Pages

Pages

2.26.2025

Mak

"mak dulu, habis 40hari pantang terus masuk kerja, muka pucat lesi, penat letih tak habis lagi, nak cari pitis besar anak-anak",


Sedih pulak teringat kata-kata ayah.


Mak Ika orang berkerjaya, so bila isu compare itu ini, banyak sedih gak sebab kita pernah rasa dan lalui banyak pengorbanan mak buat anak. 


Letih orang berkerja pun boleh tahan penatnya. 


Banyak juga 'kos melepas' mak-mak berkerjaya.


Tentunya waktu dengan anak-anak.


Waktu pergi ambil mak balik kerja adalah waktu yang paling menggembirakan.


Dulu tunggu bot datang ambil dan hantar ke seberang sebelum jambatan pasir mas siap buat, lepas tu upgrade sikit tunggu bas, lepas tu last sekali tunggu mak depan pejabat sebab dah makin dekat, puluhan tahun macam tu. Seiring usia daku menanti mak macam tu. Menanti mak balik kerja. 


Walaupun mak sibuk kerja, air tangan mak tetap terbaik, hari minggu memang mak wajib masak special.


Kalau ada masa kami kena 'ikat perut' memang mak siap-siap masak menu dari pagi bekal sampai malam.


Jimat banyak dah kat situ.


Siapa kata kalau suami isteri berkerja, hidup senang. Ada waktunya teramat payah.


Tapi orang 'lihat' senang.


Tapi mak tetap buat terbaik untuk keluarga. Itulah mak, bekerja atau tak bukan isunya.


Isunya tanggungjawab sebagai mak tetap terlunas dengan sebaik mungkin.


Anak-anak dapat pendidikan dan ilmu terbaik. Tulah pengorbanan mak paling mulia dan besar pada pandangan daku sebagai anak. 


Mak selalu cakap, mak ayah takde harta nak tinggalkan buat anak-anak, yang ada hanya ilmu yang mak boleh usahakan untuk anak-anak belajar dan doa selalu. Nak harta, kau carilah sendiri, yang mak ayah dok buat ni sekadar untuk keperluan mak ayah je sebab mak ayah tak nak susahkan anak-anak kedepan-depan nanti bila dah takde tenaga. Untuk anak-anak masing-masing usaha sendiri. 


Tu sebab bab belajar, walaupun tak top ten tetap ku teruskan belajar sampai tua, even duduk rumah sekalipun. Mak selalu pesan, orang perempuan kena rajin membaca, membaca boleh buat minda terbuka, benda tak tahu jadi tahu. Even tak kerja kena rajin membaca. Nak tidur bacalah sehelai dua. Baca buku, baca Al-Quran lagilah, mak pesan jangan tinggal. Dapat baca sehelai sehari pun jadi, jangan tinggal. 


Ku tak pernah tak dapat soalan lain bila call masa duduk asrama dulu, mak tanya, dah solat ke? Dah baca Al-Quran ke hari ni, kalau tak terbaca lagi, memang mengaku je. Kenalah bebel sikit. Tapi jadi ingatan diri.


Kalau bab kat meja makan, perbincangan hanya tentang kami-kami, kalau terkeluar bab orang lain, terus mak cakap, biarlah bab orang, bab kita ni kena cara, tak suka diam aje. Jangan cakap, nanti Allah uji sama kat kita.


Kadang kalau memikirkan tak banyak memoriku dengan mak, sebab mak orang bekerja, yang faham tu faham lah. Tapi masa yang terhad mak gunakan sebaiknya dengan anak-anak jadi yang sikit tu lah jadi kenangan dan memori berharga buat anak-anak. Anak-anak betul jadi kawan bila meningkat remaja dan dewasa, maklah tempat borak dan sembang. 


Ku ingat jelas masa mak beri kepercayaan masak kat dapur mak, buat menu pertama untuk kami makan, mana tak happy, makanan dibuat pula kena puji, memang melangit dia punya impak, tu sebab ku suka masak sampai sekarang. Dan kepercayaan mak kat anak-anak tu sangat penting. Mak selalu cakap, ko gunalah trust mak tu leklok, sekali mak hilang percaya, tak dapat dah sama macam yang asal, pesanan mak masa daku meniti usia remaja.


