Pages

Pages

7.31.2023

Panjangkan

Ustaz Auni dah lama bagi amaran,
Akhir zaman ni,
Yaaahooodeee Nasoorooo takkan halang umat Islam untuk solat, puasa dan lain-lain dalam rukun Islam dan beriman dengan rukun Iman.

Style depa dah tak melalui kekerasan,
Tapi cara yang sangat sangat halussss...

Yakni hasut gaya pemikiran kita untuk lebih moden dan depa bekerjasama dengan agamawan payslip ulama beri pandangan bahawa ia tak berdosa untuk ikut trend, asal saja tahu batas. Ya ulama suu, ulama suu diakhir zaman sangat bahaya, dan ulama suu tu wujud. 

Maka segala fatwa pun akan selaras dengan kehidupan moden agar umat Islam akhir zaman rasa selamat dan rasa tak melanggar hukum kerana ada agamawan di belakang mereka.

Namun bagi mereka yang tajam nalurinya atau mereka yang mula faham cara kerja ejen dajeiii ini,
Mereka akan diberikan rasa betapa semua ini tidak benar dan bukan ajaran Islam yg sebenar.

Ustaz Auni kata lagi,
Depa mmg hasut melalui 8 F ini seperti...

Faith - kepercayaan (percaya bawaan agama Islam tapi dah jauh dari Islam yang benar)

Financial - kewangan (anggap wanita keluar kerja dengan bertabarruj bermake up dan keluar berduaan dengan lelaki lain atas tuntutan kerja sebagai perkara biasa)

Food - menjadikan makanan sebagai trend, bukan lagi keperluan hidup, merosakkan umat manusia especially Islam dengan makanan syubhah & haram serta tidak berkhasiat sama sekali seperti fast food, process food dan lain-lain. Juga menfitnah makanan sunnah sebagai mitos dan tiada kajian saintifik untuk kesembuhan penyakit dan memberi kebaikan tubuh badan.

Film - menyampaikan ideologi, plan dan misi akan datang mereka melalui filem, menghasut pemikiran remaja, kanak² melalui watak² kartun yg bersimbolkan mata satu (dajeiii) dan mengangkat watak² ini sebagai super power.

Fashion - mencipta fitnah fesyen wanita berhijab dan menganggap ianya mengikut syariat. Juga mencipta fashion² mengikut musim agar para peminat fesyen sentiasa mengikut trend terkini. Pakaian sudah menjadi satu kebanggaan untuk ditonjolkan pada mata yg melihat, bukan lagi untuk menutup aurat.

Fandom - budaya icon, idola, hedonisme, hiburan yg melalaikan yg menjadikan public figure, artis, tokoh terkenal sebagai ikutan, bukan lagi para Rasul dan sahabat.

Fiction, Fun, Fandom - merekacipta watak² mengarut, idola² yg berwatak sang penyelamat dalam setiap agenda seperti di dalam lagu, animasi, muzik, lirik, buku, majalah, komik, media sosial dan sebagainya. Tujuan utk merosakkan pemikiran anak² muda, sekaligus merupakan brainwash dari awal agar lebih mudah menerima kedatangan dajeiii kelak. 


Ku panjangkan tulisan ni supaya sampai kat sesiapa yang membaca, tak payah tengok jauh-jauh, tengok realiti hari ini, sekarang, cara hidup, gaya hidup, cara pemikiran. Sentuh bab riba pun pakat-pakat melenting belaka, tak kata orang lain, diri sendiri ja cukup, pasal dah terjebak, terperangkap. Sentuh bab halalan toyyiba pun pakat-pakat triggered belaka sebab sekarang main taram je belaka bukan setakat bab makan je, termasuk apa yang masuk dan jadi darah daging kita. Apapun yang dah tak boleh ubah apa yang diyakini, kita pun tak boleh buat apa selain berdoa kita termasuk dalam salah satu dari 73golongan yang Allah redha. Akhir zaman ujiannya tak mudah. Akhir kalam pegang kemas-kemas al-quran Sunnah, sama-sama usaha untuk tadabbur al-Quran. Zaman ini zaman sensitif dan trigger majoriti orang ramai, sebut pasal Dajjal, depa Kara sikit-sikit Dajjal, sikit sikit Dajjal padahal nafsu sendiri, kata mereka, sedangkan Dajjal datang dengan beribu cara untuk menyesatkan kita semua. Kemaskan akidah kita dengan ilmu agama. 

kredit -Kak Yong Adeq

"Kenapa laluan ni macam tak familiar?" Saya dah mula takut melihat tanah curam di hadapan.

