Pages

Pages

10.31.2022

Resepi Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap

Bila tetamu nak datang on the spot, rasa serba salah tak sediakan yang istimewa kan? Biasa kalau timing tengahari memang Ika sediakan makanan berat.

Kalau petang biasa Ika sediakan berat tapi bukan version nasiklah. So Ika share idea kat uols menu ringkas dan cepat disediakan bila tetamu nak datang.

Memandangkan 4 hari berturut Ika terima tetamu, alhamdulillah rezeki, so menu nasi ayam Hainan ni pilihan Ika. Menu ni first time ever Ika buat sebab biasa buat nasi ayam yang version goreng kicap tu.

Bukan tak nak try buat yang version Hainan/rebus ni, cuma Ika takut version ni tak jadi yang macam kat kedai tu. Kalau tawar tak rasa apa memanglah tak sedap. So bila dah tahu formula nak sedapkan nasi ayam Hainan ni, terus cuba kali pertama, alhamdulillah kali pertama, laku licinn sekali hadap.

So bila buat kali kedua tu boleh double dah buat untuk ramai orang hihi. Senang je, less than one hour boleh siap, insyaallah. So untuk kali ketiga dan sekian kali kalinya memang kacang jelah nak buat nasi ayam ni. Masa pergi Terengganu pun banyak Restoren yang buat menu ayam masak Hainan ni, antara menu popular juga kat Terengganu. 

Refer gambar untuk bahan dan cara buat.

Jadi Hakim Tanpa Tauliah

Saja jenguk-jenguk rakan blogger otai dulukala, ada yang dah off betul-betul dan fokus media sosial lain seperti instagram, tiktok dan sebagainya. Ada yang masih aktif dan terus aktif berblog, proud of them kebanyakan dah highers income influencer dah pun. Alhamdulillah rezeki masing-masing, dan dah ramai juga blogger yang pergi ke alam abadi, moga Allah jadikan ilmu bermanfaat kat blog mereka sebagai pahala yang mengalir tidak putus-putus di alam sana. Ramai juga otai-otai dah mula beruban dan masuk fasa warga emas. Apa nak pelik daku sendiri pun dah menuju fasa umur 40an. Begitulah hidup, ada fasa-fasa tertentu, dan kita semua akan  sampai ke satu fasa enough is enough fikir tentang duniawi. Fikir pasal nak bergaduh je tak habis-habis kat media sosial pun buat drain energy je. Life is short, jangan bazirkan waktu yang tiada galang ganti. Kadang kita dalam pada beringat tetap juga lalai. 

Bila scroll media sosial, bila scroll insta sendiri kadang terfikir, apa sebenarnya segala tujuan semua ni? Yelah kadang kita sememangnya dalam tak sedar terikut-ikut dengan trend semasa. Siapa yang terpaling kekdahnya. Laju semua bergerak, termasuk masa sendiri yang paling kita manusia mudah lupa di kala kelapangan dan sihat. Apapun ku bahagia tengok kebahagiaan mereka yang berkongsi, namun segala perkongsian mereka ku ambil sebagai reflect diri supaya berubah ke arah yang lebih baik. Bahagia sangat tengok mereka yang tutup aurat dengan sempurna, moga daku pun istiqamah buat perkara yang sama, bahagia dengan mereka yang berkongsi ilmu agama, moga daku pun turut sama meluangkan masa belajar dan tambah ilmu agama. Bahagia melihat mereka yang berusaha menjaga pemakanan halal toyyib, moga daku pun pun dapat amal perkara sama, bahagia melihat mereka yang mengembara, moga daku pun berpeluang merasai kembara melihat kebesaran Allah. 