Mak orang yang sangat payah nak marah, memang jaranglah tengok mak marah. Ku sebagai anak tak tahu bila mak marah, marah pun nada macam tak marah, jadi tak tahu bila masa marah. 



Entah ku dapat menjadi seorang mama sebaik sosok mak ke tak? Bagiku mak terlalu sempurna, entah bila mak berdukalara, kecewa ku tak nampak. 


Hanya ganjaran syurga buat pengorbanan mak ayah sebagai balasan penat lelah.


Mak tetap inspirasi terbaik.


Tetiba taip pasal mak, sebab bulan Ramadhan dah menghampiri, sosok maklah paling diingat, jiwa bersentimental tetiba.


Balik jumpa mak, ibarat dapat recharge balik segala tangki diri sebagai seorang anak, isteri dan sebagai mama. 


Masa cucu mak cakap rindu mamanya, dalam masa yang sama ku jua rindu kat mak. Sengaja forward voicenote cucu mak supaya mak pun potong bawang sama, naughty daughter. How can i imagine world without mak. Sobs. 


Xoxo, 
I need recharge (taip sambil kesat air mata) 


2.25.2025

Konsep Open Shelves

Siapa suka almari jenis open cemni, ku tak sedar sejak bila suka style open wardrobe tapi throwback balik memang sejak belajar dulu lagi ku cari cari open wardrobe sebab senang nak organize. Dan bagi rasa lapang boleh tengok barang apa ada kat rak, jenis tak reti nak sorok-sorok gituu. Sekarang ada instagram, antara those yang manifestation my imagination dream house to real adalah rumah belakang instagram,


dan tidy alin some of my minimalist stuff yang daku follow. 


Untuk orang yang suka kabinet tertutup, open wardrobe ni nampak menyerabutkan mata, sebab nampak barang, depa kalau boleh semua benda nak tersorok dalam almari, baru nampak kemas, betul jugak tu. Tapi untuk daku yang dah berpengalaman dan merasai bagaimana hidden secret  kabinet tertutup ni, jadi open wardrobe always my favorite. Almari tertutup ni, kebanyakan simpan barang yang jarang guna, atau pun tak terguna pun, sampai bertimbun-timbun dalam tu, sudahnya jadi sarang benda lain, tak semua orang macam tu tapi untuk certain people macam daku kabinet tertutup big no, setakat basic bawah area sink tu still okay, tapi kalau dah melarat Sampai ke atas dinding, belakang, depan, tambah area dining lagi, memang taklerr. Stress nak kemas nanti. Sebab tu yang jenis open shelves lover tak difahami oleh orang yang suka kabinet tertutup sebab kita berbeza view dan perspective. Tak kisahlah, yang penting dua-dua function kan?. 


Bila makin bertambah umur memang ku tak nak serabut dengan barang-barang tak perlu dan kumpul habuk, cukup dengan barang yang betul-betul guna dan seoptimum dimanfaatkan, lagi pun ku antara orang yang tak berapa rajin mengemas, deep clean pun sebulan sekali satu rumah sekarang ni. Bila fikir bab rumah ni energy banyak guna untuk kemas, simpan, cuci, selenggara. Fikir umur makin meningkat energy tak sama dah sekarang, jadi bab buat rumah ni memang kena particular fikir bab selenggaralah, sebab benda selenggara ni guna duit dan tenaga. Salah plan, buat, habis tenaga dan duit dekat bahagian selenggara saja, dan salah buat tenaga dan duit tak dapat nak tolong cantikkan rumah pun. Lagi teruk macam tak bertuan even masih ada tuan


One of kebaikan ku praktik sepanjang guna open wardrobe adalah sistem FIFO, first in first out, so takde isu barang expired dan dibuang begitu sahaja kes tak nampak kat mata, rasa macam takde kat rumah, padahal memang dah ada, buat stock up takde masalah, tapi barang stuck kat tempat sama tu tanpa diguna last-last rosak buat daku frust, so open shelf kebaikan yang ku dapat takde pembaziran barang terutama bab makanan. Memang topup dan digunakan sepenuhnya. 



