Pages

Pages

12.18.2018

Dalam Hujan Ada Tenang dan Rahmat

Tersenyum baca artikel perkongsian seorang suami yang bercerita tentang isterinya yang sukakan hujan. Ika rasa memang kebanyakan semua orang suka bunyi hujan. Tahukah anda, dalam hujan ada ketenangan dan sememangnya Allah dah bagitahu hujan itu rahmat.



Pernah fikir tak kenapa saat hujan, doa kita mustajab? Doa sangat mudah dimakbulkan Allah? Nih Ika nak share, tak nak simpan sorang-sorang, sebabnya gelombang hujan adalah gelombang Alfa. Gelombang Alfa ni gelombang tenang, saat kita berdoa memang doa sampai directly pada Allah. Ada satu kisah yang mana pesakit mental menggunakan terapi bunyi hujan untuk mengatasi tahap depress dan sakit mentalnya. Hasil yang menakjubkan pesakit tu lebih tenang dan mula rasional dan berjaya mengawal emosinya. Betapa hebatnya hujan yang Allah hadiahkan buat kita manusia ni.



Salah satu terapi untuk sembuhkan otak yang sakit adalah bunyi hujan. Cubalah korang search kat youtube, healing brain. Antara bunyi-bunyian untuk membaikpulih otak adalah bunyi hujan. Bila ada seorang yang share artikel main hujan buang penyakit, ramainya yang komen gelak-gelakkan pakcik tu. Ika hanya menggeleng kepala betapa sedihnya tengok respon manusia ni. Tapi tulah kita memang tak boleh nak ubah pamdangan dan persepsi orang tapi kita boleh mengubah diri kita melihat sesuatu perkara dari sisi yang baik. Apa yang pakcik tu kongsikan, Ika percaya sebab Ika dah alami sendiri.



Salah satu pengalaman Ika sendiri dan anak, iaitu Ahmad Harraz, anak pramatang yang dilahirkan dengan paru-paru yang masih fragile. Harraz sangat sensitif dengan air sejuk, suasana sejuk. Asal sejuk sikit mudah selsema batuk terus, bukan yang biasa-biasa batuk dan selsemanya, tapi tahap teruk tahap nafas hujung-hujung bila bernafas. Bila melihatkan perkembangan Harraz dari tahun ke tahun Ika memang insecure, terlalu banyak "jangan" kat Harraz sebab terlalu risau. Tapi still condition Harraz tak berubah pun, malah doktor siap cakap Harraz ni kemungkinan besar ada asma. Setiap bulan wajib kami laki bini ke klinik hospital, rumah kedua dah, duit tu tak payah cakap memang betul-betul tabur kat ubat saja. Until one season, musim hujan, Harraz umur 4 tahun ke 5 tahun Allah detikkan Ika untuk benarkan Harraz Haddad main hujan. Bayangkan masa mula-mula anak kena hujan, menangis teruk sebab tak pernah kena air hujan. Masyaallah rasa lucu tapi dalam masa yang sama sedih sebab ingat diri sendiri dulu Ika sangat suka main hujan ketika umur diorang.



Sampai saat anak sendiri Ika tak pernah sekalipun bagi anak main hujan sebab takut selsema batuk demamlah. Rasa teruk masa tu. Bila anak dah menangis teruk, Ika ajaklah anak naik atas rumah. Cakap dan terangkan yang kena kat badan diorang tu apa. Ika doa esok tu supaya Allah turunkan lagi hujan sebab Ika nak ajar anak main air hujan. Tahu esok jadi apa? Esoknya hujan selebat-lebatnya.Ika mula briefing anak-anak tentang hujan, dan diorang mula tunjuk respon positif, keluar rumah perlahan-lahan, dan mula hulur tangan, sentuh air hujan. Lama-kelamaan diorang dengan sendiri berlari-lari gembira didalam hujan lebat, Allah jatuh air mata waktu tu. Ika niatkan supaya air hujan tu dapat kuatkan tubuh

anak-anak Ika dan jadi lasak.



Siap mandi hujan, mandi air suam bagi anak-anak minum air suam. Masa tu memang yakin sangat anak-anak takkan demam, selsema dan batuk lepas main hujan. Amazingnya, memang anak tak demam pun, malah anak-anak dari tahun ke tahun makin lasak terutama Harraz tak mudah dah dijangkiti selsema batuk dah. Ikutkan history Harraz asal ada orang batuk selsema datang dekat, habuk, suasana sejuk, kena air sejuk memang akan kena batuk selsema. Ika syukur sangat terapi hujan bantu anak-anak lebih kuat dan sihat. Betullah Allah bagi sesuatu tentunya ada manfaat tersendiri mengikut apa yang kita respon dan niat. Bila kita yakin dan berserah kepada Allah, hasilnya sangat membuka mata hati dan minda Ika.
Kalau kita asyik tanam dalam otak anak-anak asal kena hujan, demam maka itulah yang kita dapat. Alhamdulillah syukur sangat Ika install benda yang baik untuk anak-anak supaya melihat ada hikmah dan rahmat disebalik hujan. Sekarang kalau hujan lebat, takde guruh petir pasti anak-anak tanya, "mama boleh kami main hujan? Pasti boleh, sekali sekala mama pun join sama, sebab sejuk air hujan sangat damai dan menenangkan tubuh badan Ika, terus datang nostalgia indah ketika waktu seumur diorang. I love rain my kids too.
Korang suka tak hujan?

12.14.2018

Kinrara Resort: Resort Kawasan Perumahan

Baru-baru ini Ika berkesempatan join kelas Masyaallah superb, nanti banyak lagi Ika nak share tentang kelas tu, sebab ni antara amanah yang Dr.Rizal berikan kepada kami sebagai peserta untuk sebarkan kerana untuk ummah. Beruntung dan bersyukurnya Ika bila dapat join kelas ilmu sebegitu. Lepas ni, dalam list reward diri Ika memang kelas-kelas ilmu macam ni dah masuk dalam senarai, sebab percayalah dengan ilmu kita boleh mengawal segalanya.


Eh, panjang pulak mukaddimahnya, baru tulis, tak bercakap lagi wehh. Apapun nak cerita memandangkan program tu buat kat Kinrara Resort, kawasan tu memang familiarlah dengan kami sebab abang ipar tinggal kat sana dulu masa 5 6 tahun lepas sebelum berpindah ke Terengganu.

Selepas hampir 2 tahun lebih tak jejak kaki kat kawasan sana, memang kami laki bini terkejut sangat dengan bangunan apartmentnya asalnya tempat pembuangan sampah, dan bangunan bertambah pesat. Memang cepat sangat kawasan bandar naik dan berkembang. Lagi kami terkejut kawasan yang kami dok ulang alik dulu, rupanya resort. Rasa macam tak percaya ada Resort dalam taman perumahan, boleh tahan pulak tu resortnya.



Anak-anak memang terujalah sebab dah lama tak bawak diorang keluar. Memandangkan Hajjar dah Ika biasa-biasakan tinggal dengan ayahnya bila kelas, even menyusu badan alhamdulillah dia okei sepanjang masa dengan ayahnya. Anak-anak lagi teruja pasalnya dah tahu boleh paw ayahnya bab beli mainanlah. Haishh, untung bebenor depa nih, hahha.


Pagi sampai ke program tu Ika directly masuk kelas. Hal-hal anak-anak memang takde dalam fikiran dah, total kasi kat ayahnya handle 100%. So nak tunggu pukul 1tengahari check in tu, suami bawak anak-anak pergi masjid dan Giant berdekatan.


