Masa terlebih macam nilah, takde kerja tapi kurang-kurang boleh tahu dah berapa berhabis kat shopping online. The addiction really dangerous okay, tapi tulah nak kata addict tu takdelah, tapi every month pasti habis membeli kat online shopping. Terjebak online shopping ni since 2019 lagi. So ku ambil kira semua perbelanjaan kat Lazada dan Shopee ni, haa amik! lebih pada terkejut katak tengok lumpsump perbelanjaan dari tahun 2019 hingga sekarang tahun 2023. Allahu, insaf terus tengok angka sebab kalau simpan dah dapat tinyhouse sebijik, kakaka, berangan betul.
Memandangkan angka perbelanjaan terkejut beruk dari online shopping, terus buat draft plan penyelamatan diri dan strategi sekatan hawa nafsu on the spot. Nak fikir kesal benda dah lepas, ada yang dah jadi tahi, ada yang gone rosak dah selebihnya masih digunakan kini. Kalau tukar dengan emas, huishhh berat dah lengan kiri kanan, tapi itulah ada angin je dekat tangan ni, berangan jelah, hahahah. Sadisnya bila tengok punya belanja macam ni. Perbelanjaan tahunan kat shopping online pun dah hampir 5k saja, means setiap bulan ku habiskan dalam beratus juga, nangis betul macam ni bila buat forensic kewangan. Benci dan pahit betul kebenaran. Rasa macam tak percaya sebab belek-belek benda kecil-kecil je belinya, macam masuk Mr.diy lah konon nak beli sikit, nak beli satu barang, sekali, haaa. Cemtulah shopping online ye. Macam rasukan ablasa gituhhh.
So nak ganti balik in years jugak nampak gaya semua yang dihabiskan tapi tak mengapalah, benda jadi pengajaran, banyak juga yang beli harga sikit-sikit, murah, tapi bila kumpul semua, haaa boleh jem terus kepala otak. Nampak gaya nak kena buat side income tapi baru aje berpatah arang berkerat rotan untuk bisnes lama, tapi taklah give up terus untuk mencuba next project baru cuma it's take a times. Buat masa sekarang dah decide sebulatnya fokus yang utama dulu, sebab yang ni lagi kritikal perhatiannya iaitu anak-anak.
Zaman serba mencabar ni, tak boleh nak delegate seratus peratus tanggungjawab kat orang, yang mampu buat kami buat sendiri, yang tak mampu kita delegates supaya kita as parents pun tak terbeban. Nak jaga, didik dan besarkan seorang anak pun dah macam-macam apatah lagi yang berderet ni, tak boleh sewenangnya. Haihh, terus rasa gigil memikirkan cabaran anak-anak kini yang tanpa batasan untuk melihat dunia. Cukup guna jari je, semua terbentang depan mata, punya dasyat. Ada baik dan buruk tapi banyak juga buruknya, orang kata fokus buruk dapat buruklah. Tak juga, even if dah usaha elak yang buruk dah kalau 80% buruk yang bertebaran, maka risikonya tetap ada.
Contohnya macam daku sendirilah, tengok dia punya hawa nafsu kadang tak boleh nak kawal bab cuci mata, bab masuk cart, kadang dah beringat tetap juga last-last buat payment, haihhlah. So sekarang terapi paling best, masuk barang dalam cart jelah setiap bulan tapi tak check out, kurang-kurang dapat kurangkan nafsu gila shopping online, yelah nak bayar pun takdak duit dah, masuk cart pun kira jadi lah, nak proceed tak jalan dah,baru reti gamaknya bila dah notice berkali-kali. Ku bersyukur jugak tak pernah terjebak dengan bayaran kredit, really big no for me, ambil barang dulu bayar kemudian, huiihh bikin hidup tak tenang kalau dah jadi habit amal bayar kemudian ni. Ada ye yang berhutang sampai tak boleh bayar shoppee ni, janganlah sesekali terjebak kalau tak mampu, tahan nafsu tu. Yang dah terjebak, jangan stress, jangan over thinking, pasti ada jalan keluar, kena smart, kena start over, berhenti serta merta tambah hutang.
Ku pun berapa lama nak didik diri, masa duit tak ada baju ke, barang yang di nak bertimbun ada, restock kenmain, time duit tu ada, masa tu lah baju yang di aim sold out, barang nak dah discontinued, memang sakit tu di sini, setelah berkali-kali ,malah berpuluh kali melalui pedih tu, yang pernah me rasa tahulah feeling nya. Sekarang dah kalis dah, ku balas dendam plak, time benda ada, duit ada, ku tak beli pun, haa, adan muka, puas hati. Lagi best acah-acah masuk cart, lepas tu dapat notifications suruh buat payment yang dah masuk cart, ku buat tak tahu je.
Apapun rindu duit, moga duit baca akan kerinduan ni, zaman semua duit ni kena mata duitan lah sekali sekala, ahahaha. Memang synchronized betul dengan minimalist style sekarang yang mengurangkan rasa diri nak shopping, hmm..sedapkan hati sendiri, begitulah. Insyaallah bersyukur selalu. Yang penting banyak nak declutter sempena pindah rumah baru.
Xoxo
-materialistic mom-