Selain tu, open shelves ni menuntut diri sendiri pastikan kekemasan dan keteraturan barang kat rak, kebersihan, sebab benda see through kan, telus, mak mertua datang pun, even mak sendiri datang takdelah ku rushing, berpenat lelah buat deep clean pasalnya dan memang kena pastikan setiap masa berkemas, benda tertutup boleh sorok-sorok juga kalau tak menyempat kemas. Saja menaip sambil cari idea untuk rumah sendiri nanti yang entah bila nak terbina, kot masuk rumah abadi dulu pun tak tahu,huhuuu, berangan nak hire interior designer, tapi memikirkan duit tak berapa nak ada entah lepas ke tidak, maka terpadam cita-cita dan angan, cukup kita godek insta sep-sep yang share deco rumah, hahaha. Best betul berangan dikala cuaca bloomy,gloomy, bau hawa hujan, tarik selimut sambung mimpi pulak, kihkih. 




Xoxo, 
tiny home ideas
Benda boleh berangan dulu, kita berangan

2.21.2025

Merindu

Kelakar difikirkan balik, kami laki bini macam orang tengah angau tunggu phone ring, imagine daku spesis silent mode telefon, bila anak masuk asrama, dah turn off dah terus silent mode. Habis maximum level deringan takut tak dengar. Hari hari menunggu panggilan telefon dari anak. Teringat scene ni balik masa bercinta, borak dengan suami situasi kami ni sekarang, terus dekahh ketawa, how we turn back time dengan situasi berbeza. Tunggu anak call ni macam tunggu partner call lepas lama kahwin, tahuu. So hari pertama entah macam mana boleh tersilent balik, tengok miss call from public phone. 


Anakku kat sekolah tak dibenarkan bawa phone terus termasuk yang cokia sekalipun, apa kisah, asalkan ada phone, boleh call, okay dah tu. So tak sempat angkat, baru lepas borak dengan anak-anak balik dari sekolah kat meja makan, borak pula tentang anak sulung, masing-masing dok teringat, sekali lepas bangun dari meja makan, tengok telefon dalam beg dah ter missed misscall anak, rasa dia tu tak tahu nak cakap, semua bercampur baur, kenapalah boleh tersilent, kenapalah lupa letak telefon dekat dekat, macam-macam lagilah, siap doa ulang-ulang harraz call lagi. 


Second call, alhamdulillah lega boleh dengar suara, macam-macam cerita. Malam sebelum tidur pun sempat lagi dengar suara sekejap. Masuk hari kedua suara dah lain, "mama, hari ni abang Harraz sedih, sebab teringat kat mama", sambil dengar esakan kecil kat hujung ayat. Aa sudah, terus berderailah air mata mamanya, tapi menahan suara supaya tak terikut esak, huhuu. Seksa uii. Terus tukar topik, supaya abang Harraz tak terbawak esakannya, then bagitahu, "mama dulu pun rasa macam abang Harraz juga, sedih, rindu kat tok ayah umi, rasa lama hari yang dilalui, tapi abang Harraz doalah bila datang rasa sedih, moga Allah kuatkan semangat abang Harraz untuk menuntut ilmu, selawat, istigfhar. Sebelum tidur baca tiga Qul dan ayatul qursi macam selalu mama pesan". "Okay mama, abang Harraz tengah tenangkan diri sekarang". Too cute too handle, anak remaja ni memang fragile lain macam, tak mudah lalui fasa perubahan, sobs, we have been through that moment, so we know how matter the emotions. 