Teman di depan cuba melegakan "Eh, betul. Kita memang lalu jalan ni tadi."

Hati saya masih ragu-ragu.
Macam 'The road not taken' je.

Lagipun, penanda tiang hitam+tali (trail) dah lenyap dari pandangan. 

Sampai di laluan sangat-sangat curam, 
ketika semua yakin kita-semua-dah-pilih-jalan-salah.
Saya beri pendapat "Jom kita naik balik tempat puncak."

Seorang bersetuju "Okay, sekurang-kurangnya kalau naik semula, ada keyakinan petunjuk jalan. Depan ni tak tahu ada apa."

Uncertainty.

Ketika itu, macam-macam muncul di minda.
Dah patut contact sesiapa ke? Sebelum handphone habis bateri & data.  

Sempat terfikir adakah hari ni hari terakhir saya hidup? Ini sahaja ke hayat saya sebenarnya?

Tengok lagi depan, curam.
Tiada tempat berpaut.
Entah bagaimana nak jalan.
Kalau terjatuh ni, tiada orang boleh jumpa. 

Akhirnya salah seorang memutuskan "Kita jalan je terus. Objektif kita sekarang ni nak turun. Walaupun trail lain, kita tetap menurun. InshaAllah sampai."

Kami teruskan. 

Banyak tempat, main gelongsor je sebab curam sangat. 

Ada antara kami, dah rosak kasutnya. 
Ada yang akhirnya pilih berkaki ayam.

Sepanjang jalan berzikir banyak-banyak, berdoa moga Allah selamatkan. 
Rasa sangat tak bersedia nak mati lagi ni... 
Entah apalah manfaat dah dibuat di dunia. 

Teruskan pergerakan.
Tarik botol dari dalam beg, nampak titisan air sahaja yang tinggal. 

Lama kemudian...
Akhirnya, ketua di hadapan toleh ke belakang dengan wajah ceria. 

Saya yang nampak je tiang hitam & tali, terus berubah air muka.
Terpancar harapan.

"Ok, kita berjaya kembali ke jalan yang lurus!" 

Dari situ, nampak papan tanda 600m ke puncak. Sepanjang-panjang tu kami tersilap laluan turun, akhirnya tembus di bahagian bertanda merah dalam gambar. 

Lega.

Walaupun belum sampai ke bawah,
Walaupun perjalanan masih mencabar,
Cukup melegakan bila jumpa kembali "trail" asal. 

Banyak muhasabah kejadian hiking pagi tadi. 
Bagaimana agaknya perasaan orang yang hidupnya di luar Jalan yang lurus? 
Berada dalam kegelapan.
Banyak cabaran tak tahu bagaimana untuk menyikapinya.
Uncertainties setiap langkah. 

Yang tak sedar dalam kesesatan, mungkin jiwanya meronta-ronta kelemasan. Tetapi si Tuan badan cuba melegakan dengan apa-apa sumber "healing". 

Yang sedar dalam kesesatan, cepat-cepat cari semula jalan kebenaran, mahu kembali ke jalan yang lurus. 

Yang meyakini kepentingan jalan yang lurus, akan peduli memahami wahyu kerana itulah sumber petunjuk. 

Yang tidak merasakan perlu berada atas jalan yang lurus, kefahaman wahyu tidak diletakkan prioriti. Lalu syaitan pun membisikkan angan-angan & sangkaan-sangkaan "Takpe, tak perlu belajar Quran. Sebab kalau tak faham pun, sebagai Muslim, awak tetap berada jalan yang lurus."

Allah s.w.t membongkar jejak kesesatan Muslim terdahulu (Yahudi & Nasrani) yang membuatkan mereka terkeluar dari jalan yang lurus. 

Mereka perasan.
Walaupun berbuat dosa.
Walaupun langgar perintahNya.
Mereka rasa diri mereka confirm di atas jalan lurus yang menyampaikan ke syurga (Al-Baqarah, 2:94)
Mereka rasa, kalaupun masuk neraka, masuk sekejap je. Lepas tu confirm masuk syurga.