Alhamdulillah, media sosial hari ni banyak sisi yang dipertontonkan, kita yang melihat ni lah ujiannya pada hati kita. Lihat dengan mata lebah dapatlah madunya, lihat dengan mata lalat dapatlah sampahnya. Melihatkan suasana Arab Saudi hari ni, suasana di sekeliling kita sendiri, terbuktilah apa yang Nabi kita sabdakan, masanya semakin hampir. Melihatkan anak-anak membesar, terfikir juga sempatkah daku melalui fasa warga emas. Dan realiti apa yang sedang kita semua lalui, sedar dan tidak, tetap juga kita akan lalui. Cemburu dengan rakan yang tak pernah langsung terlibat dengan dunia media sosial ni, mereka ni lebih 'selamat' dari banyak benda. Ada ye sahabat-sahabatku yang memang tiada langsung akaun sosial di alam maya, dan ku rasa tu yang terbaik sebab mereka dah turn off segala risiko dari mula dengan dunia 'mata satu ni' (smartphone). 


Agak seram tengok realiti hari ni bila masing-masing mengejar buat konten, hinggakan acik kayuh basikal tepi jalan nak pergi masjid pun di curi-curi ambil video, gambar semata untuk konten. Tu sebab asal niat nak melangkah keluar dari rumah baca ayat pelindung dan jangan sesekali tinggal ayat Surah Al-Kahfi. Sama juga dunia penulisan, banyaknya fitnah boleh terjadi dengan jari jemari. Allah, mudah-mudahan amalan yang Nabi tinggalkan buat kita jadi benteng fitnah akhir zaman. Agama, iman, taqwalah yang menjadi benteng kita semua dengan segala ujian atas dunia ni. Kita tak buat konten, orang yang buat konten pasal kita, haishh, apapun nak buat konten jangan sesuka hati ambil video, gambar orang tanpa izin, sekarang yang berlegar kat medsos, merakam-rakam orang lain, ada kebaikan, tentulah yang buruknya bersekali, beringat-beringat sajalah. Bab jaga hati ni lah paling susah, senang je kita nak judge orang melalui gambar, tulisan, tu yang paling takut, tak kata oranglah, ni tuju kat diri sendiri je, hihuu. Apapun dunia alam maya, dunia realiti semua ujian belaka untuk kita.


Nota:Tš–¾š—‹š–ŗš—Œš–ŗ š—‡š–ŗš—„ š—‰š–ŗš—‡š–½š–ŗš—‡š—€ š—Œš—‚š—Œš—‚ š–»š—Žš—‹š—Žš—„ š—ˆš—‹š—€ š—…š–ŗš—‚š—‡,š–¼š–¾š—‹š—†š—‚š—‡ š—Œš–¾š—†š—Žš—…š–ŗ š–½š—‚š—‹š—‚ š—„š—‚š—š–ŗ.


10.28.2022

Roadtrip Pekan Pahang

Memandangkan dah ramai yang buat aktiviti travel, salah satu tempat yang agak tak popular tapi superb adalah Pekan Pahang. Korang patut masukkan dalam list travel korang sebab memang berbaloi datang sini. Sebenarnya Pekan ni tak pernah masuk list pun dalam list travel, roadtrip kami kalau berjalan. Kalau bagi pilihan Pekan atau Rompin, kami pilih Rompin lagi, tapi itulah rezeki nak sampai ke Pekan Pahang ni memang buka mata kami. Nama je Pekan, tapi Najib punya tempat ni memang bukan biasa-biasa ye. Dari Kuala Kangsar kami terus ke Seremban, Muadzam Syah, Rompin dan akhirnya sampai ke Pekan. Ikut plan asalnya nak bercuti kat Rompin repeat untuk kali kedua, tapi tukar plan terus ke bandar Pekan.
Pekan merupakan sebuah daerah, dan bandar diraja di Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 50 km dari selatan ibu negeri terkini iaitu Kuantan, berhampiran Laut China Selatan dan tebing selatan Sungai Pahang. Biasa kalau sampai Kuantan pun Pekan ni takkan ada tarikan rasa nak pergi. Bila sampai Pekan serasa seakan-akan berjalan-jalan kat Terengganu, ada vibes tu. Sebab tepi pantai, dan yang menariknya pantai kat sini landai dan seronok untuk anak main. Level pantai sini macam pantai Cherating gitu. 

