Hakikatnya kerja lelaki 'hayun batu' atau biawak hidup ni bukan zaman moden je berlaku. Sejak zaman atuk nenek moyang kita lagi benda ni dah berlaku. Ika pelik bila ayah pesan dulu. Orang perempuan ni jangan dok cari pasangan yang pandai 'hayun batu', susah hidup nanti. Punya naif masa tu ''apemenda hayun batu tu ayah?." Dok bawak 'batu tu lerr ke hulu ke hilir, kerja tak mau buat' atau ore kata 'biawak hidup'. Kasar bunyinya, tapi tu lah hakikatnya.
Panjang aku punya 'ooooo' masa tu sebab tak faham lagi apa kesannya jenis pesen manusia begini. Antara isu yang timbul bila isteri meroyan, depress, kebanyakannya suami adalah si biawak hidup. Punya dasyat penangan bila 'pencari nafkah' kerjanya hayun batu saja. Sekarang kesan tu dah boleh nampak jelas dengan adanya media sosial. Teringat ayah kata, hidup ni kalau ada buah M, buah MALAS, memang takde ubat. Dia tahu makan, berak, tidur saja. Pastu menyusahkan orang. Kalau orang rajin ni, susah hidup dia tak apa lagi, dia rajin usaha, nak buat kerja itu ini, dia tak susahkan orang sebabnya dia rajin. Terpanah jugak iols dengan kata-kata ayah. Tak kira lah lelaki ke perempuan, bila ada buah MALAS dalam hidup, susah jadinya. Kalau lelaki malas kerja, tahu hisap rokok, melepak kedai kopi sembang kencang, naik motor situ sini. Tengok siapa yang susah sediakan semua tu, semua tu perlu duit. Tak bini, mak paknya disusahkan.
Perempuan kalau malas, anak tak tahu adab, tak tahu akhlak, anak-anak tak tahu membaca mengaji dan sebagainya. Sebab tu dah bergelar mak ayah ni kena buang rasa MALAS tu. Kena mula baiki diri dah, anak dok tengok kita dah. Aduii, deep sungguh pesanan ayah untuk anak menantu. Sedih plak makin bertambah-tambah golongan isteri ditindas dan diambil kesempatan oleh pasangan sendiri. Bertimbang rasalah wahai suami jika isteri sanggup berkorban apa saja untuk rumahtangga. Biawak hidup lahir dari 'didikan' mak ayah. Nasib tak baik ianya jadi kitaran kehidupan keluarga. Jadi warisan. Ada juga yang diuji sebegini walaupun didikan mak ayah tahap terbaik. Nauzubillahiminzalik, moga dijauhkan keturunanku dari golongan sebegini. Kesannya sangatlah dasyat. Allahu. Penat tengok isteri, Sakit mental emosi fizikal tanggung biawak hidup. Penat tengok masyarakat makin tenat. Sungguh isu ni tak pernah habis. Puncanya satu je 'tak kenal Allah'. Man jadda wajada bermakna "sesiapa yang berusaha (Inshallah ) akan mendapat apa yang diusahakannya". UBAH jom, Bermula dari rumah.
Isu ni takkan wujud kalau mak ayah sendiri yang tunjuk contoh tauladan baik buat anak. Percayalah wujud lelaki macam ni akibat contoh terdekat sama ada ayah sendiri yang tak bertanggungjawab dan culas untuk bekerja. Anak ni memang dia imitiate apa yang dilihat sekelilingnya kalau tak di didik memang akan menurut apa yang dilihatnya.
Isu lelaki jadi biawak hidup ni bukan isu zaman sekarang, sejak dulu lagi spesis ni wujud. Mintak dijauhkanlah kita semua, nauzubillahiminzalik. Yang dah terjebak dan tererangkap dalam hubungan macam ni moga diberi jalan keluar kerana ramai yang menderita akibat biawak hidup.