentah dalam freezer untuk dibakar kat jeram. Laki haku ne memang suka plan yang bukan-bukan dan yang pasti surprise kononnya...-____-". But i liookeee...bahaha=p
So pergilah kitaorang 4 beranak ke jeram sungai manggis. Kalau ikutkan memang dah lama kitaorang tak datang ke jeram belah hulu langat tu, last remind masa-masa mula kahwin rasanya kitaorang datang mandi manda kat jeram hulu langat. So anak dah dua baru sampai sini balik, okeilah kiranya sebab anak-anak pun dah pandai nak main air, yang penting mereka berdua memang excited jumpa air jeram. Percaya atau tidak ahmad harraz dan ahmad haddad tak boleh, tak gemar, tak nak mandi kolam-kolam buatan kat hotel tu, kalau yang nature based like air jeram, air pantai memang diorang berdua takkan menolak..behehe, nature's lover sejak kecil lagi rupanya..bahaha=p

So, that weekend sempatlah luangkan masa layan anak-anak mengenal alam, hirup udara segar ditempat berbeza. Lagi satu entah kenapa laki haku suka sangat bab BBQ ne, alhamdulillah syukur, kita bahagian makan je..kikiki..korang biasa buat aktiviti apa kalau tak melepak kat rumah? Tq sudi baca....daaa