=====
{ وَقَالُوا۟ لَن تَمَسَّنَا ٱلنَّارُ إِلَّاۤ أَیَّامࣰا مَّعۡدُودَةࣰۚ قُلۡ أَتَّخَذۡتُمۡ عِندَ ٱللَّهِ عَهۡدࣰا فَلَن یُخۡلِفَ ٱللَّهُ عَهۡدَهُۥۤۖ أَمۡ تَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ (80) بَلَىٰۚ مَن كَسَبَ سَیِّئَةࣰ وَأَحَـٰطَتۡ بِهِۦ خَطِیۤـَٔتُهُۥ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِیهَا خَـٰلِدُونَ (81) }
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

[Surah Al-Baqarah: 80-81]
=====

Tidak.
Hakikatnya, nilai Iman & Islam di sisi Allah bukan dibuktikan dengan kad pengenalan atau Surat beranak beragama Islam.
Sebaliknya, keimanan & keislaman itu dibuktikan dengan Iman & amal soleh.

=====
{ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلۡجَنَّةِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ }

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.

[Surah Al-Baqarah: 82]
=====

Nak tahu siapa yang betul-betul atas jalan lurus dan betul-betul sampai ke destinasi syurga?
Cuba renungi bicara ahli syurga ini.

=====
{ وَنَزَعۡنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنۡ غِلّٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهِمُ ٱلۡأَنۡهَٰرُۖ وَقَالُواْ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِي هَدَىٰنَا لِهَٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهۡتَدِيَ لَوۡلَآ أَنۡ هَدَىٰنَا ٱللَّهُۖ لَقَدۡ جَآءَتۡ رُسُلُ رَبِّنَا بِٱلۡحَقِّۖ وَنُودُوٓاْ أَن تِلۡكُمُ ٱلۡجَنَّةُ أُورِثۡتُمُوهَا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ }

Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
[Surah Al-Aʿrāf: 43]
=====

Yang amat disyukuri ahli syurga melalui ayat ini adalah nikmat petunjuk (Al-Quran yang disampaikan Rasulullah s.a.w).
Kalau tak kerana petunjuk, tak akan sampai ke syurga. 

Muhasabah diri.
Saya dah peduli memahami petunjuk wahyu agar boleh berada atas jalan yang lurus?

Kredit -ayat ibrahim-

7.30.2023

Habis 20K di Online Shopping Lazada dan Shopee

Masa terlebih macam nilah, takde kerja tapi kurang-kurang boleh tahu dah berapa berhabis kat shopping online. The addiction really dangerous okay, tapi tulah nak kata addict tu takdelah, tapi every month pasti habis membeli kat online shopping. Terjebak online shopping ni since 2019 lagi. So ku ambil kira semua perbelanjaan kat Lazada dan Shopee ni, haa amik! lebih pada terkejut katak tengok lumpsump perbelanjaan dari tahun 2019 hingga sekarang tahun 2023. Allahu, insaf terus tengok angka sebab kalau simpan dah dapat tinyhouse sebijik, kakaka, berangan betul. 

Memandangkan angka perbelanjaan terkejut beruk dari online shopping, terus buat draft plan penyelamatan diri dan strategi sekatan hawa nafsu on the spot. Nak fikir kesal benda dah lepas, ada yang dah jadi tahi, ada yang gone rosak dah selebihnya masih digunakan kini. Kalau tukar dengan emas, huishhh berat dah lengan kiri kanan, tapi itulah ada angin je dekat tangan ni, berangan jelah, hahahah. Sadisnya bila tengok punya belanja macam ni. Perbelanjaan tahunan kat shopping online pun dah hampir 5k saja, means setiap bulan ku habiskan dalam beratus juga, nangis betul macam ni bila buat forensic kewangan. Benci dan pahit betul kebenaran. Rasa macam tak percaya sebab belek-belek benda kecil-kecil je belinya, macam masuk Mr.diy lah konon nak beli sikit, nak beli satu barang, sekali, haaa. Cemtulah shopping online ye. Macam rasukan ablasa gituhhh. 

So nak ganti balik in years jugak nampak gaya semua yang dihabiskan tapi tak mengapalah, benda jadi pengajaran, banyak juga yang beli harga sikit-sikit, murah, tapi bila kumpul semua, haaa boleh jem terus kepala otak. Nampak gaya nak kena buat side income tapi baru aje berpatah arang berkerat rotan untuk  bisnes lama, tapi taklah give up terus untuk mencuba next project baru cuma it's take a times. Buat masa sekarang dah decide sebulatnya fokus yang utama dulu, sebab yang ni lagi kritikal perhatiannya iaitu anak-anak. 