Paling tak nahan si adik-adikla kaki report kat ayahnya, "ayah, abang Harraz call tadi, mama cakap i love you abang Harraz, mama cakap macam tu", amboihhh, ku geram betullah, depa tak tahu segala isi perbualan tu ku dah record dan hantar kat ayahnya dulu. Haisshh, situasi sekarang kalau tak handle properly, ada yang jealous kang, macam memula dapat anak, hilang fokus, dan terbagi-bagi rasa kasih, hahaha. Sabor jelah. Bukan kami aje yang rindu Harraz, anak kedua, bestfriend Harraz dari baby pun sampai demam, berpisah dengan abangnya. Mengira hari belaka untuk jumpa abangnya di hujung minggu. 



Ku bukan tak baca opinions from others tentang pros and cons hantar anak awal ke asrama, tapi kita semua pasti kenal macam mana anak-anak kita sendiri. So depend masing-masing dan benda ni kena berbincang dengan anak, tanya pendapat mereka, sama jugalah daku. Memang benda ni kami bincang. Bagitahu sekolah harian macam mana, sekolah asrama macam mana, boleh ke urus masa sendiri kalau duduk kat sekolah harian, etc etc, boleh ke manage dan urus diri kalau kat asrama etc etc. Then Harraz decide nak sekolah harian, turn out plot twist nak sekolah asrama pula. Semuanya kembali kepada Allah, kita mengatur, Allah jua mengatur. 


Paling ditakuti anak menjauhlah jika duduk di asrama, kena cari punca dan solusi untuk elak benda tu berlaku, takut anak jadi perahsia bila duduk jauh, pun juga paling ditakuti parents, whatever kita doa jelah yang baik, sangka yang baik-baik. Yang ku fokus anak-anak dapat dapat solat lima waktu berjemaah dan dapat dengar tazkirah agama, berusrah setiap hari. Rutin pagi anak terjaga, setiap hari belajar kemahiran baru, dapat urus diri berdikari, dapat mengasah potensi diri dan berkreatif, dapat belajar survival skills dan bersosial secara sihat. Paling lucu bila tanya anak petang-petang buat apa, dia duduk kat kerusi depan asrama aje dengan kawan-kawan. Tak dinafikan anak-anakku generasi banyak tengok telefon di waktu senggang, jadi depa bila dah duduk asrama, jadi blurr nak isi masa lapang buat apa. Bosan tapi tak tahu nak buat apa. 




Macam anak-anakku petang balik sekolah rendah pukul 4 petang, makan, baca komik tak pun tengok tv dan main game. Depa jenis bukan jenis kaki outdoor, jadi petang balik sekolah kat asrama, depa tak tahu nak buat apa, jadinya depa duduk sesaja, tu yang jadi sedih teringat benda-benda kat rumah, masuk minggu kedua harap-harap depa dah dapat idea nak main apa petang-petang. Bukan anakku aje, kawan yang satu tingkatan Harraz pun cemtulah gayanya, depa tak reti nak isi kebosanan mereka, so ku bagilah idea masa borak, dan slowly jogging pusing keliling dah katanya hari keempat, comel betullah, kihkih. Ku doa anak-anakku dapat moment macam daku lalui dulu masa main dengan kawan-kawan sekampung. Bahagia, gembira, no stress dan menghargai setiap waktu yang di lalui bersama kawan-kawan. 


Bila anak telefon duit syiling dah nak habis, kami laki bini gelabah dah, trigger rasa nak pergi hantar syiling kat anak on the spot rasanya, takut putus tak dengar suara sehari pun dah keruan tak tentu hala, kihkih, menahan diri aje ni. Ya anakku berpeluang guna public phone zaman daku laki bini guna, the adrenalin rush bila syiling last habis tu anakku berpeluang merasalah sekarang ni, hahaha. Orang kata anak sulung je parents teruja lain macam kan, mungkin betullah tu, sebab dari anak dari sulunglah semua mak ayah banyak belajar anything, thank you so much anak-anak sulung didunia, without you we can't be better parents for others children, you make we learn so much thing, sama juga anak-anak lain we learn different thing another yang tak pernah kami hadap, hihi. Insyaallah, we'll try the best.