Tengahari habis sesi pertama, sempatlah tolong suami check in dan masuk kat bilik menyusukan si Hajjar. Anak-anak bila dah nampak kolam memang tak lain tak bukan nak mandilah. Bila lalu kawasan bilik-bilik resort, memang best resort ni rasa macam duduk dalam taman sebab di kelilingi penuh pokok-pokok yang menyejukkan suasana. Resort ni pun pemilikan bumiputera.
Apa yang best tentang Resort ni, memang terasa duduk kat tempat dalam hutan plak, padahal dalam bandar dan tengah-tengah perumahan. Aman damai gitu, harga pun berbaloi dengan anak-anak ramai ni, bilik luas dan selesa. Definitely come here again untuk kelas Dr. Rizal for next time, hehe one of my checklist every year at least 3 times kena join kelas ilmu sebegini untuk momentum, dan paling penting ilmulah. Rasa terbuka habis sel-sel minda otak ni, berjuta sel-sel baru otak terbentuk akibat kelas camni. Feeling so awesome and superb. Siapa yang rasa join kelas dan program merugikan, andalah sebenarnya orang yang rugi. Kerana lagi banyak kita belajar, lagi banyak yang kita tak tahu. That's why ada peringatan supaya cari ilmu hingga ke liang lahad.


Until next entry daa..

12.10.2018

Amazing Brain, Amazing You

Alhamdulillah, bertarikh 8-9 Disember 2018, Allah izinkan Ika hadir ke program super amazing dari Dr. Rizal Abu Bakar, bukan program biasa-biasa, program luarbiasa dan amazing.


Berkenaan otak kita sendiri, bagaimana nak rewired balik, bagaimana nak programkan balik, atau reprogram balik apa yang dalam otak kita. Kita ni dalam tak sedar ibarat sebuah komputer, dan kitalah yang menentukan program apa yang kita masukkan bagi membolehkan komputer berfungsi dengan baik. Begitulah otak kita. Jika programkan segala macam perkara negatif, buruk, tak elok, itulah diri kita sebaliknya jika masukkan perkara hebat, luarbiasa, positif, bahagia, tenang kedalam  otak kita, itulah kita.



Macam mudah bunyinya kan? Memang mudah sangat pun sebenarnya, tapi kebanyakan kita disebabkan habit kita, kebiasaan kita maka perkara baru yang kita programkan dalam otak kita memerlukan pengulangan perkara yang sama supaya otak kita boleh keluar dari program lama.

Dalam program Dr. Rizal tunjukkan bagaimana sel-sel baru otak terbentuk bila kita mula memprogramkan perkara baru dalam otak kita dan mula berkembang, berkembang dan membentuk sel-sel baru, malah yang paling menakjubkan bila sel-sel otak program lama mula putus. Masyaallah, hebatnya kuasa otak kita. Lagi hebat bila sel-sel otak tersebut mula bercahaya seperti kerlipan bintang dilangit bila program mula diaktifkan melalui segala apa yang kita lakukan setiap hari.

Rupa sel-sel otak kita ni, masa korang baca entri Ika ni pun, sel-sel otak korang mula membentuk sel-sel baru.

Namun disebabkan kita selama ini telah diprogramkan oleh pengalaman dari bayi hinggalah kita ke ke umur sekarang, sebagai orang dewasa, kita punya suatu kepercayaan yang membentuk kita sekarang ni.

So bagaimana kita nak keluar, nak kekalkan perubahan program baru supaya program lama terus terkubur dan kita terus menjadi program baru yang lebih baik, yang lebih hebat dan hasilnya kita menjadi orang yang baru, seperti yang kita mahukan?

Nak Ika share details tak? Next entri Ika kupas details ok. Mesti tak sabar kan? Ilmu mahal ni nak share, nak rangsang lagi sel-sel otak berhubung, kena telan lecithin dan omega ok. Makanan terbaik untuk otak. Tak nak otak kita berlubang-lubang lompang, memang wajib kena bagi makanan terbaik kat otak, hehe.

12.03.2018

Sabun Mandi Safi yang superbest.


Hujung minggu hari tu sempatlah keluar terapi shopping barang-barang rumah. Dalam list memang dah termasuk niat nak beli sabun mandian Safi yang terbaru, sebab nampak rupa botol yang comel empat segi cemtu.




Tengok macam rupa pun macam best, Ika agak-agak isi dalamnya boleh tahan jugak kot. Sebelum tu dah fikir siap-siap dah nak ambil perisa yang mana satu, sebab ada empat jenis kesemuanya. Ikutkan hati nak je beli semua jenis. Tapi karang laki iols membebel plak. So cukuplah ambil dua dulu Ika fikir.


Sampai kat pasaraya memang tempat health and bodycare dululah tempat dituju. Berharap ada sebab singgah Watson stok dah habis. Alhamdulillah bersepah kat pasaraya TF-Value Mart mandian sabun Safi ni. Aduii, punya happy Ika ambil je yang Coconut Shake dan Lime Splash.
Balik rumah pun tak sabar-sabar nak mandi petang tu, wakakka, macam bebudak plak dia punya happy terapi dapat beli sabun mandian ni. Kesnya dah lama mandi tak bersabun. Dasyat tak? Hahha, penangan Alfalfa Shaklee, sikit pun badan tak berbau even berpeluh teruk, deodorant pun tak pakai.


Tapi lama-lama tak pakai sabun rindulah plak nak membelai diri dengan wangian sabun, tu yang iklan sabun Safi ni keluar terus jatuh cinta. Punya lama bertangguh nak beli, akhirnya terbeli jugak.
Masyaallah memang tak rugi beli Safi ni, best sangat sabun mandian terbaru ni. Coconut Shake ni wangi sangat baunya, vanilla dan cinnamon bersatu dengan santan. Uihh, tak tahu nak describe. Heaven rasanya mandi bersabun setelah sekian lama. Sadis bunyinya, miahaha.



Yang paling penting Paraben Free okei, so jangan risau guna Safi ni. Anak-anak nak join guna pun takde masalah, tapi Ika tak bagilah, sabun mandian ni khas untuk mamanya saja. Cari pasallah bagi kat anak-anak guna, confirm takdan seminggu dah licin diorang balun main buih.
So, mommy yang suka Shower bath jenis cecair, Ika sarankan guna Safi ni. Yes memang ada je shower yang lebih murah tapi Safi bath terbaru ni memang pekat dan menjimatkan, dan yang penting lebih selamat.


Ini memang review tak berbayar, hanya berkongsi benda baik dan berbaloi ni. Terapi untuk mak-mak bila mandi. Yelah dapat spend 5minit dalam bilik mandi dengan bauan yang wangi dan menyegarkan manalah tak suka kan, even kat luar pintu bilik mandi huru hara, bergegar anak melalak tunggu maknya siap mandi kan?

10.07.2018

Mandi Kolam Refarm Leisure, Kampar


Kali kedua kami datang sini ke Refarm, Leisure Kampar ni. Kira no bad jugaklah tak tempat ni untuk anak-anak mandi manda, tengok haiwan, mini zoo. No choicelah kat sini paling murah dan paling dekat dengan rumah. Nak pergi Ipoh masuk Tambun belum berbaloi lagi, tunggu anak-anak besar sikit lagi, kiki. 


Jika banding dengan Air kolam Felda Trolak kat sini ada kelebihan tersendiri sebab kat sini tiket masuk pun lebih murah, dan yang penting korang dapat bawak masuk makanan sendiri, buat bekal ke apa, bawak masuk makan berkelah sambil layan anak-anak mandi. Caj RM10 je untuk bawa makanan dari luar, sikit ke banyak, tu je cajnya. So kalau plan nak datang sini, bawak masuk makanan tu biar berbaloi terus, sebab kutengok memang orang lain berbakul bawa bekal makanan. Untuk orang dewasa caj tiket masuk hanya RM10 dan kanak-kanak RM5 sahaja. 