Zaman serba mencabar ni, tak boleh nak delegate seratus peratus tanggungjawab kat orang, yang mampu buat kami buat sendiri, yang tak mampu kita delegates supaya kita as parents pun tak terbeban. Nak jaga, didik dan besarkan seorang anak pun dah macam-macam apatah lagi yang berderet ni, tak boleh sewenangnya. Haihh, terus rasa gigil memikirkan cabaran anak-anak kini yang tanpa batasan untuk melihat dunia. Cukup guna jari je, semua terbentang depan mata, punya dasyat. Ada baik dan buruk tapi banyak juga buruknya, orang kata fokus buruk dapat buruklah. Tak juga, even if dah usaha elak yang buruk dah kalau 80% buruk yang bertebaran, maka risikonya tetap ada. 

Contohnya macam daku sendirilah, tengok dia punya hawa nafsu kadang tak boleh nak kawal bab cuci mata, bab masuk cart, kadang dah beringat tetap juga last-last buat payment, haihhlah. So sekarang terapi paling best, masuk barang dalam cart jelah setiap bulan tapi tak check out, kurang-kurang dapat kurangkan nafsu gila shopping online, yelah nak bayar pun takdak duit dah, masuk cart pun kira jadi lah, nak proceed tak jalan dah,baru reti gamaknya bila dah notice berkali-kali. Ku bersyukur jugak tak pernah terjebak dengan bayaran kredit, really big no for me, ambil barang dulu bayar kemudian, huiihh bikin hidup tak tenang kalau dah jadi habit amal bayar kemudian ni. Ada ye yang berhutang sampai tak boleh bayar shoppee ni, janganlah sesekali terjebak kalau tak mampu, tahan nafsu tu. Yang dah terjebak, jangan stress, jangan over thinking, pasti ada jalan keluar, kena smart, kena start over, berhenti serta merta tambah hutang. 


Ku pun berapa lama nak didik diri, masa duit tak ada baju ke, barang yang di nak bertimbun ada, restock kenmain, time duit tu ada, masa tu lah baju yang di aim sold out, barang nak dah discontinued, memang sakit tu di sini, setelah berkali-kali ,malah berpuluh kali melalui pedih tu, yang pernah me rasa tahulah feeling nya. Sekarang dah kalis dah, ku balas dendam plak, time benda ada, duit ada, ku tak beli pun, haa, adan muka, puas hati. Lagi best acah-acah masuk cart, lepas tu dapat notifications suruh buat payment yang dah masuk cart, ku buat tak tahu je. 

Apapun rindu duit, moga duit baca akan kerinduan ni, zaman semua duit ni kena mata duitan lah sekali sekala, ahahaha. Memang synchronized betul dengan minimalist style sekarang yang mengurangkan rasa diri nak shopping, hmm..sedapkan hati sendiri, begitulah. Insyaallah bersyukur selalu. Yang penting banyak nak declutter sempena pindah rumah baru. 



Xoxo
-materialistic mom-

7.27.2023

Google blogger lain

Hari ni terlintas nak google blogger blogger yang dulunya rajin menulis, semua dan kebanyakannya dah beralih medium lain terutama Instagram, just missed them, rasanya sama je kot apa yang diorang update kat status ig dengan entry blogger (kalaulah depa masih aktif blog) bezanya, medium je.  


Kadang terasa sepi dunia blogger ni, tapi itulah entah kenapa yang dipandang sepi tulah ku nak terjebak, overwhelmed betul dengan segala trending medsos sekarang, sikit-sikit nak viral, tulis sikit viral situ sini. Facebook ku pun dah sikit-sikit terasa annoying, so makcik bawang here and there's, macamlah kita bukan makcik bawang, ahahaha. Nope, kadang terasa nak bagitahu , just untuk bagitahu je, takde response pun tak mengapalah, takde siapa validate pun takpelah, asal kita boleh share, being in medsos today fb, ig, Twitter and so call tiktok(belum dan tak mungkin akan buka akaun) memang memenatkan mental, sebab fb pun in progress to off permanently, tapi still take a time sebab dah terjebak since 2010 lagi, really take a time to let go, tapi nampak gaya in 2023 tak boleh nak fikir panjang dah bab off yang satu ni. 