Masa kami sampai tu kebetulan minggu tu hujan je, panas sekejap-sekejap je. So kami terjah tempat yang sempat aje, pun tetap puas hati sebab sehari tu dah boleh cover banyak tempat, yelah bukan besar sangat bandar Pekan. Datang Pekan Pahang antara hotspot yang korang patut singgah antaranya

Pekan Riverfront
Masa kami sampai memandangkan sempadan negeri baru buka, aktiviti naik boat belum beroperasi sepenuhnya lagi, so tak dapatlah naik River Cruise ronda persisiran sungai Pekan, namun kat sini bolehlah lepak santai sambil makan-makan ambil angin tepi sungai. Kat sini pun banyak gerai makanan dan minuman juga kedai masakan Ikan bakar. 

Pantai Air Leleh
Kalau berjalan dengan anak-anak tak sah pula kalau tak menyinggah pantai kalau ada pantai, kalau ada kolam wajib ke kolam. Antara pantai popular kat sini adalah Pantai Air Leleh. Tenang je sebab tak ramai orang. Nak mandi pun air ombak tak seganas ombak kat belah Pantai Timur so boleh berkelah makan-makan dan lepak main pasir juga pantai kat sini. Nak stay dekat area Pantai pun ada pilihan Chalet Casa D Bayu Roomstay, Homestay By The Sea, 79 Beach Homestay banyak lagilah stayroom yang tepi pantai. Kalau nak singgah makan kawasan pantai tu, singgahlah Dapur Mek Kelate dan Warung Cili Padi Serandu. Puas hati dan berbaloi makan.

Muzium Sultan Abu Bakar
Alang-alang dah sampai bandar Pekan, wajib singgah bergambar kat Muzium Sultan Abu Bakar, Muzium ni betul-betul dekat tengah bandar, dekat dengan Pekan River Front. Lepas tu kalau nak ke Muzium Masjid Sultan Abdullah ala-ala Taj Mahal, jalan kaki je, semua tempat bersejarah ada berkumpul setempat je, senang gitu. Galeri Tun Teja pun kat sini. 

Dah puas pusing kat tengah bandar bolehlah korang tuju ke Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi yang merangkumi Pusat Tenunan Sutera Pahang adalah destinasi utama bagi pengunjung yang ingin melihat sendiri bagaimana kain tenun dihasilkan dari awal hingga siap, jadi siapa yang berkenan tu boleh beli direct atau buat tempahan kat corak kan yang kita dah berkenan. Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak juga nyata menggamit hati, best kalau datang tempat cemni, ada inspirasi orang kata, terletak di Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi, rumah ini adalah rumah yang dibina semula mengikut reka bentuk asalnya oleh tukang yang mahir, teringat pula Galeri Tun Razak kat Kuala Lumpur, sana pun best juga. Datang sini rasa tak rugi sebab ada banyak tempat menarik satu-satu lokasi, dekat-dekat je. 

Makan Sedap di Pekan Pahang
Kalau dah berjalan makan angin, tempat makan sedap pun jadi point untuk kita sampai kat sesuatu tempat kan? So nak menjamu selera kat Pekan Pahang ni takde hal, banyak sangat pilihan makanan, dan seleranya tak jauh beza dari selera belah Kelantan, Terengganu. Ada nasi kerabu, nasi minyak, nasi dagang, kat gerai tepi jalan pun banyak pilihan untuk makan pagi. Kalau tengahari cari makan dekat pinggir bandar banyak pilihan termasuk menu ikan patin di  Warung Pekan Lama untuk hidangan makan tengah hari pasti tidak mengecewakan terutama bagi penggemar ikan patin dan makanan kampung, dah macam makan ikan Patin Temerloh dah. 

Selepas kenyang makan tengahari bolehlah bungkus Murtabak Mengkasar. Kami tak makan kat kedai sebab perut dah kenyang sangat, hujan pula, tu yang malas nak turun bungkus makan lepak kat bilik je. Sedap juga murtabak Mengkasar ni, kalau kat Kelantan digelar Murtabak Diraja sebab ketebalan murtabak, samalah murtabak mengkasar ni ada keenakan tersendiri dan lebih tebal berbanding murtabak biasa kerana memiliki tiga lapisan tebal berinti daging dengan 21 jenis rempah-ratus berkualiti dan dimasak garing. Korang yang sukakan keju, boleh order murtabak Mengkasar ‘special’ memberikan rasa keju yang sedap dan tak muak pastinya. Antara tempat makan sedap di Pekan Warung Pekan Lama, Kedai Makan Warisan, Medan Ikan Bakar Kuala Pahang dan banyak lagilah pilihan bab makan-makan ni. 