Kat sini memang kolam mandi jelah. Masa kitaorang datang ni kolam untuk kayuh bot dalam air tu tengah buat renovation lagi. So boleh layan tengok mini zoo, masuk time tunnel dan mandi kolam kat sini. Surau pun ada lengkap dan selesa. Hampir 2 tahun duduk perak baru menyempat terjah sini. Korang yang merantau tu rajin-rajinlah explore tempat sekitar. So aim kitaorang lakibini memang nak explore perak ni sepuas hati, sebabnya tak tahu berapa lama dok bermastautin kat sini, kot-kotlah kena berhijrah dekat Oman ke apa kan lepas ni, mbahhaa. No one's know, so kena appreciatelah tanda syukur Allah hantar kami berhijrah kat Perak ni, explore sebaik mungkin tempat sekarang. Best, alhamdulillah syukur nikmat, orang perak memang best. 



So sampai je kat sini memang kolam mandi lah tempat dituju, tak sempat menyempat makpaknya nak pusing ambil angin. Apa yang best kat sini tempat mandinya memang proper, ada 2 tempat kolam, tapi dua-dua ada tempat khas untuk kolam mandi kanak-kanak. Restoren pun lengkap. Tempat duduk dikawasan kolam renang pun dah asing siap-siap dah untuk yang bawa makanan dah tidak. Kat sini memang bersih dan kemas, dulu masa kitaorang tak datang tu sebab banyak anjing berkeliaran, setahun yang dululah. Since tempat ni dah dapat sijil halal, termasuk restorennya so takde was-was dah. 

Air kat sini memang sejuk sangat kot sebab directly datang dari air bukit. Diorang ni tak sempat sejam mandi semua pakat biru dah, surrender. Kalau kat trolak hari tu, 3 jam pun tak cukup, lagi plak kat sana banyak water playground so tak bosanlah sambil mandi sambil main. Siap mandi terus pusing satu refarm nak tengok binatang, kecoh nak tengok kambing, sadis sungguh bebudak sekarang, dapat tengok ayam, itik, kambing dah seronok lain macam. Itik serati tu pun diorang panggil itik pakai topeng kes merah kat sekeliling mata. Berbaloilah sangat kalau datang sini bila hujung minggu. Korang kalau datang Kampar bolehlah singgah sini. Pagi pukul 9 dah buka dah sampai 6 petang, nak lepak seharian kat situ pun boleh, ada penginapan khas boleh sewa 3jam atau semalaman kalau tak silap. 


Masa first time datang, buatnya lakiku tak bawak stroller, menangis daku jalan dukung si Hajjar, berat wehh, daki bukit plak, hahah. kat tempat dekat dengan surau, nak pergi surau ni kena panjat bukit. Apapun Refarm Kampar ni antara salah satu tempat yang agak Selesa untuk beribadah di hujung minggu dengan keluarga dengan kos yang agak minimum dan berpatutan.

Apa ada kat sini? 
Kolam mandi, tempat penginapan, surau, restoren, tandas lengkap, mini zoo semua cukup lengkap. 

Leisure Refarm Kampar
Lot 6059, Jalan Temoh Kampar, 35350 Temoh, Negeri Perak

10.05.2018

Rumah Besar Idaman Hati

Terkesan tengok sharing dari kawan tentang rumah tradisional yang cantik iras bangsawan masa dahulukala.Ika sepanjang dok kat perak ni kagum tengok rumah orang dulu-dulu macam rumah bangsawan gitu. Tapi sayangnya semua rumah cantik tu terbiar, dibiarkan buruk dan tunggu masa untuk roboh. Ada dua kemungkinan sama ada rumah pusaka tersebut ada tuannya atau jatuh ke tangan anak tapi anak-anak dah ada rumah sendiri ditempat lain, makanya rumah tersebut dibiar tanpa penghuni. Kemungkinan kedua mungkin rumah pusaka tersebut menjadi rebutan dan pergaduhan saudara mara hingga akhirnya rumah tersebut terbiar, dari dapat kat siapa-siapa baik semua tak dapat. Begitulah harta dunia merosakkan hubungan silaturrahim. 




Once Ika dan suami pun macam tu, rasa tak pernah syukur dengan apa yang ada, dengan apa yang dimiliki, dengan apa yang dinikmati. Rasa tak pernah cukup. Alhamdulillah bila banyak belajar erti syukur ni, rumah sekarang pun dah rasa macam banglo besar dah. Habis tu tak boleh ke nak rumah besar-besar. Boleh saja, siapa kata tak boleh. Antara miskin dan kaya ada ujiannya. Kufur nikmat ni tak jadi kat orang kaya saja, kat orang miskin pun jadi jugak. Kita memang digalakkan untuk kaya supaya kekayaan kita tu dimanfaatkan.



Dalam hidup kebahagiaan kita bukan diukur dengan harta, carilah kebahagiaan dalam diri dan hati dengan berhikmah, bukan ikut nafsu keinginan semata. Kekalkan sifat kehambaan kita. Ingat lagi ustaz ada bagitahu, Firaun tu kenapa panjang umur? 400 tahun umurnya, dengan kekayaan kuasa dan segalanya dia miliki. Kenapa Allah tak matikan Firaun yang sombong lagi zalim tu? Sebab ada sifat kehambaan dalam diri Firaun iaitu firaun suka mengutip makanan jatuh yang dia makan. Sisa makanan tu dia kutip. Tu sifat hamba. Satu lagi ketika hari kelahirannya disambut, Firaun suka bagi hadiah kepada rakyatnya. Bukan rakyat bagi dia hadiah. Memberi tu sifat hamba. Atas asbab dua sifat kehambaan tu, Allah panjangkan umur Firaun. Tapi suatu hari orang kanannya menghasut dan mengatakan, kalau betullah Firaun tu mengaku diri sebagai Tuhan, Tuhan tak kutip makanan yang jatuh, tuhan tak bagi hadiah kat rakyat, mengarut! Dan disebabkan hasutan orang kanannyalah hilang sudahlah segala sifat kehambaan Firaun kepada Allah, masa tu lah Allah benamkan Firaun kedalam lautan merah bersama pengikutnya.





Dalam hati rasa pilu sayu mengenangkan diri ni memang takde apa-apa. Terus teringat akan satu ceramah dari ustaz.
Manusia hari ini bersusah payah, berkorban siang malam hanya untuk 7 benda sahaja atas DUNIA ni.
1. Makan
2. Minum
3. Pakai
4. Bauan
5. Kenderaan
6. Tempat tinggal
7. Pasangan




Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas, halal haram pm tepi sahaja kerana nak MAKAN SEDAP. Betul tak? Bersungguh kita cari duit semata untuk makan sedap. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada makanan yang paling sedap atas dunia iaitu ANGGUR, dengan khasiatnya, dengan tinggi antioksidanya dan anggur adalah makanan mewah ahli syurga. Tapi, jika ANGGUR diperam sampai terlebih masak, jadinya apa? Ye arak. Setakat tu jelah kat dunia makanan sedap tu.



Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas halal haram pm tepi sahaja kerana nak MINUM SEDAP. Betul tak? Bersungguh kita cari duit semata untuk minum sedap. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada minuman yang paling sedap atas dunia melainkan MADU, dengan khasiatnya, penawarnya. Tapi madu datangnya dari mana? Dari AIR LIUR lebah je.



Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas, halal haram pm tepi sahaja kerana nak PAKAI SEDAP. Betul tak? kita nak pakai baju yang paling cantik, mewah, up to date, ootd paling gempak. Bersungguh kita cari duit semata untuk pakai sedap. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada PAKAIAN PALING SEDAP atas dunia melainkan kain sutera, dengan mahalnya, dengan selesanya dan kebaikkannya. Pakaian ahli syurga. Tapi mana datangnya benang sutera tu? Dari air liur ulat sutera je, setakat tu jelah.




Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas, halal haram pm tepi sahaja kerana nak BAUAN SEDAP. Betul tak? Bersungguh kita cari duit semata untuk perfume sedap, brand paling mahal dan sebagainya. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada bauan paling sedap dan wangi atas dunia datangnya dari KASTURI, bauan ahli syurga, dengan khasiatnya. Mana datangnya bau kasturi tu atas dunia? Dari bintil kijang, sewangi-wangai bauan datang dari bintil seekor binatang liar kijang, kadang tumbuh kat belakang, kat tempat membiaknya.




Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas, halal haram pm tepi sahaja kerana nak KENDERAAN SEDAP. Betul tak? Bersungguh kita cari duit semata untuk kereta paling sedap, paling mahal, nampak gah dan sebagainya, sanggup catu makan bulan-bulan semata pakai kereta mewah. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada kenderaan lain paling sedap atas dunia melainkan Kuda. Ye kuda, Lamborghini, Audi ke, tak boleh challenge kuda. Kuda tak pakai minyak dan boleh naik tangga dan juga laju.



Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas, halal haram pm tepi sahaja kerana nak tempat tinggal, RUMAH SEDAP. Betul tak? Bersungguh kita cari duit semata untuk makan rumah sedap, cari duit banyak-banyak, sanggup berhutang ratus ribu semata untuk rumah. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada RUMAH PALING SEDAP melainkan isi rumahnya membaca Al-Quran, memenuhkan rumah dengan amalan membesarkan kebesaran Allah. Rumah atas dunia yang paling besar, mewah, kukuh, cantik pun akan roboh suatu hari nanti.





Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas, halal haram pm tepi sahaja kerana nak PASANGAN SEDAP. Betul tak? Bersungguh kita cari duit semata untuk cari PASANGAN SEDAP, tunjuk kat pasangan kita ada semua yang dia nak, duit ada, kereta ada, rumah ada etc. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada PASANGAN YANG PALING SEDAP melainkan suami isteri yang bertaqwa, soleh dan solehah. Atas dunia yang manusia cari dipasangannya adalah TEMPAT KENCING masing-masing sahaja.





Itulah DUNIA. Tiada yang sedap kecuali HAWA NAFSU SEMATA. Barangsiapa yang mengejar dunia semata, akhiratnya terlepas, namun a  barangsiapa AKHIRAT, dunia juga turut mengejarnya. Manfaatkanlah HARTA DUNIA SEBAIKNYA UNTUK AKHIRAT.
Maka jelas lagi bersuluh apa yang kita patut kejar, two in one iaitu mendapatkan akhirat dan dikejar rezeki duniawi. Mohh kita. Nak rumah besar takde masalah pun, yang penting ada manfaat, beri manfaat dan bawa kebaikan. 
Salam jumaat❤️. 

10.02.2018

Restoren Simpang Tiga Ipoh

Ika memang peminat masakan jawa, indon,minang dan sewaktu dengannya. Yang pedas merecikk memang jadi pilihan. Dulu kalau dok Banting memang restoren ayam penyet api kat Putrajaya dan Cyberjaya jadi pilihan.
Sekarang kat sini susah jugak nak jumpa ekk. Hari tu kebetulan scroll ig ternampak kat ig Yana Lee pemilik Butik LeeyanaRahman singgah makan kat restoren Simpang Tiga Ipoh ni, tengok menu macam ngencess.

Next week tu nak jadi cerita tetiba pulak gigi depan sakit. 2 hari ku tak dapat tidur langsung. Sakit tu naik ke kepala, hari ketiga tu pulak memang dah hujung minggu banyak klinik tutup. Mampu telan pil kalsium shaklee je buat ubat tahan sakit. Floss gigi, kumur dengan air garam, sapu serbuk bunga cengkih aduii memang bisa betul. Sampai lakiku pun tempias tak dapat tidur.

Memang tak terbuat kerja. Nak dijadikan cerita gak, stok kalsium memang dan bucu-bucu nak habis, so terpaksalah terjah Shaklee Ipoh hujung minggu tu. Eh dikesempatan sakit gigi nyut nyut akal aku panjang fikir, alang-alang nak pergi Ipoh ni bolehlah singgah makan kt restoren tu. Biasalah shoot 2 in 1 terus, sakit gigi punya pasal, klinik gigi plak banyak tutupkan.


Aishh, sakit gigi pun bab makan aku tak kalah, boleh tahan, mbahaha. So balik dari Shaklee lakiku tanya nak makan kat mana. Well soalan pucuk dicita ulam mendatang namanya,apalagi terus bagitahu. On ja lakiku, lagi haru aku jawab ikutlah tak tahu, sampai sudah tak jumpa kedai makan nanti sebab bukan taste,mbhahaa. Pusing pusing rupanya area tu dah banyak kali kami laki bini lalu cuma tak pernah masuk ke dalam kawasan bangunan kedai tu sebab ada gate automatik bila masuk kena ambik kad bagai.

Senang je lokasinya sebab kat kawasan corner lot dan kedai ni memang besar gakla, hampir 3 lot kedai kot. First impression bila masuk restoren memang not bad sebab nampak kemas, bersih dan tersusun. Kat tepi restoren khas untuk menu bakar, kat dalam tu semua menu jawa termasuk ayam penyet pun ada.


Sambil tunggu order sampai, memang haru lah nak layan karenah anak-anak, tapi memandangkan diorang ni dah biasa kat meja makan which is kena mengadap makanan kat meja makan, dalam kereta pun dah bagitahu awal diorang akan makan kat kedai makan, so kena makan sampai habis. Disebabkan anak Ika ada jenis mata helang, terlebih teliti, nampaklah pulak aiskrim khas buatan restoren nih, perisa pulak durian, memang hantu durian, lagi pulak musim durian waktu tu belum habis makanya riuhla pakat mintak aiskrim satu sorang. Bab membeli memang win, bab nak menghabiskan makanan dah nak tercabut kutenung anak kes semua tak habis, suruh kongsi semua tamak.

Sudahnya lakiku yang habiskan aiskrim, mamanya nak makan join sekali tak dapat lerr sakit gigi. Tengah kalut dengan anak, order sampai, apalagi memang kena makan cepat-cepatlah masa anak semua behave elok ja. Uii, nak makan gigit lauk punya sengal, sakit sebab gigi depan, tapi gigih gak makan. Sambal penyet not bad, tapi kalau tambah pedas kaww sikit lagi confirm bagi 5 bintang.
Sakit gigi pun sempat lagi suruh laki order nasi tambah, huii dia punya nafsu makan tu boleh tahan, sakit gigilah sangat kan, mbhaha. Lauk lain tu sedap gak termasuk masak daging apa entah, lupa dah namanya. Over all puas hati dengan kesedapan dan servis restoren nih. Masa memula masuk restoren terkejut kami ingatkan zahid hamidi dah dok kalut dengan pekerjanya, maybe owner restoren nih, sebijik kot.

Restoren ni sesuai sangat untuk big family event sebab ada tempat khas berhawa dingin. Lengkap dengan surau dan tempat asing untuk yang merokok. 4/5 bintang, dan boleh repeat datang lagi. Korang nak datang sini waze je alamat kat bawah.


D-G, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Kastam Greentown, 30450 Ipoh, Negeri Perak.
Buka sampai malam, tengok menu malam pun not bad.