Xoxo
Rindu tak berkesudahan

2.20.2025

Melepaskan

Seminggu ni emosi memang tak stabil ye, banyak sedih, banyak rindu, rindu kat kekasih hati lain, rindu kat anak lagi lain ye. Tapi yelah, tengah fasa awal belajar melepaskan anak untuk berdikari. Memang sedih teruk ye, tiap-tiap pagi bangun dengan mata bengkak, tak mudah ye hati seorang mak ni, dalam masa hati tisu, kena juga kentalkan hati, vice versa, macam peperangan emosi kekdahnya. Rasa macam percaya tak percaya lagi hantar juga anak ke asrama akhirnya. Moody, unmotivated rasa melalui hari tanpa anak sulung kat rumah, tapi itulah tak boleh diturutkan perasaan dan hati, hari ni baru ada semangat nak catat apa yang dirasa. 


Ikutkan hati kami laki bini tak nak anak duduk asrama, rasa tak puas lagi nak layan depa, sama juga anak, bila tanya dia pun tak nak duduk asrama, so kami pun memang tak nak paksa, jadi uruskan apa yang boleh dengan sekolah berdekatan, entah macam mana seminggu sebelum sekolah buka, anak kata dia okay untuk duduk kat asrama. Memang kelam kabut kami selesaikan urusan untuk sekolah berasrama. Tu yang jadi macam percaya tak percaya lagi anak duduk asrama dah, sobs. Dulu zaman daku melalui kepahitan untuk terima hakikat duduk asrama paksa rela tu memang menekadkan azam daku untuk tidak paksa anak tak duduk asrama, alih-alih plot twist diakhir minggu sebelum sekolah dibuka. Siapa sangka, sungguhlah yang membolak balikkan hati manusia ni Allah jua. Ku ada reason sendiri untuk dorong dan support anak duduk asrama bukan disebabkan kami hasil duduk asrama. 




Melihatkan rutin anak seharian semasa bersekolah dan semasa cuti, better for him untuk duduk asrama. Sayang dengan rutin harian anak kat sekolah rendah, jadi kami decide supaya rutin harian mereka tak berubah. Alhamdulillah dengarkan suara anak hari ni more energetic, ku agak dia dah slowly to adapt surrounding kat asrama. Kadang kesenangan yang dilalui berisiko menjadi racun, sedikit kesusahan mengajar erti syukur kat anak, selalu bangun pagi mandi air panas kat rumah, sekarang kat asrama mandi air sejuk macam ais, tidur kat rumah berselimut tebal, tidur kat asrama berselimut ala-ala selimut hospital dan banyak lagi keselesaan lain yang terkorban di suasana berbeza. Ku doakan anak yang jauh dimata dekat dihati berlapang dada dan senang melalui kehidupan pembelajaran yang slow pace dikelilingi bukit bakau, ala-ala tempat camping. Belajar without stress tanpa mengejar apa yang tidak perlu, ikhlas menuntut ilmu untuk manfaat diri dan masyarakat. Amin. 



Anak-anak lain alhamdulillah hari pertama persekolahan semua okay, dapat anak-anak tak menangis untuk sesi sekolah bermula pun satu rahmat besar dah, ku doakan yang diuji karenah anak-anak untuk masuk sekolah, moga terus kuat, sabar, insyaallah they need little time to adapt new place and surrounding, mak ayah sabar ye,banyak doa, insyaallah semua akan baik-baik. Bab anak sekolah buat perangai ni memang ingat kat adik bongsu lelaki dakulah, imagine camne mak ayah ku nak layan sebab depa berdua kerja, nasib baik masa tu daku dah habis spm, so dakulah yang tunggu hampir sebulan dari pagi hantar sekolah sampai habis waktu belajar, kena menunggu wehh, jenuhhh. Kalau dak ghiauu,haru biru kelas dia nak keluar ikut balik sama. Rupanya mak ayah daku dah train kesabaran lain macam kat daku masa muda-muda dulu, hahaha. Alhamdulillah anak sendiri tak payah tunggu, hantar terus balik. Masalah yang sekarang, anak bongsu yang baru 3 tahun dah berzikir nak sekolah juga, lain macam betul, sabar boleh tak? Tak puas nak peram kat rumah lagi, haisshh, saborr jelah. 