Betullah hidup ni kena sentiasa move on, still I was longing with blogspot, even takde reader pun ku bahagia boleh mencatat apa yang terbuku kat hati, apa yang tak boleh luah direct kat orang, apa yang boleh ku share tanpa judgement. People nowadays memang heartless guna alam maya, mengumpat,memaki pun selamba dalam komen than tanah tanpa malu. Nama lagi dunia tanpa sempadan ekk, tapi as human just being kind to everyone even kenal ke tak, sebab kena sentiasa ingat kita semua ada CCTV terulung yang memerhati, dan pencatat setia kiri kanan yang tak pernah miss dengan apa yang kita buat. Ujian medsos ni memang tak mudah ye, buat hal jelah, tulis kat laman sendiri. 


So back to blogger, kebanyakannya my favorite person dah beralih ke medsos lain, teringat dulu tulisan siapa entah, ku pun dah lupa, peminat tulisannya, yang suka letak gambar orang kayu muka petak-petak tu, rasanya cikgu kot, ku dah lupa nama blog, nak cari pun tak tahu nak taip apa, banyak tulisan inspirasi blogger dulu yang dah femes dan banyak followers dah beralih ke medium tiktok dan Facebook yang lebih luas capaiannya mungkin, good and happy for them, and me still here, menulis untuk hati sendiri. 


Kadang mai terfikir untuk apalah tulis semua ni, macam buang masa je, tapi entahlah, ku menulis kat blogspot ni untuk diri sendiri je kot, being introvert person menulis macam ni boleh release the stress, the burden. Tulis je apa nak tulis, sebab tu lah kot blog theme ni tak pernah berubah 'writing is therapy’, kihkihh. Hmm, rajin plak menaip kes anak-anak deep sleep di pagi hari. Ahh me time betul. Ha ha ha, what a life. 


Xoxo
-happy mom-

Masih Makan Bersuap

Satu habit anak yang kadang buat Ika hangin adalah makan bersuap. Bukan Ika tak suka suap anak, tapi bila makan bersuap ni dari lima ke sepuluh minit makan, jadi sejam ke dua jam sesi makan.

Satu hari Allah buangkan perasaan tu dengan teguran dari anak je "mama Haddad suka kalau mama suap Haddad, sebab Haddad makan banyak, boleh sambil main."

Terpanah terus ayat tu kat hati.

Ika kalau suap anak mulut memang tak berhenti mengomel, membebel lagi plak kalau anak sengaja panjangkan waktu makan.

Hikmah banyak bila makan bersuap ni, sebab banyak antara nasihat yang anak ingat dan ikut buat nasihat ketika makan.

Masa makan pun sambil anak main boleh borak dengan diorang.

Hawaa kalau tengok abang-abangnya makan, wajib dia makan sekali, effect domino kot.

Harraz biasalah picky eater. Dia takkan makan selagi tak lapar. Tapi ada satu tricky yang Ika selalu buat nak suruh dia makan bila suapkan Haddad.

"Harraz tak nak makan takpe, cuba yang mama suap sekali ni je", biasa akan ada penolakan.

"Harraz awak tolong makan satu suap, mama rasa macam masin sangatlah nasi ni, cerr cuba", (terus cuba satu suap).

"masin tak?!", "tak masin sangat mama."

Biasa dari satu suapan memang akan berterusan sampai dia kenyang. Tapi nak berjaya ke satu suapan tu lah, kena banyak kali cuba.

So anak yang picky eater memang mommy kena kreatif.

Nak cari menu kesukaan dah satu hal, nak makan pun satu hal. Tapi magic suapan mak-mak ni kan, tak daya sesiapa persoalkan.

Sambil suap tu iringlah doa sekali.

Look like simple tapi tak semua mak nak buat, sebab ni kerja renyah, memerlukan kesabaran dan ambil dan curi masa yang banyakkk sedangkan banyak lagi kerja rumah nak diselesaikan. Boleh mencungap rasa sabar tunggu depa kunyah nasi tu. 

Tapi buat kerana Lillahitaala, insyaallah lain impaknya.

Cubalah mommy.


Sebab tu kot orang kata sesibuk mana mak-mak wajib masak seminggu sekali sekurangnya. Air tangan mak ada rahsia 'kasih sayang'. So, masa anak masih clingy nak makan bersuap, layanlah.