Penginapan Pekan Pahang
Nak datang Pekan Pahang bab penginapan janganlah risau banyak sangat pilihan tempat tidur termasuk yang 4 bintang iaitu Ancasa Royale antara hotel the best kat Pahang sebab di tepi Sungai Pekan. Kami cari bajet hotel berbintang 4 je,mana taknya bintang 4 dapat katil double complete everything dengan harga tak masuk akal, so our unplanned roadtrip kali ni sangatlah berbaloi. Untuk family besar macam kami memang perlukan Family room dah kalau pergi bercuti, tak kisahlah hotel bajet ke apa asalkan semua dapat tidur selesa atas katil, kalau hotel 5bintang katil pun tak boleh tambah, melainkan tambah bilik lain rasa tak berbaloi pulakkan. Just memikir plak camne eh orang lain tidur kat hotel standard/mewah yang ada katil king/queen satu tu? Kalau anak ada tiga pun dah tak muat, means ada yang kena tidur kat lantai? Ke camne eh? Adoii sibuk pulak memikirnya, wakakka. 

So trip kali ni kami pilih untuk tidur kat Pekan Auto City Bajet Hotel. Nampak je luar macam bengkel kereta, tapi wallah kat dalam macam hotel 4bintang, puas hati bayar bermalam. Bajet tak bajet memang tu je matlamat nak tidur dengan selesa setelah melalui perjalanan yang panjang, takde yang kena tidur atas lantai, dah letih bontot duduk atas kereta, mestilah tidur pun nak selesa. Sekarang memang tu jelah point cari bilik kat mana-mana tempat bercuti, katil double mesti dua dan kalau lebih lagi bagus. Harga belakang kira dah asal memenuhi keperluan tidur. Gitulah bila keluarga makin membesar, ni anak-anak tak besar remaja lagi, dah remaja auto dah kena tempah bilik asing dah, kan?

So yang tak nak berjalan kat tempat sesak, pergi situ sini pun beratur, nak makan pun beratur, nak ambil gambar pun beratur, nak beli tiket pun beratur, pilihlah Pekan Pahang, banyak tempat free boleh lawat. Tenang pun ye. Syukur Alhamdulillah. 

10.26.2022

Vericose Vane Masa Mengandung

Pengalaman pertama alami vericose veins atau dengan kata melayunya urat biru betis timbul memang menakutkan bila mengandung anak ke-enam ni. Selama mengandung ni, anak ke-enam ni paling seksa, derita sepanjang mengandung. Batuk sejak mula-mula awal trimester sampailah lahir anak, baru batuk settle. Selama batuk sepanjang mengandung tu apa ubat, remedi, ulang alik klinik, tak selesai juga masalah batuk. Memang seksa betullah, tu yang serik sungguh rasa mengandung si bongsu ni. 



Apa dia urat simpul ni? Urat yang sihat punya injap sehala untuk bantu darah mengalir kembali ke jantung. Masa kita berjalan tu otot betis akan mengepam darah ke jantung manakala injap berfungsi menghalangnya daripada mengalir ke bawah. Bila urat simpul ni jadi, injap sehala ni akan terganggu dan sebab itulah darah berkumpul kat urat yang meregangkan dinding vena dan urat jadi bengkak, berpusing dan timbul. Biasanya memang 70% ibu hamil alami benda ni sebab berat badan yang bertambah akan tekan urat yang mengalirkan darah ke jantung. 