10.01.2018

Keluarga Berkumpul

Bila dapat berkumpul adik beradik dan keluarga memang seronok sebab dapat berborak dan bonding,bila masing-masing dah bina kehidupan sendiri masa yang ada kena pandai-pandailah curi untuk berkumpul bersama. Kebetulan cuti hujung minggu mak ayah datang sebab nak jaga cucu, my niece ada buat operate hernia,maka kami ambil kesempatan berjumpa berkumpul kat rumah Adilah kat  Keramat.

 jumpa geng terus aktif budak baru lepas operate tu









Kira kami bertolak dari perak ke Keramat ambil masa dalam 2 jam je, kebetulan musim durian kami berpakat nak makan pulut durian, akakku bawak durian dari Melaka, kami bawak special dari Perak,hihi pakat rasa masa musim ni kan.   Bila jalan jauh dengan anak ni memang macam macam pesenlah, pit stop pun dah berapa banyak singgah, nak beli airlah, nak kencinglah, nak beraklah, tu yang patut 2jam sampai larat ke 3 jam perjalanan. Sampai petang tu kat Keramat terus aktiviti makan, tu biasalah kalau berkumpul, makan dan bercakap berpisah tiada. Orang sakitnya siap lompat-lompat sehari lepas operate, seram haku, budak tahu apa kan, mbahaha asal boleh main, sakit pun dah tak rasa dah, jumpa genglah katakan.


Malam tu kami jamu makan pulut durian lak,nasi wajib dah makan, uii malam tu bersandar semua orang kekenyangan, lepas makan borak-borak tidur. Pagi esoknya tapau kedai campur chef masak, akulah tu, mabahah, uii punya banyak menu pagi, kenyang bersandar lagi lepas makan pagi tuh, borak-borak semua pakat lelap sekejap,pastu siapkan makan tengahari, eh lepas makan lagi borak-borak kitaprang tidur. Pening jap aku lakibini kes banyak makan, tapi puas hati menketedarah makan ramai-ramai. Begitulah kalau dah berkumpul family, memang tak lepas dari bab makan, korang memang cemtu jugakkan. Seronok memang seronok tapi penimbang naik teruk, mm sekali sekala, bukan selalu,kikiki.

9.30.2018

Melawat Kapal Korek Tanjung Tualang (TT5 Dredge)

Kami laki bini memang macam cacing kepanasan bila hujung minggu, nak jugak keluar dari rumah even kejap je, kes dah terbiasa dari awal-awal kahwin, hujung minggu wajib tukar udara. Terima kasih, sebab bukan semua orang faham apa yang fulltime surirumah lalui.Keluar dari rumah atau tukar udara perlu untuk Ika supaya boleh on track balik bila rutin weekdays berulang. I think semua wanita cemtu kot, need some therapy to get back on track after chaotic rotuine everyday. So disebabkan tu ada je plan tak terjangka dari lakiku.



Kebetulan minggu tu sepupu yang tinggal kat Mambang di awan buat makan-makan lepas raya, so ajaklah sekali untuk join, katanya just buat untuk kawan-kawan sekolah tapi jemputlah makan sekali sebab dah dekat sangat nak ke Kampar. Elok je cantik jemputan bila suami pun dah plan nak pergi melawat Kapal Korek T5 kat Tanjung Tualang. Aku dah apehallah nak tengok kapal korek, macam scary je dengar pun. Lepas siap makan terus kat kampar terus ke Tanjung Tualang, even langit dah gelap semacam macam nak hujan lebat suami gigih jugak nak pergi. Sampai kami kat situ memang woww, terujalah, anak-anak dengan apaknyalah yang teruja, aku dah kecut perut tengok rupa kapal korek. Suami cakap boleh masuk melawat kat dalam. Whatt the? Aku cuak.


Takpe masuk dulu,masa tu hujan dah rintik-rintik, ada sebahagian pelawat baru keluar dari kapal korek, nak melawat dalam tu ada timing dia yang dah ditetapkan. Masuk dalam galerinya terus tanya staf untuk beli tiket, punya nasib baik kes nak hujan, maka pelawat tak dibenarkan masuk atas faktor keselamatan takut ada petir dan guruh, tersenyum selamat tapi diorang kecewa tak boleh masuk, hahhaa. Jauh-jauh datang tak boleh masuk.So pusing dan meneliti sejarah kapal korek jelah dalam galeri tu. Yang buat iols cuak nak naik kapal korek tu kes terbaca tragedi hitam kapal korek tahun 1984 dulu, aku puntak lahir lagi time tu. Boleh tahan scary gak ceritanya. Korang nak tahu google aje lah, malas nak mengarang wehh. Tapi kes baca cerita tu la yang jadi cuak nak masuk dalam kapal korek tu.







Kapal korek kat Tanjung Tualang TT5 Dregde tu memang kapal korek terakhir kat malaysia. Memandangkan perak ni kan lubuk bijih timah, kapal korek nilah yang buat kerja ambik bijih kat lombong. Cerita pasal lombong ni pun dah satu hal. Lakiku bagitahu kedalaman lombong ni tak boleh bayang betapa dalamnya, sebab tu seram tengok lombong kat perak ni. Lakiku memang minatlah benda cemni sebelum ni kerja kat kilang besi, mesin mesin macam keterujaan la kot bagi mechanical person. Lantaklah yang penting petang tu selamat kami tak dapat naik kapal korek kes cuaca tak mengizinkan. Kalau nak masuk pun tiket pun RM5 je untuk warganegara dan RM20 untuk bukan warganegara lepas tu kalau nak masuk dalam kapal korek tu memang tak lebih dari 20 orang je.
Aku mulalah bayang yang bukan-bukan kalau masuk terlebih orang, kapal korek senget ke hape, lagi seram. Itulah kisah seram kapal korek Tanjung Tualang. Sempatlah ambil gambar kenangan, yang penting dah sampai sini,takpelah tak dapat naik pun, harap lakiku jangan lah ada plan lagi datang sini, bukan boleh jangka lakiku ni, brrrr.


Korang datang jenjalan kat Perak masukkan dalam checklist sekali tempat, wajiblah singgah. Berkaitan dengan sejarah negara kita tau, kalau kita tak ambil tahu siapa lagi kan, kang Bangla lebih tahu sentap pulak, kiki. Tak rugi singgah sini. Ada gerai tepi kiri kanan, bolehla lepak makan lepas buat lawatan. Masa lawatan pukul 11pagi 3 hingga petang aje.

9.29.2018

Achievement unlock- Hajjar Berjalan

15 september 2018 secara rasminya Hajjar berjaya bangun dan berjalan tanpa bantuan. Umur Hajjar 1 tahun 1 bulan lebih, alhamdulillah akhirnya. Nak kata teruja pun ye, yelah setiap perkembangan anak-anak mesti diraikan dan ditunggu. As long as setiap masa ada perkembangan yang lebih baik. Memandangkan Hajjar ada abang dan kakaknya sebagainya guideline, tu yang cepat sikit kot bangun berjalan. Tengok kan tuan tu kecikk haluss mulus macam mamanya jugak, ewahh kecikla sangat, dagu dah 3 lapis ni.

Macam Hawaa pun cepat pick up sebab banyak melihat abangnya. Cepat faham arahan dan sebagainya. Umur Hawaa pun baru 2 tahun 6 bulan, ramai ingat Hawaa ni umur dah 3 tahun kes fizikalnya sama saiz dengan sepupunya yang umur 3 dan 4 tahun. Akal panjang boleh tahan gak si Hawaa ni, aduii puji anak sendiri biasalah jadi mak-mak ni walaupun hingus anak bertempek simpang siur, mbahaha.

Mak-mak aje faham. Kadang tak sangka plak dah bergelar mak budak, yelah kadang balik rumah mak, ingat macam balik dari asrama, aku bantai tidur sepuasnya, bangun pagi pun bermalasan sebab feeling-feeling macam budak baru balik asramakan nak lepas rasa tak puas tidur tu. Tu lah feeling tiap balik kampung singgah rumah mak. Nasib baik mak paham, huu. Kalau buat cemtu rumah mak mertua, seganla pulak, hehhe, so kat rumah mak ayah jela iols buat cemtu.