Bukan setiap masa pun makan bersuap, biasa ada demand je, "nak mama suap", ada masa anak-anak suka makan sendiri.

So anggaplah masa anak minta tu ibarat bagi hadiah istimewa kat mak-mak. 

Airtangan ibu,
Takde siapa boleh pertikaikan.
Siapa sangka pejam celik pejam celik dah besar dah belaka yang makan bersuap. 

Memandangkan dah hampir berkecimpung dengan aktiviti suap anak makan ni hampir sebelas tahun, apa yang ku perasan, mak-mak kena jaga emosi sendiri, jaga diri dulu sebelum anak-anak. Macam bab suap anak ni, sebelum suap anak, suap dulu diri sendiri kasi kenyang, perut kenyang, hati pun senang, kurang nak garang. Perut lapar, buat mak-mak penat, mudah nak marah, sebab dah letih, suap anak-anak nampak cikai, tapi penat tau sebab libatkan 'masa menunggu,menanti', penantian ni satu penyeksaan, tau? So, jadi mak-mak ni ada masa kena selfish.

Jangan biar perut lapar kes sibukkan nak menyuap anak. Pastikan perut mak kenyang dulu sebelum kenyangkan anak. Jangan jadi mak yang suka ambil yang 'sisa'. Belajar jadi mak yang suka ambil dan buat yang terbaik untuk diri sendiri. Kenyang perut sendiri pun me time terulung, apatah lagi mengopi-ngopi. 


Dulu, dan sekarang masih lagi depa bersuap, yang si kecikla, yang abang kakak dah jarang minta bersuap, semua nak makan sendiri dah, feeling makan bersuap ni anak-anak je tahu macam mana rasa, sebab makan jadi bertambah-tambah. Bahagia kot ek? Ke rasa sedap? Entahlah, kadang kusengaja cari point untuk suap anak-anak sekaligus, selain jimat masa, boleh save energy untuk kemaskan sepah depa makan tambah kalau nak keluar, kena makan dulu, jadi suap makanlah cepat sikit urusan. 

Terutama si Haniy dan Hana sekarang siap pakej merajuk kalau tak bagi makan sendiri, even kutip sebiji-sebiji nasi masuk dalam mulut, pun jadilah asal boleh makan sendiri, tapi berasaplah mamanya nak kemaskan sepahan Hana berkali-kali. Kasi can jelah si baby ni buat sepah. Daku pun time ada anak kecik macam ni jelah nak bebel banyak sikit. 


So anak anda masih makan bersuap? Sepp sikit, kita geng, wakaka. Komplen anak sendiri makan bersuap takpe kan, biasalah mak-mak asal boleh komplen anak sendiri, bukan tak bersyukur, tapi hanya berkongsi, indescribable feeling and moments. Yang tak boleh diulang, hihihi. 






Xoxo
-Beauty mom-


7.14.2023

Panaskan Enjin Jari

Masyaallah Tabarakallah, lamanya tak jenguk sini, since dah tepu, kena jari menaip so sinilah tempatnya, memang brain dump place for mind betullah blog ni, hahaha. So tengok entry last berzaman masa puasa hari tu, sekarang dah habis raya haji pakej nak masuk tahun baru Islam dah, makanya take note sikit kat sini. Progress after shocking health screening, makanya kena insafkan dirilah, betulkan balik back to fitrah dan banyakkan puasa terutamanya puasa ganti yang belum terlangsai lagi. Betullah dalam hidup ada kala kena tersepak batu, tersadung jatuh dulu, baru gelabah nak ambil peringatan. Memandangkan dah makin tua kertu, masa makin berkurang, sesamalah kita ingat mengingatkan sesama kita bab kesihatan jangan dipandang ringan. Sentiasa pegang lima perkara sebelum lima perkara. Apapun kita semua diuji, yang bezanya cara kita renspons dengan ujian dan cabaran yang kita hadapi. 
Nak sambung menulis pasal road trip, short travel belum dapat mood, nak share pasal masakan pun malas masak sekarang ni, apatah semua tak boleh pakai, yang tahu sekarang buat jelah, tak paksa, tak rela, tapi buat je, hadap je. Short entry just for me panaskan enjin jari jemari aje, so till next entry, ya Allah bagi lah penulis blog ni rajin menulis lagi, amin.