So perasan urat betis timbul sejak trimester ketiga dah sebab masa tu kaki tak boleh tahan berdiri lama, jalan lama, dia punya sakit tu lain macam. Jumpa doktor pun kasitahu normal bila mengandung. Walaupun sejemput kecil urat biru yang timbul, untuk first timer mommy yang alami benda ni, memang merisaukanlah. So mengandung kali ni banyak bertungku, berurut (dengan bidan professional urut ibu hamil) anak dah lahir pun, habis pantang tetap teruskan bertungku. Alhamdulillah bila habis pantang urat biru tu dah hilang terus kat betis. Biasa urat-urat biru timbul kat betis ni, nampak kat orang-orang tua warga emas je kebanyakannya. Tapi since dah alami benda menyeramkan ni, lepas berpantang ku konsisten ambil suplemen dan teruskan pantang mode even dah habis tempoh pantang terutama bertungku. 


Banyak faktor sebenarnya yang buat urat simpul ni jadi terutamanya kepada ibu mengandung, antaranya:-

Keturunan
Peningkatan Usia
Hamil
Berat badan berlebihan 
Pekerjaan yang memerlukan berdiri lama
Kurang bergerak
Mengambil pil perancang

Sepanjang trimester tiga tu memang menanggunglah, sebab kadang sangat susah nak berjalan, dia punya sakit tu dari betis pergi ke pangkal peha. Nak atasi sakit urat simpul ni memang kena aktif bergerak, tapi sudahnya kalau nak bergerak pun sakit, so macam mana? Nak angkat kaki pun rasa berat macam bawa batu bata sangkut kat kaki. Kadang kala rasa berdenyut dan kejang masa berjalan. Tu yang tiap kali balik kampung masa mengandung ku mengurut, legalah rasa sakit kaki, kalau tak serba tak kena, bangun tak kena, baring tak kena, semualah rasa tak kena, hahaha.


Tambah batuk teruk sepanjang mengandung, doktor syak pun batuk tu alahan masa mengandung sebab berkali-kali buat test covid pun semua negatif. So redha jelah hadap sepanjang mengandung batuk dengan urat simpul. Duo dua benda tu pun dah teruk sampai menangis dia punya sakit. Tiap kali batuk dan sakit kaki bagitahu tak nak mengandung dah, bila nak beranak ni, dah tak tahan punya pasal. Biasa anak-anak ku semua lahir awal, alhamdulillah yang ni cukup term pulak plus azab alahan, alhamdulillah Allah mudahkan saat kelahirannya. 


So mommy yang alami urat simpul ni pastikan cukup ambil magnesium, ku mengakulah mengandung kali ni liat sangat telan suplemen, buat green juice pun sampai trimester kedua dah, lepas tu semua fasa malas telan, malas jalan, tahu nak tidur je, tu yang berat mengandung si bongsu ni antara paling berat badan naik sampai 85kg,tak pernah dek hayat naik sampai gitu. Serik betul, penangan malas padan muka sendirilah. Dah enam bulan budak ni membesar, alhamdulillah berat pun sekata je turun sambil menyusu badan. Even belum cecah angka 5 kat depan, insyaallah next year sempatlah kot ye capai berat badan impian. Insyaallah amin. 


Selain tu pastikan masa mengandung aktif bergerak, orang kata kalau mengandung kena rehat, memang terbalik punya sifirlah tu. Kena aktif ye mak-mak mengandung ni, sebab mak yang aktif akan mudahkan kelahiran anak. Kelahiran kali ni sempat tengok anak keluar elok, dapat pegang anak on the spot lepas lahir penuh lagi badan anak dengan vernix caseosa, bau dia pun teringat-ingat lagi, dapat menyusu anak berjam-jam, dan dapat tolak dengan baik segala jarum-jarum yang tak perlu kat baby. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya walaupun keseorangan dalam labour room. Suplemen yang ambil masa mengandung pun order iherb je. Senang, sangat berpatutan dan berbaloi. Jaga kesihatan ye mommy semua tambah-tambah jika mengandung. Latest baca share dari Doc Zulkifli, terus rasa seram, memang panjang umur betul daku, ada rezeki lagi menikmati segala nikmat di dunia, Allahuakbar. Alhamdulillah. 