Belajar melepaskan perlahan-lahan, tak mudah, tapi Allah tahu apa yang terbaik. Moga anak-anak  jua, belajar sama. Belajar melepaskan  untuk berhati baja, belajar melepaskan untuk langkah yang masih panjang, belajar melepaskan untuk menggapai harapan dan impian, belajar melepaskan untuk ruang dan peluang baru, fly high anak-anak ku, dan jua untuk anakanda lain yang menuntut ilmu. 


Xoxo, 
Mama terus kuat

2.07.2025

Blurr

Dah masuk bulan kedua 2025, daku masih blurr blurr menjalani kehidupan seharian, tambah lagi anak-anak masih bercuti sekolah, means daku terlalu banyak masa disebabkan semua house cores kebanyakannya depa dah sapu buat, termasuk bab paling malas sekali iaitu lipat kain, so what to do? Iols tergolong dalam mak-mak pemalas, lagi bertambah pemalas jadinya bila anak cuti, hahaha, memang sehari-hari ku buat basic thing je, yang wajib kenalah on time, yang waktu senggang ku banyak mengadap buku terutama buku word search, dah masuk buku kedua dah jasa anak-anak cuti sekolah. Masak pun untuk lunch aje sebab depa kena bergilir masak untuk buat breakfast. Patutnya lagi rajin daku mengadap blog pasal banyak masa, tapi apakan daya, lagi sanggup ku dok berbaring tick word yang perlu dicari, such a healing. Kenapalah cepat sangat depa nak masuk sekolah balik, ku suka anak-anak dok kat rumah, kadang tu datang terfikir juga asal lambat plak depa nak masuk sekolah time depa dah takde kerja nak buat dan depa hadap screen aje kejenya. Baru faham feeling laki sendiri bila balik tengok bini ngadap telepon even semua house cores dah settle, sekarang cemtulah daku rasa, even anak-anak dah settlekan semua kerja rumah. Haihhh, kelakar betullah. What goes around comes around. 



Anak-anak ni kadang kita mak pak underestimate betul depa, depa memang kena ada rutin, dari rutin adanya common sense, common sense ni wujud dari perlakuan, perbuatan, persekitaran, bimbingan parents sendirilah. Dulu daku ni antara perfectionist juga, bab bersih, kemas rumah, tak buat ikut cara kita rasa nak marah, tapi sangat memenatkan diri fizikal, emosi dan mental ye sebab semua benda ku conquere nak buat. So ku tak nak jadi mak-mak yang stress, asyik penat aje, ku decide jadi mak pemalas dan happy, at least semua anak-anakku ada common sense, apa yang depa patut depa buat, depa buat, semua ada tanggungjawab. 



So siapa yang ada feeling macam daku, meh ku suggestkan apa perlu buat bila datang tak tahu apa nak buat. Pertama bahagikan rumah kepada beberapa part dan aim setiap hari apa nak diselesaikan. So minggu pertama daku fokus buat deep clean bahagian dapur, bahagian dapur ni pulak ada banyak bahagian ye, bahagian sink dan kabinet bawah, bahagian  memasak dan kabinet storage tempat penggunaan bahan-bahan masakan, kat sini buatlah clearing check bahagian expired dates semua bahan masakan, semua stock makanan. Awal tahun ni part ni lah yang paling penting kat dapur, kan dapur heart of home. Giteww. Kenalah makesure semua masih selamat dan bersih untuk digunakan. Make sure pinggan mangkuk cawan yang dah pecah tepi ke apa, botol air anak yang dah bertimbun tapi tak guna,bekas bekal anak-anak dah rosak, make sure asingkan terus. 


