Satu habit anak yang kadang buat Ika hangin adalah makan bersuap. Bukan Ika tak suka suap anak, tapi bila makan bersuap ni dari lima ke sepuluh minit makan, jadi sejam ke dua jam sesi makan.
Satu hari Allah buangkan perasaan tu dengan teguran dari anak je "mama Haddad suka kalau mama suap Haddad, sebab Haddad makan banyak, boleh sambil main."
Terpanah terus ayat tu kat hati.
Ika kalau suap anak mulut memang tak berhenti mengomel, membebel lagi plak kalau anak sengaja panjangkan waktu makan.
Hikmah banyak bila makan bersuap ni, sebab banyak antara nasihat yang anak ingat dan ikut buat nasihat ketika makan.
Masa makan pun sambil anak main boleh borak dengan diorang.
Hawaa kalau tengok abang-abangnya makan, wajib dia makan sekali, effect domino kot.
Harraz biasalah picky eater. Dia takkan makan selagi tak lapar. Tapi ada satu tricky yang Ika selalu buat nak suruh dia makan bila suapkan Haddad.
"Harraz tak nak makan takpe, cuba yang mama suap sekali ni je", biasa akan ada penolakan.
"Harraz awak tolong makan satu suap, mama rasa macam masin sangatlah nasi ni, cerr cuba", (terus cuba satu suap).
"masin tak?!", "tak masin sangat mama."
Biasa dari satu suapan memang akan berterusan sampai dia kenyang. Tapi nak berjaya ke satu suapan tu lah, kena banyak kali cuba.
So anak yang picky eater memang mommy kena kreatif.
Nak cari menu kesukaan dah satu hal, nak makan pun satu hal. Tapi magic suapan mak-mak ni kan, tak daya sesiapa persoalkan.
Sambil suap tu iringlah doa sekali.
Look like simple tapi tak semua mak nak buat, sebab ni kerja renyah, memerlukan kesabaran dan ambil dan curi masa yang banyakkk sedangkan banyak lagi kerja rumah nak diselesaikan. Boleh mencungap rasa sabar tunggu depa kunyah nasi tu.
Tapi buat kerana Lillahitaala, insyaallah lain impaknya.
Cubalah mommy.
Sebab tu kot orang kata sesibuk mana mak-mak wajib masak seminggu sekali sekurangnya. Air tangan mak ada rahsia 'kasih sayang'. So, masa anak masih clingy nak makan bersuap, layanlah.
Bukan setiap masa pun makan bersuap, biasa ada demand je, "nak mama suap", ada masa anak-anak suka makan sendiri.
So anggaplah masa anak minta tu ibarat bagi hadiah istimewa kat mak-mak.
Airtangan ibu,
Takde siapa boleh pertikaikan.
Siapa sangka pejam celik pejam celik dah besar dah belaka yang makan bersuap.
Memandangkan dah hampir berkecimpung dengan aktiviti suap anak makan ni hampir sebelas tahun, apa yang ku perasan, mak-mak kena jaga emosi sendiri, jaga diri dulu sebelum anak-anak. Macam bab suap anak ni, sebelum suap anak, suap dulu diri sendiri kasi kenyang, perut kenyang, hati pun senang, kurang nak garang. Perut lapar, buat mak-mak penat, mudah nak marah, sebab dah letih, suap anak-anak nampak cikai, tapi penat tau sebab libatkan 'masa menunggu,menanti', penantian ni satu penyeksaan, tau? So, jadi mak-mak ni ada masa kena selfish.
Jangan biar perut lapar kes sibukkan nak menyuap anak. Pastikan perut mak kenyang dulu sebelum kenyangkan anak. Jangan jadi mak yang suka ambil yang 'sisa'. Belajar jadi mak yang suka ambil dan buat yang terbaik untuk diri sendiri. Kenyang perut sendiri pun me time terulung, apatah lagi mengopi-ngopi.
Dulu, dan sekarang masih lagi depa bersuap, yang si kecikla, yang abang kakak dah jarang minta bersuap, semua nak makan sendiri dah, feeling makan bersuap ni anak-anak je tahu macam mana rasa, sebab makan jadi bertambah-tambah. Bahagia kot ek? Ke rasa sedap? Entahlah, kadang kusengaja cari point untuk suap anak-anak sekaligus, selain jimat masa, boleh save energy untuk kemaskan sepah depa makan tambah kalau nak keluar, kena makan dulu, jadi suap makanlah cepat sikit urusan.
Terutama si Haniy dan Hana sekarang siap pakej merajuk kalau tak bagi makan sendiri, even kutip sebiji-sebiji nasi masuk dalam mulut, pun jadilah asal boleh makan sendiri, tapi berasaplah mamanya nak kemaskan sepahan Hana berkali-kali. Kasi can jelah si baby ni buat sepah. Daku pun time ada anak kecik macam ni jelah nak bebel banyak sikit.
So anak anda masih makan bersuap? Sepp sikit, kita geng, wakaka. Komplen anak sendiri makan bersuap takpe kan, biasalah mak-mak asal boleh komplen anak sendiri, bukan tak bersyukur, tapi hanya berkongsi, indescribable feeling and moments. Yang tak boleh diulang, hihihi.
Xoxo
-Beauty mom-