So bila anak dah dapat berjalan ni satu kelegaan besar kot buat mak-mak, rasa dah dapat kunci kebebasan kecil, kiki. Lega aihh, tambah lega bila anak cerai susu badan.

Alhamdulillah rezeki Hawaa still dapat menyusu kongsi dengan adiknya, tapi dh tekad gak nak ceraikan susu sebelum bulan 10 ni, harap-harap tercapaila hasrat kes tak larat nak layan peel mengempeng teruk Hawaa. Aishh, dia punya melekat kalah adiknya, rasa dah cukuplah kasi can kat Hajjar pulak menyusu secara lonely. Moga dipermudahkan untuk cukupkan 2 tahun menyusukan si Hajjar plak, amin.

9.28.2018

Biawak Hidup Dalam Rumahtangga

Hakikatnya kerja lelaki 'hayun batu' atau biawak hidup ni bukan zaman moden je berlaku. Sejak zaman atuk nenek moyang kita lagi benda ni dah berlaku.  Ika pelik bila ayah pesan dulu. Orang perempuan ni jangan dok cari pasangan yang pandai 'hayun batu', susah hidup nanti.  Punya naif masa tu ''apemenda hayun batu tu ayah?."  Dok bawak 'batu tu lerr ke hulu ke hilir, kerja tak mau buat' atau ore kata 'biawak hidup'.  Kasar bunyinya, tapi tu lah hakikatnya.  

Panjang aku punya 'ooooo' masa tu sebab tak faham lagi apa kesannya jenis pesen manusia begini.  Antara isu yang timbul bila isteri meroyan, depress, kebanyakannya suami adalah si biawak hidup.  Punya dasyat penangan bila 'pencari nafkah' kerjanya hayun batu saja. Sekarang kesan tu dah boleh nampak jelas dengan adanya media sosial.   Teringat ayah kata, hidup ni kalau ada buah M, buah MALAS, memang takde ubat.  Dia tahu makan, berak, tidur saja. Pastu menyusahkan orang.  Kalau orang rajin ni, susah hidup dia tak apa lagi, dia rajin usaha, nak buat kerja itu ini, dia tak susahkan orang sebabnya dia rajin.  Terpanah jugak iols dengan kata-kata ayah.  Tak kira lah lelaki ke perempuan, bila ada buah MALAS dalam hidup, susah jadinya.  Kalau lelaki malas kerja, tahu hisap rokok, melepak kedai kopi sembang kencang, naik motor situ sini. Tengok siapa yang susah sediakan semua tu, semua tu perlu duit.  Tak bini, mak paknya disusahkan. 

Perempuan kalau malas, anak tak tahu adab, tak tahu akhlak, anak-anak tak tahu membaca mengaji dan  sebagainya.  Sebab tu dah bergelar mak ayah ni kena buang rasa MALAS tu. Kena mula baiki diri dah, anak dok tengok kita dah.  Aduii, deep sungguh pesanan ayah untuk anak menantu.  Sedih plak makin bertambah-tambah golongan isteri ditindas dan diambil kesempatan oleh pasangan sendiri. Bertimbang rasalah wahai suami jika isteri sanggup berkorban apa saja untuk rumahtangga.  Biawak hidup lahir dari 'didikan' mak ayah. Nasib tak baik ianya jadi kitaran kehidupan keluarga. Jadi warisan.   Ada juga yang diuji sebegini walaupun didikan mak ayah tahap terbaik.  Nauzubillahiminzalik, moga dijauhkan keturunanku dari golongan sebegini. Kesannya sangatlah dasyat. Allahu.   Penat tengok isteri,  Sakit mental emosi fizikal tanggung biawak hidup. Penat tengok masyarakat makin tenat.   Sungguh isu ni tak pernah habis. Puncanya satu je 'tak kenal Allah'.   Man jadda wajada bermakna "sesiapa yang berusaha (Inshallah ) akan mendapat apa yang diusahakannya".  UBAH jom, Bermula dari rumah.

Isu ni takkan wujud kalau mak ayah sendiri yang tunjuk contoh tauladan baik buat anak. Percayalah wujud lelaki macam ni akibat contoh terdekat sama ada ayah sendiri yang tak bertanggungjawab dan culas untuk bekerja. Anak ni memang dia imitiate apa yang dilihat sekelilingnya kalau tak di didik memang akan menurut apa yang dilihatnya.

Isu lelaki jadi biawak hidup ni bukan isu zaman sekarang, sejak dulu lagi spesis ni wujud. Mintak dijauhkanlah kita semua, nauzubillahiminzalik. Yang dah terjebak dan tererangkap dalam hubungan macam ni moga diberi jalan keluar kerana ramai yang menderita akibat biawak hidup.

9.23.2018

Balik Kampung & Makan

Ika tak tahu orang lain macam mana. Tapi Ika kalau balik kampung bab makan memang kalah. Memang perkataan DIET tu langsung tak wujud bila balik kampung.

Balik kampung kalau bukan list dalam kepala, siap on list dalam telefon sesiap takut lupa apa yang ditarget nak makan. Punya dasyat nafsu makan.

Tulah hebat masakan mak mak kita nih, mampu menggamit nostalgia. Sebab tu kot mak-mak moden sekarang jangan pandang enteng bab memasak dan kasi makan untuk anak-anak dan suami kerana ianya punya nilai tersendiri yang tak mampu dihuraikan.

Sibuk tara mana, tak sempat tara mana, hasil air tangan sendiri wajib kita utamakan terutama sekali untuk anak-anak kerana ia mengikat kasih sayang dalam tersirat. Yang merasa je tahu.

So balik kali ni, gulai siput tu wajib pekena walaupun sekali, sempatlah makan tapai goreng sebab kat negeri lain wajib tak jumpa, negeri kelantan je hado benda istimewa nih.

Lagi plak bulan assyura, puas hati dapat balik makan syura kelantan. Menu kat rumah tu jangan cakaplah wajib bedal makan bertambah. Kemurungan tengok jarum penimbang jap. Korang macam ni gak tak?

7.18.2018

Terapi Pasir untuk anak

Anak siapa yang tak suka main pasir kan?  I though every kids love the sand. Yang tak sukanya mungkin mak ayahlah sebab renyah nak cuci kemaskan pasir bersepah nanti kan.

I love surprised from husband. He's very unexpected person sometime, most of the time unplanned shortvacay from his ideas. Tapi anak-anak suka, and me as housewife 24jam duduk dalam rumah memang mencari masa untuk keluar dari rumah.

Teringat plak cerita spongebob bila patrick ketakutan disebabkan sales person from somewhere bagitahu "keluarlah dari bandar". Ingatkan kena halau dari bandar, rupanya orang suruh keluar ambil angin luar dari bandar. Punyalah serius patrick sampai sanggup bertukar ke patricia.

Wallah,i'm the one mother who remembering this cartoon episode..hahaha, kantoi lah layan kartun setiap hari.

So back to the story, bila anak dengar "apa?pantai mama?kita nak pergi pantai mama" wehuuuu, teriakan gembira buat anak, but not for me for a while..hehhe.

Well, biasalah dah jadi mak-mak pastu terkenan plak perangai mak mertua, iols kena siapkan bekal. Pergi mana-mana wajib sediakan bekal.Tak siapkan atau tak buat bekal untuk anak-anak ibarat cari pasal dengan depa.