Part kedua bilik tidur, haaa yang ni ku fokus bilik daku sajalah, bilik anak-anak biar depa yang buat tapi lastly depa tanya daku juga dah okay ke belum depa buat, dah memenuhi spec ke tidak. Itu jelah, pemantauan dan guide tu penting, takde lah anak-anak buat cincai boncai. Part ketiga bilik wardrobe ku asing tugas check baju masing-masing yang dah koyak, tak muat, ketat, dan tak sesuai dah untuk dipakai, letak kat satu tempat untuk hantar ke tempat sepatutnya. 



Part kelima sental bilik air buat deep clean,cek segala perabot dalam rumah yang mana perlu baiki, tak baloi dibaiki, buku-buku rosak, buku-buku sekolah, baju sekolah yang dah tak digunakan, botol-botol sabun kosong, botol minyak bertimbun, plastik dah berserabut. Make sure buatlah apa patut, buat keluar dari rumah, jangan biarkan barang-barang rosak, tak berguna, tak boleh digunakan masih berada dalam rumah, benda-benda ni toxic sebenarnya bila kita simpan terlalu lama. Bulan pertama dan kedua ni memang kena buat betul-betul house clearing sebab baru rasa lega nak menjalani baki dari 365hari tahun baru, itu dakulah, since dah bertahun amalkan step ni, satu kelegaan besar buatku, takde rasa serabut, takde rasa sempit rumah. 


So, bab jalan-jalan memang kena stop dulu fokus anak-anak nak start masuk sekolah balik dah, tahun ni macam tahun lepas juga, dia datang in package, buka sekolah, masuk ramadhan, dan raya, semua melibatkan belanja besar, anak-anak makin besar, makin besar belanjanya ye, ku doakan urusan kita semua yang dipermudahkan segalanya terutama dari segi kewangan. Ukur baju di badan sendiri bila berbelanja, jangan ikut-ikutan. 23 hari lagi Ramadhan bakal dilalui, dan tak sampai 10hari lagi pun anak-anak akan memulakan sesi baru persekolahan. Moga baik-baik saja semuanya. Insyaallah. 



Xoxo, 
Baru settle buat deep clean, tu yang kecoh nak kasitahu, orang lain hari-hari buat deep clean, hahahaha. Ku setahun sekali aje layan hardcore cleaning. 

2.03.2025

Masjid Cina Pulau Pangkor

Antara salah satu yang daya tarikan yang ku suka kat Pulau Pangkor ni adalah Masjid Cina Pulau Pangkor. Ini adalah pitspot kedua kami bila ambil pakej tour van pink ronda Pulau Pangkor. Lama betul nak taip sequel datang berjalan kali kedua ke Pulau Pangkor Perak  ni, lupa pun ye, iyalah, budak-budak pun dah panggil acik dah, sindrom tak boleh nak buat apa dah kalau datang lupa, tak habis lagi rupanya cerita Pulau Pangkor ni . So masa kami dok tunggu van lepas checkout dari Chalet Nipah Bay , bincanglah nak ke tak ronda, bincang punya bincang, hujan turun lebat tiba-tiba ye. Elok je panas masa tu, lepas tu hujan, jadi sambil tunggu van punya lama nak sampai, sebab kami checkout time peak hour semua pakat checkout, van pink fully used ulang alik ambil out turn, yelah bukan dari penginapan ni je nak keluar pegi jeti dan ronda-ronda. Jadi lama jugalah kena tunggu turn. 


So sambil tunggu sempat kami keringkan baju mandi sesiap, rezeki juga tu ya, tak payah pikul beg berat dengan baju basah. Sedang elok kain baju kering, 10 minit kemudian van pink sampai, dan kebetulan hujan pun dah reda dah, disebabkan pihak hotel dah kasitahu yang kami nak van yang boleh bawa ronda pusing pulau sekali, then easy our plan, naik terus onz pusing. So pakej ronda masa tu RM90/van, kalau ikut lebih dari 4 pitspot yang driver nak bawa, tapi kami dah plan nak naik feri dalam pukul 4, we make it short dengan empat pitstop sahaja, tu pun berbaloi dah. Pitspot first tu singgah kedai beli makanan lauk kering, then terus ke Masjid Cina ni. 