10.25.2022

Officially Mama Anak 6

Celik pejam celik tahu-tahu anak dah 6 bulan semalam, punya sibuk handle anak-anak dan rumahtangga, memang penat sampaikan tak sedar masa terus berlalu. Asal niat nak aktif menulis, ku beranak..arghh ghisau, ghisau!hahaha.. so perkenalkan budak bertuah Azra Hana ni lahir 24 April 2022. Memang tahap kamikaze punya rebel dah mama sepanjang mengandungkan Hana, Allah je tahu setiap saat yang mama lalui sepanjang mengandung. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya dari saat nak melahirkan hingga tuan badan keluar. Even suami tak boleh masuk teman, alhamdulillah kali ni memang fast active Labour, tak sempat ubat masuk, baby dah keluar. Since dah keluar anak nombor 6 ramai pula cakap kasi cukupkan 10orang. Amboii, macam berak cirit gayanya nak beranakkan sorang budak dibuatnya. Apapun thank you yang doakan, sekarang ni alhamdulillah cukuplah apa yang ada, fokus nak besarkan anak-anak dah. Sudah hilang dan takde keinginan dah nak tambah anak seiring dengan pertambahan usia ni. 


Setiap anak-anak ada komitmen kita masing-masing ke atas mereka, so cukup-cukuplah hendaknya dengan yang ada syukur alhamdulillah, amin. Makin besar anak makin besar jugalah komitmen kewangan, perhatian, didikan. Tak cukup dengan sedia makan saja sebab ini misi membina 'manusiawi'. Ada orang tak kisah berapa ramai anak, berapa orang anak, asal boleh, tapi yang planning je tahu kemampuan masing-masingkan. So alhamdulillah tahun 2022 Allah completekan semua 'lifeplan' yang satu ni. Next plan moga Allah permudahkan segalanya, yang penting usaha dan jangan putus doa sajalah. Harapan, doa, usaha, yakin, sabar, tak putus asa dan sewaktu dengannya kerana dalam garis hidup yang tak punya tempoh diketahui, selagi ada peluang dan masa tiada istilah terlewat untuk mulakan sesuatu kerana saingan hidup kita hanya diri sendiri dan nafsu sahaja. 


Asal anak bertambah je, baru terupdate blog ni ye, ahhh heran sungguh, power of child eh! Apapun may Allah ease whatever my plan, thank you reader yang turut sama mendoakan. Satu cara yang mudah untuk kita berbuat baik kepada sahabat Muslim kita ialah dengan mendoakan mereka dengan kebaikan. Rasulullah SAW menyebutkan bahawa orang yang mendoakan kebaikan kepada saudara Muslim yang lain tanpa pengetahuannya, dia juga akan mendapat doa Malaikat:
Ų¹َŁ†ْ Ų£َŲØِŁŠ Ų§Ł„ŲÆَّŲ±ْŲÆَŲ§Ų”ِ Ł‚َŲ§Ł„َ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ł…َŲ§ Ł…ِŁ†ْ Ų¹َŲØْŲÆٍ Ł…ُŲ³ْŁ„ِŁ…ٍ ŁŠَŲÆْŲ¹ُŁˆ Ł„ِŲ£َŲ®ِŁŠŁ‡ِ ŲØِŲøَŁ‡ْŲ±ِ Ų§Ł„ْŲŗَŁŠْŲØِ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų§Ł„ْŁ…َŁ„َŁƒُ ŁˆَŁ„َŁƒَ ŲØِŁ…ِŲ«ْŁ„ٍ
Daripada Abi Dardaa RA, Rasulullah SAW bersabda: ‘Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: ‘Dan bagimu kebaikan yang sama.’ (Sahih Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Maka, doa seorang Muslim kepada Muslim yang lain tanpa diketahui sahabatnya lebih mustajab.



Notes: Sebenarnya nak update kronologi kelahiran sekali, apa dah terlupa banyak part, berat anak masa lahir pun ku dah blurr, Ya Rabbi (tampar diri sendiri), dah ingat nanti ku edit balik. Allah, berat sungguh sindrom mak anak 6 ni, hahaha