So sebelum zikir lapar sepanjang perjalanan nak sampai ke pantai tu dizikirkan, better sediakan payung giteww. Memandangkan iols nih kategori mommy godzilla jugak, sangat tak suka perkara disebut berulangkali, so to cut that scene, bento must be done.

Perjalanan ke pantai tu atau kemana sahaja tak sah takde persinggahan. Kalau bukan anak-anak, mamanya, kalau bukan mamanya dan anak-anak, wajiblah ayahnya. Hmm, family matters when travel, biasalah tu,haha. Biasa kalau perjalanan jauh dan boleh jamak,memang kami jamak bila bermusafir.

Sepanjang perjalanan kemana-mana dengan suara anak-anak bergaduh, bergurau senda just a like lullaby song. Alhamdulillah biasa kalau dah sampai destinasi anak-anak tidur adalah sekali dua yang tantrum sebab bangun dari tidur. Dah lali sebab memang dah ajar anak travel sekerap mungkin. Anak-anak Ika, pengubat masa diorang tantrum adalah basuh muka.

Ya, mudah seperti ABC, berebut ke, gaduh gaduh ke,  end up the scene of crying here  and there, just stop the car and wash their face. Settled.

So bila dengar air pantai,nampak pasir memang macam kena pukaulah. Lagi plak kalau dah sentuh pasir,semua senyap, khusyuk. Bagus sebenarnya ajar anak-anak main pasir. Sekarang pun dah banyak educational play ada yang guna magic sand tu.

Antara kebaikan terapi pasir untuk anak.

1. Meransang motor halus

Menggengam, menghancurkan, menggumpal dan menyelerakkan pasir  membantu membina otot kasar dan otot halus. Anak- anak boleh berlari, melompat, berguling, menggali. Dan jika di pantai pula anak-anak boleh belajar berjalan di pasir yang kering ataupun basah.

2. Menjadikan deria lebih peka

Pasir adalah bahan deria yang sempurna untuk kanak-kanak yang suka kepada sentuhan. Kanak-kanak mahu menyentuh segala-galanya dan sentiasa mencari input sentuhan.  Dengan pasir anak- anak akan menyentuh, memerah, dan bermain dengan gembiranya.

3. Menulis dan melukis

Sebelum kanak-kanak cukup bersedia menggunakan pensil untuk belajar menulis, mereka perlu diberi peluang untuk mengamalkan kemahiran melukis dan pra-penulisan mereka dalam bahan pelbagai deria. Bermain pasir adalah jawapannya.

Kanak-kanak boleh menggunakan jari atau alat-alat kecil untuk menulis dan melukis. Ini boleh memberikan mereka beberapa input deria tambahan dan membantu mereka mengamalkan genggaman pensil mereka tanpa menggunakan pensil.

4. Pemikiran kreatif

Pasir boleh dimain dengan pelbagai cara dan gaya. Caranya tidak terhad seperti bermain bola yang hanya menyepak dan baling. Apabila bermain pasir, anak terdedah dengan cara bermain yang tidak terhad dan disini penjanaan idea kreatif itu berlaku. Setelah adanya idea, ada pula perlaksanaan bagaimana nak jadikan idea itu berlaku.

Di sini lah kenapa terapi pasir sangat bagus untuk kanak- kanak  autisme. Dengan memberikan kanak-kanak itu sebesen pasir bersama-sama dengan beberapa alat, bahan-bahan untuk acuan atau bangunan, anda memberikan anak bahawa peluang untuk menjana idea kreatif.

5. Aktiviti ceria

Bermain pasir adalah aktiviti yang amat menceriakan anak. Boleh main macam-macam permainan dengan pasir ni. Acuan yang ada boleh bina kreativiti anak seperti bina highway/trek untuk kereta mainan, buat bangunan, buat tempat tinggal binatang – binatang.

Kesan : anak2 dapat mengenali/merasai ciri-ciri pasir, bina konsep fahami isipadu dan dapat belajar untuk handle alatan yg digunkan (fine motor).

6.  Dari segi perkembangan bahasa dan juga sosial

Tanam mainan dalam pasir dapat bina kefahaman walaupun kita tak nampak objek tersebut, namun sebenarnya objek itu ada di situ. Ia juga membantu dalam memisahkan anak- anak dengan ibu bapa dalam tempoh tertentu dengan rasa selamat masih ada dalam diri anak2. Contoh tanam dinasour: anak- anak boleh berangan menjadi arkeologist.
(kredit:ibudoakan.com

Sekejap Ada, Sekejap takde

Masyaallah super sibuk atau buat buat sibuk it doesnt matter at all. Tapi ya Allah banyaknya benda nak dicoretkan.

Since anak empat ni rasa dah banyak sangat me time. Tapi me time yang satu ni entah bila nak layan. I love to write up, a lotssss, but entah nak kata masa yang cemburu tak jugak.

Maybe the time i've with kids and family much more important than everything. Since rutin sekarang lebih tersusun bila anak dah start sekolah, struggle for everyday to keep my daily routine have been done as good as possible.

Daa..

2.12.2018

Hati Tisu

Bila bab anak, mak-mak mana kat dunia ni pun hati tisu. Semalam tinggalkan Haddad dalam keadaan dia refuse nak pergi sekolah. Well bila macam tu terus tak keruan lepas hantar anak pergi sekolah.

Sebelum ni tugas hantar anak-anak pergi sekolah ayahnya punya rutin tapi disebabkan banyak program kat kampung, still kena stay until semua selesai.

So, semalam sempatlah luah kesedihan dan kerunsingan kat ayah takut si Haddad menangis tak sudah sebab biasalah 'anak kedua', i know him better sebab iols pun anak kedua. Mintak tolong ayah gi intai anakanda takut dok meraung tak sudah hingga ganggu sesi pembelajaran kawan-kawannya.

Alhamdulillah, semua ok je, mama is terover act risau lebih..hehe. Ayah pun cakap "biasalah tu, mana mana mak ayah, anak-anak akan sedihlah berpisah sementara nak pergi sekolah, biasa dok keliling pinggang, nak berpisah macam-macam rasalah.

Hmm, sedih betul ayat ayahanda. Baru berpisah sekejap kat dunia ye dah teruk camni rasanya.

Sindrom mak-mak bila anak pergi sekolah belum habis lagi rupanya iols ni. Memang hati tisu. That's why mama suka pergi ambil anak sekolah banding dengan hantar anak pergi sekolah, alahaii macam mano nak jadi hafiz anakanda ni, tengok abby abadi hantar anak ke turki pun iols dah basah lencunsss. Tu anak orang, anak iols sendiri tak tahu macam mana gaya.

Long way to go, be strong mommy.

1.31.2018

Berkelah di Sungai Kampar, Gopeng

Hujung minggu baru baru ni kami laki bini gigihla cari rumah anak yatim kesnya nak setelkan nazar suami. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan jumpa nak kata  hampir tu tak jugaklah. Nak cari yang dekat kesnya masak sendiri, so nak pastikan dapat makan yang fresh baru siap masak.

Alang-alang keluar, suami ajak pergi hantar makanan jugak, bolehlah cari port berkelah makan tengahari kat mana-mana taman permainan ke apa nanti. Kebetulan hari tu pun cuaca elok je.

Sedang azan zohor bunyi kami sampai kat rumah anak yatim. Alhamdulillah, settle tukar bekas makanan, kami gerak entah mana hala jalannya sebab jalan kampung, main redah aje.

Tetiba nampak ramai orang tengah main air jeram. Berkelah kat tepi tepi jeram. Apalagi suami cakap"jom kita berkelah makan sini jelah", iols iyyekan aje..hihi.




Nama je berhenti berkelah nak makan-makan, tapi dah nama budak-budak kalau nampak air, tapi tak boleh main air bukan budak-budak lah namanya, alangkan kita yang tua ni pun suka berendam mandi air lagi lagi air jeram kan?hehhe.


