Pages

Pages

10.05.2018

Rumah Besar Idaman Hati

Terkesan tengok sharing dari kawan tentang rumah tradisional yang cantik iras bangsawan masa dahulukala.Ika sepanjang dok kat perak ni kagum tengok rumah orang dulu-dulu macam rumah bangsawan gitu. Tapi sayangnya semua rumah cantik tu terbiar, dibiarkan buruk dan tunggu masa untuk roboh. Ada dua kemungkinan sama ada rumah pusaka tersebut ada tuannya atau jatuh ke tangan anak tapi anak-anak dah ada rumah sendiri ditempat lain, makanya rumah tersebut dibiar tanpa penghuni. Kemungkinan kedua mungkin rumah pusaka tersebut menjadi rebutan dan pergaduhan saudara mara hingga akhirnya rumah tersebut terbiar, dari dapat kat siapa-siapa baik semua tak dapat. Begitulah harta dunia merosakkan hubungan silaturrahim. 




Once Ika dan suami pun macam tu, rasa tak pernah syukur dengan apa yang ada, dengan apa yang dimiliki, dengan apa yang dinikmati. Rasa tak pernah cukup. Alhamdulillah bila banyak belajar erti syukur ni, rumah sekarang pun dah rasa macam banglo besar dah. Habis tu tak boleh ke nak rumah besar-besar. Boleh saja, siapa kata tak boleh. Antara miskin dan kaya ada ujiannya. Kufur nikmat ni tak jadi kat orang kaya saja, kat orang miskin pun jadi jugak. Kita memang digalakkan untuk kaya supaya kekayaan kita tu dimanfaatkan.



Dalam hidup kebahagiaan kita bukan diukur dengan harta, carilah kebahagiaan dalam diri dan hati dengan berhikmah, bukan ikut nafsu keinginan semata. Kekalkan sifat kehambaan kita. Ingat lagi ustaz ada bagitahu, Firaun tu kenapa panjang umur? 400 tahun umurnya, dengan kekayaan kuasa dan segalanya dia miliki. Kenapa Allah tak matikan Firaun yang sombong lagi zalim tu? Sebab ada sifat kehambaan dalam diri Firaun iaitu firaun suka mengutip makanan jatuh yang dia makan. Sisa makanan tu dia kutip. Tu sifat hamba. Satu lagi ketika hari kelahirannya disambut, Firaun suka bagi hadiah kepada rakyatnya. Bukan rakyat bagi dia hadiah. Memberi tu sifat hamba. Atas asbab dua sifat kehambaan tu, Allah panjangkan umur Firaun. Tapi suatu hari orang kanannya menghasut dan mengatakan, kalau betullah Firaun tu mengaku diri sebagai Tuhan, Tuhan tak kutip makanan yang jatuh, tuhan tak bagi hadiah kat rakyat, mengarut! Dan disebabkan hasutan orang kanannyalah hilang sudahlah segala sifat kehambaan Firaun kepada Allah, masa tu lah Allah benamkan Firaun kedalam lautan merah bersama pengikutnya.





Dalam hati rasa pilu sayu mengenangkan diri ni memang takde apa-apa. Terus teringat akan satu ceramah dari ustaz.
Manusia hari ini bersusah payah, berkorban siang malam hanya untuk 7 benda sahaja atas DUNIA ni.
1. Makan
2. Minum
3. Pakai
4. Bauan
5. Kenderaan
6. Tempat tinggal
7. Pasangan




Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas, halal haram pm tepi sahaja kerana nak MAKAN SEDAP. Betul tak? Bersungguh kita cari duit semata untuk makan sedap. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada makanan yang paling sedap atas dunia iaitu ANGGUR, dengan khasiatnya, dengan tinggi antioksidanya dan anggur adalah makanan mewah ahli syurga. Tapi, jika ANGGUR diperam sampai terlebih masak, jadinya apa? Ye arak. Setakat tu jelah kat dunia makanan sedap tu.



Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas halal haram pm tepi sahaja kerana nak MINUM SEDAP. Betul tak? Bersungguh kita cari duit semata untuk minum sedap. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada minuman yang paling sedap atas dunia melainkan MADU, dengan khasiatnya, penawarnya. Tapi madu datangnya dari mana? Dari AIR LIUR lebah je.



Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas, halal haram pm tepi sahaja kerana nak PAKAI SEDAP. Betul tak? kita nak pakai baju yang paling cantik, mewah, up to date, ootd paling gempak. Bersungguh kita cari duit semata untuk pakai sedap. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada PAKAIAN PALING SEDAP atas dunia melainkan kain sutera, dengan mahalnya, dengan selesanya dan kebaikkannya. Pakaian ahli syurga. Tapi mana datangnya benang sutera tu? Dari air liur ulat sutera je, setakat tu jelah.




Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas, halal haram pm tepi sahaja kerana nak BAUAN SEDAP. Betul tak? Bersungguh kita cari duit semata untuk perfume sedap, brand paling mahal dan sebagainya. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada bauan paling sedap dan wangi atas dunia datangnya dari KASTURI, bauan ahli syurga, dengan khasiatnya. Mana datangnya bau kasturi tu atas dunia? Dari bintil kijang, sewangi-wangai bauan datang dari bintil seekor binatang liar kijang, kadang tumbuh kat belakang, kat tempat membiaknya.




Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas, halal haram pm tepi sahaja kerana nak KENDERAAN SEDAP. Betul tak? Bersungguh kita cari duit semata untuk kereta paling sedap, paling mahal, nampak gah dan sebagainya, sanggup catu makan bulan-bulan semata pakai kereta mewah. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada kenderaan lain paling sedap atas dunia melainkan Kuda. Ye kuda, Lamborghini, Audi ke, tak boleh challenge kuda. Kuda tak pakai minyak dan boleh naik tangga dan juga laju.



Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas, halal haram pm tepi sahaja kerana nak tempat tinggal, RUMAH SEDAP. Betul tak? Bersungguh kita cari duit semata untuk makan rumah sedap, cari duit banyak-banyak, sanggup berhutang ratus ribu semata untuk rumah. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada RUMAH PALING SEDAP melainkan isi rumahnya membaca Al-Quran, memenuhkan rumah dengan amalan membesarkan kebesaran Allah. Rumah atas dunia yang paling besar, mewah, kukuh, cantik pun akan roboh suatu hari nanti.





Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas, halal haram pm tepi sahaja kerana nak PASANGAN SEDAP. Betul tak? Bersungguh kita cari duit semata untuk cari PASANGAN SEDAP, tunjuk kat pasangan kita ada semua yang dia nak, duit ada, kereta ada, rumah ada etc. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada PASANGAN YANG PALING SEDAP melainkan suami isteri yang bertaqwa, soleh dan solehah. Atas dunia yang manusia cari dipasangannya adalah TEMPAT KENCING masing-masing sahaja.





Itulah DUNIA. Tiada yang sedap kecuali HAWA NAFSU SEMATA. Barangsiapa yang mengejar dunia semata, akhiratnya terlepas, namun a  barangsiapa AKHIRAT, dunia juga turut mengejarnya. Manfaatkanlah HARTA DUNIA SEBAIKNYA UNTUK AKHIRAT.
Maka jelas lagi bersuluh apa yang kita patut kejar, two in one iaitu mendapatkan akhirat dan dikejar rezeki duniawi. Mohh kita. Nak rumah besar takde masalah pun, yang penting ada manfaat, beri manfaat dan bawa kebaikan. 
Salam jumaat❤️.