Bila sampai tu woww terus terpana dengan striking color red yang cantik, bold mempesona. Actually Masjid ni namanya Masjid Al-Khairiah merupakan sebuah masjid yang terletak di Sungai Pinang Kecil, Pulau Pangkor, Perak. Kedudukan masjid yang dikelilingi oleh majoriti masyarakat berbangsa Cina membuatkan idea reka bentuk dan hiasan dalamannya menjurus kepada motif oriental.Keseluruhan kaligrafi di masjid ini berkisarkan tentang himpunan doa yang diperoleh daripada ayat al-Quran, hadis Nabi Muhammad SAW dan juga doa yang dikumpulkan daripada ulama muktabar. Ku masa mula-mula masuk dah kagum dengan pintu pagar Masjid, masuk dalam tengok pintu, tengok kat dalam Masjid memang rasa nak duduk lama sikit dalam Masjid punya cantik macam ni, best sangat. Tapi ada lagi tempat lain nak visit kena ikut timing yang setting. Kombinasi warna Masjid Cina hijau merah tu masuk sangat, sangat indah dipandangan mata. Warna garang dan warna damai bergabung, cantik dan serasi ditambah dengan ukiran-ukiran yang cantik. 




Jika diperhatikan di tiang masjid ini pula, terdapat Asma’ al-Husna ditulis dalam bentuk kaligrafi Cina. Kebanyakan reka bentuk yang terdapat dalam Masjid al-Khairiah ini menggunakan pola yang menggabungkan unsur ketimuran dari negara China dan identiti negeri Perak dalam satu bentuk hiasan. Memang kagum sangat dengan ketelitian ukiran dan seni yang terzahir kat Masjid Cina ni. Kalau sekali tengok memang macam tokong, ramai juga beranggapan begitu, terutama foreigners. Pelancong bukan Islam juga dibenarkan masuk dan pihak masjid sudah menyediakan jubah khas untuk mereka tau. Macam Masjid kat Putrajaya juga. 


Bagus sangat Masjid Masjid yang cantik kat Malaysia buat alternative penyediaan jubah/pakaian khas untuk non muslim dan ini juga satu cabang dakwah untuk menarik minat mereka mengenali Islam melalui binaan dan seni Masjid. Ku pun sekarang kalau nak keluar makan angin jalan-jalan, akan aim singgah salah satu Masjid yang tak pernah singgah lagi, Masjid kat Malaysia ni cantik-cantik dan unik tau, rugi tak appreciate. Terlalu banyak Masjid cantik yang ku nak pergi tapi tak tersampai lagi, antaranya Masjid kubah 8. Sementara tak sampai lagi, kita pergi sajalah yang dekat-dekat ni. Memang Masjid Cina Pulau Pangkor ni antara list yang daku nak pergi sebab nak pergi Masjid Cina yang kat Ipoh tak sampai-sampai lagi iaitu Masjid Muhammadiah, even nampak macam lebih kurang sama, tapi tetap tak sama ye. Kalau listkan Masjid Masjid yang ku nak pergi memang panjang ye, entah sempat tick ke semua, tak tahulah. Dapat tengok one of the most beautiful mosque kat Pulau Pangkor ni pun kenmain happy dah. Alhamdulillah. Korang sampai Pulau Pangkor singgah lah kat Masjid cina atau nama popular lainnya Masjid 1000 Doa. 


Ku teringin sangat nak pergi Pulau Pangkor lagi, sebab tak sempat island hopping lagi selama pergi ni, jadi rasa tak complete lagi Pulau Pangkor kalau tak buat island hopping. Ku perasan sepanjang ku berjalan-jalan kemana-mana daku ni pesen slow travel person. Ada kelebihan jugak jadi pesen ni, mungkin dipengaruhi banyak faktor termasuk umur dan karakter anak-anak menjadikan kami ni cemtu. What not to love? Kan? Just appreciate how it goes.... 


Xoxo, 
Pulau-pulau cantik memanggil.