Nasib baik dalam kereta memang selalu standby baju lebih even keluar sekejap ke lama, jauh ke dekat. So, takde masalah kalau anak nak main air. Siap pasang khemah semua, semua dah lapar,anak anak laju je makan sebab nak main air.

So, acara diorang mandi manda kat jeram. Iols mampu tengok je lerr..kalau ada baju standby mahu makpak sama naik dengan anak mandi manda.

Siap mandi sampai biru bibir, makan sekali lagi. Suasana pun banyak mempengaruhi selera anak, so sekali sekala tukar suasana memang berbaloi, banyak bukan main diorang makan. Selesai makan terus berkemas sebab nak singgah cari durian niatnya.

Sekali semua dah fengsan main air,letih kitaorang terus balik rumah ajelah. Tahun 2018 sememangnya nak penuhkan hujung minggu dengan "keluar dari rumah". Mencari port menarik, free lagi bagus untuk pengalaman dan kenangan untuk anak-anak. Sekejap je rasa tempoh anak-anak membesar. Semestinya kenangan indah untuk diceritakan buat cucu cicit plak..hihi. Jauh berangan sampai cucu cicit dah, kertu dah rasa bila masuk umur 30an ni.

Apapun keluar dari rumah dihujung minggu memang tukar mood anak. Nak mulakan hari persekolahan pun semangat aje.


1.08.2018

Depression seorang Ibu

Lately sedih sangat baca artikel dan luahan mommy yang banyak alami depression bezanya mild atau heavy dan ramai yang tak sedar diri sendiri alami depression.
Sebab depression ni suatu penyakit mental torture yang memakan diri sendiri. Punca depression ni bukan datang dalam masa jangkapanjang pendek tau, ia datang secara perlahan-lahan dan akhirnya menjadi teruk.


Kalau mommy biasanya bermula dengan keletihan melampau, rasa overload dengan segala tugas bekerja dan sebagainya. Bila terlalu penat, too much to handle and think, emosi fizikal mendapat kesannya.



Dan episod berterusan bila kelahiran anak bila alami baby blues, atau postpartum.
Ni tak cerita orang lain, Ika sendiri pun pernah alami rasa depression bila mula pegang title ibu. Bukan bermula dari tu sebenarnya, hilang semangat bila dah tak kerja in meanwhile tak boleh kerja akibat keadaan diri sendiri. For that time dah mula blame diri sendiri. Tapi tak tahu pun diri mula terperangkap dalam mental illness ni.


Rasa tak berguna sebab menyusahkan suami, rasa blacksheep in family sebab tak boleh menyenangkan hati makayah, too much thinking about other's saying dan terlalu fikir benda negatif tentang diri sendiri aje walaupun orang lain tak fikir apa-apa tentang kita. Orang kata bersangka buruk terhadap diri sendiri.


Sampai nak buat rutin harian malas, keep blaming myself tak berguna, keep blaming others yang sebab diri jadi macam tu. Ika salahkan diri Ika tak bekerja, belajar bukan main tinggi at last terperuk kat rumah? Rubbish betul pemikiran macam tu, menyesal.


Masa tu asyik marah-marah, stress dan banyak menyendiri dan cuba sebaiknya letak dalam zon selesa walaupun hakikatnya sangat tak selesa. Dengan suami selalu silap faham  bergaduh masam muka tak bercakap dan memacam lagilah punya teruk kesan kemurungan. Menangis tak tentu hala tanpa sebab.


Lagi teruk pernah salahkan suami sebab dia kita kena beranak and list go on. Sedih kalau  fikir balik, maybe kesan dari trauma bersalin, in 3 years kot dalam keadaan macam tu, tapi luaran orang tengok kita sihat walafiat, gembira. Sebaliknya tuhan je yang tahu how struggling i'm bagi tak nampak semua tu.


Korang pernah alami macam tu? Maka mulalah berhati hati kerana ianya tak memilih sesiap lelaki,perempuan dan sesiapa saja. Berusahalah buang pemikiran tersebut sedaya mungkin. Itulah jarum jarum halus depresi yang mula datang nak bersarang dalam minda kita.


Masih ada sinar untukmu, jangan mudah kalah dengan alasan dan biawak yang hadir dalam pemikiran kita sendiri. This battle to much hard tapi benda ni kena dapat support dari orang sekeliling.
Sangat sukar nak buang mindset yang buruk  hodoh, dan buang segala yang bersarang dalam minda kita ni. Lagi-lagi pemikiran sebegitu kalau dah bertahun lamanya wujud.


Alhamdulillah today i am what i am. I am proud to be myself. I am more appreciate myself, i love myself, i love every aspect of myself and i much more powerful, beautiful, happy with what i am now. Nanti Ika sharing bagaimana Ika handle depression ni hingga dah tak wujud dalam diri Ika.

1.06.2018

Aktiviti Detox Hujung Minggu

Bila weekend je, aktiviti detox memang Ika buat setiap hujung minggu. Sebelum ni Ika tak tahu pun apa dia lah detox ni.
Until Ika nak tambah anak seorang lagi dulu iaitu anak ketiga Ika buat aktiviti detox ni, sebab nak flush toksin yang lama dah bersarang dalam tubuh. Lekat melekat disegala ruang tubuh dalam badan ni.


Since impaknya sangat besar buat Ika dan dapat manfaat yang sangat bagus untuk tubuh Ika, so Ika teruskan aktiviti detox dan letaknya sebagai rutin mingguan. 

Yelah, seminggu setiap hari makan macam-macam makanan  terdedah dengan pelbagai suasana dan persekitaran Ika cadangkan semua orang patut buat rutin detox ni tau.


So, this is the way yang Ika amalkan sebelum dan selepas kelahiran Hawaa sampailah sekarang, Ika konsisten ambil Alfalfa. Tambahan yang lain Ika ambil 2 tablet DTX Complex, Herbalax setiap hari jumaat sabtu dan Ahad.


Masa first makan Alfalfa tu, habis miang seluruh tubuh Ika, belakanglah yang paling teruk, tergaru-garu naik bintik merah yang teruk dan gatal amat. Then Ika stop kurangkan dose dari 6 jadi 2 balik,  lama-lama dah okei Ika updose hinggalah serasi  segala gatal miang dah tak keluar.


The best thing yang Ika perasan since anak 4 ni memang kurang letih, penat. Yang penting rahim pun rasa selesa, jangan tak tahu alfalfa ni sangat baik untuk rahim.

So lepas kelahiran anak ke 4 ni memang antara salah satu suplemen yang paling Ika konsisten adalah alfalfa, sebab Ika rasa badan Ika terlalu berasid. Macam mana tahu berasid antara gejala penat melampau, mengantuk, kulit kusam, badan berbau, selalu sakit kepala dan mood swing.


So baru baru ni anak tengah sepahkan rumah sampai penimbang pun buat mainan, terfikir untuk timbang sebab tak timbang lama dah lepas bersalin hari tu, last berat lepas bersalin 61kg, then bila naik penimbang terkejutlah bila tengok jarum penimbang 55kg.


Mana tak terkejut tu berat last Ika masa kahwin, lepas tu bercintalah haii nak turunkan berat badan, nak imagine dapat berat tu pun takut. Wallah tak sangka permulaan 2018 sungguh mengujakan, wish more kilogram to loss, hihi.


So mommies if rasa salah satu tanda yang kerap dialami take alert okei, Ika ni dah banyak pengajaran dapat akibat sambil lewa jaga kesihatan  pemakanan tak jaga..tu sebab one of mission 2018 nak upgrade kesihatan diri melalui pemakanan dan ubah gaya hidup.


Detox pun dapat turunkan berat badan tau.